CHEATING (COMPLETE)

By mrs_realpcy

29.5K 1.6K 396

3 tahun berkahwin tanpa anak , Baekhyun mula berubah hati dan akhirnya memakan diri. Watak - Byun Baekhyun. ... More

Song Rahee.
Park Chanyeol.
Song Rahee.
Byun Baekhyun.
Park Chanyeol.
Song Rahee.
Byun Baekhyun.
Park Chanyeol.
Song Rahee.
News!
Thank you!
HAPPY 10K!

Byun Baekhyun.

2.5K 169 45
By mrs_realpcy

Rahee rasa kepalanya seperti dihempap batu besar. Sakit sangat. Kelmarin Baekhyun pergi outstation dan harini Sooji nak kenalkan tunangnya pada Rahee.

Rahee cuba bangun untuk ke bilik air dengan berhati hati. Selesai mandi , Rahee bersiap untuk ke klinik. Sakit di kepalanya tak dapat ditahan lagi.

--

"Tahniah , puan. Puan mengandung 3 minggu.." Rahee terkejut dengar ucapan dari mulut doktor muda di hadapannya.

"M-mengandung?" soal Rahee seperti tak percaya. Air matanya mengalir perlahan. Finally..

"Ya , puan. Boleh saya jumpa dengan suami puan?"

"Maaf , dia outstation."

"It's okay. Kalau macam tu , temujanji seterusnya nanti saya nak jumpa dengan dia."

"Baiklah.."

Setelah dengar penerangan dari doktor , Rahee segera beredar dari situ. Rahee dail nombor Baekhyun beberapa kali tapi tak dijawab.

"Meeting kot.." bisik hati Rahee.

Rahee memandu dengan berhati hati menuju ke cafe , tempat pertemuannya dengan Sooji.

--

"Sooji..!" Rahee memeluk tubuh Sooji dengan gembira. Air matanya turut mengalir. Air mata kegembiraan.

"Hey.. kenapa ni?"

"Cuba teka..." Rahee lepaskan pelukkan.

"What?" soal Sooji dengan dahi yang berkerut.

"I'm pregnant!" Rahee memeluk Sooji semula. Dia rasa sangat gembira sekarang ni. Perasaan bercampur baur.

"Oh my god! Finally.. dah berapa bulan?"

"3 weeks.." Rahee menunjukkan 3 jarinya pada Sooji.

"Aku tumpang gembira. So , suami kau dah tahu ke belum?" soal Sooji. Rahee mengeluh perlahan.

"Dia outstation."

"Kau tak call dia?"

"Dia tak angkat. Busy kot. Nanti lah aku call dia. So , mana tunang kau?" Rahee menukar topik. Dia tak mahu moodnya kacau bila berbual hal mengenai Baekhyun.

"Dia tengah cari parking. Kejap lagi dia datang.."

Selepas Sooji dan Rahee memesan makanan , seorang lelaki datang menegur Sooji.

"Sayang.."

Rahee terkejut. Dia kenal dengan suara itu. Rahee mengangkat muka lalu dia memandang wajah lelaki itu.

"Baek.."

--

Baekhyun terkejut. Ternyata Rahee kawan baik Sooji , tunangnya. Wajah Baekhyun terus pucat.

"Sooji , ni tunang kau?" Rahee pura pura tak mengenali Baekhyun. Dia hanya tersenyum hambar bila Sooji merangkul lengan Baekhyun dengan erat.

"Oppa , ni kawan saya masa sekolah dulu. Oppa ingat dia tak? Nama dia Rahee. Song Rahee.." Sooji senyum bahagia sambil kenalkan Rahee pada Baekhyun.

Baekhyun hanya diamkan diri bila Sooji berbual dengan isterinya. Dia hanya memandang wajah Rahee. Serba salah menyelubungi dirinya. Baekhyun terpaksa biarkan Sooji memeluk lengannya. Rahee hanya mengangguk bila Sooji berbual dengannya. Tak ada riak marah atau cemburu. Yang ada hanya riak kecewa dan sedih.

"Sooji , aku balik dulu. Dah lewat ni." Rahee mengalihkan wajah bila Baekhyun memandang ke arahnya. Dia tak mahu memandang wajah Baekhyun. Hatinya bertambah sakit.

"Hati hati.."

Rahee hanya mengangguk. Dia berpelukkan dengan Sooji lalu berpaling menuju ke kereta Mini Cooper pemberian appanya. Masuk saja ke dalam kereta , air matanya mengalir di pipi.

"Kenapa dengan dia tu?" soal Baekhyun. Dia tak lepas memandang Rahee hingga isterinya masuk ke dalam kereta. Baekhyun bimbang jika Rahee buat sesuatu di luar jangkaannya.

"She's pregnant!" jawab Sooji sambil tersenyum manis pada Baekhyun.

