3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔

Marliya_ által

446K 20.4K 926

[ C O M P L E T E ] " Dia yang aku puja, Dia yang aku mahu " Dia, seorang perempuan yang sangat berb... Több

n o t e
01 | ♡
02 | ♡
03 | ♡
04 | ♡
05 | ♡
06 | ♡
07 | ♡
08 | ♡
09 | ♡
10 | ♡
12 | ♡
13 | ♡
14 | ♡
15 | Raya edition 1 ♡
16 | ♡
17 | Raya edition 2 ♡
18 | ♡
19 | ♡
20 | ♡
21 | ♡
22 | ♡
23 | ♡
24 | ♡
25 | ♡
26 | ♡
27 | ♡
28 | ♡
29 | ♡
30 | ♡
31 | ♡
32 | ♡
33 | ♡
34 | ♡
35 | ♡
36 | ♡
37 | ♡
38 | ♡
39 | ♡
40 | ♡
41 | ♡
42 | ♡
BTK
WICME

11 | ♡

10.2K 526 24
Marliya_ által

— Double update! 💙 baikkan saya?
Huhu sayangilah diri ini 😛








" Eishal, ya Allah tak sangkanya aku dapat tengok kau pakai macam ni " Eishal tersenyum senget. Mata memandang ke arah refleksnya melalui cermin.

" Kau ingat aku ni tak laku ke Alana Amanda oi? " dijeling sekilas gadis itu. Alana mengenakan kurung moden berwarna cream senada dengan baju Eishal.

" Itu lah apa yang aku fikir selama ni, tak sangka kau yang kahwin dulu " Alana ketawa menyindir. Eishal rasa macam nak tampar saja pipi Alana laju laju. Namun ditahan.

" Eishal dah siap? " sapa Ratna. Eishal hanya tersenyum segaris ke arah Ratna yang mendekatinya

" Dia nervous tu kak " sampuk Alana sesuka hati mak nenek dia. Ratna ketawa , dipeluknya tubuh Eishal erat. Gadis itu terkedu seketika.

" Terima kasih sebab sudi terima Rayden , tak apa akak faham Eishal nervous . Dulu akak pun macam tu " gurau Ratna .

" Angah, kak Eishal. Abang Ayden dah sampai, jom turun " Rafanda menyapa. Ditarik tangan Eishal dan Ratna keluar dari bilik. Jantung Eishal berdegup kencang saat mereka menuruni tangga

Rayden yang juga memakai baju melayu bewarna cream itu masuk ke dalam rumah dan duduk berhadapan dengan Encik Hilman ditemani oleh sahabat karibnya Engku Rafael dan tok kadi.

Tangan Rayden bersalaman dengan tangan Encik Hilman.

" Engku Rayden Al-Haq Bin Engku Rafael " nama lelaki itu diseru. Tiba tiba Eishal merasakan tubuhnya seakan akan menggigil ketakutan.

" Aku terima nikahnya Nur Eishal Rose Binti Raja Mohd Hilman dengan mas kahwinnya 450 ringgit tunai " Sejurus itu air mata Eishal mengalir di pipi. Tubuh Eishal dipeluk erat oleh puan Suhana.

Beberapa minit kemudian Rayden mendekati Eishal yang masih pegun di tempatnya. Rasa takut gemuruh dan sedih bercampur aduk namum diukir juga senyuman palstik dihadapan semua.Rayden pula seperti terleka apabila melihat Eishal yang sangat berbeza penampilannya pada hari itu .

Cincin yang bertakhtakan permata itu disarung ke jari manis Eishal . Tangan lelaki itu disalam dengan kasar. Itu pun selepas diarahkan oleh Puan Suhana.

Majlis akad nikah diadakan kecil kecilan sahaja. Hanya saudara mara terdekat yang dijemput .Tetamu yang hadir mula menjamu selera. Eishal ditarik oleh Rayden untuk bersua muka dengan tetamu . Gadis itu akur.

" Wahh hensemnya abang Rayden " Eishal menggulingkan bola matanya ke atas . Menyampah apabila dia harus berhadapan dengan sepesis manusia yang berpotensi menjadi perosak rumah tangga orang.

" Excuse me lelaki yang kau panggil abang dan hensem tu lelaki aku ya " gerutu Eishal dalam hati. Tanpa dipinta bahu Eishal dipeluk erat oleh Rayden.

" Sayang siapa ni? " saja Rayden meleretkan suaranya. Eishal menjeling tajam ke Rayden. Sayang konon.

" Entah, rasanya iblis dan serangga perosak tak dijemput . Macam mana kau boleh tersesat dekat sini " sepupu sepupu Eishal yang lain ketawa apabila melihat wajah perempuan itu berubah cemberut.

" Mak aku yang ajak datang sini, kau ingat aku nak sangat ke? Nasib baik dapat cuci mata " mata dikerdipkan ke arah Rayden. Nampak begitu obvious yang Rayden rimas dengan perlakuan gediknya.

