Sayangku Cik Arkitek ✔

By Ashaniess

469K 18.4K 311

💥WARNING: THIS NOVEL LAMA DAN TIDAK EDIT, BNYK TYPO + KESALAHAN FACT💥 Saat mereka baru mengenal erti percin... More

IMPORTANT THING
Bab 1
Bab 2
Perjumpaan Khusus Watak-Watak
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
❤✨Attention✨❤
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61👫
Bab 62
Bab 63
Bab 64🌼
BAB 65
BAB 66 !!*Ending*!!
SAYANGKU CIK ARKITEK RAYA
✨PIN! PIN! MY NEW NOVEL✨
🔥MR.HOTSSS,AUMM

Bab 16

7.1K 311 8
By Ashaniess

Mia mengeluh.Kenapa ni?Sejak Syafiq keluar tadi,dia rasa tak menentu.Lepas waktu lunch pun Syafiq tak kelihatan.Pergi jumpa awek dia kott..

Jika betul..Kenapa dia rasa kecewa?

Mia mengeluh panjang seraya meraup wajahnya.

'Tiada mainan perasaan disini,Mia..Disini tempat kau cari rezeki untuk umi dan baba'

Mia memperingati diri sendiri.Dia pantas menarik lakaran tadi lalu menyambung lukisan.

************

Mia melangkah keluar dari SD Holding sambil otaknya menerawang jauh.Macan terawang awangan je..

Dia berhenti di bus stop.Mia mengeluh.Kenapa aku asyik fikir pasal dia?Mia bercakap sendiri.

Mia menghela nafas.Kereta Mercedez Banz berhenti.Ziyad keluar lalu membuka pintu untuk Mia.Mia tersenyum hambar sambil mengucapkam terima kasih.

Suasana hening di dalam kereta membuatkan Ziyad bersuara.Cuba memecah kesunyian

"Mia kenapa muram je?"

Mia menoleh.Dimaniskan wajahnya.

"Taklah..Saya fikir pasal kerja tadi."

Ziyad mengangguk.

"Mia tahu tak lagi yang umi dengan baba nak pindah ke London?"

Mia merenung wajah Ziyad sambil mengerutkan kening.

"Umi dan baba saya ke?Nak pindah ke London?Mana mereka dapat duit?"

Berkerut kening Mia.Ziyad mengukir senyuman

"Ha'ah..Don't worry..Abang adalah tolong sikit..Umi dan baba cuba call Mia tadi..Tapi tak boleh..Umi dan baba nak try call malam ni..Tapi tak apalah..Abang beritahu dah."

"Sampai bila awak nak tolong kami?Kenapa pula kena ke sana?"

"Mika adik Mia nak sambung mengaji dekat sana."

Mia mengeluh.

"Tapi perlu ke umi dan baba ikut?Terima kasih tolong kami"

Ziyad mengukir senyuman sambil membelok masuk perkarangan rumah sewa Mia

"Alah..Itu tak penting..Mia..Abang doakan Mia dapat mulakan hidup baru dekat sana.Kalau boleh tackle lah mat salih..Hensem tu.."

Mia tergelak.

"Apalah..Saya nak orang Melayu..Tak apalah.Saya keluar dulu.Thanks for everything.."

Mia keluar lalu menutup pintu.Dia tersenyum sambil melambaikan tangan pada Ziyad.Mia memandang kereta Mercedez Banz hitam itu sehingga lenyap di pandangan.

Dia menolak pintu pagar lalu ingin masuk tapi langkahnya mati tatkala dia terpandang di sudut jauh sana ada sebuah audi putih.Cerminnya gelap menyebabkan Mia sukar melihat sesiapa di dalam.

Siapa?

Syafiq ke?Baru Mia ingin menajamkan matanya,kereta itu menderum laju.Nombor plat!Argh!!Tak sempat!

Mia masuk ke dalam rumah dengan kehampaan.

*****************

Syafiq POV

Aku pantas menekan minyak apabila Mia seolah olah ingin menajamkan pandangan.Risau jika dia nampak aku ikut dia sampai ke depan rumah.

Ya Allah!!Apa dah jadi?

Kenapa aku ikutkan kata hati ni..Aku cuma nak tahu siapa lelaki yang bersamanya..Itu je.

Kau suka dia ke,Fiq?

Otaknya menyoal.Aku menepis soalan itu.Argh!!Aku ada Sofia!Kenapa aku perlu fikirkan dia yang tak ada kena mengena dengan salah silah hidup aku?

Tapi hatinya mengatakan sebaliknya.

Aku akhirnya berhenti dekat tasik.Aku keluar dan duduk menyandar di hadapan kereta.

Kenapa dengan aku?Aku dah jatuh cinta dengan dia ke?

Tak mungkin!!!Ego mengatakan sebaliknya.

Aku meraup wajah berulang kali.

'............Huh!!Kau tak reti bezakan yang mana kaca dan yang mana permata!'

