+++
" Lily ? "
Aku menganggukkan kepala . Seorang perempuan yang memakai skirt paras lutut itu membelek fail aku .
" Awak takde sijil langsung ? "
Aku mengetap bibir sambil menggeleng perlahan . Perempuan itu membelek pula halaman lain . Sebenarnya dalam tu tak banyak isi pun . Sikit jer helaian kertas dan borang aku letak dalam tu . Ingatkan senang nak jadi pembantu rumah ni rupanya payah .
" Hmm , nanti pukul 3 kami akan mulakan temuduga ni . Sila beratur kat sana ya ? "
Perempuan itu menunjukkan sebaris tempat duduk yang panjang pada aku . Semua tempat dah penuh jadi terpaksalah aku berdiri . Sabar Lily , kau pasti boleh !
5.30 p.m.
Dah lebih kurang 2 jam aku tunggu . Kini tinggal dua orang lagi di depan aku .
" Park Minkyung dan Han Yuju "
Panggil seorang perempuan lagaknya seperti seorang setiausaha datang ke arah kami .
Dua orang perempuan yang duduk di hadapan aku berdiri dan masuk ke dalam bilik temuduga .
Bukan ke biasanya panggil 3 orang ? Kenapa dia tak panggil nama aku ?
Aku pantas mengeluarkan buku nota mini lalu menulis sesuatu . Setelah itu , aku menahan lengan setiausaha itu dengan harapan dia akan dengar soalan aku .
Aku menghulurkan kertas tersebut kepadanya .
Kenapa nama saya tak dipanggil ?
Setiausaha itu menggeleng perlahan .
" Maaf , boss saya cakap dia dah letih jadi dia limitkan 2 orang sahaja untuk masuk bilik tu . "
Setiausaha itu terus masuk ke dalam bilik temuduga . Aku dapat rasakan tenaga aku makin lemah hingga aku jatuh terduduk di atas lantai .
" Maafkan eomma , hyunnie " bisikku .
Tiba-tiba 2 orang perempuan tersebut keluar dari bilik itu sambil menangis . Kedua-duanya mengesat air mata yang membasahi pipi . Aku memandang mereka pelik .
Mereka berdua ternampak aku lalu melangkah ke arah aku . Tangan salah seorang mereka mengcengkam kemas bahu aku sambil berkata ,
" Good luck untuk jawatan tu "
Aku mengangkat keningku tanda pelik .
Seketika kemudian datang pula si setiausaha sambil tersenyum pada aku .
" Tahniah cik , boss saya sudi bagi peluang untuk cik ditemuduga . Cik boleh masuk bilik ni sekarang "
Aku masuk ke dalam bilik temuduga itu .
Lelaki yang sedang membelek kertas itu berpaling melihatku . Senyumannya mati .
" N-nari ? "
Aku membuat muka apakah?-saya-tak-faham-kesialan-apa-yang-mahu-anda-tanya ?
" Ehemm "
Dia berdehem sambil wajahnya cuba dikawal sebaik yang mungkin .
" Nama saya , Jeon Jungkook . Baiklah sekarang ni saya akan tanya awak beberapa soalan dan pastikan soalan ni dijawab mengikut kehendak yang saya nak . Awak faham ? "
Aku mengangguk lalu sesi temuduga dijalankan . Hwaiting lily !
" Hmm .. Nama awak Lily ? "
Aku mengangguk lagi . Matanya kelihatan membulat sedikit saat meneliti portfolio aku .
" So , awak bisu ? OKU ? "
Hamboi jahat kau
Aku tersenyum tawar dan mengangguk lagi .
" Pandai buat kerja rumah ? "
" Suka makan apa ? "
" Ada alergik ? "
" Dah kahwin ? "
" Awak yakin boleh jaga boss awak dengan baik ? "
" Pandai jaga anak tak ? "
" Ada penyakit kronik tak ? "
" Bila nak mati ni ? ".
Macam-macam soalan dia bagi kat aku . Mujur dia faham bahasa isyarat tangan . Takde la aku susah-susah kena tulis kat buku .
" Baiklah , cik lily , saya akan maklumkan pada cik tentang keputusan temuduga ni . Cik boleh pergi sekarang . Terima kasih "
Aku tersenyum dan membongkokkan badan hingga sudut 90°
Riak wajah dia nampak lain . Aku tak tahu nak tafsirkan macam mana .
Skip
" Tahniah , cik diterima bertugas sebagai pembantu rumah . Malam ni juga cik boleh kemas barang dan datang ke pejabat kami . Kami akan bagi alamat rumah boss cik dan pastikan bawa bersama dokumen yang ditemuduga tadi . Kita akan sign contract malam ni . Ok cik , terima kasih "
Aku menutup panggilan telefon . Serta merta aku mesej Eunmi dan Mingyu . Tak sabar nak jumpa boss aku . Harap-harap dia ni baik jer .
+++
Aku membayar wang kepada pak cik teksi tu . Mata aku terhala pada rumah agam tiga tingkat ni. Besar namatey .
Dengan penuh hati-hati , aku berjalan laju bersama bagasi aku menuju ke pintu rumah boss aku .
Dia punya pintu gerbang dan pintu rumah tu jaraknya punya la jauh . Dah la berhutan . Uish , ni taman negara ke apa ?
Dalam 15 minit macamtu , aku akhirnya sampai depan pintu rumah boss aku .
Aku menekan loceng satu kali . Mataku terpandangkan cctv yang ada depan pintu ni .
Aku menundukkan badanku . Ok harap-harap boss aku nampak . Macam mana nak cakap kalau aku bisu ni ? Haih !
" Masuk "
Satu suara tiba-tiba muncul dan menyuruh aku masuk . Aku tersentak seketika. Suara tu .. Macam suara .. Suara yang aku pernah dengar sebelum aku hilang memori tentang dia ?
Takkanlah suara tu milik dia ?
Aku mematikan lamunan dan masuk ke dalam rumah agam tersebut . Mataku meliar dan mendongak ke atas melihat setiap dekorasi rumah ni yang sangat unik dan antik .
Aku naik ke tangga tingkat 2. Tanpa disangka , aku hilang daya imbangan badan dan badanku melayang ingin jatuh .
Jebal , jangan jatuh !
Satu tangan melingkari pinggang aku , menyambut badanku . Tak sempat aku berpaling melihat wajahnya , dia turut hilang imbangan badan dan aku jatuh di atasnya .
Aku melihat wajahnya yang begitu dekat dengan aku hingga hembusan nafas hangatnya dapat terasa .
Dia membuntangkan matanya saat melihat wajah aku .
TBC 💜
+vote
+comment