Pembela dan penagih
Maksudnya berbeza namun kini ia hampir sama
Terkadang kita keliru
Selalunya kita tertipu
Majoriti dijadikan tumpuan
Minoriti dijadikan korban
Kepentingan seperti kubur
Semua gali sendiri, masuk sendiri
Para mangsa bergelimpangan
Para pemangsa seronok bertepuk tangan
Yang bodoh itu semuanya sibuk mahu berpegang tangan
Yang buat-buat bodoh semuanya kebisuan
Bunyi bom menjadi loceng untuk semuanya berhimpun, bersatu
Tiada loceng maka masing masing menuduh melulu
Mereka ingat mereka naik kalau orang lain jatuh
Namun apa yang naik hanya ego dan hasadnya saja
Mentaliti kelas yang sudah dianggap selesa
Namun sebenarnya memundurkan bangsa
Tidak mengapa
Mereka tak endah
Mereka tak kisah