C | π’π‚π‡πŽπŽπ‹

By leimonadd

1.6M 120K 5.3K

ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA... More

S1
S2
S3
S4
S5
S6
S7
S8
S9
S10
S11
S12
S13
S14
S15
S16
S17
S18
S19
S20
S21
S22
S23
S24
S25
S26
S27
S28
S29
S30
S31
S32
S33
S34
S35
S36
S37
S38
S39
S40
S41
S42
S43
S44
S45
S46
S47
S48
S49
S50
S51
S52
S53
S54
S55
S56
S57
S58
S59
S60
S61
S62
S63
S65
S66
S67
S68
S69
S70
S71
S72
S73
S74
S75
S76
S77
S78
S79
S80
S81
S82
S83
S84
S85
S86
S87
S88
S89
S90
S91
S92
S93
S94
S95
S96
S97
S98
S99
S100
SCHOOL

S64

12.7K 1K 185
By leimonadd

ZAKWAN terkedu, begitu juga dengan Ayshara. Mereka berpandangan sesama sendiri dalam jarak yang agak jauh. Zakwan pandang belakang pelajar lelaki yang menghadap Ayshara, begitu juga Ayshara. Dia pandang belakang pelajar perempuan yang berada di hadapan Zakwan. Tengok dari belakang, masing-masing dah boleh mengagak siapa.

'Alif,' kata Zakwan dalam hati.

'Qizwin,' kata Ayshara dalam hati.

QIZWIN memandang malu-malu kepada Zakwan yang ada di  hadapannya. Gembira betul dia rasakan, malah lebih gembira lagi daripada ajakan Zakwan yang ingin berjumpanya di sungai ini, lima minit yang lalu. Bagai bulan jatuh ke riba! Nampaknya, usaha dia cuba mendekati Zakwan selama ini membuahkan hasil lah kan? Adakah Zakwan ingin menyatakan sesuatu yang penting seperti Zakwan suka dia? Ah! Qizwin sangat teruja!

Tapi, apasal daripada tadi Zakwan senyap aje? Qizwin pandang tepi, mencari sesiapa yang cuba-cuba mendengar perbualan mereka. Mana tahu ada peminat Zakwan yang dengar luahan perasaan  Zakwan. Tak naklah mereka kecewa bila Zakwan memilihnya sebagai... kekasih! Awh! Tapi, ada Arif aje yang cover line.

"Err... Zakwan?" Qizwin bersuara dan dia perasan Zakwan seperti tersentak sikit. Lelaki ni berangan ke apa?

Zakwan pandang Qizwin yang berdiri di hadapannya. Lupa terus dia pada gadis di depan ini. Fokusnya lebih kepada Ayshara dan Alif di sana. Apa mereka berdua buat tu? Walaupun ada Hanani yang berdiri macam anak toke mafia kat tepi tu, dia tetap risau. Perasaan ingin tahu.

"Sorry. Kat mana kita tadi?" Tanya Zakwan. Belakang leher diusap perlahan. Dia pandang Qizwin sekilas sebelum dia curi-curi lihat Ayshara. Dia yakin Ayshara perasan akan kehadirannya. Adoi, jangan gaduh lagi sudah.

Qizwin kerutkan dahi. Mereka ada berborak ke?

"Err, awak kata awak ada perkara nak cakap dengan saya. Tapi, awak tak cakap apa-apa lagi." Terang Qizwin. Seboleh mungkin dia cuba bersuara dengan penuh sopan. Nak pikat lagi hati Zakwan.

Zakwan pandang Qizwin. "Oh, yeah!" Zakwan petik jari. Dia nak selesaikan masalah dia. Dia nak suruh Qizwin jangan dekat dengan dia. Dia nak suruh Qizwin cari tutor Addmath lain. Dia nak suruh Qizwin jangan datang kelas lagi. Dia nak bagitahu Qizwin tentang teman wanita, merangkap isterinya kepada Qizwin, dengan harapan gadis ini jelas kenapa dia tak bagi buat perkara-perkara yang dinyatakan tadi.

"Ha, Qizwin." Mukaddimah Zakwan.

"Tapi, sebelum awak cakap, saya nak cakap dulu boleh?" Tanya Qizwin. Dia tersenyum malu. Kaki dah menguis tanah. Dia nak confess dulu sebelum Zakwan. Nak bagi surprise dekat lelaki tu. Dan dia nak dengar ayat: seriously? I like you too! daripada mulut Zakwan. Oh, god!