Masih terlegar legar ungkapan Kamil tempoh hari.Semakin kusut fikiranku.

Sudahlah Kamil dan Zulaikha seperti menjauhi dirinya saja.

Kerana siapa?

Sofia..

'..........Dia bukannya nak kat kau..Dia cuma nakkan harta kau je..Tengok dulu masa dia tinggalkan kau..Sebab apa?Dia cakap kau curang dengan Dhia bagai..Padahal masa tu syarikat kau hampir muflis!Kau ingat tak?!'

Kata kata Zulaikha kembali menerjah lagi di mindanya

Aku mencengkam rambut.

"Assalamualikum,nakk.."

Aku terkejut.Aku menoleh.Seorang Pak Cik berjubah putih.Macam orang masjid.Bersih serta bersinar wajahnya.Aku segera bangun lalu menyalam tangannya.

"Waalaikumsalam,pak cik"

"Nama pak cik..Akob.Panggil je Pak Akob.Pak Akob tengok kamu macam tertekan saja.Kamu siapa?"

Aku mengukir senyuman sambil membetulkam rambut yang kusut

"Saya Syafiq Danish,Pak Akob.Panggil Fiq je"

Pak Akob mengangguk.

"Kamu pemilik SD Holding dekat sana tu kan?"

Aku tergelak kecil seraya mengangguk.Rasa macam artis pula.

"Pak Akob bangga dengan kamu..Muda muda dah berjaya..Kenapa kamu berada di sini?Sekarang dah pukul 6.40 petang dah.Nanti nak maghrib"

Aku menyandar di kereta.Tak salah kot aku berkongsi cerita kerana kotlah kurang sikit beban

"Saya pening dengan diri saya ni,Pak Akob..Soal hati dan perasaan"

Pak Akob berkerut sambil memandang ke arahku.

"Oh..Kiranya cintalah ni?"

Aku mengangguk perlahan.

"Kenapa?"

Pak Akob menyoal.

"Saya tak pasti dengan perasaan saya.Saya pernah bercinta dengan seorang gadis ni..5 tahun dulu,kami putus sebab dia kata saya curang dengan kawan dia sendiri padahal saya difitnah.Saya tak ada apa apa hubungan dengan kawan dia.Kawan saya kata..Dia cuma cari alasan untuk larikan diri dari saya kerana masa tu syarikat saya hampir bankrap..Dia cuma cintakan saya kerana harta dan apa yang saya ada..Bukan dia cintakan saya."

Aku mengerling Pak Akob seketika.Kotlah bosan dengan kisah cinta aku yang sadiss ni..Dia diam saja sambil merenungku.

"Masa tu saya sayang gila gila dekat dia..Hinggakan kawan kawan saya cerita buruknya dia pada saya..Saya tak ambil peduli..Tapi hubungan kami still putus..Selepas 5 tahun tu,kami tak jumpa lagi.Sekarang dah masuk 6 tahun,tapi hadirnya seorang gadis lain dalam hidup saya membuatkan saya tak faham dengan situasi saya..Saya rindukan kekasih lama saya dan ingin mencarinya.Pada satu hari tu,kami kena pergi Korea atas urusan kerja..."

Pak Akob menyandar di kereta sebelah ku.

"Saya jumpa balik gadis yang saya nak sangat dijadikan isteri.Tapi pada masa yang sama,perlahan lahan saya kenal siapa dia sebenarnya..Satu masa tu,saya tak ada dekat ofis..Lepas tu dia datang cari saya..Pada masa yang sama saya tertinggal fon so saya naik ambil..Saya nampak dia masuk dalam bilik gadis yang baru muncul dalam hidup saya tu..Saya pantas masuk bilik saya..Bilik saya dinding dia kaca so saya nampaklah bilik sebelah saya yang sama dengan saya..Dinding kaca juga.."

"Saya nampak dia bertindak biadap pada pekerja saya tu..Lepas tu dia boleh sepak pekerja saya tu..Padahal di depan saya dia sangatlah baik..Saya keliru..Pada masa yang sama..Hati saya seolah olah jatuh cinta dengan gadis a.k.a pekerja saya tu..Tapi saya kurang pasti.."

Aku mengakhiri cerita ku dengan batuk kecil.Sejuk.Pak Akob mengangguk..

Dia seolah berfikir..

#Sila tekan bintang di bawah..sorry kalau tertypo.sorry this chapter pendek

Continue Reading

You'll Also Like

71.7K 3.2K 15
Apa nak buat kalau lelaki yang aku minat merangkap kawan sejak kecik aku minta nasihat untuk bercinta dengan orang lain? Aku tak suka perkara ni... A...
3.2M 288K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
299K 7.8K 41
Usyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah me...
1.3M 28.6K 64
Mengisahkan Qisya Syazana yang berkahwin dengan bos nya sendiri. Bagaimana kehidupannya setelah bergelar isteri kepada bos nya sendiri dan dalam diam...