3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔

By Marliya_

446K 20.4K 926

[ C O M P L E T E ] " Dia yang aku puja, Dia yang aku mahu " Dia, seorang perempuan yang sangat berb... More

n o t e
01 | ♡
02 | ♡
03 | ♡
04 | ♡
05 | ♡
07 | ♡
08 | ♡
09 | ♡
10 | ♡
11 | ♡
12 | ♡
13 | ♡
14 | ♡
15 | Raya edition 1 ♡
16 | ♡
17 | Raya edition 2 ♡
18 | ♡
19 | ♡
20 | ♡
21 | ♡
22 | ♡
23 | ♡
24 | ♡
25 | ♡
26 | ♡
27 | ♡
28 | ♡
29 | ♡
30 | ♡
31 | ♡
32 | ♡
33 | ♡
34 | ♡
35 | ♡
36 | ♡
37 | ♡
38 | ♡
39 | ♡
40 | ♡
41 | ♡
42 | ♡
BTK
WICME

06 | ♡

11.3K 585 17
By Marliya_

Eishal memerhatikan wajah wajah ahli keluarganya yang terlalu mesra alam dengan Rayden dan Harraz. Kalau lah mereka tahu macam mana perangai Rayden. Mahu mati kena cincang.

" Shal, dah kenapa tenung Rayden macam tu? Dia handsome sangat ya? Boleh kenyang ke makan handsome dia tu sampai nasi pun tak disentuhnya? " usik Puan Suhana. Eishal menjeling ke arah wanita itu tajam.

" Ha'ah ibu, kenyang sangat " Bola mata diputarkan. Biar mereka tahu yang dia betul betul benci dengan lelaki itu.

" Ayah dah bincang dengan Papa kamu, katanya nak langsung lagi dua minggu. Ayden okey ke? " Rayden memandang ke arah Encik Hilman sambil tersenyum.

" Ayden okey je ayah " Encik Hilman dan Puan Suhana ketawa bahagia. Ewah ewah.

" Syukurlah kalau macam tu, tinggal nak pujuk orang tuuu je " Eishal dapat merasakan yang bunyi tuuu itu seperti ditujukan kepadanya .

Eishal bangun dari duduknya.

" Eh Shal? Dah habis makan ke? Nasi tak luak pun ibu tengok? " Sampuk Puan Suhana.

" Takde selera Shal nak makan , Shal nak naik " pantas dia berlalu ke dapur dan membuang sisa makan lalu membasuh pinggan mangkuk di dapur.

" Shal , sini kejap. Ayah nak bagitahu kamu sesuatu " Eishal memegang dadanya yang dari tadi berdegup kencang. Dia tahu sesuatu yang ingin disampaikan oleh Encik Hilman itu adalah sesuatu yang mampu membuatkan dirinya diserang heart attack

Sekarang suasana di meja makan mula serius dan awkward .

" Ayah nak cakap apa? Tak boleh tunggu diorang balik dulu ke? " Rayden dan Harraz dijeling sekilas.

" Ayah nak Shal kahwin dengan Rayden " jatuh dua inci rahang Eishal . Tak mungkin!



Dush! Dush!

" Eh Shal stop stop! Aku penat " adu Alana. Termengah mengah gadis itu menahan rasa lelah.

" Kau blah sana, aku tak puas lagi! " Punching bag ditumbuk dan disepak sekuat hati. Mata mata yang memandang mula berasa gerun apabila mendengar sumpah seranah yang keluar dari mulut kecil itu.

" Shal dah la! Lebam Tangan kau nanti " pujuk Alana namun diendahkan sahaja gadis itu.

" Lelaki tak guna! " Eishal menjerit kuat dan melepaskan tumbukan yang terakhir lalu menghampiri Alana yang duduk tercengang di kerusi.

" Orang tua tua kata, jangan benci sangat cik Rose nanti silap silap kau yang sayang dia bagai nak gila " selesai saja Alana berkata begitu. Death glare yang setajam pisau diberikan.

" Lagi pun okey apa dengan Rayden, aku tengok dia tu sesuai sangat dengan kau, macam pinang dibelah dua " Eishal mengusutkan rambutnya .

