PENUNGGU

By SitiNovelis

946 73 0

Gelagat sekumpulan anak-anak muda yang diketuai oleh Raymond Tan, yang berdegil untuk meneruskan ekspedisi me... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16

Bab 8

48 3 0
By SitiNovelis

PAGI menyapa bumi kota dengan suasana yang sejuk serta basah akibat hujan semalaman. Malah, pagi menyapa bumi Kuala Lumpur dan sekitarnya dengan awan mendung masih lagi tergantung di dada langit. Walau sejuk dan basah, namun semua itu tidak mampu menghalangnya daripada terus berdegup dengan kesibukan, lebih-lebih lagi pagi itu adalah pagi Isnin. Sibuk; mungkin itulah trademark yang paling tepat untuk menggambarkan Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya, lubuk tempat ribuan orang mencari nafkah. Apatah lagi setelah sistem cukai dan perkhidmatan(GST) dilaksanakan; yang malas berusaha dan 'tidak berdaya' pasti rasa sesak hendak bernafas di buminya.

Masing-masing bangkit dengan misi dan destininya sendiri. Ibubapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah berpagi-pagi lagi sudah bertali-arus di jalanraya untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah masing-masing. Pemilik restoran, gerai atau warung kecil di kaki lima bangunan ataupun di tepi jalan juga sudah sibuk melayan pelanggan yang singgah untuk bersarapan. Para pekerja sama ada di sektor awam mahupun swasta, bergerak awal menuju ke pejabat masing-masing. Tidak terkecuali juga dengan pekerja kontrak, sektor industri, tukang sapu sampah, pencuci bangunan, jurujual dan yang lain-lainnya juga turut memenuhkan jalanraya menuju ke tempat kerja.

Meilina juga tidak terkecuali. Dia menumpang kereta Junita hingga ke stesen komuter di Taman Wahyu. Dari situ dia akan menaiki komuter dan turun di stesen Bank Negara sebelum berjalan kaki menuju ke tempat kerjanya. Walaupun hatinya masih lagi luka dan sakit setelah melihat kecurangan tunang yang terpapar di hadapan matanya tetapi dia tidak mahu melayan sangat perasaannya itu. Untuk apa meratap tangis semata-mata kerana seorang lelaki, bisik hatinya. Pun begitu, dia tidak boleh duduk terkurung di rumah sekadar untuk melayan perasaan. Seperti biasa, dia harus menyibukkan dirinya.

Kalau semalam dia enggan menjawab sebarang panggilan mahupun SMS yang dihantar Dazrin, hari ini dia tidak akan mengelakkan dirinya daripada lelaki itu lagi. Itulah tekadnya. Ya, mereka harus bersemuka dan berbincang tentang hala tuju perhubungan mereka. Dia menunggu juga kalau-kalau lelaki durjana itu akan menelefonnya awal pagi Isnin itu tetapi nampaknya Dazrin menyepi sahaja.

Mungkin dia masih terbongkang di atas katil. Argh, lantaklah! Bisik hatinya sambil terus menghayun langkah.

Ketika dia menghampiri perkarangan bangunan empat tingkat yang menempatkan pejabatnya, dia terlihat sesusuk tubuh sedang berdiri di depan pintu masuk.

Apa dia buat kat sini, soal hatinya sedikit pelik, sambil melajukan hayunan langkah menghampiri jejaka itu.

"Good morning, Mei." Sapa jejaka itu sebaik-baik sahaja jarak Meilina dengan dirinya berada lebih kurang tiga langkah.

"Selamat pagi. You tunggu siapa ni? Aweks?" soal Meilina sambil tersenyum.

"I tunggu youlah."

Jawapan jejaka itu membuatkan Meilina kerut kening.

"You tunggu I?"

Jejaka bernama Raymond Tan itu angguk.

"Apa yang you dah buat dengan rambut you yang cantik tu?" soal Raymond sambil merenung tepat ke mata Meilina.

"Tolong jangan tanya!" sahut Meilina.

Ketegasan yang hadir dalam nada suaranya itu membuatkan Raymond ketawa.

"Sudi tak temankan I sarapan pagi?" Raymond tidak mendesak sebaliknya terus menyatakan maksud sebenarnya bertemu dengan Meilina pagi itu.

Meilina mengangguk. Tiada kewajaran langsung baginya hendak menolak rezeki yang tiba awal pagi itu. Namun dia pelik kerana Raymond Tan yang bekerja di Damansara Utama itu sanggup bersusah-payah meredah kesesakan lalulintas menuju ke pusat kota semata-mata hendak belanja Meilina minum pagi.

"Mari! I parking kereta kat depan tu aje," kata Raymond sambil menuding jari telunjuk ke arah keretanya.

"Kita sarapan dekat-dekat sini ajelah Ray. Kalau pergi jauh nanti, I takut terperangkap dalam jammed pulak. I masuk kerja jam 9.00." Meilina beralasan sambil menoleh jam tangan bertali hijau yang melekap di lengan kanannya.

"Oh, okey! Kalau macam tu kita breakfast dekat-dekat sini ajelah. You nak makan apa?" Sekali lagi mata Raymond menjilati wajah Meilina.