Zakwan angguk kepala lambat-lambat. Sempat dia pandang Ayshara. Macam serius aje perbincangan kat sana tu.

"Emmm. Sebenarnya... saya... suka awak!" Kata Qizwin dengan nada malh namun yakinnya.

Arif yang terdengar terus berhenti main telefon. Dia pandang Qizwin dan Zakwan. Dah dia Agak Qizwin suka Zakwan. Tengok gaya pun tahu.

Zakwan terdiam.

"Oh..."

Qizwin pandang Zakwan. Ini bukan tindak balas yang dia inginkan!

"Oh?"

Zakwan garu kepala. "Err... terima kasih. Saya pun suka diri saya." Kata Zakwan. Ayat reject dia boleh buat orang terasa ke?

Qizwin malu. Adakah luahannya ditolak oleh Zakwan sekarang?

"Err... saya minta maaf."

Makin malu Qizwin. Ya! Luahannya sedang ditolak.

"Saya tak boleh nak halang perasaan awak, Tapi saya juga tak boleh tahan perasaan saya dekat.. kekasih saya."

Bum!

Macam petir Qizwin rasa bila dengar perkataan 'kekasih' daripada Zakwan.

"A-awa-awak ada ke-kek-kasih?" Tergagap Qizwin bertanya. Malu. Malu. Malu! Dia suka dekat pakwe orang lah ni?!

Zakwan angguk. Dia pandang Ayshara di sana.

"Saya minta maaf. Saya tak nak keruhkan hubungan saya dengan kekasih saya. Jadi, saya minta awak jauhkan diri daripada saya. Saya hargai awak sebagai salah seorang kawan saya. Tapi, saya harap kita tak terlalu rapat." Kata Zakwan. Dia rasa kata-katanya Agak pedih untuk diterima, Tapi ini sahaja cara yang boleh buatkan Qizwin jauh daripadanya, lalu dia dan Ayshara takde sengketa lagi. Tapi, kat sana tu... macam akan mula sengketa baru pula nanti.

Qizwin terdiam. Berkecai hati dia rasa.

"Saya minta maaf sekali lagi." Kata Zakwan buat kali terakhir sebelum dia melangkah pergi, meninggalkan Qizwin yang terkaku di situ. Nak cepat-cepat pergi sebab tak nak Ayshara fikir lebih jauh lagi. Cepat sahaja tangan Arif ditarik bersama.

Qizwin hanya kaku di situ.

"Aku direject..."


ALIF dipandang. Tapi sesekali, dia pandang juga Zakwan dan Qizwin di sana. Macam perbincangan serius aje. Qizwin luahkan perasaan ke macam mana?

"Ays?" Tersentak Ayshara.

"Ha? Eh, awak nak cakap apa? Saya nak kena cepat ni." Kata Ayshara. Tak selesa dengan keadaan mereka sekarang. Tambah lagi dengan badannya yang sudah rasa melekit dek aktiviti lasak tadi.

Alif senyum sambil gosok belakang lehernya.

"Saya nak bagitahu awak perkara yang saya rasa awak dah tahu dah." Kata Alif. Hanani hanya tarik senyum sinis manakala Ayshara berkerut. Perkara yang dia tahu nak bagitahu buat apa?

"Apa yang saya dah tahu?"

Alif senyum. "Awak tahu kan yang saya dah lama suka kan awak."

Mata Ayshara membulat. Jantungnya  berdegup kencang. jadi, betullah tekaan dia yang Alif nak luahkan perasaan? Adoi, macam mana nak reject ni?

"Err..."

Alif pandang Ayshara. "Saya suka awak sejak kita di Tingkatan 3 lagi. Saya tak tahu kenapa masa tu baru saya suka awak sedangkan kita dah sama kelas dari Tingkatan  1 lagi." Alif teruskan berbicara. Dia tak dapat nak baca ketidak selesaan Ayshara. Fokus hanya luahkan perasaan. Dia nak hari Isnin nanti, dia dan Ayshara dah ada something sebab dia memang dah tak boleh kawal dah perasaan dia.

Dua hari di kem ini, dia banyak perhatikan Ayshara, dan gadis ini makin menambat hatinya. Buatkan dia tak senang duduk!

Ayshara diam. Kepala digaru. Hanani nak tahan gelak. Kelakarlah luah-luah perasaan ni.

