7012 S2 | BTS

By Namainjoon

62.3K 6.1K 883

Perjalanan 7 sahabat itu masih belum selesai. Harapan mereka untuk ditanggung oleh salah seorang sahabatnya m... More

Watak
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 17
Bab 18

Bab 16

2.1K 246 51
By Namainjoon

"Hyung...?" Soal Jungkook sambil memandang wajah Seokjin yang berada di hadapannya. Dia mengerutkan dahinya kerana keliruan dan inginkan penjelasan daripada Seokjin bahawa apa yang dilihat dihadapannya matanya adalah tidak benar.

"Seokjin, betul ke...?" Jimin juga begitu. Dia memandang sebuah bangunan besar di hadapannya kemudian beralih memandang Seokjin.

"Seokjin, aku tak bolehlah macam ni. Aku balik" luah Taehyung sambil berjalan menuju ke trak. Langkahnya dihalang oleh Seokjin yang secara tiba-tiba berdiri di hadapan Taehyung.

Kedua-dua bahu Taehyung digenggam kemas oleh Seokjin. Taehyung tertunduk memandang tanah manakala Jungkook dan Jimin setia memandang Seokjin dan juga Taehyung.

"Taehyung-ah, janganlah macam ni. Kau taknak jumpa omma ke? Kau tak rindu dia? Dah setahun kau tak jumpa dia kan, jadi harini aku bawak kau jumpa omma. Tapi kenapa kau nak balik pulak?" Soal Seokjin dengan nada yang lembut dan mendamaikan. Perlahan-lahan Taehyung mengangkat wajahnya dan memandang tepat Seokjin di hadapannya.

"Tipulah kalau aku cakap aku rindu omma. Tapi macam mana kalau omma tak rindu aku? Macam mana pulak omma langsung taknak jumpa aku? Lagipun Seokjin, sebenarnya dah dua tahun aku tak jumpa omma. Kau tak ingat waktu kali pertama aku jumpa omma? Aku dapat tengok omma dari luar bilik je" luah Taehyung. Riak wajah Seokjin bertukar cemas kerana apa yang dikatakan oleh Taehyung ada betulnya.

"Aku takutlah. Macam mana kalau dia langsung tak ingat aku? Hati aku belum bersedia lagilah nak jumpa omma, belum bersedia nak terima reaksi dia bila jumpa aku. Aku takut, Seokjin. Aku takut" luah Taehyung lagi. Seokjin hanya terdiam. Kemudian perlahan-lahan Jimin menghampiri mereka.

"Taehyung-ah, aku faham kau belum bersedia lagi. Nanti kalau kau betul-betul dah bersedia, kita pergi eh? Dengan Hoseok, Yoongi dan Namjoon sekali" ujar Jimin. Taehyung memandang Jimin dengan mata yang bersinar-sinar.

"Betul??" Soal Taehyung riang.

"Betul. Aku janji, aku akan bawak kau bila kau dah bersedia" Seokjin mencelah. Taehyung tersenyum sambil memandang Seokjin dan Taehyung silih berganti.

"Hyung, hyung tak rasa ke kita perlukan sesuatu yang manis? Kookie laparlah" Jungkook mencelah setelah sekian lama mendiamkan diri. Perutnya digosok-gosokkan tanda lapar. Seokjin, Jimin dan Taehyung memandang Jungkook serentak.

"H-hyung tak lapar?" Soal Jungkook kepada mereka bertiga dengan muka yang tidak bersalah. Seokjin tersenyum melihat kerenah dongsaengnya.

"Arasseo jom balik. Dah lewat dah ni. Nanti nak masak makan malam tak sempat pulak" Seokjin berjalan menuju ke trak. Taehyung pula menangkat tangannya. Jungkook segera menghampiri Taehyung dan membiarkan Taehyung memeluk bahunya. Begitu juga dengan Jimin. Taehyung juga memeluk bahu kanan Jimin. Lantas mereka bertiga berjalan menuju ke trak dengan rasa keriangannya.

Kini Namjoon, Hoseok dan Yoongi sedang duduk di atas kerusi di hadapan sebuah kedai runcit. Mereka bertiga hanya diam membisu. Peristiwa di Sungai Han tadi masih terngiang-ngiang di fikiran mereka dan Hoseok mula bersuara.

