UNTUK YANG SATU

Por RaaNissa

155K 9.1K 1K

RE-EDIT SOON! '' bila kuat sangat kita genggam, itu yang jadi titik kelemahan dalam diri. Learn to let go... Mais

UNTUK YANG SATU
UYS-1
UYS-2
UYS-3
UYS-4
UYS - 5
UYS - 6
USY - 7
UYS - 8
UYS - 10
LOVE UYS ♡
UYS - 11
(notakaki) - UYS
UYS12
UYS - 13
UYS - 14
UYS - 15
UYS - 16
UYS 17
UYS - 18 🌻
UYS - 19
UYS - 20
UYS - 21
UYS-22 ending

UYS-9

5.4K 377 32
Por RaaNissa

UNTUK YANG SATU

___________________

AAIRA SALSABILA

           '' TOLONG jangan ceraikan saya ''

Perlahan dan bersama bunyi nyaring phone Erman membuatkan tumpuannya terus beralih.

'' kejap ye Aaira,saya angkat call dulu. ''  dan langkah Erman aku pandang sepi sehingga beberapa minit dia masuk semula dan duduk seperti tadi.

'' awak cakap apa tadi? ''

Nyata aku hanya gelengkan kepala tanda tak ada apa-apa yang aku katakan pada dia daripada mengulang kembali apa yang aku bicarakan tadi.

'' just bagitahu saya kalau awak nak apa-apa, ''

'' tak ada. '' sepantas itu aku membalasnya. Tak ada apa yang aku nak selain dia bersama aku tapi aku tahu itu tak akan mungkin.

'' siapa call tadi? ''

Dia mengawankan dulu phone di tangan sebelum menjawab. '' Shilla, ''

'' ouh.. '' seterusnya sepi menemani sehingga dia sendiri meminta diri untuk keluar.

'' apa lagi yang kau harapkan dari dia Aaira, ''

PAGINYA aku menerima tetamu yang aku tak sangka langsung akan bertemu dengannya sekali lagi di hospital. Tapi tak nak membuat andaian yang pelbagai aku menganggap pertemuan ini,pertemuan profesional antara doktor dan keluarga pesakit.

'' duduk lah, ''

Dia hanya menurut,tapi wajah itu sama seperti dulu bahkan sama seperti sepuluh tahun yang dulu.

Rindu?

Itu dah lama aku kuburkan.

'' ada apa awak nak jumpa saya ye? Syahirah okay? ''

Semalam adiknya yang terjah aku,hari ni abangnya pula. Tak faham aku dua beradik ni.

'' she's fine and obviously I came here because of her. My sister. ''

Manalah aku tahu sebab apa dia datang sini.

Aku cuba bertenang berdepan dengan dia seperti mana dia bersahaja dengan aku seolah tiada apa yang pernah berlaku dulu.

Tapi hanya seketika aku hanya mampu memandangnya bila mata dia tajam memandang aku.

'' well saya cuma nak minta maaf sebab Syahirah semalam. She's just shouldn't do that. ''

Aku pandang dia sekilas. '' saya tak kisah pun. Dia risaukan awak. ''

Hudrish pandang seperti tak puas hati dengan jawapan aku. Tapi memang begini sajalah dia pandang aku dari dulu lagipun.

'' tak kisah yang mana? ''

Aku pula terpinga dengan soalannya. Belum sempat aku membalas dia menyambung semula.

'' awak kena kisah Aaira,awak kena kisah yang awak dah kahwin. Jangan bagi adik saya harapan,saya tak nak tengok dia kecewa. ''

Ucapannya tepat ke dalam buat aku terdiam sendiri. Betul kata dia aku tak boleh bagi harapan pada Syahirah,tapi yang sedihnya aku sendiri tak punya harapan apa-apa pada perkhawinan ni. Harapan yang perkahwinan aku ini akan kekal,terlalu jauh. Sedih kan?

Tak sempat aku nak berkata apa-apa dia dah berdiri dan aku masih dalam keadaan tak tersangka.

'' takpa lah saya balik dulu,saya cuma nak bagitahu itu saja. '' dia sendiri melangkah ke pintu tanpa apa-apa kata.

Tapi sebelum itu.. '' ingat lagi pesan saya? ''

Keningku berkerut memandangnya, '' huh? '' aku turut bangun berdiri.

Hud bersandar di pintu. Dia hanya memandang aku tanpa suara. Begini pandangan dia dulu yang pernah membuat aku mimpi untuk miliki hati dia.

Gelisah aku bila di perhatikan begitu akhirnya aku bersuara. '' saya minta maaf pasal Syahirah,saya sepatutnya berterus terang pada dia dari dulu lagi. ''

'' tak apa. Saya tak salahkan awak pun. ''

'' okay, ''

Bila dia nak balik,kenapa berdiri dekat situ lagi.

'' Aaira? ''

'' hah? ''

Dalam diam aku mencuri memandangnya. '' jangan genggam sesuatu yang bukan milik kita. Itu pesan saya dulu,assalamualaikum.. ''

Tak berkelip mata aku melihat pintu yang tertutup rapat. Dalam diam aku berfikir dengan ucapan yang pernah aku dengar lama dulu. Tak Aaira,kau tak mengenggam apa-apa kau cuba berangan sendiri tapi tidak memaksa untuk memiliki,mereka cuma tak tahu.

         HUJAN lebat ditemani bersama gurun yang bersambung-sambung. Tapi aku pelik kemana Erman tak balik-balik lagi.

Ahh,tak pelik dia kan dah ada Shilla sekarang.

Sejak Shilla pulang ke malaysia hampir setiap malam aku ditinggalkan sendirian di rumah. Makan malam sekali jangan katalah,memang dah jarang sangat sampaikan aku sendiri malas nak masak. Kalau lapar aku bungkus je siap-siap dari luar masa pulang dari hospital.