" Nasha , kau ni tak malu ke? Suami orang pun nak mengorat? Nampak lelaki handsome sikit pecah ovari " pftt. Gadis bernama Nasha itu menghentakkan kakinya dan berlaku pergi.

" Rayden mesti meluat kuasa tiga dengan dia kan? Gedik tak bertempat, ikut perangai siapa tah " bidas Juliana selamba. Biar mak dia dengar lepastu kasi brainwash sikit anak dia yang menggeletis tak bertempat tu.

Rayden hanya tayang senyuman manis kepada mereka. Eishal terpegun seketika. Wajah bersih Rayden ditilik lama.

" Amboi Shal pandang laki macam nak terkam dah aku tengok. Sabar lah malam nanti tak ada siapa nak kacau korang buat projek, haaa waktu tu kau tatap lah muka suami kau puas puas " usik Faizal yang perasan akan pandangan Eishal terhadap Rayden. Muka Eishal merah .

Bengong punya Faizal

Rayden memalingkan wajah ke arah Eishal yang berada di sebelahnya. Lelaki itu sembunyi senyum apabila melihat pipi Eishal yang sudah merah akibat menahan malu.

" Amboi Ayden, mentang-mentang lah baru nikah tadi, Asyik berkepit je. Takut sangat si Eishal tu lari ya? " Sampuk Engku Rafael pula. Rayden hanya tayang wajah bersahajanya.

" Papa pun dulu macam ni kan, isteri cantik mana boleh lepas nanti ada buaya sambar. Bahaya " Engku Rafael yang memahami maksud Rayden ketawa kecil dan memandang ke arah seseorang.

" Okey lah Ayden, mama dengan papa nak balik dulu,  Shal kalau Ayden nakal atau ada sakitkan hati Eishal, bagitahu mama . Nanti biar mama smack down dia " Eishal ketawa kecil sebelum kepala diangguk perlahan.

" Bye Eishal, nanti Shal balik rumah mama kita sembang panjang okey " kata Ratna dan bersalaman dengan Eishal lalu melaga-lagakan pipi mereka .

" Bye, kakak iparkuuu. Malam pertama jangan nakal nakal tau, abang Rayden tu aggressive sikit " Pap! 

" Aduh! Angah sakit lahhh! " jerit Rafanda yang menahan kesakitan apabila mulutnya ditampar oleh Ratna.

" Kecik kecik dah gatal eh kau , dah masuk! " arah Ratna tegas. Rafanda akur, dia bersalaman dengan Eishal dan Rayden sebelum masuk ke dalam kereta. Kereta vellfire Hitam itu meluncur laju keluar dari kawasan perumahan tersebut. Eishal dan Rayden masih statik di tempat mereka.

" Apa pandang-pandang! " marah Eishal. Rayden tersenyum sinis.

" Suka hati saya lah nak pandang awak pun kita kan dah halal, saya nak tengok lebih dari itu pun boleh " terus dada bidang milik Rayden dipukul perlahan oleh Eishal sebelum gadis itu melangkah masuk ke dalam rumah .

" Ganas, i like " Bicaranya sendiri. Kaki mengekori langkah Eishal ke halaman rumah .

" Eh pengantin baru tak masuk tidur lagi? Dah lewat ni " sampuk Encik Hilman yang sedang duduk bersantai bersama Kedua orang adik Eishal dah beberapa orang bapa saudaranya.

" Eii ayah ni, tak payah lah usik Shal macam tu " Rengek Eishal manja. Anak ayah guys. Anak ayah.

" Lah mana ada usik, betul kata ayah kamu tu, esokkan nak bersanding. Kalau tidur lewat nanti muka sebam je atas pelamin " sampuk Encik Halim atau pun lebih selesa dipanggil pakngah.

" Pakngah pun sama! " Eishal mencebik. Rayden menghampiri mereka lalu duduk di sebelah Eishal. Gadis itu mendengus geram.

Punya lah banyak kerusi lain nak jugak menyempit sebelah aku

" Haa Ayden, pegi bawak bini kamu ni masuk bilik. Kalau tak cukup rehat kang esok lepu pulak " Arah Encik Hilman.

Rayden menganggukkan kepalanya perlahan. Bibirnya didekatkan dengan telinga Eishal lalu membisikkan sesuatu " jom kita masuk tidur sayang " terus meremang bulu roma Eishal mendengarnya.

Kepala ditolehkan ke arah Rayden. Lelaki itu tersenyum penuh makna. Penuh dengan muslihat dan maksud yang tersirat.

I'm so dead ”

— chap ni bersemut ke tak? Kalau bersemut comment YASSS! Nanti sis semburkan ridsect 😂 Sorry kalau ada typo :3

Do leave your vote and comment.

Lots of love Alya ♥

Olvasás folytatása

You'll Also Like

84.6K 8.3K 44
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
15.8K 1K 51
TheBest Floriarity Teen Fiction 2020 [ COMPLETED ] ✔ " i'm here because of you, my dear knight " Masha Darwisy, gadis kelahiran Istanbul yang telah b...
3.2M 288K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
12.7K 1.1K 11
Cinta itu wujud saat dia sudah tiada :') #shortstory