"Hello and good night. Saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi hadir ke majlis saya ini.."
Aku sudah menguap kecil mendengar ucapan koman Syazana. Kecil ke kalau aku ditegur oleh seorang lelaki yang duduk di hadapan aku?
"Tutup mulut la. Aku boleh nampak tahi lalat dekat lidah kau."
Terus aku tutup mulut dengan kelajuan Ying. Mujur lelaki itu budak kelas aku dan dialah makhluk yang menegur tentang kesuburan bulu kaki aku. Memang mulut buntut kera betul.
"Sekian, terima kasih."
Akhirnya tamat juga ucapan ala-ala pengetua dia tu. Bahasa tak boleh jalan betul. Ada patut buat ucapan bahasa baku? Geli ketiak aku dengar. Aku harap cita-cita dia bukan seorang pengetua.
Pantas aku mencapai garfu dan sosej goreng aku sambar. Tiga biji aku sumbat dalam mulut sekali gus. Aku memang tengah lapar ni boleh pulak Syazana bersajak dekat meja potong kek.
"Irena, kau jangan tunjuk yang kau lapar tahap lahanat. Malu aku."
Emy berbisik perlahan pada telinga aku. Aku masih menyumbat sosej ke dalam mulut tanpa rasa sedikit pun perasaan was-was. Aku baca surah An-Nas dulu eh sebelum makan.
"Kenapa? Kau nak?"
Terus aku membuka mulut aku luas-luas di hadapan muka Emy. Sempat aku menghembus nafas sedikit. Emy mahu muntah apabila terbau aroma enak dari mulut aku.
"Satan kau, Irena. Bau macam punggung badak kau tahu tak? Yucks.. Dah la aku nampak semua sisa dalam mulut kau."
"Oh, kau pernah bau ke punggung badak? Bau apa? Wangi?"
Aku menghamburkan gelak kuat kepada Emy. Gadis itu menahan mukanya dengan tangan sendiri. Menahan simbahan asmara aku mungkin.
Aku kembali menyumbat makanan ke dalam mulut. Emy hanya menggelengkan bahu. Eh, bahu mana boleh geleng. Hahahahaaa. Hambar. Emy menggelengkan kepalanya berkali-kali.
Sosej aku buat lubang di tengahnya. Tangan aku laju mencapai salad dan aku gulungkan sehingga menjadi kecil. Salad yang sudah lunyai itu aku sumbat ke dalam sosej kemudian aku suap ke dalam mulut. Nikmatnya.
Aku cuba yang lain pula. Masih lagi sosej memandangkan aku gila sosej. Kau goreng sosej selori pun aku mampu telan. Telan aje la. Nanti aku muntah balik.
Sebiji sosej aku potong kepada tiga bahagian. Lagi kecil lagi sedap dimakan. Semangkuk coklat aku ambil dan aku curahkan ke atas sosej. Sosej coklat itu aku sumbat ke dalam mulut. Sedapnya.
"Yuckss.. Dasar golongan asli."
"Ayok.. Tatayok.. Kau yuckskan makanan. Nanti Allah tarik rezeki kau padan muka."
Emy menjulingkan mata ke atas. Padan muka. Siapa suruh yuckskan makanan aku. Aku amat tidak menggemari apabila manusia meyuckskan makanan. Kenapa nak geli dengan rezekiNya? Sedangkan Rasulullah pun tak pernah cakap yang baginda gelikan sesuatu makanan. Kalau Rasulullah tak suka makanan itu, baginda akan diam dan tak makan. Eh, aku terbebel ke? Abaikan.
Emy memandang hadapan. Dia ralit dengan persembahan nyanyian Adam dan Arjuna. Aku dah bosan dengar suara Adam. Kalau dulu boleh la aku rasa sedap. Tapi sekarang tidak lagi.
Aku pandang pula piring kaca yang berada di hadapan Emy. Ada sepotong kek coklat yang belum disentuh lagi. Mulalah lampu kejahatan aku gatal nak keluar daripada lubang hidung.
Piringnya aku tarik perlahan-lahan. Bengap Emy ni. Langsung dia tak perasan akan kehilangan pinggannya. Aku syak dia ni terangaukan Adam. Tak pun Arjuna.
Mata aku meliar ke atas meja. Mencari sesuatu bahan yang boleh aku jadikan sebagai senjata untuk kenakan Emy. Serbuk cili. Yes, bahan paling cantik pada abad ini.
Serbuk cili aku taburkan ke atas kek coklat Emy. Sudu aku capai dan aku sekatakan serbuk tersebut. Coklat yang berada di dalam mangkuk aku tuang ke atas kek dan aku sekatakan. Biar tak nampak kesan serbuk cili tadi. Siap.
Pinggan aku tolak semula dan aku terus menyumbat sosej ke dalam mulut. Mampus esok pagi buasir sosej aku. Ah, janji aku kenyang.