"Saya dah tak boleh dah nak pendam perasaan ni. Saya nak juga cakap dengan awak." Tambah Alif. Dengan senyuman lembutnya, dia pandang Ayshara.

"Err... Alif."

"Boleh tak saya nak jadi boyfriend awak?" Tanya Alif terus. Wajah Ayshara dia pandang. Sedikit pun matanya tak lepas daripada memandang wajah crushnya. Mungkin akan jadi girlfriend. He he he.

Ayshara terkejut. Wow! Pertama kali dia kena macam ni. Direct!

"Errr..."

"Takpe. Saya boleh bagi masa untuk awak berfikir kalau awak nak."

Ayshara pantas menggeleng. Tak payah bagi masa, sebab jawapan dia sama aje. Tak boleh! Gila ke apa nak bercinta dengan Alif sedangkan dia ni isteri kepada Mamat galah tu?

Ayshara pandang belakang. Baru dia perasan Zakwan dah takde. Hanya tinggal Qizwin sahaja. Eh, mamat tu pergi mana?

"Ayshara?"

Ayshara pandang Alif semula.

"Err... Alif. Saya minta maaf."

Muka Alif dah keruh dengar perkataan maaf tu.

"Saya rasa awak pun dah tahu prinsip saya. Saya datang sekolah nak belajar, bukan untuk benda-benda macam ni." Ayshara mula berbicara. Sebaik mungkin dia menyusun kata agar tidak menyakiti lelaki ini.

"Awak baik, awak pandai, awak hensem dan saya tak sangkal benda tu." Ayat sedapkan hati. Alif terdiam. Oh, makin dia jatuh dengan Ayshara. Dalam nak reject ni pun, gadis ini masih mahu menyedapkan hatinya.

"Tapi, prinsip saya, tetap prinsip saya. Saya takkan langgar sampai bila-bila. Dan, kalaulah ada pelajar lelaki lain yang berani macam awak pun, saya tetap takkan terima." Kata Ayshara.

Alif terdiam.

"Dan sebenarnya, saya sukakan seseorang." Ayshara pandang Hanani. Dan Hanani seperti terkejut. Ayshara nak bagitahu ke siapa? Jangan! Please jangan!

Alif pandang Hanani. Matanya membulat. Terkejut. Dua perkara. Satu, Ayshara suka sesorang. Dua, Ayshara pandang Hanani masa dia cakap tu. Diorang...?

"Tapi, saya tetap dengan prinsip saya!" Kata Ayshara masih memandang Hanani. Dan Hanani lega. Baguslah. Kalau diberitahu juga, mahu bergaduh dua orang kawan tu.

Alif makin terkejut. Reaksi Hanani yang bagai lega bila Ayshara tak beritahu siapa yang dia suka. Dan Ayshara pun, tak lepas daripada memandang Hanani. Oh, no! Apa yang dia fikir betul!

"Jadi, sekali lagi saya minta maaf." Kata Ayshara. Dia pandang Alif semula.

Alif bila Ayshara pandang dia, dah seram sejuk.

"Err... okey. Saya pergi dulu lah ya? Bye!" Kata Alif. Tergopoh-gapah dia berlari dari situ. Kena bagitahu geng!

Ayshara dan Hanani memandang Alif yang sedang berlari ke kawasan perkhemahan dengan pandangan yang pelik.

"Apahal mamat tu?" Tanya Hanani. Dia menghampiri Ayshara dan tangannya diletakkan pada bahu Ayshara.

"Entah. Eh, dah lah jom. Badan aku dah melekit ni." Kata Ayshara. Dia tarik Hanani pergi. Tapi, sempat juga sia memandang ke tempat Zakwan dan Qizwin tadi. Qizwin takde. Agaknya, apalah yang mereka bincangkan tadi?

Continue Reading

You'll Also Like

1M 56.4K 21
Permulaan tahun baru di sekolah,Emma Qistina terpisah kelas dengan rakan baiknya dan akan masuk ke kelas baru iaitu 5 Alpha yang dia tidak kenal siap...
1.7M 114K 72
Instagram VS Wattpad? Erm sangat jarang kita dengar ataupun lihat. Kebiasaannya ialah budak Instagram dengan budak WeChat sahaja. So weird la kenap...
41K 2.8K 68
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
2.3M 180K 93
πŸ’ the everyday life of aku dan suami aku yang introvert. note: cerita ini sequel 'flirt', tapi boleh baca sebagai standalone. (:D) ‼️ mature readers...