" Eh kau diam lah Lana! kalau kau datang sini teman aku setakat nak menyakitkan hati , baik kau balik sekarang! " marah Eishal. Alana tersengeh lalu meminta maaf.

" Tapi kau terima jugakan? "

" Kau rasa kalau ayah yang suruh mampu ke aku nak berkata tidak? Lagipun dia suruh , bukannya minta persetujuan! " buat kesekian kalinya Eishal melepaskan nafas berat.

" Sabar la Shal aku yakin, Ayah man buat macam ni mesti sebab dia tahu yang Rayden tu boleh jaga kau " bahu Eishal diusap perlahan.

" Aku tak kesah kalau ayah nak suruh aku kahwin ,tapi kenapa dengan lelaki hantu tu? Aku tak suka dia! Aku benci dia! " Alana menggelengkan kepalanya. Apa yang si Eishal benci sangat dengan Rayden pun tak tahu lah.

" Hi Eishal, Lana " sapa satu suara. Kedua gadis itu menoleh.

" Eh Daim? Bila sampai Malaysia? " soal Eishal teruja. Lelaki itu tersengeh gatal. Alana memutarkan bola mata. Menyampah.

" Dua hari lepas. Makin cantik lah awak sekarang Eishal " puji Daim. Siapa saja yang tak tertarik dengan Eishal. Berkulit putih, mata bulat, rambut panjang ,body pun boleh tahan.

" Ehem! Rasanya aku masih lagi seorang manusia dekat sini, eh kau jangan nak menggatal dengan Eishal lagi. Dia-dah-nak-kahwin " Riak wajah Daim terus berubah kelat.

Bahu Alana dipukul kasar oleh Eishal. Mata menjeling sahabatnya yang memberi maksud ' kau buat apa ni sengal.

Alana angkat kening.

" Shal, aku cuma nak selamatkan kau dari mamat ulat beluncas ni je, dia ni playboy kau tahu tak! " bisik Alana ke telinga Eishal.

" Tak baik fitnah orang Alana " Alana menggulingkan bola mata ke atas. Tadi bukan main lagi dia kutuk si Rayden. Sampai Daim semua tak boleh .

" Alana main main je tadi " Daim mengeluh kecil. Lega agaknya. Yela crush kot.

" Okey jumpa nanti, saya nak balik dulu " pamit Daim dan melangkah pergi meninggalkan mereka berdua.

" Kau ni Hipokirt betul " kutuk Alana.

" Eh apahal aku pulak? "

" Tadi bukan main berbakul-bakul sumpah kau lempar dekat Rayden, sekali Daim sampai terus acah ayu. Kau suka Daim ke Shal? " dahi Alana berkerut. Soalan cepumas diberikan kepada Eishal.

" Mana ada! Aku dengan dia kawan je la , sama macam kau dengan dia " Alana buat muka jelik.

" Aku dengan dia tak pernah dan tak akan jadi kawan, anti aku dengan lelaki macam tu. Allergic! " Alana menggelengkan kepalanya menandakan gadis itu betul betul geli dengan Daim.

" What ever it is miss Rose, aku hanya akan restu kalau kau dengan Rayden sahaja. Fullstop " terus wajah Eishal berubah cemberut. Balik balik nama hantu tu. S-e-m-a-k.

" kau jelah kahwin dengan dia! " jerit Eishal geram.

" Eh aku no hal, setakat ni Alana Amanda belum pernah tolak rezeki tau, bukan macam Eishal Rose " kata Alana sarkastik lalu tersenyum sinis.

- Rayden or Daim? Pilih cepat sebelum sis matikan dua dua HAHAHA.
Do leave your vote and comment.

Lots of love Alya♥

Continue Reading

You'll Also Like

15.8K 1K 51
TheBest Floriarity Teen Fiction 2020 [ COMPLETED ] ✔ " i'm here because of you, my dear knight " Masha Darwisy, gadis kelahiran Istanbul yang telah b...
3.7M 142K 74
[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh dengan kejutan. Hidup dia selama ini di...
607K 24.1K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
282K 10.6K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...