Emy menepuk tangan selepas Adam tamat menyanyikan lagu Dusk Till Dawn. Dia kembali menghadap makanannya. Aku buat kering saja.
Emy mencapai sudu dan dia mula menyuap kek ke dalam mulut. Aku mula berkira-kira dalam hati. Lima saat selepas ini pasti riuh meja ni.
"Mak oihh. Kek lahnat apa ni pedas nak mampus?"
Emy memaki hamun kek itu. Aku kemam mulut menahan gelak. Kek tu jugak yang kena lahnat. Nasib tuan punya kek berada di meja hadapan. Kalau tak, tersentuh hatinya.
Emy mencari-cari air. Ada segelas air yang berada di sebelah kanan Emy. Ini tak boleh jadi. Laju aku menyambar gelas itu dan aku minum laju. Licin segelas, aku letak semula ke tempat asalnya.
"Weh, tu air aku."
"Tak ada nama. Aku minum aje la."
Emy bangun dari duduk. Aku tahu dia tengah membara. Aku rasa kalau tak kerana pedas yang sedang membakar lidahnya itu, pasti kek coklat itu selamat bertahajud dalam lubang hidung aku.
Aku hanya memandang Emy dari jauh. Dia selamat sampai ke arah tempat air. Aku kembali memandang hadapan.
"Seronok buli orang?"
Dahi aku berkerut. Suara siapa tu? Aku pandang lelaki di hadapan aku. Dia hanya tunduk dan makan. Tak akan dia yang bersuara tadi.
Bulu hidung aku sudah meremang. Tak akan malaikat Izrail yang soal? Atau Nakir? Aku berdehem kecil. Halusinasi aku je ni.
"Seronok anaiya orang macam tu?"
Suara itu lagi. Terus aku pandang sisi sebab suara itu datang dari sisi aku. Eh, Arjuna? Bila masa dia ada dekat situ? Aku pandang ke bahagian mereka membuat persembahan tadi. Kosong.
"Kau nak sibuk tu kenapa?"
"Aku nak pesan, jangan terlampau seronok buli orang. Takut nanti kena dekat diri sendiri."
Terus lelaki itu berlalu pergi. Tak terkata aku apabila mendengar pesanan daripadanya. Aku tak faham kenapa dia nak menyibuk hal aku.
Emy datang kembali ke arah aku. Dia duduk semula di tempatnya. Muka masam mencuka. Aku membuat muka penuh kebaikkan berlakon suci.
"Emy, kau okay?"
"Okay sangaaattt..."
Amboi, panjang betul 'sangat' dia tu. Aku teruskan dengan muka suci aku. Eh, aku memang baik, kan?
"Kau salah pilih kek ni. Kek ni memang rasa pedas."
"Oh, begitu. Tapi kenapa dekat tepi pinggan kau tu ada bekas serbuk cili eh? Nak masak kari ke?"
Terus terkumpul air liur aku di kerongkong. Bijak juga aku ni. Nak sorok bahan bukti pun dekat tepi pinggan. Tepuk tangan sikit.
"Eh, aku pun tak tahu dia ada dekat situ."
Aku cuba menutup kesalahan diri. Tapi bak kata orang tua-tua, bangkai binatang boleh ditutup, tetapi baunya masih ada. Betul ke macam tu bunyinya? Lebih kuranglah.
"Biadap kau ni, Irena. Nasib aku fikir kau kawan aku. Kalau tak, dah lama aku rebus kau."
"Eh, apa aku pulak? Kau yang kritik makanan aku."
"Dah la. Baik aku menikmati keindahan Adam lagi bagus."
Cis, aku ingatkan dia nak menikmati keindahan alam. Sempat dia tukar jadi Adam. Dasar si gatal pucuk keladi.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
"Emy, jomlah balik."
Sumpah aku dah bosan tahap gajah dah ni. Sudah lebih 3 jam aku duduk sini. Bukan buat apa pun. Makan dan dengar orang nyanyi.
"Kejaplah. Lepas ni Adam nyanyi pulak."
"Kau tak habis Adam. Pergi kahwin dengan dialah. Aku nak balik. Bye."
Terus aku mencapai phone aku dan berdiri tanpa memperdulikan Emy. Terbeliak mata Emy melihat aku. Apa pasal dia tengok aku macam itu?
"Nampaknya kita dah jumpa penyanyi seterusnya. Irena. Sila tampil ke hadapan.".
Luruh rahang aku apabila mendengar ayat Adam. Kenapa aku? Terus aku pandang wajah Emy dengan riak yang seperti tertelan berus.
" kau berdiri apa pasal? Dia tengah cari penyanyi seterusnya, gila."
"Mana aku tahu. Kau tak cakap pun."
"Irena. Datang ke depan."
