THE CURSED GUARDIAN:CHANGE IN...

By MuhdHayatulAkmal

292K 20.4K 1.1K

"Come to me, Cursed Katana." Aizel Neifelheim, seorang remaja yang mempunyai kuasa. Oleh kerana kuasa yang di... More

Kainar 1:Trouble At First Day
Kainar 2:First Fight?
Kainar 3:Mother Or Stepmother
Kainar 4:Secret
Kainar 5: Meet The Father & Suprise?
Kainar 6:Amy Neifelheim
Gallery Of Kainar(1)
Kainar 7: Guardians Summit
Kainar 8: Sacrifice
Kainar 9: Wake Up
Kainar 10: Saved by Aizel
Kainar 11: A Kiss From A Girl
Kainar 12:Human From Another World
Kainar 13:Duel Between Knight And Guardian
Kainar 14:New Power
Kainar 15:Confession
Kainar 16:First Attack
Kainar 17:Training
Kainar 18:Visiting Old Friend
Gallery Of Kainar(2)
Kainar 19:The Competition Begin!
Kainar 20:The Battle Begin
Kainar 21:Piss Off
Kainar 22:The Duty Begin
Kainar 23: The Third Person Has Killed
Kainar 24: Victory!
Kainar 25: On The Roof
Kainar 26:Two Diffrent Location At Sunday
Kainar 27:Black Organization
Kainar 28:A Little Bit Of Power
Kainar 29: Because Of Him
Gallery Of Kainar(3)
Kainar 30: Konflik Dan Rayuan
Kainar 31:Pujukan Dan Keputusan
Kainar 32:Jemputan
Kainar 33: Attacked By Ex-stepmother
Kainar 34:Ke Luar Negara
Kainar 35: Diselamatkan Sekali Lagi
Kainar 36:The Truth
Kainar 37:Side Effect Of The Power
Kainar 38: Amy's True Power
Kainar 39: That Was Easy
Kainar 40: Ask A Favor
Kainar 41: Berkerjasama
Kainar 42:Dendam
Kainar 43:You Dare To Touch My Girl?
Kainar 44: I'll Show You What The Guardian Can Do
Kainar 45: A Vager's Clone.
Kainar 46:The Power Of The Darkness
Kainar 47:The Real Power Of Gravity
Kainar 48: The Weak Side Of Him
Kainar 49: What A Caring Lover
Kainar 51:The King Has Come
Kainar 52: The Light Power Of Aizel
Kainar 53: A Daily Life Without Him
Kainar 54: I Decided To Live For Both Of Us
KATA PENGHARGAAN!
New Project?

Kainar 50: Our First And Last Date

3.9K 287 30
By MuhdHayatulAkmal

Aizel sembuh beberapa hari kemudian. Dia amat berterima kasih kepada Emily kerana menjaganya semasa dia demam.

Emily pulang ke rumahnya sendiri manakala Aizel menyiapkan laporan tentang kemusnahan Bandar Lithica. Setelah selesai, laporan itu disalin ke dalam pendrive lalu diserahkan kepada Amy.

"Kenapa beri kat Amy?" Soal adiknya.

"Abang malas nak jalan. Amy je lah yang beri ye. Kat pendrive ada laporan tentang kemusnahan Bandar Lithica. Amy beri je pendrive ni kat Puteri Hestia."

"Jadi abang tak pergi sekolah. Tak lama lagi last year exam."

"Nope. Malaslah. Lagipun abang kan seorang guardian. Buat apa nak ambil exam semua tu.." Balas Aizel sambil baring di atas katil miliknya.

"Tapi.."

"Nah..jangan risau, abang ada hantarkan email kat Cikgu Mel. Dia faham juga kalau abang tak sudah hadir kat sekolah. Lagipun.."

"Lagi pun?" Soal Amy pelik.

"Satu sekolah dah tahu yang abang ni guardian. Malaslah kalau abang datang sekolah lepastu dikelilingi oleh murid."

"Ohh..sebab tu abang tak nak datang ke sekolah lagi?" Soal Amy.

"Yup..hehe" Aizel tersengih seperti kerang busuk. Amy tersenyum sambil menggelengkan kepala.

Dia ingin keluar dari bilik tetapi ditahan oleh Aizel.

"Kenapa abang?"

"Meh duduk sebelah abang ni." Amy mengikut apa yang disuruh oleh Aizel.

"Hmmm.." Aizel tersenyum melihat Amy. Adik angkatnya itu pelik kenapa abang angkatnya senyum.

"Kenapa abang ni? Senyum semacam je.." Soal Amy pelik.

"Nothing, just.."

"Just?"

"Terima kasih Amy. Walaupun kita ni bukan adik beradik kandung tapi, Amy tetap bersama dengan abang. Susah senang abang, Amy tetap sokong abang. Kalau abang ada terbuat salah kat Amy, abang minta maaf." Ucap Aizel sambil mengusap lembut kepala adik angkatnya itu.

"Apa lah abang ni. Abang mana ada pernah buat salah kat Amy." Balas Amy.