"Aku tak sangka Sun Woo dah berubah sampai macam tu sekali. Aku ingatkan dia dah ada kehidupan baru yang jauh lebih baik dari dulu. Tetapi aku silap. Mafia, dia lebih rela jadi mafia untuk hidup senang dengan pukul orang-orang yang tak bersalah. Aku-" Hoseok terhenti kata-katanya kerana berasa cukup kesal dan kecewa.

"Kita tak tahu apa punca dia jadi macam tu. Lagipun janganlah nak buat andaian sebarangan, mungkin dia tak pukul orang. Dia cuma..." Yoongi turut terhenti kata-katanya kerana tiada idea untuk ayat yang seterusnya.

"Cuma apa, Yoongi?" Nada Hoseok kedengaran seperti melenting.

"Kau tak nampak ke tadi tu? Dia dengan geng-geng dia belasah budak tu?" Soal Hoseok sambil memandang Yoongi tidak puas hati.

"Memanglah tapi kita takde bukti pun Sun Woo yang pukul budak tu. Lagipun jelaskan tadi bukan Sun Woo yang pukul" Namjoon mencelah setelah sekian lama mendiamkan diri. Dia cuba untuk menghalang Yoongi untuk bersuara sekali lagi kerana risau perkara lain pula yang akan terjadi.

"Korang berdua ni dah kenapa? Kenapa korang nak menangkan si Sun Woo tu? Aku ni sebagai sepupu dia, aku kesal tahu tak? Kalaulah dari dulu lagi aku ajak dia tinggal sama-sama dengan kita, mesti dia takkan jadi macam ni" Hoseok mula berdiri kerana geram dan kesal dengan diri sendiri serta dua orang sahabatnya.

"Hoseok, cuba kau sedar sikit. Dia yang pilih nak hidup macam tu, bukan salah kau pun" Yoongi juga berdiri untuk menyedarkan Hoseok.

"Memanglah itu pilihan dia dan takde kena mengena pun dengan aku. Tapi korang tak rasa apa yang aku rasa sekarang ni! Dahlah, aku malaslah macam ni. Asyik nak bela dia je nak buat apa? Takde faedah pun. Aku ni kawan korang tahu tak? Sepatutnya korang sokong aku bukan salahkan aku. Dahlah!" Hoseok berlalu pergi dengan geram dan amarahnya sehinggakan kerusi yang diduduki olehnya tadi terjatuh di atas tanah.

Yoongi memandang Hoseok yang sedang berlalu pergi dengan geram. Geram dengan Hoseok yang mementingkan diri sendiri. Namjoon pula masih tergamam kerana buat pertama kalinya melihat Hoseok bersikap sedemikian rupa.

"Yoongi, dahlah" Namjoon cuba menarik Yoongi untuk duduk semula setelah melihat Yoongi sedang menggenggam kedua-dua tangannya.

"Dia cakap aku tak rasa apa yang dia rasa? Dia tak tahu ke macam mana perasaan dia sekarang ni, macam tulah perasaan aku bila dapat tahu selama ni Jungkook selalu kena buli dekat sekolah. Jungkook tak pernah bagitahu aku yang dia selalu kena buli, sikit pun tak pernah. Tapi bila aku dapat tahu semua tu, aku rasa kesal gila dengan diri aku. Aku rasa macam aku bukan hyung yang terbaik untuk Jungkook. Tapi Hoseok? Dia cakap aku tak rasa apa yang dia rasa? F*** this s***!!!"

Yoongi kelihatan marah dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Hoseok tadi. Namjoon hanya terdiam sambil mengusap belakang Yoongi supaya dia dapat bertenangkan diri. Namjoon hanya berharap agar Yoongi dapat mengawal perasaannya. Tidak lupa juga Hoseok, dia juga berharap Hoseok selamat dan tidak melakukan apa-apa yang diluar jangkaan.

Sesampai sahaja Ssokjin, Jimin, Taehyung dan Jungkook di rumah mereka. Mereka segera masuk ke dalam rumah. Hari pun dah senja, segera Seokjin menuju ke dapur untuk menyiapkan makan malam mereka.

Manakala yang lain hanya berkumpul di ruang tamu. Remote tv dicapai oleh Jungkook lalu menekan butang on. Taehyung yang memandang sekeliling rumahnya berasa hairan.

"Kenapa sunyi? Mana yang lain?" Soal Taehyung.