Kalau beginilah gayanya aku lebih rela mereka cepat-cepat saja menikah. Tak ada lah aku pening nak risaukan dia yang tak balik-balik.

Bunyi kilat berdentum kuat di langit menyedarkan aku dari lamunan,remote control aku ambil dan matikan TV. Lebih baik aku tidur saja,nak tunggu Erman pun entah pukul berapa dia balik.

Selangkah aku berjalan ada silauan lampu dari luar melalui celah pintu utama bersama juga deruan bunyi kereta. Aku yakin itu Erman,tak tunggu lama aku menghampiri pintu.

'' kenapa tak tidur lagi? ''

Bag kerja ditangan dia aku ambil.

Sambil Erman melonggarkan tali leher kemejanya. '' saya tengok drama kat tv tadi. ''

'' awak... ''

Tak aku teruskan aku memandang saja belakang badan Erman. Keliru dengan apa yang aku inginkan buat aku tak jadi menyambung.

Erman pula memusingkan kepala sedikit hanya memandang aku dari bahunya saja.

'' apa? ''

Melihat wajah tak bermaya Erman buat aku tertanya-tanya pula dari mana dia. '' kenapa lambat balik hari ni? ''

'' siapkan kerja tadi dekat office. ''

Hanya itu. Seperti Erman tak ada mood nak melayan aku bercakap,terasa sedikit berkecil hati dengannya.

'' banyak ke kerja? ''

Seperti biasa aku yang tak pernah mengalah untuk berbual dengannya. Walaupun orang akan kata aku yang terhegeh. Tapi tak salah rasanya,Erman masih suami aku dan aku perlu melayannya baik.

Aku tak sedar pun yang aku sudah ikut Erman sampai ke biliknya sehingga Erman sendiri memandang aku pelik. Erman sudah pun tersenyum memandang aku dan makin buat aku nak lari dari sini secepatnya.

'' tak apa lah,saya pergi tidur dulu. ''

'' Aaira kejap, ''

Cepat suaranya menahan.

'' betul saya dekat office je tadi,tak jumpa Shilla pun. ''

Automatik aku tersedak sendiri. Motif sangat dia bagitahu aku macam tu,dia ingat apa yang aku fikir? Erman ketawa saja melihat gelagak aku.

'' saya tak cakap apa pun,in fact tak ada kena mengena dengan saya pun. ''

Aku tak nak dia salah faham je. Walaupun memang aku fikir dia dengan Shilla pun.

'' ye? Tapi kenapa muka awak macam ingat saya dengan Shilla je? ''

Tak nak mengalah aku balas balik. '' kenapa awak rasa saya fikir macam tu? ''Giliran aku pula menyoal.

Tubuh Erman tak ada kemejanya yang tinggal hanya singlet putih yang belum dia tanggalkan.

'' because of jealousy, ''

Pantas aku menggeleng. '' mengarut. ''

Secara tiba Erman mendekati aku manakala aku semakin mengundur ke belakang sehingga dia menarik tangan aku merapat. Berlaga dadaku dengan dadanya.

Satu rasa yang begitu asing merinding naik hingga kepala. Dalam jarak yang begitu dekat panahan mata berlaga. Aku menatap dia jelas tanpa halangan.

Entah apa yang merasuk aku membiarkan tangan Erman meramas lengan sebelah kanan,manakala satu lagi tangan dia dipinggang semakin erat menarik merapat.

Hembusan nafas Erman membuat aku hilang dalam renungan matanya,begitu juga nafas aku yang semakin tak sekata rentaknya bila tubuh kami melekat bersama. Kepala Erman yang semakin menyenget dan mendekat itu secara automatik buat mata aku terkatup rapat sehingga suara dia mengeluarkan bicara.

Buat aku tersedar dalam angan.

'' awak tak boleh tipu saya Aaira,saya tahu awak jealous saya dengan Shilla kan? ''

Terbuka luas mataku memandangnya. Malu menebal menyinggah ke muka pantas saja tangan aku menolak dada Erman menjauh.

Tak sangka Erman buat aku macam tadi. Apa Aaira kau ingat Erman nak cium kau ke? sedar diri la Aaira dia tak akan nampak kau sampai bila-bila pun.

Aku menjauh darinya dan badanku pusing membelakangkan dia. '' saya tak jealous Erman,malah saya happy bila tengok awak dengan Shilla. ''

'' prove it? ''

Suaranya dekat di belakang membawa maksud dia beberapa inci saja di belakang aku. Tak melangkah walau selangkah aku hanya menyoalnya saja.

'' apa maksud awak? ''

'' saya nak awak setuju jadi pengapit dan saya nak awak kena ada waktu saya dan Shilla nikah nanti. ''

Aku terdiam terus. Adakah ini satu permintaan atau satu arahan tapi aku rasakan Erman sangat melampau kali ini.


🙏 sorry lambat update dan kalau entry kali ni agak bosan ye.

Continuar a ler

Também vai Gostar

3.3M 292K 94
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
312K 12.6K 12
A really short sequel khas untuk semua pembaca The Mama ! Dalam The Mama Special akan diceritakan tentang kehidupan pasangan Adaya Imani dan Ilham N...
6.6K 977 14
[SHORT STORY] "Dari kecil, nasib baik jarang menyebelahi aku," -Ratu Alana "Dari kecil juga, aku tak pernah faham apa itu kasih sayang,"-Elaine Dua...
1.2M 45.1K 67
4 tahun Iman Bella menjadi isteri yang terbaik, cuba mencari redha Allah dengan menjadi isteri yang diredhai suami. Tapi dia sangkakan bahagianya aka...