Aku mengetap bibir. Phone aku hempas ke atas meja. Dengan sangat tidak rela hati, aku berjalan ke hadapan. Aku benci situasi sekarang ni. Semua mata memanah ke arah aku. Hello, aku bukan Mira Filzah okay.
"Okay, Irena. Sila cabut lagu apa yang nak dinyanyikan."
Aduh, kena pilih pulak. Aku sudah la seorang yang pemalu. Suara aku berharga. Hanya manusia di sekolah lama aku saja yang pernah dengar suara emas aku.
Aku menyeluk tangan ke dalam balang kaca yang terisi kertas kecil. Semua kertas itu telah dilipat kecil. Aku malas nak mencari keluckyan. Jadi aku ambil sesuka hati aku. Kertas itu aku bagi kepada Adam.
"Okay. Nampaknya lagu yang sedang menjadi kegilaan ramai. Irena, awak harus menyanyikan lagu yang bertajuk Tak Tun Tuang. Tahniah Irena. Sila ambil tempat."
Dammit. Aci tak kalau aku menyorok dalam ketiak sendiri? Kenapa nasib aku tak pernah baik? Sebab itu aku paling malas nak masuk acara cabutan bertuah. Memang nama aku tak pernah dapat.
Adam berjalan ke kerusi meja makan. Alamak. Dia tinggalkan aku dengan Arjuna saja dekat sini? Sudahlah aku mula meluat dengan perangai poyo Arjuna.
"Kan aku dah cakap. Jangan seronok anaiya orang. Nanti diri sendiri terkena."
Cis, sempat dia memerli aku. Nasib aku masih beriman. Kalau tak, memang selamat masuk microphone ni dalam mulut dia. Aku langsung tak pandang wajah Arjuna.
Sebelum menyanyikan lagu Tak Tun Tuang itu, aku menarik nafas terlebih dahulu. Kalau nak persembahan berjalan lancar, kau kena enjoy dengan permainan itu. Percayalah. Kalau tak, bersiap sedialah untuk gelabah.
"Ehem. Ini kali pertama dan terakhir aku memalukan diri sendiri. Tapi, aku nak minta satu benda. Arjuna kena nyanyi sekali dengan aku. Setuju?"
Dan semua menjawab setuju dengan meriahnya. Arjuna terkedu. Matanya memandang aku tak lepas. Aku mengangkat kening tinggi. Kau perli aku tadi, kan?
Arjuna mula memetik guitarnya. Dia tidak berdiri di sebelah aku dan aku pun tak hingin dia berdiri sebelah aku. Sakit mata aje tengok.
"Aku sudah mandi tak tun tuang tak tun tuang tapi masih cantik juga tak tun tuang tak tun tuang. Apa lagi kalau belum mandi tak tun tuang. Pasti cantik berganda."
Dengan penuh keyakinan aku nyanyi. Lantak la salah lirik ke tak. Janji aku lepas dari siksaan batin ini. Giliran Arjuna pula.
"Kalau orang lain melihatku tak tun tuang badak aku tabah bangat tak tun tuang tak tun tuang. Tapi kalau langsir di hidu tak tun tuang . astaghfirullahalazim."
Eh, kenapa panjang semacam istighfar dia tu? Aku syak mamat ni pun main hentam aje. Gila kau bagi lagu Tak Tun Tuang. Mana aku nak hafal. Corus mungkin la aku tahu.
"Kalau cowok ganteng yang lawat , aku acah cantik. Kalau bapak gaot yang lewat, aku acah sengih."
Giliran Arjuna. Aku terus memandangnya apabila lelaki itu hanya diam. Tak tahu liriklah tu. Nasib baik juga aku selalu tengok musicgelli dekat Instagram. Ingatlah jugak sikit-sikit walaupun aku tak pernah dapat setiap perkataannya.
Arjuna menamatkan music dan dia membongkokkan badan sedikit. Yes, tamat juga akhirnya. Arjuna menjeling tajam ke arah aku. Aku buat tak tahu dan terus berjalan ke arah Emy. Phone aku capai.
"Kalau kau tak nak balik sudah. Aku balik naik uber."
Terus aku blah dari situ. Tak kuasa aku nak tunggu lama-lama lagi. Entah perkara gila apa lagi yang akan aku hadapi lepas ni.
"Eh, tunggu aku."
Emy kalut bangun dan mengejar langkah aku. Tahu pun takut. Eh, nak takut apa? Dia datang dengan kereta sendiri. Mungkin dia risau aku diculik? Aura jelita aku terlampau kuat mungkin sehingga Emy pun tak sanggup lepaskan aku.
Kami pulang ke rumah masing-masing dengan tenang dan aman. Cuma aku kurang tenang sikit. Harap-harap aku tak kena bahan nanti disebabkan lagu Tak Tun Tuang tadi. Dan aku berharap tak akan bertemu dengan Arjuna lagi. Heh.
♠ aku malas nak double check . lantak la typoo . pepandai paham sendiri agagaagagagaa