"Aahlah. Baru aku perasan diorang takde. Diorang keluar kot?" Jawab Jimin dengan persoalan. Taehyung hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Hampir 40 minit telah pun berlalu. Kini makan malam yang dimasak oleh Seokjin dan Jimin hampir siap. Disebabkan Namjoon, Yoongi dan Hoseok masih belum pulang, Jimin menawarkan diri untuk membantu Seokjin di dapur.

Jimin saat ini sedang mencuci pinggan dan mangkuk di sinki manakala Seokjin sedang mengacau sup di dalam periuk. Dia memperlahankan api untuk merenehkan sebentar sup. Sedang dia leka kacau sup di dalam periuk, Seokjin teringat akan sesuatu.

"Alamakk! Macam mana ni?!!!" Soal Seokjin sambil mengusutkan rambutnya. Jimin yang berada di sinki terkejut dengan jeritan Seokjin. Begitu juga dengan Jungkook dan Taehyung di sofa.

"Kenapa? Apa yang terjadi?" Soal Taehyung. Mereka keliru dengan tindakan Seokjin yang berjalan berulang-alik sambil mengusutkan rambutnya. Senduk di tangan masih setia di tangan.

"Macam mana ni???" Soal Seokjin seperti orang yang tidak waras.
Segera Jimin mengeluarkan sarung tangan getahnya dan menghampiri Seokjin. Dia memegang kedua-dua bahu Seokjin supaya Seokjin berhenti berulang-alik.

"Bagitahu aku, apa yang berlaku sekarang ni?" Soal Jimin kelihatan tenang. Jimin berpura-pura tenang walhal dialah orang yang paling cepat panik.

"Jimin, aku..." Seokjin memandang tepat wajah Jimin dengan penuh keresahan. Jimin ternanti-nanti ayat seterusnya dengan penuh debaran.

"Aku...aku lupa beli daun sup tadi" sebaik sahaja menghabiskan ayatnya, Seokjin terus menghembur gelak tawanya kerana tidak tahan melihat reaksi Jimin yang panik berubah blur.

"Ahhhhh hyung!!" Jerit Jungkook dari ruang tamu.

"Ahh mwoya?" Taehyung berasa geram kerana dipermaikan oleh lakonan Seokjin itu. Mereka segera menyambung aktiviti mereka yang tergendala disebabkan Seokjin.

Hati Jimin yang penuh dengan keresahan bertukar bara. Wajahnya hanya blur untuk sekian lamanya. Hatinya panas kerana terpedaya dengan lakonan Seokjin. Namun apabila melihat wajah Seokjin yang innocent dan masih tertawa itu, hati Jimin yang panas terus reda.

Jimin tersenyum sambil menutup wajahnya dengan tangan. Dia juga tidak dapat menahan ketawa apabila melihat wajah Seokjin. Seokjin masih lagi ketawa dengan bunyi gelak tawanya yang aneh dan mencuit hati.

"Arasseo. Biar aku pergi beli sekejap" ujar Jimin dengan sisa-sisa ketawanya. Seokjin masih lagi ketawa sambil mengangguk. Jimin segera berjalan menuju ke hadapan pintu.

"Jungkook, Taehyung, jomlah ikut aku pergi kedai" ujar Jimin sambil memakai kasut.

"Nak ikut! Jungkook kaja!" Taehyung pantas berdiri sambil menepuk peha Jungkook. Dia berjalan menuju ke arah Jimin dan memakai selipar hitamnya.

"Malaslah" balas Jungkook. Moodnya masih marahkan si Seokjin. Setelah itu, segera Jimin dan Taehyung berjalan menuju ke kedai runcit yang berdekatan dengan kawasan perumahan mereka.

Sesampai sahaja mereka berdua di kedai runcit, Jimin segera mencari daun sup di bahagian peti manakala Taehyung menuju ke rak keropok. Setelah selesai Jimin memilih daun sup, dia terlihat peti ais krim di sebelahnya.

Jimin membuka peti ais krim dan memilih tujuh jenis ais krim mengikut perisa kesukaan dia dan enam sahabatnya yang lain. Semasa sedang leka, dinding kaca dihadapannya diketuk oleh seseorang.

Perlahan-lahan Jimin mengangkat wajahnya dan sedikit terkejut melihat seseorang dihadapannya. Jimin terundur ke belakang dan beberapa ais krim di tangannya turut terjatuh kerana terkejut.

