.
Encik Taehyung ke tu ?
" Nari "
Aku terkaku disitu manakala lelaki itu datang menghampiri aku sambil mengukirkan senyuman .
" Siapa awak ? "
" Aku ? Aku Bwi . Kau kenal aku , Nari "
" Nari ? "
" Ya , mencintai manusia merupakan kesilapan terbesar hidup aku . Jaga diri elok-elok tau nari ? Aku serahkan semula memori kau . Cherish it well "
Lelaki yang bernama Bwi itu kemudian mengucup dahi aku . Dahi aku terasa hangat yang amat dan dalam masa yang sama , aku dapat rasakan ketenangan hadir .
Perlahan-lahan aku bangun dari mimpi tersebut . Pada waktu yang sama , segala memori lama telah terbuka kembali . Segala imbasan peristiwa masa lalu diputarkan kembali dalam minda aku .
Aku dah ingat siapa diri aku . Yeong Nari yang berkahwin dengan Kim Taehyung dan dikurniakan anak yang dinamakan Hyunnie .
" Tae ? "
Aku menekup muka aku saat aku dapat mengeluarkan suara . Jadi ni suara aku ?
Aku memandang kalender di sebelah aku
27 September 2018
Bukan ke maksudnya hari ni tarikh perkahwinan taehyung dan tunangnya ?
Apa yang aku nak buat sekarang?Aku tak mampu nak halang perkahwinan mereka .
Dalam 2 jam lagi , perkahwinan mereka akan dilangsungkan . Aku dah tak sempat nak halang semua ni daripada terjadi .
" YAHH NARI !! CEPAT TUKAR BAJU NI !! KITA KENA HALANG PERKAHWINAN DIORANG !! "
" Eunji ? "
" PENAT AKU CARI KAU KAT BUSAN NI TAU TAK ? CEPAT LA BERSIAP !! PAKAI DRESS NI CEPAT !! KITA DAH KENA BERTOLAK KE SEOUL !! BAWAK HYUNNIE SEKALI !! "
Aku mengangguk pantas kemudian berlari untuk menukar pakaian .
" Dah siap ? "
" Ya "
" jom bertolak ! "
Kami meneruskan perjalanan ke Seoul dengan segera dan aku berdoa agar majlis mereka tak dilangsungkan lagi .
Jebal , aku tak nak kehilangan dia .
Jeon Yujin , maafkan aku !
Skip
" A-apa ? "
" Maaf cik tapi majlis sedang dilangsungkan dan tetamu tanpa kad undangan tak boleh masuk ke dalam "
" tapi .. perempuan ni isteri kepada lelaki tu "
" Maaf tapi itu arahan cik Yujin "
" Cis bangang betul jeon yujin tu . Memang cari nahas gila ! Saje tak nak bagi kau masuk . Nari , kau selinap masuk ! Aku akan alihkan perhatian pengawal keselamatan ni "
" Ok , thank you eunji !! "
" YA YA CEPAT !! "
" HOII JANGAN LARI !! CIK YUJIN TAK BENARKAN KORANG MASUK !! "
Aku terus menyelinap masuk ke dalam hotel tersebut .
5 minit sebelum majlis perkahwinan diorang
Aku .. dah tak sempat nampaknya
" Menantikan kehadiran pengantin perempuan , Jeon Yujin !! "
Suara pengacara majlis itu bagai bisa yang berduri dalam hati aku .Aku tak dapat nak halang mereka langsung .
Aku terduduk di atas lantai . Kaki aku terasa amat sakit akibat berlari terlalu kuat . Air mata aku juga turut mengalir sama .
" Sayang "
Satu suara tiba-tiba menyapa telinga aku dan tanpa aku sempat melihat wajahnya , tubuh aku sudah berada di udara .
Aku membiarkan dia membawa aku pergi walaupun aku tak tahu arah tujuan aku ke mana .
" Lambat sangat awak ni . Majlis dah nak mula ni "
Aku mendongak memandang wajahnya . Alangkah terkejutnya aku melihat lelaki yang mendukung aku gaya bridal style itu .
" Taehyung ? "
" Shh majlis dah nak mula ni sayang "
Orang ramai memberikan tepukan gemuruh kepada kami berdua . Aku cuma bungkam kerana masih terkejut .
Apa dah jadi ni ?
" Kim Nari , will you marry
me ? "
" N-nae "
Taehyung tersenyum pada aku sambil menyarungkan aku sebentuk cincin berlian pada jari manis aku .
Aku kaku dihadapannya yang kelihatan sungguh kacak .
" Mesti awak ingat saya dan Yujin akan kahwin kan ? HAHAHA saya tahu awak akan cari saya sebab kita dah ditakdirkan bersama dan terima kasih kepada bwi yang mengharapkan kisah kita berdua akan berakhir dengan gembira "
Aku mengangguk perlahan sambil berpaling ke belakang melihat bayang-bayang dia yang sedang tersenyum ke arah aku .
" Gummawo , Bwi " ucap kami .
Dia melambaikan tangannya lalu terus hilang dari situ tanpa aku sendiri dapat fikirkan ke mana pula dia akan pergi .
Terima kasih sebab pernah bahagiakan aku selama ni , bwi .
The Only Fallen Angel Till Death
The End
Fuh akhirnya dah tamat jugak ff ni . Ff ni sebenarnya work aku yang kedua . Lama jugak kan nak habis ? Akhirnya tamat sudah kisah ni .
Do support other work aku .
Let's Move On💞