Mr Killer's Girl |✔|

By mecx-zack

3.9M 180K 12.7K

[ BOOK 2 ] -•-•-•-•- [ C O M P L E T E D ] ... More

CAST
PROLOG
🍁 - [1]
🍁 - [2]
🍁 - [3]
🍁 - [4]
🍁 - [5]
🍁 - [6]
🍁 - [7]
🍁 - [8]
🍁 - [9]
🍁 - [10]
🍁 - [11]
🍁 - [12]
🍁 - [13]
🍁 - [14]
🍁 - [15]
🍁 - [16]
🍁 - [17]
🍁 - [18]
🍁 - [19]
🍁 - [20]
🍁 - [21]
🍁 - [22]
🍁 - [23]
🍁 - [24]
🍁 - [25]
🍁 - [26]
🍁 - [27]
🍁 - [28]
🍁 - [29]
🍁 - [30]
🍁 - [31]
🍁 - [32]
🍁 - [33]
🍁 - [34]
🍁 - [35]
🍁 - [36]
🍁 - [37]
🍁 - [38]
🍁 - [39]
🍁 - [40]
🍁 - [41]
🍁 - [42]
🍁 - [43]
🍁 - [44]
🍁 - [45]
🍁 - [46]
🍁 - [47]
🍁 - [48]
🍁 - [49]
🍁 - [50]
🍁 - [51]
🍁 - [52]
🍁 - [53]
🍁 - [54]
🍁 - [55]
🍁 - [56] - LA TORTURA (I)
🍁 - [57] LA TORTURA (II)
🍁 - [58] LA TORTURA (III)
🍁 - [59]
🍁 - [60]
🍁 - [61]
🍁 - [62]
🍁 - [63]
🍁 - [64]
🍁 - [65]
🍁 - [66]
SPECIAL CHAPTER : HANS & DAMIA
SPECIAL CHAPTER : BLACK & ARESSA
SPECIAL CHAPTER : CARL'S & THE GANG
AUTHOR'S NOTE.
[ SEQUEL IS UP! ]

EPILOG

56.3K 2.1K 367
By mecx-zack

Setahun berlalu segala yang berlaku tentu ada hikmah disebaliknya. Kini, hidup mereka berdua semakin bahagia dan perhubungan yang terjalin tetap kukuh dengan kasih sayang yang disemai.

Bahagia sebagai pasangan suami isteri dan ditambah pula dengan kehadiran dua orang kembar lelaki menjadi penyeri untuk keluarga Carl Que Alexander.

Segalanya terasa lengkap dalam hidupnya.

Mungkin dulu, dia bukan yang terbaik dan dia juga bukan malaikat yang sentiasa suci dari melakukan kesilapan dan dia sebenarnya tak layak untuk berdamping dengan Nur Husna yang jauh berbeza kehidupannya.

Tapi kini dia sedar satu perkara. Nur Husna memang ditakdirkan untuknya, untuk menjadi isteri kepada seorang Carl Que Alexander dan juga ibu kepada anak-anaknya.

Nur Husna.

Perempuan yang menjadi kebahagiannya dan dia akui bahawa seorang perempuan yang bernama Nur Husna adalah insan yang mampu mengubah dirinya yang dulunya kelam kini disinari cahaya.

Hanya satu nama saja yang kekal dan utuh dihatinya dan dia akan menjaga bidadari yang ditakdirkan untuknya itu hingga ke nafas terakhir.

Harapan yang tinggi, semoga mereka berdua bertemu dia alam sana suatu ketika nanti.

Carl Que Alexander melangkah ke arah Nur Husna yang sedang menidurkan Carl Fabio Federico.

Manakala Carl Dario Stephano pula yang sedang terbaring hanya terkebil-kebil dengan tangan kecilnya itu bermain di wajahnya.

"Hey, Rio." gumamnya perlahan.

Tubuh halus anaknya itu dihampiri yang berada di atas katil itu lalu dia berbaring di sebelah Carl Dario Stephano dengan posisi meniarap.

Kedua pipi anaknya itu dikucupnya perlahan seraya mengusap lembut ubun-ubun bayi tersebut.

"Kenapa tak tidur lagi, dah lewat ni. Tak kesian dekat mama ke?" soalnya lembut, lebih kepada berbisik.

Nur Husna yang sedang berura-ura untuk meletakkan Carl Fabio Federico yang sudah terlena ke katil khas yang disediakan untuk kembarnya itu tergelak kecil dengan tingkah suaminya.

"Kau gelak apa?" kening diangkat sebelah pada isterinya.

Terus berubah cemberut wajah Nur Husna.