Sebelum memulakan bicara, Jimin sempat menoleh ke kiri dan ke kanan. Kepalanya pula diselindungi dengan hoodie untuk memastikan tiada siapa yang sedang memerhatikannya. Kini Jimin dan seseorang yang berpakaian formal sedang berdiri tidak jauh dihadapan kedai runcit tadi.

"Apa yang kau nak?" Soal Jimin kedengaran kasar sambil menundukkan wajahnya.

"Jimin-ah, kenapa tak angkat call appa haritu? Mesej appa pun Jimin tak reply. Jimin macam mana sekarang ni, sihat?" Soal lelaki itu yang menggelarkan dirinya appa. Lelaki itu merupakan appa kepada Jimin iaitu Park Hyun Jin. Jimin tersenyum sinis setelah mendengar kata-kata appanya itu.

"Kau ingat aku nak jawab call kau haritu? Tolonglah" Jimin mengangkat wajahnya dan memandang appanya dengan pandangan yang tajam. Hyun Jin sedikit terkejut dengan Jimin kerana membahaskan dirinya kau-aku.

"Apa yang kau buat dekat sini? Sini bukan tempat kau. Australia sana tempat kau" perli Jimin.

"Jimin-ah, kenapa cakap macam tu? Mestilah appa datang nak bawak Jimin balik. Jimin tak rindu omma appa ke? Tak kesian dekat omma? Jomlah kita balik. Kita balik, ye?" Hyun Jin cuba sedaya upaya untuk memujuk Jimin balik namun Jimin masih lagi dengan sengihannya.

"Aku tahu muslihat kau, Hyun Jin. Kalau betul kau nak aku balik, kenapa baru sekarang kau cari aku? Kenapa baru setahun kau cari aku?" Soal Jimin lagi. Lelaki itu hanya terdiam membisu kerana terkejut. Bukan terkejut kerana Jimin memanggil dirinya dengan nama, malah apa yang dikatakan oleh anaknya itu ada benarnya.

"Appa mianhae sebab lambat. Tapi sekarang appa dah jumpa Jimin. Kita balik ya jumpa omma? Jimin tak kesian ke dekat omma? Omma sekarang dah tak macam dulu, Jimin-ah. Omma sakit. Jomlah kita balik tengok omma" Hyun Jin cuba menggenggam tangan Jimin namun Jimin sempat menepisnya dengan kasar. Hyun Jin menggosok tangannya kerana menahan kesakitan.

"Kesian? Tch. Baru sekarang kau tahu apa tu kesian? Habistu selama aku hidup dengan kau, ada kau kesiankan aku? Aku sakit, aku pengsan, ada kau dengan bini kau kesian dengan aku? Ada?! Hah ada?!!" Jimin mula menengking sambil memandang appanya tajam.

PANG!!!

Satu tamparan hinggap di pipi kanan Jimin. Tamparan tersebut sangat kuat sehinggakan kepala Jimin terasa berpinar dan pening. Jimin tertunduk sambil memegang pipi kanannya yang terasa perit.

Kesabaran Hyun Jin hilang apabila Jimin memanggil ommanya sekian rupa. Dia berasakan Jimin tidak sepatutnya memanggil seorang wanita yang telah melahirkannya dengan panggilan tersebut.

Namun Hyun Jin tersedar seketika. Dia sedar bahawa tindakannya itu salah. Walaupun anaknya berkelakuan kurang ajar, sebaiknya Hyun Jin memaharinya dengan mulut dan bukannya dengan kekerasan. Dia juga tersedar bahawa tindakannya itu akan membuatkan Jimin menjadi keras kepala untuk pulang ke rumah.

Perlahan-lahan Hyun Jin menghampiri Jimin. Rasa bersalahnya menguasi diri. Tangan Hyun Jin cuba untuk menyentuh bahu Jimin namun Jimin terundur ke belakang terlebih dahulu.

"Sampai 1000 tahun pun, perangai kau memang takkan berubah" perlahan-lahan Jimin mengangkat wajahnya memandang appanya,

"Jimin-ah, appa mianhae. Appa-"

"Baik kau berambus sekarang. Lepasni kalau aku tahu kau cari aku lagi, siap kau" Jimin sempat memberi amaran kepada appanya sebelum pergi.

Hyun Jin kaget melihat anaknya yang sedang berlari meninggalkannya.

