FUNFAIR SEASON 1 DAN 2

By ZonGigil

10.5K 399 22

PENULIS ; NINIE OTHMAN NO COPY PASTE, TQ More

SEASON 1 ; 1
SEASON 1 ; 2
SEASON 1 ; 3
SEASON 1 ; 4
SEASON 1 ; 5
SEASON 1 ; 6
SEASON 1 ; 7
SEASON 1 ; 8
SEASON 1 ; 9 - AKHIR
SEASON 2 ; 1
SEASON 2 ; 2
SEASON 2 ; 3
SEASON 2 ; 4
SEASON 2 ; 5
SEASON 2 ; 6
SEASON 2 ; 7
SEASON 2 ; 8
SEASON 2 ; 10 - AKHIR

SEASON 2 ; 9

412 16 1
By ZonGigil

KILAT semakin menggila. Terus memanah di kaki langit. Bergemerlapan bagaikan bunga api. Sekali memanah, bergegar bumi di bawah tapak kasut mereka. Cikgu Haiqal dan Abang Zack tidak mempunyai kekuatan untuk ke mana-mana kerana kilat petir dan hujan yang semakin lebat. Begitu juga dengan angin yang begitu kencang. Wajah dan lengan mereka luka-luka terkena ranting kayu yang berterbangan.

"Allahuakbar cikgu... Apa yang kita nak buat ni?" Soal Abang Zack dengan tubuh yang basah lencun.

Cikgu Haiqal hanya merenung ke bas sejak tadi. Matanya tertancap pada Ikhwan dan Razif yang sedang memerhatikan mereka di tingkap kenderaan itu. Makhluk berbungkus putih itu pula sudah tidak kelihatan.

"Cikgu nak masuk ke sana balik ke? Jangan cikgu.... Nanti terperangkap macam tadi."

"Tak bang. Saya cuma berfikir macam mana nak buktikan tu bukan Ikhwan dan Razif. Abang rasa dia orang tu manusia ke bukan?"

Abang Zack tidak memberi apa-apa jawapan buat beberapa minit. Fikirannya menerawang sehingga ke peristiwa semasa di dalam bas. Ikhwan dan Razif tiada di dalam khemah dan jika yang di dalam bas itu bukan mereka.... Jadi di mana mereka yang sebenarnya?

"Saya rasa tu bukan dia orang cikgu." Itu jawapannya.

Cikgu Haiqal mengangguk. Hujan yang kian lebat tidak dipedulikan lagi. Cikgu muda itu mengayun langkahnya menuju ke bas. Tindakannya mengejutkan Abang Zack. Apa yang mahu dilakukan oleh Cikgu Haiqal?

"Cikgu! Cikgu nak ke mana?"

"Ke dalam bas."

Abang Zack sudah tiada pilihan lain. Dia mengejar Cikgu itu dari belakang namun hanya berdiri di hadapan pintu bas sahaja. Senang nanti jika berlaku apa-apa. Dia akan menolong Cikgu Haiqal dari luar. Cikgu Haiqal pula sudah masuk ke dalam untuk berhadapan dengan Ikhwan dan Razif.

"Selamat kembali cikgu." Ucap keduanya dengan nada yang sinis. Keduanya berdiri di belakang sambil menghadap Cikgu Haiqal yang berdiri di hadapan berdekatan seat pemandu.

Akhirnya Cikgu Haiqal dapat melihat wajah-wajah mereka melalui cahaya kilat yang memancar-mancar di luar. Seperti yang digambarkan Abang Zack sebelum ini, wajah Ikhwan dan Razif biru seperti mayat. Mata keduanya putih dan mulut mereka ternganga luas bagaikan mahu membahamnya hidup-hidup.

"Mana Ikhwan dengan Razif?" Cikgu Haiqal bertanya.

"Kamilah Ikhwan dengan Razif cikgu. Cikgu ni bodoh sangat ke sampai tak kenal dengan pelajar sendiri?" Kasar sekali jawapan Ikhwan. Suaranya semakin parau.

"Aku tak kenal sebab kau bukan pelajar-pelajar aku. Kau ni syaitan iblis!" Jerkah Cikgu Haiqal penuh kemarahan tetapi dia masih mampu bertenang. Abang Zack hanya mendiamkan diri di luar.

Ikhwan dan Razif ketawa mengilai. Halus nyaring suara mereka. Memang merinding!