Ray tak pernah pandang aku macam sekarang ni dia tengah pandang aku. Kenapa agaknya, ya? Argh, entah-entah aku aje yang perasan lebih-lebih. Meilina bermonolog.

"Jom kita cari restoran yang ada jual bihun sup daging lebih." Tiba-tiba Raymond bersuara setelah melihat Meilina masih terkial-kial hendak menjawab.

Mata Meilina hinggap ke wajah jejaka itu.

"You ni, Ray, macam tahu-tahu aje selera I." Meilina melontar komen.

Raymond ketawa. Seperti selalu, pendek sahaja tawanya.

"Kan setiap kali masa group meeting you selalu order bihun sup daging lebih?" Raymond menjawab dengan mata yang kelihatan bercahaya.

Sememangnya Raymond telah lama menaruh hati terhadap Meilina iaitu sejak gadis itu mula-mula menyertai Grup JOM Teroka. Namun atas sebab-sebab tertentu dia memendam sahaja perasaannya itu. Pertama kali dia melihat Meilina yang hadir untuk menyertai mesyuarat Grup JOM Teroka, mati-mati dia sangkakan gadis itu berbangsa Cina.

Tidak lama kemudian, Raymond lihat Dazrin juga turut berminat terhadap Meilina. Hubungan 'Dazmei' – gelaran yang sengaja diberikan ahli-ahli grup terhadap pasangan itu – semakin mesra dari sehari ke sehari dan bertemu kemuncaknya dua minggu lalu setelah mereka diikat oleh tali pertunangan.

Walaupun dia cemburu melihat kemesraan pasangan itu dan hampir berputus asa setelah Meilina bergelar tunangan orang tetapi di antara mereka ada jurang yang memisahkan iaitu perbezaan bangsa dan agama! Itulah sebab sebenar kenapa dia enggan berterus-terang dengan Meilina. Dia takut kalau-kalau Meilina akan menolak cintanya mentah-mentah.

Dia cuba menerima hakikat bahawa hubungannya dengan Meilina tidak lebih sebagai kawan sahaja, malangnya dia tidak mampu berbuat begitu. Selagi matanya masih melihat Meilina, selagi dia masih berurusan dengan gadis itu, cuba melupakan Meilina adalah pekerjaan yang sia-sia sahaja.

"Kalau macam tu, you ikut I aje. I tahu restoran mana yang ada jual bihun sup daging lebih paling sedap di KL ni," kata Meilina dengan riaknya.

Raymond senyum nipis. Dia mengangguk tanda setuju dengan cadangan Meilina itu. Mereka mengatur langkah menuju ke restoran yang dimaksudkan Meilina.

Suasana di ruang restoran itu tenang. Banyak lagi meja yang masih kosong. Meja yang terletak di tepi tingkap menjadi pilihan Meilina dan Raymond. Sementara menunggu pelayan restoran menghantar hidangan yang dipinta, mereka mengisi masa dengan berbual-bual kosong.

Walaupun mereka sudah hampir setahun berkenalan kerana mengongsi minat yang sama iaitu aktiviti lasak, camping serta meneroka alam sekitar, inilah pertama kali mereka duduk berdua-duaan begitu di dalam restoran. Selalunya mereka hanya bertemu di group meeting ataupun semasa Grup JOM Teroka mengadakan aktiviti yang telah mereka rancang.

"Ray, cakaplah... kenapa you nak jumpa I pagi ni sedangkan malam nanti kita ada group meeting kan?" Meilina yang tidak dapat mengawal rasa ingin tahunya terus mengasak Raymond dengan soalan.

Raymond tersenyum tenang. Dia tidak tergesa-gesa menjawab sebaliknya menyisip dahulu teh tarik yang baru sahaja diletakkan di atas meja mereka.

"Sebenarnya I ada temujanji dengan seorang pegawai bank di KL berkenaan dengan permohonan pinjaman kewangan yang I mintak dua minggu lalu. Kalau pinjaman tu lulus nanti, I bercadang nak berniaga sendiri." Raymond membuka cerita walaupun hakikatnya pegawai bank yang ingin ditemuinya pada jam 10 pagi itu turut mempelawanya untuk minum pagi bersama tetapi telah ditolak mentah-mentah olehnya.

Sejak semalam hati Raymond asyik teringatkan Meilina sahaja. Entah kenapa? Ketika matanya terbuka awal pagi tadi, wajah Meilina juga yang terbayang di matanya. Agaknya inikah yang dipanggil angau, bisik hati Raymond. Dan rasa angau itulah yang membawanya terus ke depan bangunan pejabat Meilina.

"You hendak berniaga?" tanya Meilina sambil mengintai wajah Raymond dari hujung cawan kopinya.

Raymond mengangguk.

"Kenapa?" soalnya sambil merenung tepat ke mata Meilina.

"Berniaga! Kenapa orang Cina sukar hendak lari daripada pekerjaan nenek moyang mereka? Orang Cina dah sinonim sangat dengan dunia perniagaan. Macam lelaki yang sekarang duduk kat depan I ni, dia dah ada pekerjaan yang bagus di sebuah syarikat yang kukuh. Gajinya agak lumayan jugak tapi masih tak puas hati, masih nak jugak berniaga sendiri."