"Jimin, nanti dulu!!!" Jerit Hyun Jin. Namun jeritannya itu langsung tidak didengari oleh Jimin. Hyun Jin tertunduk kesal dengan apa yang telah terjadi.

"Tuan, marilah kita balik" ujar seseorang yang merupakan pemandu pribadi Hyun Jin. Hyun Jin hanya akur lalu menuju ke keretanya dengan bantuan pemandu pribadinya itu.

Dari suatu sudut, Hoseok hanya tergamam melihat situasi yang telah berlaku di antara Jimin dengan appanya. Hoseok masih berdiri kaku kerana tidak menyangka Jimin sanggup melakukan perkara diluar jangkaan. Melihat situasi tadi, hati Hoseok berasa berat dan sedih untuk menerimanya.

Hoseok cuba utuk melupakan insiden itu dan berharap tiada lagi perkara diluar jangkaan yang akan berlaku. Cukuplah apa yang dah berlaku hari ini. Semasa dia cuba untuk melangkah pulang ke rumah, Hoseok terdengar bunyi loceng pada pintu kedai. Hoseok sedikit terkejut melihat Taehyung dengan sebuah beg plastik di tangannya sedang berdiri di hadapan pintu kedai.

"Hoseok-ah?" Panggil Taehyung.

"Eo Taehyung-ah" Hoseok cuba untuk berpura-pura senyum.

"Apa yang kau buat dekat sini?" Soal Taehyung.

"A-aku nak balik. Kau?" Soal Hoseok pula.

"Aku dengan Jimin singgah pergi kedai beli barang. Kau ada nampak Jimin tak? Tadi pakcik kedai tu cakap Jimin terus keluar tinggalkan daun sup dekat atas peti ais krim. Aku sedihlah. Sampai hati Jimin tinggalkan aku sorang-sorang. Dahlah pergi tak bagitahu" Taehyung mempamerkan wajah kesedihannya. Hoseok menghembus nafas lega apabila kejadian tadi tidak dilihat oleh Taehyung.

"Nasib baik ada kau. Dah jomlah balik. Kau tunggu apa lagi?" Soal Taehyung sambil memandang Hoseok. Hoseok terus mengangguk dan memulakan langkahnya.

"Kenapa kau sorang-sorang? Mana Yoongi dengan Namjoon?" Soal Taehyung. Hoseok sedikit resah untuk memikirkan jawapan yang logik.

"Err...tak tahu. Tadi aku ada hal sekejap lepas keluar dengan diorang. Mungkin diorang dah sampai rumah?" Bohong Hoseok. Dia terpaksa berbohong agar peristiwa tadi tidak disoal oleh Taehyung. Dia juga berharap Taehyung tidak menyoalnya lebih lanjut.

Tanpa berfikir panjang, Taehyung hanya mengangguk sambil membuat mulutnya berbentuk 'O'. Kemudian mereka berdua berjalan menuju ke rumah sambil berbual-bual kosong.

※※※

Fuhhh! Dapat jugak update bab 16.
Setiap kali nak menaip untuk bab 16, mesti idea hilang nak buat dialog. Lepas idea hilang, jadi malas pulak heheheheh

Dear readers, awak rasa plot cerita ni dari first chapter sampai sekarang macam mana? Ada rasa macam 'bilalah cerita ni nak sampai klimaks?' atau 'hishh cerita ni makin boringlah. Takde part yang gempak langsung' atau 'tak kisahlah, asalkan ada cerita'

Dipersilakan untuk beri pendapat awak semua. Saya akan terimanya dengan hati yang terbuka. Setiap pendapat awak, akan saya terima dan baiki kesilapan saya.

Okay itu je hehehe mungkin esok atau
lusa update bab 17! Annyeong!!

Continue Reading

You'll Also Like

204K 6.3K 68
Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass window. You have no rights to judge me...
47.2K 1.3K 13
TML #2/5 | Red's Lily Series Red's Lily Series Vol 01 : Mysterious Girl ╰┈➤ Her Secret Protector "Siapa kau? siapa kau Harriz? Apa motif kau dekat de...
8.3K 821 60
BLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana...
512 27 6
Warning! Karya pertama saya, jadi tolong jangan bagi hinaan. If tak suka, boleh pergi. Biar lebih misteri, saya tak letak hipnotis *padahal malas...