Direnung seketika wajah selamba suaminya itu sebelum meletakkan bayi tersebut di dalam katil kecil itu lalu dia melangkah ke arah katil miliknya dimana suami dan anaknya berada.

"Biar Husna tidurkan dia, abang pergi lah tidur dulu." ujarnya perlahan tanpa memandang suaminya.

Bukan niat untuk menderhaka suaminya dengan bercakap tanpa memandang wajah lelaki itu tetapi Carl Que Alexander selalu saja buatnya sakit hati sejak beberapa hari ini.

Ada saja yang disakat suaminya itu.

Carl Que Alexander tersenyum sinis melihat isterinya yang jelas merajuk dengannya.

Lalu dia mengucup dahi anaknya itu sekilas sebelum membaringkan tubuh di atas katil.

Mata dipejam rapat dengan sebelah tangan yang diletakkan pada belakang kepalanya, sebelah tangan lagi dibiarkan berada di sisi tubuhnya itu.

Tak dihiraukan wajah kegeraman Nur Husna, malah dalam hati dia ketawa kecil. Memang dia suka menyakat isterinya itu.

Nur Husna mengeluh kecil, usai memastikan bahawa bayinya sudah terlena dia menutup suis lampu.

Bilik mereka hanya diterangi dengan cahaya lampu meja saja tapi cukup jelas untuk melihat keadaan bilik tersebut.

Tubuh kecilnya dibaringkan disebelah suaminya setelah membaca doa tidur. Selimut ditarik hingga ke paras bahu lalu badan dipalingkan menghadap dinding bilik.

Masih terasa dengan layanan suaminya yang menyakitkan hati itu.

Baru saja dia ingin menutup kelopak matanya, terasa pinggangnya dipeluk kemas dari arah belakang tapi sengaja diabaikan.

Memang menjadi kebiasaan suaminya yang akan memeluknya setiap malam sewaktu tidur.

"Aku tahu kau tak tidur lagi."

Bibir diketap rapat, tangan besar Carl Que Alexander yang melingkar dipinggangnya cuba dileraikan tetapi suaminya malah mengetatkan lagi pelukannya.

Gigi diketap rapat.

"Husna baru nak tidur." jawapbya perlahan dengan nada geram.

Carl Que Alexander tergelak kecil. Dari nada suara Nur Husna dia tahu isterinya itu merajuk dengannya.

Dan dia yakin tika ini pasti wajah cantik Nur Husna berkerut geram dengan wajah merah padam, marah mungkin.

Lantas, dengan pantas tubuh kecil Nur Husna dipalingkan supaya bertentangan dengannya dan tindakan pantasnya itu membuatkan Nur Husna ternganga kecil merenungnya. Terkejut dengan tindakan pantas suaminya itu.

"Merajuk? Hm?" soalnya seraya tersengih nakal.

Nur Husna mengetap bibir perlahan, kepala digeleng kecil.

Sengaja menafikannya lalu tangan besar suaminya yang memeluk pinggangnya itu dileraikan tapi tetap tak memberi sebarang kesan.

"Abang, Husna nak tidur lah.."

Carl Que Alexander merenung tajam wajah muram isterinya itu. Lantas dia tersenyum sinis sebaik mendapat cara untuk menghentikan rajuk isterinya.

"Kalau kau merajuk, lepastu tak nak cakap dengan aku.. Aku kacau baby tu, biar kau tak boleh tidur malam ni."

Tercengang Nur Husna seketika dengan perangai suaminya yang serupa budak-budak itu. Ada ke main ugut macam tu?

Nur Husna tak dapat menahan ketawanya, lalu dia tergelak kecil sambil menggeleng kepala.

"Saya yang merajuk epatutnya abang kena pujuk saya, bukan ugut macam tu.." ujar Nur Husna dengan sisa tawanya.

Carl Que Alexander sengaja menayangkan wajahnya yang dipura-pura serius lalu dia bangun dan turun daripada katil seraya melangkah ke arah katil bayinya.

Nur Husna terlopong kecil sebelum turut bergegas turun daripada katil.

"Tak! Husna tak merajuk. Jangan lah kacau dorang.. Abang! "

Lengan suaminya ditarik perlahan, menghalang lelaki itu daripada mengganggu lena anaknya.

Pantas Nur Husna berdiri dihadapan suaminya sebaik lelaki itu makin hampir dengan katil anak-anaknya.

"Kau merajuk sangat, kan? Pergi lah merajuk sana. Aku nak kacau baby ni, biar dorang menangis sampai esok."

Carl Que Alexander tergelak dalam hati melihat wajah ingin menangis isterinya itu, tahu bahawa Nur Husna terlalu geram dengannya.

Tanpa sebarang amaran, terus tubuh kecil Nur Husna diangkat lalu diletakkan pada bahu kanannya.

