[ C ] Crush | jungkook

By slyswoo_

142K 16K 2.4K

" kau percaya tak kalau aku kata yang aku sukakan kau ? " highest ranking : 8 in fanfiction [ C O M P L E T... More

[ 01 ]
[ 02 ]
[ 03 ]
[ 04 ]
[ 05 ]
[ 06 ]
[ 07 ]
[ 08 ]
[ 09 ]
[ 10 ]
[ 11 ]
[ 12 ]
[ 13 ]
[ 14 ]
[ 15 ]
[ 16 ]
[ 17 ]
[ 18 ]
[ 19 ]
[ 20 ]
[ 21 ]
[ 22 ]
23
24
25
26
27
[ 28 ]
[ 29 ]
[ 30 ]
[ 32 ]
[ the last ]
promote ๐Ÿ’•

[ 31 ]

4K 426 44
By slyswoo_

author pov ;


yerin hanya diam dan hanya sedut minuman dia .
begitu juga yang lain .

senyap antara mereka .
hanya duduk bersama tetapi buat hal masing masing .

just termenung dan berdiam diri dan langsung tak bersuara .
mereka tidak seperti selalu .

dulu ,setiap masa akan ada senda gurau dan perkara yang diorang sibuk nak sembangkan ,
tapi sekarang tak lagi .

semuanya berubah.

" aku rindukan eunha "

tetiba chanyeol kata perlahan lalu raup muka dia .

" aku rindu nak dengar dia marah aku. nak dengar dia membebel dan ejek aku . entahlah , aku rasa sunyi "

chanyeol genggam kedua tangan dia ,mungkin mencari kekuatan supaya tak nampak lemah di hadapan mereka semua .

taehyung hanya tepuk bahu chanyeol perlahan .
dia faham apa yang chanyeol rasa .

sebab dia pun rasa benda yang sama .
rindukan eunha .

" eunha , suka buat aku risau macam ni "

dan lepastu chanyeol gelak perlahan .
semua terus pandang ke arah chanyeol.

mereka faham keadaan chanyeol sekarang ni ,
chanyeol tersangat sayangkan eunha .

sampai sanggup bahayakan diri sendiri hanya untuk eunha .
bagi chanyeol , eunha adalah seseorang yang dapat ceriakan hari harinya .

" apa yang jadi kat eunha ni , salah aku kan ? "

tetiba yerin kata lalu tundukkan kepala dia.

" sebab aku , eunha dah salah faham dan sedih sensorang . aku nampak dia patah hati , tapi aku biarkan je . aku tak ada kat sisi dia bila dia perlukan aku . aku palau dia wehh dan ignore dia dan sakitkan hati dia banyak banyak huaaaaa "

dan seperti yang dijangka , yerin menangis lagi .
menangisi tentang kebodohan dirinya yang lemah dan tak berguna .

" tapi kau palau dia bersebab kan ? kau terpaksa ignore dia kan ? kau takde niat nak sakitkan hati dia kan ? "

taehyung terus kata macam tu lalu pandang yerin yang dah tenggelam dengan dunia air mata dan lautan kesedihan yang dia hadapai sekarang ni .

" aku buat ni sebab terpaksa ! kalau bukan sebab dia , aku takkan buat macam ni . dia tu dah gila !"

yerin tetiba meroyan sambil meraung menangis sensorang .

mereka yang lain dah naik cuak .
chanyeol dan taehyung berusaha tenangkan yerin .

orang sekeliling dah pandang semacam .

" nanti kalau eunha nak sedar , aku nak minta maaf weh ."

" okay tapi berhentilah menangis "

suga kata lalu hulurkan tisu .
suga hanya santai duduk di posisi dan habiskan minuman dia .

langsung tak tertarik dengan apa yang jadi sekarang ni .

" malam tu aku nak bagitahu eunha semuanya , tapi jungkook tak bagi . jungkook gelengkan kepala dia tanda yang dia taknak benda ni diceritakan lagi "

yerin kata bila dia dah mula tenang sedikit .

" jungkook tu , aku tak tahu apa yang dia fikirkan "

taehyung mengeluh perlahan.
yup , jungkook langsung tak lepak bersama mereka .

