HEARTLESS

By AteenKhalid

18.5K 412 50

Nur Kaisara menjangkakan yang kehidupannya akan berubah apabila dia bekerja di situ, namun apa yang berlaku m... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 5
BAB 6
BAB 7
Bab 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
Bab 13

BAB 4

1.2K 29 3
By AteenKhalid

WALAUPUN hari Isnin selalunya akan menjadi hari yang paling malas bagi semua pekerja... kata orang monday blues, tapi tidak bagi Kaisara.

Sejak dari tadi dia berasa teruja. Awal dia bersiap untuk kelihatan sempurna pada hari ini.

Jalan sesak juga tidak mampu mematikan senyumannya.

Usai memarkir kereta, Kaisara segera melangkah masuk. Semangatnya hari ini lain macam. Sejak minggu lepas dia asyik saja terkenangkan wajah si bosnya sekarang. Sampaikan termimpi-mimpi. Bukan sekali, malah berkali-kali. Saat pejam mata saja pasti terbayang senyuman lelaki itu. Indah.

Dengan layanan baiknya, dengan senyuman manis, kacak pula... pakej! Sejuk mata memandang. Pasti dia akan gembira kerja di sini. Asalkan bos baik, itu saja yang dia perlu. Pedulikan orang lain.

Kasutnya saja tinggi tiga inci. Hari ini dia memilih berseluar hitam... baju blouse berwarna salmon pink. Rambut beralun paras pinggang dibiarkan tanpa diikat.

Semuanya baru dibeli beberapa hari lepas. Banyak juga dia melabur untuk membeli pakaian baru untuk ke tempat kerja baru. Tak terkecuali, beg tangan dan kasut.

Dia melangkah masuk ke dalam pejabat dengan penuh keyakinan.

"Selamat pagi... cik..." belum sempat Jihan menghabiskan ayat, Kaisara sudah berlalu pergi tanpa memandangnya.

Tajam Jihan memandang kelibat Kaisara yang sudah membelakanginya sebelum hilang di sebalik pintu lif. Bibir mula membebel tanpa suara.

Nampaknya apa yang dikata Dhuha tu betul. Mengada-ngada. Kenapa Encik Nidham ambil wanita sekerek itu bekerja di sini? Seakan sengaja menjemput langau! Entah apa jawatan wanita itu agaknya. Habislah hari-hari indahnya disebabkan perlu menghadap wajah wanita itu setiap pagi dan setiap hari. Dasar sombong!

Sebaik saja Kaisara tiba di ruang pejabat, langkahnya mati. Dahinya berkerut memandang Dhuha masih berada di situ. Dia tidak peduli akan orang lain yang merenung ke arahnya. Yang dia kisah, kenapa Dhuha masih ada di situ? Bukankah itu akan menjadi tempatnya nanti? Takkanlah dia perlu berkongsi dengan Dhuha? No, tak pernah dibuat orang!

Dhuha yang menyedari kemunculan Kaisara tersenyum manis. Tambahan lagi apabila melihat riak wajah Kaisara ketika itu. Jelas kelihatan yang wanita itu terkejut dengan keberadaannya di sini.

"Cik Kaisara, Encik Nidham tak sampai lagi. Dia suruh masuk dan tunggu dalam bilik," arahnya sebelum kembali fokus pada komputer di hadapan.

Tak kuasa untuk melihat wajah itu lama-lama. Kenapalah ada manusia begini? Sengaja bikin diri sendiri dibenci. Mengada tak kena tempat. Sudahlah baru masuk kerja dah mula buat hal. Perangai tak secantik rupa.

Tapi sampai sekarang Dhuha masih tidak mengerti kenapa Nidham mengambil wanita ini bekerja dengan mereka. Malah apa yang disuruh Nidham sangat pelik sebenarnya.

Malah Nidham siap menyuruhnya rahsiakan semua ini. Pasti ada benda yang Nidham nak buat ni. Belum pernah lagi Nidham bertindak sebegini sepanjang dia bekerja di sini. Tapi apa-apa pun, dia akan diamkan diri seperti yang disuruh Nidham. Tak mahu dia membangkang kata-kata lelaki itu, tak berani!