"Eh! Turunkan Husna! Abang!"

Tak dihiraukan Nur Husna yang memukul belakang badannya dengan mulut yang terkumat-kamit memarahinya lalu tubuh kecil Nur Husna perlahan diletakkan ke atas katil.

"Kau duduk diam-diam dekat sini, teruskan merajuk kau tu. Jangan kacau aku." katanya dengan suara yang sengaja diseriuskan.

Baru saja dia ingin berpaling untuk ke katil anaknya itu, lengannya ditarik kasar dari belakang lalu dia terduduk di atas katil. Wajah kegeraman Nur Husna dipandangnya kosong.

"Husna dah cakap, Husna tak merajuk! Abang nak kacau dorang kenapa? Ish!" terus berkerut wajah Nur Husna.

Nur Husna terus menolak bahu suaminya perlahan, menyuruh lelaki itu berbaring lalu tubuh Carl Que Alexander diselimut hingga ke paras pinggang begitu juga dengannya.

"Tunjuk dekat aku yang kau dah tak merajuk, kalau tak aku bangun." ugut Carl Que Alexander tanpa riak.

"Eh, betul! Sabar lah!" kelam-kabut Nur Husna menolak kembali tubuh suaminya ke atas katil.

Bibir dimuncungkan, Carl Que Alexander betul-betul membuatnya geram yang teramat.

Lalu dia membaringkan badan di sebelah suaminya dengan posisi berhadapan dengan lelaki itu.

"Husna tak merajuk. Kalau merajuk pun kejap je sebab abang bukan nak pujuk Husna. Abang tahu ugut je. Nasib Husna sayang suami Husna.."

Lalu kepala direbahkan ke atas dada Carl Que Alexander dengan kedua tangan kecilnya turut diletakkan ke atas dada lelaki itu. Sempat diciumnya pipi kanan suaminya sepintas lalu.

"Aku tak sayang kau." begitu balasan suaminya yang diterima.

Terbuntang mata Nur Husna dengan ayat suaminya.

Lantas tangan digenggam erat lalu dada lelaki itu ditumbuknya berkali-berkali dengan wajah yang hampir menangis.

"Tengok! Abang suka sakitkan hati Husna. Macam mana Husna tak merajuk! Benci lah macam ni!"

Carl Que Alexander ketawa geli hati sambil menahan tangan kecil isterinya daripada terus memukul dadanya. Lantas tangan kecil yang digenggamnya itu dibawa memeluk lehernya.

"Aku sayang kau lah gila! Kalau tak sayang, takde maknanya kita dapat baby kan? Twins pulak tu, nampak tak kat situ? Kau nak lagi tak baby baru?"

Dipandangnya wajah Nur Husna yang mula membahang malu itu, Carl Que Alexander ketawa lagi.

Lalu sebelah tangan diletakkan pada belakang tubuh Nur Husna dan dipeluknya erat, sebelah tangan lagi mengelus lembut rambut panjang Nur Husna.

"Abang, baby tu kecil lagi. Abang nak bunuh Husna ke apa? Ish, sejak bila abang gatal semacam ni? Abang ni seram lah!"

"Seram eh? Takpe, kau seram dengan aku je." sengihan gatal diberikan pada isterinya.

Mereka berdua terdiam sesaat sebelum kedua-duanya tertawa kecil.

Carl Que Alexander mengucup dahi Nur Husna sekilas dan mereka mula menutup kelopak mata, lena dengan perasaan gembira dihati masing-masing.

*

*

*

Nur Husna tersenyum lebar mendengar suara suaminya yang berada di ruang tamu itu berbual dengan anak-anaknya.

Sesekali terdengar lelaki itu ketawa halus, dia pun turut bahagia melihat kemesraan Carl Que Alexander bersama anak-anaknya itu.

Dulang makanan yang dibawa ke arah ruang tamu, sarapan pagi ini dimasaknya sendiri manakala pembantu rumahnya diberi cuti untuk seketika. Ingin meluangkan masa bersama suaminya.

"Abang, makan dulu.."

Carl Que Alexander tersenyum seraya melabuhkan punggung di atas sofa, manakala Nur Husna meletakkan dulang di atas meja yang berada ditengah ruang tamu tersebut seraya mendukung anaknya yang dipegang suaminya.

Dia tertawa halus saat anak kecil itu tersenyum, comel dan menenangkan. Carl Dario Stephano yang berada di atas ribanya itu menarik-narik hujung rambutnya membuatkan Nur Husna tergelak.

Carl Fabio Federico pula sibuk bermain dengan permainannya yang bersepah di atas lantai yang berlapik dengan permaidani itu.