" jungkook dan eunha , dua dua bodoh . dua dua akal pendek "

suga kata perlahan tapi dapat didengari oleh mereka semua .
secara tiba tiba , telefon suga berdering kuat .

suga dengan muka tak rela terus menyambut panggilan yang diterima.
pada mulanya suga hanya buat tak kesah chill santai dia je ,

tapi tak sampai 30 saat , riak wajah dia dah berubah .
telefon di matikan .

suga tak tahu nak buat reaksi apa ,
berita ni buat dia terkejut gila.

" korang , eunha dah sedar "

dan bila dengar ayat suga ,
yerin dah chanyeol terus lesap dari pandangan mata .

hanya satu hala tuju mereka , EUNHA!

end author pov ;

•••••••••

aku tukar siaran kat televisyen tu dah nak dekat berpuluh kali ,

tapi langsung tak ada yang menarik minat dan tak ada yang best kat televisyen tu .

aku duduk bersandar dan nampak sekeliling rumah aku .
yup , aku kat rumah .

bukan kat hospital lagi .
aku malas nak stay kat hospital , tak best .

just baring dan tak buat apa apa .
so , malam hari aku sedarkan diri tu juga aku dah blah dari hospital .

dah puas pakcik jackson halang aku supaya stay kat hospital untuk seminggu dua lagi sebab kesihatan aku masih tak berapa nak baik lagi .

dan aku pula memang bergeliga otak untuk cari alasan supaya dapat blah dari bilik putih ni .

dan sekarang ni , aku dah selamat stay kat rumah dengan yerin dan bebudak bangtan yang lain .
kecuali jungkook .

jungkook entah menghilang ke mana .
entah entah dia tengah berjimba sekarang ni .

dah tak payah fikirkan dia .
diorang semua kata aku still dalam bahaya ,
takut nayeon datang menyerang lagi .

hmm , imaginasi terlebih ke bintang sangat .
sebut tentang nayeon ,
aku masih tak puas hati dengan apa yang dia dah buat kat aku .

memang kawan jahanam sungguh , sanggup tikam aku tanpa alasan yang tak kukuh .
even aku sendiri tak tahu apa sebab dia tikam aku , tapi aku memang nak bagi nayeon tu penampar.

tak pun , tendangan bertubi tubi ke .
aku dah penat fikirkan semua ni .
aku ambil gelas yang ada kat meja dan nak ke dapur lalu basuh .

aku bangun perlahan .
takut jahitan kat pinggang terbuka kalau lasak sangat .

takpe , kalau terbuka pergilah jahit untuk kali kedua .
kan , HAHAHAAHHAAHAH.

k , aku melalut .

" eunha ! "

aku yang baru berapa langkah nak ke dapur terus toleh bila yerin jerit nama aku .

nampaknya dia dah balik .
sebab tadi yerin dan mereka yang lain pergi keluar entah ke mana .

aku tanya ,
tapi diorang just kata rahsia .
hmm , apa apa la.

" kau nak ke mana ? "

" dapur . basuh gelas "

aku tunjukkan gelas yang ada kat tangan aku .
dia dah geleng geleng dan cepat cepat lari ke arah aku .

" no no , kau tak boleh banyak gerak . kan doktor dah bagitahu . dah , gelas ni biar aku yang basuh . kau just duduk kat sana dan rehat "

dan yerin terus rampas gelas kat tangan aku dan terus blah ke dapur .
aku yang dah takde pilihan lain terus duduk .

mereka yang lain pulak dah riuh kat ruang tamu .

" aku risau sangat . tak sedap hati nak tinggalkan dia begitu je "

" namjoon dengan jin kan ada kat sana . so , chill "

" nak chill apa ? ni ada kaitan dengan hidup dan mati tahu tak "

" tadi aku nampak dia lemah je ."

" kau pernah nampak ke orang kat hospital tu ceria je setiap hari ? "

" ada ,kat hospital bahagia tu elok je diorang melalak bagai . siap panjat memanjat lagi kat sana "

" sila ninggal jawapan kau . aku serius ni bongok ! "

aku yang dah duduk dari tadi hanya perhatikan mereka.

" siapa yang sakit ? "

mereka semua terus pandang aku .

" takde sesiapa pun . ahahaha , kau tak kenal pun "

hoseok kata lalu genggam tangan dia .
aku dah kerut dahi .

" kata takde sesiapa . pastu kata aku tak kenal . yang mana satu betul ni ? "

aku dah buat muka serius .
diorang ni ada rahsiakan apa apa ke dari aku lagi ?