Tanpa membalas mahupun senyum malah dihadiahkan pula jelingan, Kaisara melangkah masuk. Saat itu barulah senyumannya melebar. Nampaknya Nidham belum sampai. Rambut dikuis sedikit dan dia duduk di sofa yang berada di dalam bilik itu.

Kaisara duduk dengan penuh sopan. Seakan sedang bersanding. Bedak kompak dikeluarkan dari beg. Wajah dibelek buat kesekian kalinya. Sedang dia dengan wajahnya... Nidham masuk ke dalam ofis bersama Dhuha. Kaisara bingkas bangun dan mempamerkan senyuman manis.

"Akak, Nid mungkin akan keluar kejap lagi. Kalau ada sesiapa nak jumpa Nid, suruh Mika handle tau? Tak pun, Elaine."

Senyuman Kaisara mati. Mereka hanya berbincang seolah-olah dia tidak wujud di situ.

"Baik, Nid. Lagi satu, ada client call, dia..."

"Siapa?" potong Nidham.

"Mr. Lim."

"Oh, takpe. Nanti saya call dia balik. Saya tau dia nak bincang pasal apa. Anything else, kak?"

Dhuha diam. Dia hanya memberikan isyarat mata kepada Nidham memberitahu bahawa bukan mereka saja yang berada di dalam bilik ini.

Isyarat Dhuha difahami. Nidham hanya mengangguk. "Thanks kak. By the way kak, boleh tolong tak?"

"Tolong apa, Nid?"

"Macam biasa eh?" Nidham mengangkat jari telunjuknya sambil tersengih.

Dhuha mengerti apa yang dimahu Nidham. "Okey. No problem."

Sebaik saja Dhuha keluar, Nidham menyusun meletakkan segala apa yang dibawanya di atas meja. Dia mencuri nafas. Membetulkan rambut dan baju kot yang dipakai. Kini, barulah dia memandang ke arah Kaisara. Masing-masing tersenyum manis.

"Sorry, lama tunggu?"

Geleng. "Saya baru aje sampai."

Serba biru gelap Nidham hari ini. Mengancam betul. Tapi kalau orang ada rupa macam ni, pakai apa pun mengancam.

"Okay, awak duduk situ dulu. Saya ada kerja sikit."

Walaupun hairan, Kaisara tetap mengangguk dan membalas dengan senyuman. Dia kembali duduk dan memerhati. Nidham fokus dengan apa yang dilakukannya. Terpanar Kaisara melihat. Seakan menonton wayang filem yang menepati cita rasanya.

Tak lama selepas itu, Dhuha masuk sambil mendulang mug. Usai meletakkan di hadapan Nidham, Dhuha segera keluar tanpa memandang ke arah Kaisara.

Dahi Kaisara berkerut. Satu? Helo, takkan Dhuha tak nampak dia duduk di sini? Sekurang-kurangnya bancuhkanlah untuk dia segelas.

Mesti wanita itu tak puas hati dengannya. Tengoklah. Nanti bila aku dapat jawatan yang lebih bagus, aku akan buat benda yang sama pada kau. Guman Kaisara geram sambil menggigit bibir.

Setelah hampir setengah jam menunggu, Nidham masih tidak bersuara apa-apa. Dia seakan tunggul, seakan perhiasan di dalam bilik ini. Namun begitu, dek pemandangan yang indah, ada juga gembiranya. Di samping itu, dia juga panasaran, apakah jawatan yang bakal disandangnya nanti. Berlegar-legar soalan itu dalam kepalanya.

"Nid!"

Terenjut bahu Kaisara apabila seseorang merempuh masuk ke dalam bilik Nidham. Ternyata bukan dia aje, Nidham jugak terkejut.

"Dude, tak reti ke nak ketuk pintu? Nasib baik aku tak buat drawing kalau tak memang kau makan kaki aku tengah hari ni."

Tawa Mikael meledak. "Hell no, man. Dengan kau aje pun... buat apa nak ketuk pintu," dia kematian kata saat terpandang Kaisara. Dia kembali memandang Nidham dengan pandangan hairan.