"Ok lah abang. Amy nak ke sekolah ni. Takut lambat."

"Pergilah. Hati-hati ye. Beritahu kat Emily, nanti lepas sekolah, abang pergi jemput dia."

"Eh? Kenapa?"

"Well, nak ajak date." Balas Aizel tersengih.

"Amboi, dah maju selangkah. Kalau begitu, nanti Amy beritahu."

"Ok, thanks, little sister."

"No prob, big brother."

************************

"Aizel nak jemput aku? Pergi mana?" Soal Emily semasa menuju ke pintu pagar sekolah setelah sesi persekolahan tamat.

Dia sedar seseorang dia menunggu dia di atas sebuah motorsikal berkuasa tinggi yang berwarna hitam. Emily segera menepuk bahu orang itu.

"Awak!"

"Opocot! Haih! Awak rupanya Emily. Ingatkan siapa tadi."

"Heheh. Kenapa awak berhelmet bagai ni, Aizel?"

"Tu belakang cerita, sekarang pakai ni helmet. Saya nak ajak awak pergi date. Our first date." Balas Aizel.

"Wah! Betul ke!?" Soal Emily dengan teruja.

"Yup. Cepatlah, nanti murid lain nampak habis saya kena tuduh culik awak."

"Mana ada orang menculik guna motor. Apa lah awak ni. Hihi!" Aizel menghidupkan enjin motorsikal miliknya lalu memecut pergi dari situ.

Pemergian mereka berdua disaksikan oleh Neil, Layla dan Amy.

"Dengan siapa Emily pergi tadi tu?"

"Dengan abang."

"Eh!?

"Well, janganlah terkejut sangat. Normal lah kalau pasangan kekasih keluar pergi date."

*************************

"Err..Aizel?"

"Yes, my dear?"

"Kenapa orang ramai tengok kita berdua?"

"Biarlah mereka sana. Today is our first date. Just us. Don't think about other. Okay?" Emily menangguk.

Dia terfikir, orang ramai melihat ke arah mereka berdua adalah kerana mungkin Aizel berpakaian khas untuk guardian.

"Saya dengar ada wayang seram baru keluar. Nak pergi tengok?" Pelawa Aizel tersenyum.

"Wah! Betul ke? Nak! Nak!" Kata Emily dengan ceria.

"Okay! I have two ticket for us. But..."

"But..?"

"Wayang tu mula pukul 3 petang. Sekarang jam 2.30 petang. Ada setengah jam lagi. Apa kita nak buat sementara menunggu jam 3?" Soal Aizel.

"Hmmmm...saya ikut awaklah." Balas Emily.

"Kalau begitu, kita pergi kafé tempat selalu saya pergi. Tak jauh dari panggung wayang. Lagipun, ada perkara yang saya nak bincangkan kat awak." Kata Aizel. Emily hanya mengangguk lalu mereka berdua menuju ke sebuah kafé yang tak jauh dari panggung wayang. Setelah masuk, mereka berdua memesan minuman yang mereka berdua hendak minum.

"Apa perkara yang awak nak bincangkan, Aizel." Soal Emily.

"Tiada apa-apa. Cuma saya nak tanya sesuatu je."

"Tanyalah.."

"Hmmm, dah berapa lama kita jadi kekasih ye?"

"Hmmm, dalam 7 bulan begitu."

"Dan ini merupakan date kita yang pertama, kan?"

"Ya?"

"Jadi, untuk raikan date kita yang pertama, saya beri awak ni.." Aizel menyerahkan seutas rantai silver kepada Emily. Remaja perempuan itu terkejut.

"For me?"

"Yup. For you. Here, wear this."

"Thank you Aizel!" Emily memakai rantai pemberian Aizel di lehernya.

"Hmm! Nampak sepadan. Cantik kalau dilihat." Puji Aizel tersengih.

"Hehehe, tengoklah siapa yang bagi kat saya." Balas Emily tersenyum. Aizel tetiba memegang kedua tangan Emily. Remaja perempuan itu sekali lagi terkejut.

"A-Aizel?"

"Terima kasih Emily. Kerana sentiasa menyokong saya."

"Aizel?"

"Saya tahu, saya ni bukanlah lelaki romantik macam yang awak idamkan. Setiap kali jumpa beri bunga, setiap pagi ucapkan selamat pagi, dan malam pula, ucapkan selamat malam. Tak, saya bukan macam tu. Bayangkan, dah 7 bulan kita jadi kekasih, ini merupakan date kita kali pertama. Betapa teruknya saya." Kata Aizel. Emily membalas pegangan tangan Aizel.

"Tak Aizel. Saya bukannya idamkan lelaki romantik. Cukuplah yang selalu ambil berat kat saya, bantu saya ketika saya susah, lindungi saya ketika saya dalam bahaya. Cuma itu yang saya minta. Biarlah awak bukan romantik. Saya tak kisah. Asalkan saya hidup bahagia bersama dengan awak." Balas Emily tersenyum. Aizel juga turut tersenyum.