"Tau pun yang kami syaitan iblis. Dah tau kenapa kau tanya lagi? Dasar manusia bodoh!" Razif pula yang memprovok.

Cikgu Haiqal memejamkan mata buat seketika. Cuba menenangkan perasaan yang bercampur-baur.

Ketika melilau memandang ke sekeliling, mata Abang Zack terpandang sesuatu di balik pepohonan di hadapannya. Macam ada susuk tubuh di celahan pepohonan itu. Perasaannya mulai tidak enak.

"Cikgu....Cikgu...." Dia memanggil-manggil.

Cikgu Haiqal menurunkan pandangannya ke arah lelaki itu. Abang Zack sedang menunjuk-nunjuk ke satu tempat. Cepat-cepat dia turun dan bergegas ke pepohonan yang dimaksudkan Abang Zack.

"Ya ALLAH....." Cikgu Haiqal betul-betul terkejut dengan apa yang dilihatnya ketika itu. Abang Zack terlopong dan tiada kata yang terlafaz dari mulutnya.

Di celah pepohonan itu ada Ikhwan, Razif dan juga Aliff. Sudah tidak bernyawa. Mereka mati dalam keadaan berdiri dengan darah yang membuak keluar dari mulut dan mata mereka. Jadi benarlah yang di dalam bas itu bukan mereka. Tetapi Aliff? Remaja itu ada bersama mereka di dalam khemah tadi.

*****

CIKGU Hani bertekad untuk membawa para pelajarnya lari walaupun sundel bolong masih melayang-layang di hadapan mereka. Tetapi seperti apa yang berlaku pada Cikgu Haiqal dan Abang Zack, perkara yang sama turut berlaku pada mereka. Berpusing di tempat yang sama. Hanya lelah yang dirasai.

"Kan saya dah cakap.... Kita tak boleh lari dah cikgu. Menunggu mati je ni." Selamba Aliff berkata sambil merenung unggun api.

"Tu bukan Aliff cikgu." Cepat-cepat Emma memegang tangan Cikgu Hani sebelum cikgu itu menegur Aliff.

"Aliff dah takde...." Dia menambah dengan muka sedih. Terkejut Cikgu Hani.

"Dah takde? Pergi mana?" Tanya seorang remaja lain.

Emma hanya mendiamkan diri. Perlakuannya segera memberi hint kepada Cikgu Hani dan juga yang lain bahawa Aliff sudah tidak bernyawa lagi.

"Ya ALLAH...." Cikgu Hani mengurut dadanya. Dia langsung tidak menyangka semua ini akan terjadi. Bagaimana mahu bebas dari kancah permainan syaitan ini? Sesungguhnya dia sudah letih. Berpusing-pusing di satu lokasi yang sama.

"Macam mana dengan Ikhwan dengan Razif?"

Soalan Cikgu Hani hanya dibalas dengan gelengan kepala Emma. Tahulah mereka yang Ikhwan dan Razif juga sudah tiada.

"Innalillahi wainna ilaihi rajiun...." Cikgu Hani berasa sebak. Nyawa 3 remaja itu melayang kerana funfair 666.

"Cikgu, bila nak join saya?" Tegur Aliff.

Semuanya terdiam.

"Tak aci kalau saya, Ikhwan dengan Razif je yang mati. Apa kata kalau kita mati ramai-ramai?"

Cikgu Hani tidak mahu melayan iblis itu. Dia mengajak Emma dengan yang lain melarikan diri dan mahu bersatu dengan Cikgu Haiqal dan Abang Zack secepat mungkin. Jika berada lebih lama di situ, semakin banyak nyawa yang akan melayang. Funfair itu benar-benar GILA!

"Ya ALLAH, cikgu dah lupa semua ayat-ayat suci...." Cikgu Hani termengah-mengah. Mukanya dibasahi peluh. Mindanya kosong.

"Cikgu....." Aliff memanggil dari belakang.

Darahnya membuak-buak keluar dari mulut dan matanya tatkala Cikgu Hani dan yang lain berpaling lalu memandang ke arahnya.

"Arghhhhhhhhhhh!!!" Aliff menjerit sekuat-kuatnya. Mulutnya ternganga sehingga menyentuh tanah.