Kening diangkat isyarat menanya.

"Mika, this is Kaisara and..." Nidham memandang ke arah Kaisara, "Ini Aidan Mikael. Kawan saya dan jugak pekerja di syarikat ni."

"Mademoiselle," Mikael melangkah menghampiri Kaisara sambil menghulurkan tangan. Kaisara apatah lagi... pucuk dicita ulam mendatang, laju saja dia menyambut huluran itu. Dia benar-benar rasa bahagia kerja di sini. Sudah ada dua manusia indah di depan mata.

"Mika, don't. Not her..." ucap Nidham apabila dia sudah melangkah mendekati mereka berdua. Dia belum mengabarkan apa-apa lagi kepada Mikael. Risau pula kalau Mikael terlepas cakap atau menyoal kenapa wanita itu ada di sini.

Tawa Mikael meledak.

"Dude, mana kau dapat dia ni? So hot!"

Bisik Mikael namun bisikan itu masih sampai pada pendengaran Kaisara. Menyimpul senyuman wanita itu apabila menjadi topik perbualan dua lelaki ini. Rambut diselit di belakang cuping telinga.

"Nanti aku bagitau. Dah, pergi!" Jeling Nidham tajam sambil bercekak pinggang.

"Okey fine. Aku keluar."

"By the way, kejap lagi kau ganti tempat aku. Aku dah call Mr. Lim tadi aku cakap kau akan handle. Kak Dhuha akan bagitau dengan detail."

"Aduh, kau ni!" pangkas Mikael.

"Tolonglah!"

"Yelah!" Dia mendengus sambil buat muka pada Nidham.

Sempat Mikael melambat dan mengenyit mata kepada wanita itu sebelum dia melangkah pergi. Apa-apa pun, dia akan tuntut penjelasan dari Nidham nanti.

"Shall we?"

"Hah?"

Nidham senyum. "Follow me."

Laju Kaisara mengekori langkah Nidham. Semua manusia yang tersempak dengan Nidham menegur lelaki itu dan menghadiahkan senyuman kepadanya. Dengan bangganya dia berjalan di belakang lelaki itu bersama senyuman puas. Melihat wajah Dhuha dan Jihan tidak puas hati, lagilah dia suka. Nampaknya dia akan dapat jawatan special. Ah, tak sabarnya!

Sebaik saja berada di hadapan bangunan, sebuah kereta sudah tersiap sedia di situ dan ada seorang lelaki berdiri di sisi kereta sambil memandang ke arah mereka dengan senyuman. Mata Kaisara membulat. Itukan kereta Ferrari?! Oh. My. God! Sudahlah warna merah. Warna kegemarannya pula. Mengancam!

Nidham segera memberi isyarat mata.

"Ini bos," Zafril yang memahami segera bercakap dengan penuh sopan. Kunci kereta bertukar tangan.

Sepet mata Nidham memandang Zafril. Lelaki itu langsung tidak ketawa. Memang betul-betul menghayati watak ni. Dengan sedaya-upaya Nidham cuba menahan tawanya dari meletus sebab tak pernah dia tengok Zafril sesopan macam ni.

"Terima kasih."

Zafril melangkah pergi dari situ. Pandangan Nidham kembali tertumpu kepada Kaisara. Wanita itu sedang kagum membelek kereta berdekatan mereka. Senyuman sinis terukir di bibir Nidham.

"Let's go."

Kaisara berkira-kira untuk melangkah ke bahagian penumpang. Dia sudah sedia untuk membuka pintu kereta sebelum Nidham melangkah pergi dari situ.

Dahi Kaisara berkerut namun dia tetap mengekori lelaki itu. Sesekali dia berpaling memandang ke arah Ferrari tadi sambil menggigit bibir. Seksinya kereta tu. Si Nidham ni nak ke mana pulak?

Mereka menuju ke tempat parkir dan berhenti sebaik saja berada di hadapan sebuah dua buah kereta. Namun mata Kaisara bersinar-sinar memandang salah sebuah dari kereta itu.