Nur Husna meletakkan Carl Dario Stephano di sebelah Carl Fabio Federico sebelum dia melangkah meninggalkan ruang tamu.

Carl Que Alexander yang sedang menghirup teh itu hanya mengerut kening, hairan kemana isterinya pergi.

Kepala ditoleh pula ke arah kembar berdua yang sedang bermain sambil terjerit kecil itu.

Seketika susuk tubuh Nur Husna kembali melangkah ke ruang tamu beserta senyuman nipis dibibirnya.

Lantas tubuh kecil Carl Fabio Federico diangkat lalu diletakkan ke atas peha kanan suaminya.

"Abang pegang Rico sekejap."

Lalu tubuh Carl Dario Stephano pula diangkat dan turut diletakkan ke atas peha kiri suaminya yang jelas memandangnya dengan wajah berkerut hairan itu.

Dia hanya tersengih kecil.

Dan tanpa menghiraukan riak pelik suaminya, kamera yang diambilnya dibuka. Badan dijarakkan sedikit jauh dari suami dan anaknya berada.

"Selfie! Okay, abang senyum tau. Rio dengan Rico pun sama!" ujarnya ceria dan teruja.

Carl Que Alexander tergelak kecil, fikirnya apa lah yang ingin dilakukan Nur Husna.

Lalu, kedua belah tangan besarnya memeluk tubuh kedua anaknya yang berada di kiri dan kanan itu. Bibir mengukir senyuman nipis.

"1.. 2.. 3.."

KLIK!

Nur Husna tersenyum puas melihat gambar yang diambilnya itu. Lalu dia melangkah ke arah suaminya yang berada di atas sofa itu sebelum punggung dilabuhkan bersebelahan dengan suaminya.

Seketika Nur Husna dan Carl Que Alexander menoleh ke arah pintu utama rumah saat terdengar riuh-rendah suara mereka berbual.

Mereka berdua tergelak kecil apabila melihat Zara Nafisa bersama Carl Ayden melangkah masuk ke dalam rumah.

Begitu juga dengan Carl Hans Mikael dan Damia Aisyah, tak ketinggalan melihat pasangan bahagia, Black dan Aressa yang sedang bergurau senda itu.

Kini semua ahli keluarganya berkumpul diruang tamu rumah milik Carl Que Alexander.

"Kakak nak selfie jugak! Abang handsome cepat!" ujar Damia dengan wajah terujanya.

Mereka yang lain hanya ketawa melihat tingkah mencuit hati Damia.

Aressa turut berlari anak lalu tubuh Damia dipeluknya erat dari belakang. Zara Nafisa dan Carl Ayden tersenyum sesama sendiri.

"Mia dengan yang lain sedia, biar Hans ambil gambar korang semua."

Tak membuang masa, pantas mereka mengangguk setuju seraya mengambil bahagian masing-masing.

Carl Hans Mikael tersenyum sambil membetulkam kedudukan kamera yang dipegangnya itu.

"Ready, 1.. 2.. 3!"

KLIK!

Mereka yang lain tergelak kecil sebelum kembali bergambar dengan bermacam-macam posisi badan yang berlainan.

Setelah puas hati dengan gambar yang diambilnya, Carl Hans Mikael menghulurkan kamera pada Nur Husna kembali.

Kini ruang tamu rumah milik Carl Que Alexander riuh-rendah dengan suara mereka yang berbual dan bergelak tawa.

Carl Que Alexander memeluk pinggang isterinya dari arah belakang.

"I love you, girl." bisiknya perlahan ditepi telinga Nur Husna.

"I love you too, Mr Killer."

Seketika bergema gelak tawa ahli keluarga dan rakan mereka yang memerhati Nur Husna dan Carl Que Alexander secara senyap itu.

Nur Husna terus menyembunyikan wajahnya pada dada suaminya.

"So, Husna dengan Damia memang hak milik Que and Hans. Sesuai sangat lah tu, Mr Killer's Girl."

Carl Que Alexander tersenyum sambil mengucup dahi Nur Husna manakala Carl Hans Mikael turut memeluk bahu Damia Aisyah seraya memcium tepi dahi isterinya itu.

Kini mereka bahagia sebagai pasangan suami isteri ditambah pula dengan ahli keluarganya yang kembali ceria dan harmoni.

" Yeah! Mr Killer's Girl! "


- TAMAT -

Continue Reading

You'll Also Like

288K 18.7K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
1.2M 76.3K 75
"Our encounter is a mathematical formula." In which story where's a dwarf, meet her prince charming.
595K 22.6K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
2.9M 60.5K 28
Syed Farris | Bella Irdina Kerana aturan keluarga, mereka bersatu. Bella mula memasang niat untuk membuat sang suami jatuh cinta padanya. Cuma ada...