"Salah ke berniaga? Asalkan perniagaan yang hendak dilakulan itu sah di sisi undang-undang negara dan halal, I rasa okey aje. Bukankah Nabi Muhammad juga pernah berkata: 9 daripada 10 rezeki itu datangnya daripada perniagaan?" Raymond menjawab pantas dan bernas, siap dengan dalilnya sekali sehingga Meilina tersipu-sipu malu kerana tidak berdaya membidasnya.

"Dulu bolehlah kalau kita katakan perniagaan ini kerja yang diperturunkan daripada nenek moyang orang-orang Cina dari Tanah Besar sana tapi sekarang I lihat ramai orang Melayu jugak dah melibatkan diri dalam perniagaan. Malah ramai yang dah berjaya dan jadi kaya raya makan hasil perniagaan mereka." Raymond menyambung hujah.

"Jadi tujuan you beriya-iya nak berniaga ni sebab nak cepat kaya?"

"Tak salahkan kalau jadi orang kaya dengan hasil penat lelah sendiri? Kalau orang lain boleh pakai Merce atau BMW keluaran terbaru ataupun pakai kereta sport, I pun ada jugak keinginan ke arah tu. Mei, selagi ada duit, banyak benda boleh kita lakukan di dunia ni. Kalau orang kaya lain boleh bawak orang kesayangan mereka melancong ke luar negara bila-bila aje yang mereka mahu, I pun nak layan orang kesayangan I macam tu jugak!" Raymond kelihatan bersemangat sekali tatkala menceritakan impian masa depannya kepada Meilina.

"Beruntunglah Sandra!" komen Meilina sambil segera menundukkan wajahnya. Tidak sanggup dia hendak menentang renungan tajam yang dilemparkan Raymond ke arahnya itu.

Raymond hanya ketawa kecil sebaik-baik sahaja nama Sandra dibangkitkan Meilina. Semua yang rapat dengannya tahu bahawa Sandra adalah teman wanitanya sekarang. Seperti juga Dazrin dan Meilina ada nama jolokan mereka sendiri yang berikan kawan-kawan, dia dan Sandra juga tidak terkecuali. Jolokan yang diberikan kawan-kawan terhadap mereka berdua ialah 'Sandray'. Walaupun dia kurang senang dengan jolokan yang diberikan kawan-kawannya itu, lebih-lebih lagi setelah hatinya kini berada di dalam dilema tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa.

Raymond mengeluh dalam hati. Matanya melekap kemas ke arah Meilina yang kelihatan sedang terkial-kial mengunyah daging bihun supnya yang mungkin sedikit liat.

Perlukah aku berterus terang akan perasaanku ini terhadap dirinya? Hatinya tertanya-tanya.

"Mei, you nak tahu satu cerita tak?" getus Raymond tiba-tiba.

"Cerita apa tu? Cinderella? Beauty and The Beast?"

Raymond ketawa.

"You ni kan, cubalah serius sikit. Nak dengar tak?"

"Harap-harap cerita you tu tak membosankan ataupun panjang berjela sebab sekarang ni dah pukul 8.45. Kejap lagi I kena rush naik ke office I." Kata Meilina sambil menoleh ke arah jam yang tersangkut di lengannya.

"Pertama kali you hadir di group meeting dulu, I ingatkan you perempuan Cina. Tulah sebabnya I insist nak tengok kad pengenalan you malam tu."

Meilina membulatkan matanya ke arah Raymond.

"Patutlah, I ingatkan I kena raging malam tu!" getusnya membuatkan Raymond terkerisin.

"So apa yang you rasa setelah you tengok IC I tu? Kecewa?" duga Meilina.

Raymond angguk.

"Kecewa jugak... a bit!" sahutnya pantas sambil matanya melirik ke arah jam yang tersangkut di dinding restoran.

"Lima minit lagi pukul 8.00 ni, Mei. You better gerak ke pejabat you sekarang. Appointment I lambat lagi ni, jam 10 nanti."

Meilina mencapai beg tangannya yang diletakkan di atas kerusi kosong di sisinya lalu bingkas bangun.

"Terima kasih sebab sudi belanja I minum pagi ni. Bye, Ray."

"Bye! Mei, jangan lupa datang group meeting kita malam ni tau," Raymond sempat mengingatkannya sebelum dia melangkah pergi.


Continue Reading

You'll Also Like

246K 3.8K 99
kisah penceritaan tentang keseraman melampaui batas.. dan dipetik dari novel seram nukilan tok awang ngah.. semoga anda semua terhibur dan enjoy.. Na...
5.3K 913 56
Hai Assalamualaikum.. kali ni aku nak ceritakan team paranormal x extreme bahagian dua.. stay tuned
93.1K 4.4K 42
KALI INI AKU NAK CERITAKAN PENGALAMAN SEBENAR AKU DEKAT HOSPITAL. STAY TUNED.
313K 11.4K 42
Okay aku nak menceritakan satu kisah benar yang terjadi dekat aku dahulu. Apa-apa pun stay tuned.