"Nah," kunci kereta dihulur kepada Kaisara. Senyuman Nidham sudah mati. Terpinga-pinga wanita itu dibuatnya.

"Saya tak faham."

"This is your job."

Mata Kaisara membulat.

"Hah?"

"Awak driver baru saya..."

Kaisara rasa tubuhnya seakan melayang. Dia? Driver?! Dengan pakai macam ni? Takkanlah!

"Go!" Arah Nidham seraya memberikan isyarat mata. Nadanya sudah bertukar keras dan dingin.

Kaisara menelan berat liurnya sambil melangkah menghampiri Range Rover. Namun suara Nidham mematikan langkahnya.

"Bukan kereta tu tapi kereta ni. Come on, Kaisara. Tengok kunci kereta pun awak mesti boleh agak kan yang awak nak kena pandu kereta yang mana satu? Otak awak weng ke macam mana ni?" Perwatakkan Nidham mula berubah seratus lapan puluh darjah.

Kaisara mendengus perlahan. Geram apabila Nidham suka-suka hati saja kata otak dia weng!

Melihat keadaan kereta di sebelah, lama, calar dan kemik di sana sini membuatkan tubuh Kaisara hampir rebah.

Tak... tak mungkin dia akan pandu kereta macam tu! No!

***

SUDAH la jalan di Kuala Lumpur ini jammed, kereta yang dipandu juga kereta manual! Untuk orang generasi macam dia ni, kereta manual dengan KL sangat tidak ngam, okey?! Power stereng pun tak ada!

Dengan enjin kereta yang bunyinya menyakitkan telinga. Sudah beberapa kali enjin kereta ini mati ketika berhenti di lampu isyarat. Stres Kaisara dibuatnya apabila terpaksa mendengar kereta-kereta lain bunyikan hon kepadanya. Ikutkan hati, nak aje dia tunduk dan sembunyi. Malu dipandang orang!

Dengan pendingin hawa tak sejuk langsung. Tambahan pula, dia memakai kasut tumit tinggi, hendak tanggalkan dia berasa geli untuk memijak pedal berkaki ayam. Kalau keretanya sendiri tak apa, ni entahkan siapa pernah pandu sebelum ni, kotor di tapak kasut itu... serta-merta Kaisara memejam mata. Meremang bulu romanya, geli! Berombak dadanya menahan marah.

Cermin pandang belakang diperhati. Makin membahang dadanya apabila melihat Nidham santai berehat di belakang sambil memejam mata. Seolah-olah lelaki itu sedang menikmati kesengsaraannya yang terpaksa menghadap jalan yang sesak ini sendiri sendiri.

Kaisara tidak puas hati, dia perlukan penjelasan!

"Memang betul ke ini kerja saya?" soalnya dengan nada marah. Sudah hilang perkataan bos di bibir.

"Yes."

"Tapi, minggu lepas, saya ingat awak nak berikan jawatan Dhuha tu kepada saya?" perkataan 'encik' juga sudah hilang.

"Saya tak pernah cakap macam tu. Awak yang salah anggap sebenarnya. Look, Miss Kaisara... saya dah suruh awak baca perjanjian sebelum tandatangan, kan? Semua saya dah tulis di situ. Awak yang tak baca. Jadi itu salah awak, bukan saya..." tenang saja Nidham membalas. "Awak ada kan perjanjian tu di rumah? Apa kata balik ni awak baca balik? Baca dan teliti betul-betul."

Kuat Kaisara menggenggam stereng kereta. Geram dengan tindakan Nidham dan geram dengan kebodohan sendiri. Dek terpukau dengan lelaki itu, dia menjadi terlalu gembira dan terus saja menurunkan tandatangan pada surat perjanjian tanpa membacanya.

Bila balik rumah pulak, tak terdetik di hatinya untuk melihat surat-surat perjanjian itu kembali kerana dia sibuk untuk menguruskan proses perletakkan jawatan di syarikat lama.

"Saya nak berhenti."

"Jangan berhenti kereta di tengah jalan. Ke tepi dulu kalau nak berhenti pun... nanti orang lain marah."