*****

LOLONGAN anjing kedengaran bersahut-sahutan dari kejauhan. Dalam waktu yang sama hilai tawa Ikhwan dan Razif bergema dari dalam bas. Ayat-ayat suci mula meniti di bibir Cikgu Haiqal. Dia membuat keputusan untuk kembali ke dalam bas untuk mengusir syaitan dan iblis yang menyerupai pelajar-pelajarnya itu. Yang tiada di situ hanya Aliff.

Abang Zack panik. Dia tidak sempat menghalang Cikgu Haiqal.

"Apa kau dah buat dengan pelajar-pelajar aku?!" Cikgu Haiqal menjerkah. Kini hanya kemarahan yang membara di dalam dada.

"Mampus." Hanya itu yang dibalas Ikhwan.

"Kau pun tak nak mampus ke cikgu Haiqal?" Tanya Razif pula. Matanya putih merenung cikgu itu.

Kemudian, lantang sekali bacaan ayat Qursi oleh Cikgu Haiqal. Iblis-iblis itu mendengus marah lalu bertempik-tempik mahu Cikgu Haiqal berhenti membaca Qursi. Bunyi lolongan anjing juga semakin galak kedengaran di luar dan Abang Zack pula tidak dapat melarikan pandangannya dari mayat 3 sekawan itu.

Cikgu Haiqal memejamkan mata dan meneruskan bacaannya. Mereka di belakang terpekik terlolong mahu cikgu itu berhenti. Beberapa kali mereka cuba menyerang Cikgu Haiqal tetapi gagal. Ternyata ayat-ayat suci ALLAH lebih berkuasa.

TAPP....

Ada bunyi ranting kayu patah dan ia datangnya dari arah hadapan. Di celahan pepohonan itu. Abang Zack gugup. Perasaannya merusuh dan dia berharap apa yang bermain di fikirannya tidak akan berlaku sama sekali.

Namun, ia benar-benar berlaku. Mayat 3 sekawan itu bergerak-gerak sambil memandang ke arah Abang Zack dengan mulut yang tersengih lebar. Abang Zack cepat-cepat melarikan pandangannya dan selepas beberapa ketika dia melihat mayat-mayat itu sudah tidak bergerak lagi. Mungkin tadi sekadar halusinasinya sahaja.

"Mampus kau Haiqal, mampus!!" Razif dan Ikhwan menjerit penuh kebencian. Mereka tidak dapat mendekati cikgu itu. Mereka berasa panas bagaikan dibakar hidup-hidup.

GANNNNGGGG!!!!

Kilat petir terus menyambar ke bumi. Berkelip-kelip dan menggerunkan.

*****

CIKGU Hani terpelanting ke dinding rumah hantu. Semuanya berlaku dengan begitu pantas. Emma cuba menyelamatkan Cikgu Hani tetapi dia turut dilempar ke tanah sehingga pengsan. Begitu juga dengan yang lain. Dibantai habis-habisan.

Aliff masih menjerit dengan darah yang memercik keluar dari mulut dan matanya. Rahangnya bercerai dari wajah dan biji matanya merah bagaikan biji saga.

Cikgu Hani terbatuk-batuk dan berusaha untuk bangun tetapi belakangnya sakit dan menghalangnya dari terus bergerak. Bulu romanya meremang tatkala melihat kain putih meleret di atas tanah. Semakin lama semakin hampir dengannya. Ia milik si sundel bolong.

Ia masih lagi menangis penuh hiba dan kini sedang berdiri betul-betul di hadapan Cikgu Hani....

Continue Reading

You'll Also Like

107K 16K 62
How Is it to have Found Love in Childhood Right ! A dream come true for many, Your soulmate is none other than your best friend from years Ever thoug...
29.9M 655K 33
For months Summer is trapped in a cellar with the man who took her - and three other girls: Rose, Poppy, and Violet. His perfect, pure flowers. His f...
9.5K 65 21
I̶S̶L̶A̶N̶D̶ ̶O̶F̶ ̶T̶H̶E̶ ̶S̶L̶A̶U̶G̶H̶T̶E̶R̶E̶D̶ ------------------------------------------------ Chris. We all know how you are like. But leaving...
197K 1.7K 16
ဒွိင်လိင်..... အုပ်စုဖွဲ လိင်ဆက်ဆံခြင်း.... စိတ်ကူးဃဉ် ရေးသားထားခြင်းသာ⭕⭕⭕⭕⭕ အသက်မပြည့်သေးသူများ မဖတ်ကြပါနဲ့❌❌❌❌❌❌❌❌