" WHAT??!"

--

"Kenapa awak buat saya macam ni? Apa salah saya? Awak curang. Saya benci awak , Baekhyun!"

Rahee lepaskan geramnya pada stereng kereta. Beberapa minit kemudian , dia hidupkan enjin kereta dan mula memandu ke tempat yang dia rasa tenang.

--

Sudah 2 jam Baekhyun pulang ke rumah tapi kelibat Rahee masih tak kelihatan.

"Awak dekat mana , sayang? Kenapa tutup phone pula ni.." berkali kali Baekhyun dail nombor Rahee tetapi gagal. Baekhyun duduk di sofa lalu meraup wajahnya dengan kasar. Dia betul betul rasa bersalah. Baekhyun risaukan Rahee dan kandungannya. Rahee tak pernah pulang lewat macam ni walaupun dia berkecil hati dengan Baekhyun.

"Sayang.. balik lah."

--

Tepat pukul 12 tengah malam , Rahee pulang. Cepat cepat Baekhyun menyambut Rahee di depan pintu.

"Sayang , awak pergi mana?" Baekhyun memandang wajah. Matanya kemerahan. Rahee menangis.

Rahee tak hiraukan Baekhyun. Belum sempat Rahee melangkah ke anak tangga pertama , Baekhyun memegang lengan Rahee dengan lembut.

"Awak pergi mana? Kenapa tak angkat call saya?" Baekhyun bertanya dengan lembut. Tak mahu Rahee terluka lagi. Rahee masih diamkan diri.

"Sayang.. saya nak cakap sesuatu ni. Pasal kita dan baby. Awak pregnant kan? Kenapa tak bagitahu saya?" Baekhyun tersenyum bila sebut perkataan 'pregnant'.

Rahee merentap tangannya dari pegangan Baekhyun.

"Saya penat. Saya nak tidur. Tak ada apa yang perlu kita cakapkan pasal baby ni. Saya dah call awak banyak kali tapi awak tak angkat. Awak busy. Busy dengan tunang awak tu.." Rahee tersenyum sinis lalu naik ke tingkat atas.

Baekhyun terkedu. Dia meraup wajahnya dan mengeluh kecil.

Rahee tersandar di pintu bilik. Air matanya mengalir laju di pipi.

"Saya benci awak , Baekhyun."

--

Baekhyun cuba buka pintu bilik tidurnya tetapi gagal. Rahee mengunci pintu bilik dari dalam. Baekhyun mengetuk perlahan.

"Sayang.. buka pintu ni. Saya nak tidur."

Rahee masih tak menyahut.

"Sayang.. buka lah pintu ni."

Rahee buka pintu sambil memisat misat matanya.

"Awak nak apa?"

"Kenapa kunci pintu? Saya nak tidur.."

"Kalau nak tidur , pergi je lah. Tak payah kacau saya." Rahee ingin menutup pintu semula tetapi gagal bila Baekhyun tahan pintu dengan tangan.

"Saya nak tidur sini. Ni kan bilik tidur kita.."

Rahee buka pintu semula lalu keluar dari bilik itu. Belum sempat Rahee melangkah , Baekhyun menarik tangan isterinya.

"Sayang nak pergi mana ni?"

"Tidur lah. Takkan nak bunuh diri pula." Rahee ingin rentap tangannya tetapi gagal.

"Lepas lah , Baek."

"Sayang nak tidur dekat mana? Ni kan bilik tidur kita.. saya nak tidur dengan awak."

"Sebelum ni elok je tidur sorang.."

"Sayang.. please." Baekhyun berharap agar Rahee mahu tidur dengannya. Dia rindukan Rahee.

"Baekhyun , tolong jangan paksa saya. Saya penat. Saya tak ada mood!" suara Rahee mula meninggi. Dia tahu salah jika tinggikan suara pada suami tapi Baekhyun betul betul hancurkan hatinya.

"Okay.. saya tak paksa awak. Awak tidur dalam bilik ni. Biar saya tidur dekat bilik tetamu."

Rahee berjalan masuk ke dalam bilik semula. Pintu ditutup dan dikunci dari dalam. Baekhyun mengeluh.

"Dia betul betul marahkan aku.." bisik hati Baekhyun.



TBC 💝

Continue Reading

You'll Also Like

83.8K 2.1K 40
- Family. Mental. Love. Friend. ☾︎prekuel for Homeシ︎ ♡ ♤ ♡ ♤ no homophobic gay 9/9/20 Cᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇ✓ 6/12/20 you can search the sequel on my profile calle...
27.4K 776 50
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
78.6K 401 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
27.9K 654 9
Hai 😝😝😝🙋....guyss....saya baru buat storyy lagi satu saya jgk mnt bts and shipper kuat vkook and yoonmin...mungkin buat tu ambk masa jgk...kepada...