"Tapi, yang paling penting.."

"Yang paling penting?"

"Lelaki itu tak main kayu tiga. Kalau saya dengar awak ada scandal, siap awak!" Emily memberi amaran kepada Aizel.

"Woah, woah! Hold on, dear. Bila masak pula saya ada scandal ni? Hish, awak ni. Ada-ada je lah." Balas Aizel tersengih.

"Mana tahu..lelaki ni bukannya boleh dipercayai."

"Haih, fine. Saya sumpah yang saya akan setia dengan awak." Aizel bersumpah.

"Hehehe..begitulah. Tak juga saya risau." Balas Emily. Dia melihat ke arah jam yang berada di tangan.

"Eh, dah nak dekat jam tiga lah. Jomlah Aizel. Nanti lambat nak tengok wayang." Kata Emily. Aizel mengangguk lalu mereka berdua berdiri. Aizel membayar sebelum keluar.

Mereka berdua menuju ke arah panggung wayang sambil bersembang mesra. Baru sahaja mereka berdua memasuki panggung wayang, siren kecemasan kedengaran tanda ada Vager yang menyerang.

Aizel segera keluar lalu melihat ke arah langit. Dia terkejut kerana Vager yang menyerang terlalu banyak jumlahnya. Dia segera memasuki panggung wayang lalu menarik tangan Emily.

"Kenapa ni Aizel!?" Soal Emily dengan keadaan cemas.

"Saya akan hantar awak kat tempat ke tempat perlindungan. Telefon ibu bapa awak supaya pergi ke tempat perlindungan yang terdekat." Arah Aizel. Mereka berdua berlari menuju ke arah tempat perlindungan.

"Awak pula macam mana Aizel?" Soal Emily dengan risau. Tempat perlindungan bawah tanah mula penuh oleh orang awam.

"Awak tak perlu risau. Saya kan seorang guardian. Tugas saya adalah untuk menghapuskan makhluk yang menyerang bandar ni. Take care Emily. Saya pergi dulu." Aizel menghilangkan dirinya.

"Aizel.."

Aizel yang sudah keluar dari tempat perlindungan bawah tanah mula mendail nombor Amy.

"Hello abang kat mana ni!?"

"Tu tak penting yang penting Amy dah masuk ke tempat perlindungan bawah tanah?"

"Sudah. Ayah dan ibu pun ada kat sini."

"Nasib baik. Amy.."

"Yes?"

"Take care our parents." Aizel segera mematikan panggilan. Lalu mendail nombor Harvest.

"Hello Aizel!? Kau kat mana ni!?"

"Aku kat pusat bandar ni! Harvest, arahkan semua squad dan guardian yang lain untuk berkumpul di istana. Lepastu, kau periksa semua tempat perlindungan melalui monitor yang ada dalam istana. Jika semua sudah penuh, hidupkan semua tempat perlindungan itu supaya menuju ke bawah istana. Jangan lupa pasang pelindung yang cukup kuat."

"Kau dah gila ke!? Takkanlah kau seorang je yang nak lawan semua Vager tu!?"

"Just follow my order. As your leader!"

"Grrrr....haih. Just don't die, leader."

Tak lama kemudian,Aizel dapat merasa tanah bergegar sedikit tandanya pusat perlindungan bawah tanah mula bergerak ke istana. Dia tersenyum sendiri.

"Sorry Emily, maybe this is our first and last date."

*************************

Nah! Chapter baru untuk korang. Nampaknya vager telah menyerang bandar aster. Aizel pula sudah mengarahkan kepada Harvest apa yang patut dibuat. Aizel sedikit berasa bersalah kerana dia tidak dapat membawa emily pergi menonton wayang seram baru. Apa yang jadi seterusnya? Well..boleh fikir sendiri ye sebab aku belum fikir lagi apa yang nak ditulis di chapter yang baru nanti 😂😂. So, enjoy your reading in this chapter and comment if I do wrong. Chow!

Continue Reading

You'll Also Like

235K 14.8K 80
Pertemuan mereka selepas terpisah lama bukanlah pertemuan tangkap sedih dan rindu tetapi pertemuan itu telah mencetuskan fenomena yang tersendiri. Ai...
DISTOPIA [rework] By KEN

Science Fiction

50K 4K 11
[PEMENANG WATTYSMY 2020 KATEGORI SCIENCE FICTION] "Makin pendek umur dunia, makin banyak benda pelik yang berlaku." - Azmi "Dia lagi besar dari gajah...
572K 40.5K 99
MOHON BACA LYCANS : THE TALE OF LEGENDS PART ONE DULU. BUKU INI MERUPAKAN SAMBUNGAN DARI BAHAGIAN PERTAMA. HARAP MAKLUM. **************************...
Humanoids ✔ By S. F. P

Science Fiction

28.3K 2.8K 45
"Buku ke-2 dalam TRIPLE H THE SERIES" Humanoids Adalah robot yang boleh bertindak atau berkelakuan sama seperti manusia. Bezanya... Ia hanya satu...