[WATTYS 2018] [COMPLETED] Gel...

By zamharibakti

2.1K 291 107

Pemenang Kategori Anugerah Permata Tersembunyi Wattys 2018. Tentang sebuah impian yang padam di tengah jalan... More

Bab 1: Pengenalan
Bab 2: Temuduga
Bab 3 : Sarjan
Bab 4: Bilik
Bab 5: Tunggu
Bab 6: Siling Bilik Hotel
Bab 7: Mila
Bab 8: Kali Pertama
Bab 9: Gelandangan
Bab 10 : Telefon
Bab 11: Resah Pagi
Bab 13: Pelayan
Bab 14: Mainan Tidur
Bab 15 : Ambil Risiko
Bab 16 - Interruption
KEM PELARIAN REMAJA PART 2
Pengumuman ringkas
new cover
Shortlist 2018
New Cover
Wattys 2018
Progress 2019
Iklan Jap!
Recall 2018
iklan zine Kumpulan Puisi Cermin Rindu

Bab 12: Ahli Persatuan

72 13 0
By zamharibakti

Bab 12 : Ahli Persatuan

Hassan kembali bilik hostel agak lewat daripada perancangan asalnya. Dia cuma sedar jam sudah menghampiri pukul sebelas tengah hari. Sepatutnya, dia balik selepas selesai menghabiskan sarapannya.

Namun apabila dia disapa oleh seorang lelaki sekitar usia lima puluhan, mereka berbual panjang hingga tak sedar sudah hampir tiga jam berborak. Air pula bertambah dari secawan, menjadi tiga.

Hassan kenal lelaki itu semasa dia bersama Jan di kasino Taman Melawati. Walaupun mereka tak banyak bercakap di sana, semasa di kedai tadi mereka berbual bagaikan orang yang sudah kenal lama. Padahal sebenarnya tak banyak topik yang dibualkan. Soal pekerjaan, tempat tinggal, kampung asal, judi masa lampau, soal pengangkutan awam, judi masa sekarang, judi, perempuan, judi, rokok, judi, judi, makan, judi dan pendek kata kebanyakan halnya pasal judi.

Hassan membuka paip menadah air untuk mandi. Dia perlu bersiap untuk masuk kerja petang nanti.

Dia berfikir tentang kata-kata abang Fadli, lelaki tadi. “Apa diharap dengan mesin judi tu? Kau tengok aku sekarang. Kau tengok hidup kau sendiri. Kau pernah dengar orang menang lima enam ribu, kemudian esok kalah tujuh ribu.

Hidup berjudi ni tak kemana,” kata Fadli.

“Habis tu abang buat apa sekarang?” tanya Hassan.

“Buka kedai makan.”

“Kedai ni abang punya ke?”

“Kedai ni aku sewa. Aku meniaga kat sini.”

“Wah, hebatnya! Duit menang ke bang?”

“Tak. Duit EPF,” jawabnya.

Hassan sudah tiba di jejantas untuk menyeberangi jalan ke MidValley. Dia perlu sampai dalam masa sepuluh minit atau kad masanya bertanda merah. Dia tidak mahu hari kedua kerja kad masanya merah. Kalau boleh bila-bila pun.

Masalahnya dia hanya bergantung kepada jam di rumah hostel tadi. Tanpa telefon bimbit atau jam tangan, dia tiada pilihan selain melangkah pantas.

“Bilalah agaknya nak telefon mak,” fikirnya lagi.

Dia masuk melalui pintu timur. Walaupun perlu cepat, dia perasan ada sebuah hentian bas tidak jauh dari situ. Malah terdapat deretan teksi juga.

Hassan masuk lalu terus menghala ke restoran tempat dia bekerja.

Continue Reading

You'll Also Like

429K 20.6K 51
"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-N...
1.2K 162 25
Mengisahkan seorang putera bernama Ali Ghazali,yang dibuang sejak usianya masih kecil lagi,dia dibuang oleh keluarganya sendiri kerana lemah dan dian...
Atin By mrk1921

Adventure

61.7K 518 4
Mengisahkn seorng isteri yg ketagih mkn lua