" dua dua betul , dah kau takpayah banyak tanya . better kau rehat dan diam "

chanyeol terus memainkan peranan sebelum hoseok melalut dengan lebih jauh .

aku hanya buat muka kat diorang .
ceh , lelaki .
suka sangat berahsia bagai .

" haa , ni aku nak tanya . siapa yang derma buah pinggang kat aku ? "

soalan aku buatkan mereka terus pandang aku buat kali kedua dengan wajah yang terkejut .
hmm , soalan aku ni seram sangat ke apa ?

" eh , mana kitorang tahu . kan kat hospital memang dah ada dah organ apa semua tu . "

taehyung terus jawab soalan aku .
aku dah kerut dahi .

" tapi hoseok kata , orang yang dekat dengan aku yang dermakan kat aku . dia kata time aku nak kena bedah , stok buah pinggang dah habis menyebabkan ada someone yang dermakan buah pinggang dia untuk aku.  kan hoseok ? "

aku kata dan pandang hosoek .

bila aku kata macam tu , mereka semua terus pandang hosoek serentak .

" la , kau ke yang beritahu eunha ? "

"tak sangka mulut kau ni celupar sangat kan ? "

" terima kasih hoseok . aku hargai keceluparan kau ni "

dan mereka pun tepuk bahu hoseok beramai ramai .
hoseok pula dah tayang muka pucat dia .

dan soalan aku hanya diabaikan oleh mereka.

tak lama lepastu yerin datang sambil bawa sebotol minuman bergas dan dihidangkan kepada jebon jebon yang tengah terbiar sekarang ni .
yerin terus duduk kat sebelah aku .

" eunha , kau tak rindukan sesiapa ke ? "

taehyung soal aku bila dia dah habis minum minuman dia .

" rindu koranglah . tapi , korang dah ada kat depan mata . so , aku tak berapa nak rindu sangat la "

aku kata lalu tunjuk mereka satu persatu .

taehyung terus pandang yerin .
dia berdehem kecil .

" ermm , maksud aku ... "

" maksud kau ? "

" maksud aku , kau tak rindu sesiapa ke selain kitorang ? "

aku dah gelak dengar soalan diorang semua.
siapa weh aku nak rindu ?

pakcik jackson ?
memang taklah.

" takde sesiapa ."

aku kata ,
dan dalam masa yang sama aku  gelak perlahan.

" kau tak rindukan jungkook ? "

dan bila hoseok kata macam tu ,
aku yang seronok gelak terus terdiam.
mereka yang lain terus pandang aku .

" takguna kau ni , asal kau tanya macam tu "

" kenapa kau mention nama jungkook gila ! "

" MASYAALLAH BRADER ! "

aku berdehem , cuba hilangkan suasana yang aku tak tahu apa jadi sekarang ni .

" aku rasa tak kot ."

yerin kat sebelah terus pandang aku .

" tak ? dia kan crush sehidup semati kau . mustahil kau tak rindu dia . kau mesti tipu kan ? "

aku dah senyum sinis .
ni la masalah yerin , asal aku kata something je mesti dia kata aku tipu dia .

" taklah . takde masa nak rindukan dia . dahlah , takpayah sebut nama dia . menyampah "

yup , menyampah .
crush yang aku agungkan dulu , tetiba aku rasa menyampah nak dengar nama dia .

urgghh , ini semua gila .

" apa maksud kau , menyampah ? "

chanyeol soal aku .

" just , menyampah dengar nama dia "

mereka semua tayang muka percaya .

" weh eunha , kau okay ke ni ? "

yerin dah soal aku .

" kenapa tiba tiba ni ? kau main main kan ? kau saja je kan kata macam tu ? "

taehyung pulak yang soal aku .
oh goshh seriuslah !

" korang ni kenapa ? dulu , bila aku gilakan jungkook korang sibuk suruh aku jauhkan diri aku dari dia , siap  palau aku beramai pulak tu . ni , bila aku dah kata aku menyampah dengan jungkook korang sibuk tanya aku kenapa ."

" lagipun kalau aku menyampah dengan jungkook , tu lagi okay kan ? taklah nampak aku ni macam si malang yang harapkan si bertuah untuk pandang aku . "

mereka semua dah tunduk dan mengeluh serentak.

HMM BABI SEMUA , AKU TAK PAHAM KORANG .

" kau tahu tak apa yang jungkook dah buat untuk kau ? "

tetiba suga berdiri dan soal aku .
mereka pula dah sibuk tahan suga .