Mendidih darah Kaisara. Orang cakap betul-betul dia main-main pulak! Kaisara terus memberhentikan kereta di bahu jalan. Dia sudah tidak peduli. Dia akan letak jawatan dan akan turun dari kereta ni. Biar saja dia balik menggunakan teksi, bas atau apa-apa jelah pengangkutan awam yang ada di Kuala Lumpur ni.

Diam Nidham membangkitkan lagi kemarahannya.

Kaisara berpaling ke belakang. "Saya cakap nak berhenti kerja!"

"No, you can't." Nidham tersenyum sinis.

Ini kali pertama Kaisara melihat senyuman sebegitu pada wajah Nidham. Dahinya berkerut.

Nidham mendekatkan wajahnya. "Saya dah cakap kan, bila awak dah turunkan tandatangan, awak tak boleh berhenti. Paling kurang awak kena kerja sebulan. Kalau tak, awak kena bayar pampasan dekat saya. Lima angka. Tak boleh bayar ansuran. Awak sendiri yang setuju dengan perjanjian, Cik Kaisara. Awak tak boleh lari sebab saya ada bukti hitam dan putih," tenang saja Nidham berkata. Dia kembali bersandar dan silangkan kaki namun matanya tetap pada wajah Kaisara.

Gigi diketap! Kaisara sudah tidak tahu apa yang perlu dia buat sekarang. Kalau orang lain tahu dia bekerja sebagai driver, jatuh reputasinya nanti! Macam mana dia hendak berdepan dengan Dhuha? Macam mana kalau officemate syarikat sebelum ini tahu kerjanya sekarang? Julia, macam mana kalau dia tahu? Argh!

"Jadi lebih baik awak tutup mulut dan buat kerja awak. Sebulan aje tak lama Cik Kaisara. Jangan risau, orang lain takkan tau kerja awak kalau awak tutup mulut, okey? Awak tutup mulut, saya pun tutup mulut. Win win situation. Kalau awak bukak mulut, saya akan bagitau semua orang yang awak driver saya."

Laju Nidham mengeluarkan telefon bimbitnya dan menangkap gambar Kaisara.

"Bukti pun dah ada." Nidham sengih.

Kaisara sampai sudah tidak tahu bagaimana untuk melontarkan amarahnya. Kepalanya berkecamuk. Segala ayat yang ada dalam kepala sudah tunggang-terbalik.

"Esok, jangan pakai vogue sangat. Pakai baju biasa sudahlah. Driver kena buat cara driver, kan?" senget senyuman Nidham.

Badan dipusingkan kembali memandang hadapan. Berombak dada Kaisara menahan marah.

"Drive cepat... saya lapar sangat. Pergi Shah Alam. Dah sampai sana baru saya bagitau nama restoran."

Shah Alam?! Terpejam mata Kaisara saat mendengar arahan itu. Shah Alam tu jauh dengan lokasi mereka sekarang ni. Dengan jalan sesak macam ni.

Jahatnya! Mr D! Devil!

Ini bukan The Devil Wears Prada tapi The Devil Wears Suit! Eiiii!


********

Terima kasih sudi baca HEARTLESS. Jangan lupa vote dan komen ye?

Novel ni April 2018, fresh lagi ni. ;)

Dan jangan lupa baca cerita-cerita saya yang lain jugak. ;)

Promise

Tolong Jagakan Dia

Alamak, Tersuka La Pulak!

Piano

Betul, Suami Aku Pelakon!

Oh, ya. Kalau sesiapa ada Facebook, boleh like page saya.

Novelis Ateen Khalid

Dan Instagram saya ----- ateen_khalid

Continue Reading

You'll Also Like

3M 310K 89
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya m...
2.3M 99.5K 79
#1 ENCIK'S SERIES 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐅 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐑 𝐗 𝐊𝐀𝐔𝐒𝐀𝐑 𝐔𝐌𝐀𝐈𝐘𝐀𝐇 "Assalamualaikum, cinta." Thaqif Jabar - seorang duda yang kacak, bekerjaya...
372K 14.4K 70
𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her the way she deserves, an...
1.1M 58.5K 72
Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Macam mana ni?" -Adara Sumayyah "Wow! Amazi...