3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔

By Marliya_

445K 20.4K 926

[ C O M P L E T E ] " Dia yang aku puja, Dia yang aku mahu " Dia, seorang perempuan yang sangat berb... More

n o t e
02 | ♡
03 | ♡
04 | ♡
05 | ♡
06 | ♡
07 | ♡
08 | ♡
09 | ♡
10 | ♡
11 | ♡
12 | ♡
13 | ♡
14 | ♡
15 | Raya edition 1 ♡
16 | ♡
17 | Raya edition 2 ♡
18 | ♡
19 | ♡
20 | ♡
21 | ♡
22 | ♡
23 | ♡
24 | ♡
25 | ♡
26 | ♡
27 | ♡
28 | ♡
29 | ♡
30 | ♡
31 | ♡
32 | ♡
33 | ♡
34 | ♡
35 | ♡
36 | ♡
37 | ♡
38 | ♡
39 | ♡
40 | ♡
41 | ♡
42 | ♡
BTK
WICME

01 | ♡

19.2K 749 37
By Marliya_

-untuk permulaan kita pakai first pov which is Eishal Rose pov.

Kereta yang aku pandu berhenti apabila traffic light Wangsamas bertukar merah

Ok hi, nama diberi Nur Eishal Rose berumur 24 tahun. Lepasan Universiti biarlah rahsia dan harini aku nak pergi interview disebuah syarikat mega.

Lampu Traffic light bertukar hijau. Baru saja kereta myvi ku ingin bergerak tiba tiba bontot kereta disondol oleh pemandu tak bertauliah dan hasilnya habis remuk redam kereta Kesayangan ku.

Aku keluar dari kereta dan mencangkung di sisi kereta . Buntu kejap otak dibuatnya.

Pemandu Mercedes Benz itu keluar dari kereta dan menghampiri aku . Ditilik kereta nya beberapa kali dan bersuara.

" You should pay for it " jari dihalakan ke arah kesan calar yang terdapat pada lampu di sebelah kiri keretanya

Banyak cantik muka bapak dia nak suruh aku bayar. Hey kereta aku yang remuk apahal aku kena bayar ganti rugi dekat dia pulak!

" bayar ganti rugi or i will see you in court " aku melopong sekali lagi.

" Hey siapa yang sondol siapa? Sekarang ni awak yang patut bayar ganti rugi! Habis remuk kereta myvi saya! " marah aku . Muka habis merah dek kerana menahan panas terik matahari.

" By hook or by crook awak kena bayar, atau saya akan report pada polis " dan sekarang aku tengahh cuba bersabar untuk tak tumbuk lelaki yang berdiri di hadapanku ini.

" Awak nak report , report lah . Saya tak salah! Kereta calar sikit dah kecoh hakalah manja betul! " amuk ku dan terus masuk kedalam kereta dan meninggalkan lelaki itu terpinga-pinga.

Stereng dihentak kasar.

Hilang terus mood aku nak pergi interview. Terus aku membuat pusingan U dan memandu pulang ke rumah.

" Eh ibu Kak shal dah balik! " jerit Eiman adik lelaki aku kuat apabila melihat kereta aku diletakkan dibawah garaj bersebelahan dengan kereta proton saga Ayah .

Pintu kereta aku hempas kasar dan membuatkan bahu Eiman dan ibu terhinjut.

" Shal kenapa kereta tu ya Allah, shal kau accident ke? " soal ibu bertubi tubi.

" Ha' ah bu, entah setan mana yang buta tak nampak sikit punya besar kereta Shal ni dekat tengah jalan " balas aku geram. Wajah lelaki tadi kembali terbayang di mata .

Rasa nak hempuk kepala dia atas jalan raya.

" Kau okey tak? Ada cedera? " soal ibu cemas. Badan aku dibelek-beleknya takut ada luka pada anggota badan.

" Ibu , akak kan sado. Setakat calar apa lah sangat " celah Eiman . Lelaki itu aku pandang tajam. Jeles cakap!

" so kau tak pergi kerja la ni? " soal Eiman.

" macam mana lah aku nak pergi, separuh jalan lagi aku gerak alamat tersadailah aku dekat tepi jalan tu " Eiman dan ibu mengangguk serentak.

" dah dah, tak payah nak bising-bising. Kereta tu nanti biar ayah yang uruskan, Shal pegi naik tukar baju lepastu biar ibu urut " dahi aku berkerut.

" Lah Shal okey lah bu, kenapa nak kena urut pulak " soal aku kehairanan. Eiman awal awal lagi dah masuk dalam dan sambung main ps4 dia.

" Jangan nak banyak songeh boleh tak? Ibu kata naik tukar bajukan? " aku akur. Kaki melangkah masuk ke dalam rumah teres dua tingkat itu dan berlalu masuk kedalam bilik.

Setelah selesai menukar pakaian. Aku turun dan bermain bersama Eiman sementara menunggu ibu memasak didapur.

" Kak petang ni kita pergi club nak? , aku dah lama tak practice " ajak Eiman.

" Kereta aku rosakkan sengal nak pergi macam mana? " tiba tiba rasa geram kembali membuak buak apabila teringatkan kejadian pagi tadi.

" Merempit lah " lambat lambat aku mengangguk. Jujur aku juga rindu dengan club tersebut.

Aku membantu ibu didapur menyediakan makan tengah hari. Ayah juga sudah pulang daripada kerja untuk makan bersama.

Kami makan bersama di meja makan.

" Esok Shal ikut ayah pergi bengkel, nanti kita try bincang dengan apek macam mana " aku sekadar mengangguk perlahan. Tiba tiba bahu aku ditolak tolak oleh Eiman.

Apahal lah mamat ni, kacau betul . Aku nak makan pun tak senang. Tahu lah aku yang dia suruh mintak izin dekat ayah.

" Emm ayah petang nanti Shal dengan Eiman Nak pergi club tau " aku meminta keizinan daripada ayah untuk keluar ke club petang nanti. Anak yang baik bukan?

" nak pakai kereta ke? " soal ayah. Wah ayah nak kasi pinjam ke?

" eh tak, kitaorang naik motor je " potong Eiman. Aku menjelingnya sekilas. Spoiled.

" Haa kalau macam tu hati hati, kamu tu Shal beringat sikit. Kuat macam mana pun kamu masih perempuan. Masih tak dapat lawan kekuatan lelaki " pesan ayah panjang lebar. Dan aku dengan redhnya hanya menadah telinga .

" Dengar tak ayah cakap ni! " gertak ayah. Kepala aku angguk pantas. Macam tahu tahu saja aku berangan.

Selesai makan aku dan Eiman bersiap-siap untuk keluar. Rambut diikat kemas lalu aku menarik hoodie dan menutup kepala.

" bawa motor tu elok elok Eiman " pesan ibu dan Motor 125 yang dibawa oleh Eiman mula bergerak menuju ke club yang tak jauh dari rumah. Lebih kurang 5 minit dari rumah kalau guna kenderaan. Kalau jalan kaki dalam 10 minit baru sampai ke destinasi.

Sampai saja di club aku terus menerpa masuk dan mengambil tempat biasa . Selesai menukar pakaian aku menghampiri punching bag yang beratnya lebih kurang 10 kg itu. Glove yang terpasang ditangan aku pandang lama sebelum tumbukan pertama dilepaskan.

Puas!

Hilang segala perasaan geram dan marah yang terbuku di dalam hati sebentar tadi.

"Kak Shal!" sapa seseorang. Aku menoleh.

" Eh Nana? Practice juga? " gadis berbadan kecil itu menganggukkan kepalanya.

" Rindu kak Shal! Eh lupa, ni ada sorang abang ni kasi dekat kak Shal... Dia nak mengorat kak Shal la tuuu " kata Nana meleret lalu menghulurkan sehelai sticky note kepadaku

Kita masih punya hutang,
saya akan report pada polis
kalau awak tak mahu bayar ;)

Sticky note itu aku renyukkan .Nana memandang ke arah ku hairan.

" Nana boleh tunjuk tak dekat mana lelaki ni sekarang? " Nana menganggukkan kepalanya pantas tangan aku ditarik ke satu sudut.

Kau belum tahu siapa Eishal Rose yang
sebenarnya...

Continue Reading

You'll Also Like

869K 35.1K 96
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
78.6K 7.8K 42
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
10K 1.7K 18
Che Puan Elizabeth John Abdullah dibunuh kerana harta peninggalan Tengku Rahmat. Demi menuntut bela kematian mamanya, Carl Dylan pulang ke Malaysia. ...
263K 10.2K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...