" aku tahu "

aku kata mendatar .

" dialah punca aku jadi macam ni , kalau aku tak bagi dia hadiah malam tu benda ni takkan jadi . kalau aku tak kenal jungkook dulu , aku tak akan jadi macam ni dan aku tak akan ada masalah sebesar ni . KALAU BUKAN SEBAB JUNGKOOK , AKU DAH LAMA BAHAGIA ! jungkook tu , dia just kisah silam aku . aku dah kata  , aku dah move on dari dia so apa lagi ? please , bila aku try nak lupakan someone , jangan mention nama dia . "

" weh jungkook t-"

" haa , jangan risau yerin . aku always ship kau dengan jungkook . aku tak kesah pun . aku terima la . macam yang kau kata kat aku dulu , nak buat macam mana lagi kalau jungkook dah tak suka ? "

yerin yang nak bercakap aku terus potong .
entah kenapa aku rasa bengang gila .

aku baru keluar hospital 3 hari yang lalu dan aku di layan macam ni?
haa eloklah tu .

" jadi sekarang ni , kau nak salahkan jungkook ? "

suga dah pandang aku tajam .
senyuman sinis elok terlakar di wajahnya .

" memang dia patut dipersalahkan "

aku jawab tenang .

" dah weh , tak payah bangkitkan hal ni lagi "

taehyung cuba tenangkan suga yang dah merah muka dia 

" kau diam . aku nak bagitahu dia segala galanya sekarang juga dan bila dia dengar apa yang aku nak cakap ni baru dia sedar yang dia langsung tak layak cakap buruk tentang jungkook walau sepatah pun ! "

suga dah mula naik angin .
taehyung dan chanyeol yang halang dia , suga tolak kasar .

" apa yang kau nak kata ? cepatlah cakap "

aku terus gesa suga .
segala galanya ?
beritahu aku segala galanya ?

suga yang baru nak bercakap tak jadi bila telefonnya tetiba berbunyi .

" kau tolong diamkan phone tu sebelum aku tamatkan riwayat dia ! "

suga terus kata macam tu sambil pandang phone dia yang elok berdering kat atas meja berhadapan taehyung .

taehyung terus ambil phone suga ,
niat di hati untuk mematikan panggilan tetapi bila lihat nama si pemanggil ,

taehyung terus pandang suga .

" weh suga . namjoon call "

aku nampak suga terkejut gila.
suga terus rampas phone tu dan jawab panggilan namjoon.

tak sampai 7 saat , phone ditangan suga terus terlepas dari pegangan tangannya .

yerin yang nampak kejadian tu terus jalan mendekati suga .

" dia kritikal "

ayat yang suga ungkapkan cukup buat mereka semua ternganga tak percaya .

" siapa yang kritikal ni ? "

mereka hanya membluetickkan aku .
huh , bagus sangat perangai .
lain kali buat lagi tau , aku suka .

" weh , korang ni kenapa.  kalau nak mood sedih , nanti dulu . aku nak dengar suga ceritakan KEBAIKAN jungkook kat aku ni . so , cepatlah ."

aku kata sinis sambil pandang suga .
nak puji jungkook konon .

huh , dasar .

" tak boleh nak kata apa apa ke ? okay , biar aku yang tolong katakan . jungkook tu insan yang paling baik sebab dah berjaya buatkan aku merana . pastu , dia palau aku . lepastu , dia tipu nayeon . and then apa ? dia nak tipu yerin pula ? ke korang pula dia nak tipu ? HAHAHAHAHA , tolong nasihatkan sikit member korang tu , dah—"

" EUNHA , CUKUP ! "

taehyung tetiba melenting dan herdik aku .
aku terus pandang taehyung .

" KALAU KAU NAK TAHU , JUNGKOOK SEKARANG NI KRITIKAL KAU TAHU TAK ?! DIA TENGAH BERTARUNG NYAWA KAT HOSPITAL DAN KAU PULAK SIBUK BURUKKAN DIA !"

huh , penipu .

Continue Reading

You'll Also Like

37.6K 5K 39
My AI Bodyguard Twin Kembar BoBoiBoy,merupakan anak kepada jutawan teknologi yang berjaya,yang inginkan kebebasan bersekolah seperti budak biasa. So...
41K 2.3K 45
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
24.2K 355 17
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :