Aduhai, Senior Kerek !

By MiraFifah_

151K 8.1K 484

Disebabkan kelancangan mulut Sharmima dalam berkata-kata , satu pergaduhan telah tercetus diantara dia dan se... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
EԹILOG
A,SK ! 2

BAB 15

8.7K 487 46
By MiraFifah_

Aku dan kawan-kawanku dikejutkan oleh Atikah.Katanya, kini bas berhenti di R&R untuk persinggahan. R&R dimana pun aku tak tahu.

Aku dan kawanku melangkah menuju ke surau terlebih dahulu, sebelum mencari makanan untuk menjadi santapan.

Aku dan kawan-kawanku berpecah mencari makanan masing-masing ikut selera sendiri. Aku dan Nisa memilih untuk membeli Pizza Hut. Aku mula membuat pesanan. Masa yang diambil lebih kurang 20 minit sahaja.

"Kenapa kau beli 2 personal pizza?" soal Nisa ingin tahu.

"Tak kan seorang sekotak ? Aku bukan nak makan sangat pun, beli satu share sudahlah." sambung Nisa.

"Aku beli satu untuk kita berdua. Lagi satu untuk orang lain," jawab Sharmima.

"Siapa?" soal Nisa lagi.

"Senior K," jawabku ringkas. Jawapanku itu membuatkan Nisa terdiam.

Beberapa minit kemudian, pesanan yang dibuat telah pun siap. Sekeping wang bernilai 20 ringgit dihulurkan kepada jurujual. Baki duitnya diambil dan berlalu keluar dari Pizza Hut. Kebetulan, dia berselisih dengan Mikael yang ingin memasuki Pizza Hut.

"Mika..." panggilku. Serentak itu,dia menoleh dan menunggu ayat yang ingin aku katakan. Mukanya serius

"Nah, untuk kau." kataku dan memberikan sekotak Pizza Personal kepadanya.Dia tidak mengambil huluranku, sebaliknya dia bertanyakan soalan.

"For what ?" soalnya dengan riak muka penuh curiga. Sebelah keningnya sedikit terangkat.

"Tanda terima kasih, sebab kau tolong aku hari ni dan bagi aku kek strawberi coklat percuma tadi." jawabku dan cuba untuk senyum. Simbol 'peace' dibuat.

Mikael tersenyum. Muka seriusnya tadi bertukar ceria.

"Okay, thank you !" ucapnya tanda penghargaan kepada Sharmima.

Nak minta maaf ke tak eh ? Aku dah banyak salah dengan dia ? Lepas ni, belum tentu selalu jumpa... Hmm.. Tapi dia yang selalu cari gaduh, dia lah yang kena minta maaf ! Bukan aku... desis hatiku.

"You're Welcomes," balasku. Masing-masing mendiamkan diri.

Errr.. Dia tak ada rasa bersalah dengan aku ke ? Selalu buat aku sakit hati ! Tak minta maaf pun? Sekadar terima kasih atas pertolongan je ke? Atau aku yang harus minta maaf dulu? desis hati Mikael. Pelbagai persoalan yang difikirkannya.

Nisa hanya menjadi pemerhati dan perlahan-lahan meloloskan diri dari situ.

"Kau nak masuk bas dah ke ?" soal Mikael menghidupkan perbualannya semula.

"Haah, makanan dengan minuman dah ada semua.. Kan,Nisa?" kata Sharmima dan menoleh. Nisa tiada. Dia tinggalkan aku !, dugaku.

"Kawan kau dah pergi kut. Jom lah, aku pun nak masuk bas. Makanan, kau dah belanja." katanya dengan nada biasa. Tidak terlalu dingin dan lembut.

Di dalam bas, hanya ada 6 orang pelajar sahaja. Kawan Mikael tiada lagi manakala kawanku hanya ada Nisa.Fayyad dan rakannya juga tiada.

Aku mengambil tempat duduk.

"Kenapa tinggalkan aku?" soalku geram dengannya.

"Lambat sangat tadi... Jomlah makan, aku dah lapar ni!" kata Nisa.

Tiba-tiba Mikael memanggilku. Aku menoleh ke belakang. Dia memanggilku untuk ke tempatnya. Dekat je pun, selang sebaris. Nisa menjadi pemerhati dalam diam. Handphone Samsung J2 Prime dikeluarkannya. Dia mempunyai satu idea menarik.

"Untuk kau,budak nerd." kata Mikael dan menghulurkan satu beg kertas bersaiz sederhana.

Aku yang mendengar panggilannya itu, membesarkan mataku. Muka marah ditunjukkan.

"Ok-ok ! Untuk kau,Mima." katanya kembali.

"Oh ya, aku nak tanya satu soalan." kataku dan memandangnya.

"Satu je eh! Jangan lebih," pesannya. Dia menanti soalan Sharmima.

"Kenapa panggil aku Mima? Kau orang pertama yang panggil aku Mima tau. Dari kecil sampai sekarang, orang panggil Sha atau nama penuh Sharmima," terangku.

"Tu je ke ? Ok jawapan aku ringkas. Sebab nama Mima tu cute bagi aku." jawab Mikael jujur. Dia menghadiahkan senyuman yang boleh membuatku cair.

"Ambillah aku bagi ni," katanya dan menghulurkan kepadaku. Aku melihat barang di dalam bungkusan itu.

Beg dan anak patung yang aku nak beli tadi ! Dan... Coklat ? Aku memandangnya dengan tanda tanya.

"Sebelum kau cakap, bagi aku cakap dulu. No questions ! Sebab aku bagi kau tanya satu soalan je tadi..." kata Mikael. Dia menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya.

"Aku beli semua barang yang kau nak beli. Sebab? Sebab aku nak hadiahkan ataupun belanjakan barang tu untuk kau, sebagai tanda minta maaf. Dari pertemuan pertama sampai sekarang, selalu bergaduh kan? Jadi aku minta maaf,ok? Ambillah hadiah ni," ucap Mikael panjang lebar. Dia merendahkan egonya dan memohon keampunan. Sharmima terharu.

"Baik, aku maafkan kau. Aku pun nak minta maaf dekat kau ! Mulut aku ni kekadang laser sikit ! Selalu buat andaian negatif dekat kau... Rupanya kau ni baik jugak," balasku serta Mikael memandangku.

"Aku jahat ke selama ni?" soal Mikael serius. Aku hanya mengangguk dan ketawa kecil melihat reaksi mukanya yang agak pelik. Tak dapat ditafsirkan. Kecewa? Marah? Atau lain-lain?

"Jadi kau terimalah kemaafan aku ni?" soal Mikael inginkan kepastian.

"Yupz! Tapi aku tak boleh terima hadiah kau," balas Sharmima selamba.

"Kenapa?" soal Mikael sepatah.

"Aku kira dalam RM 30 jugak semua sekali harga hadiah ni, jadi aku bayar eh?" balasku.

" Tak payah bayar ! Ambillah !" paksa Mikael kasar.

"Tak nak ! " Sharmima masih dengan kedegilannya.

"Ok, kalau kau tak nak tak apa..." balasnya dan membuat reaksi sedih.Kemudian tersenyum kembali. Macam tak betul pula.

"Aku nak post gambar ni dekat instagram aku ! " ugut Mikael. Dia menunjukkan gambar Sharmima tidur dalam perjalanan tadi.

"Hey! Main kasar nampak! Kau dah minta maaf tadi, nak cari gaduh balik?" soalku geram dengan sikapnya.

"Haah," jawapan yang ringkas itu membuatku berasa marah. Riak mukanya selamba sahaja.

"Yow! Aku tak fahamlah dengan kau orang ni ! Baik kau orang berdua berbaik balik ! Kalau tak aku post video kau orang gaduh-gaduh manja tadi kat instagram! Bagi hadiah bagai..." ugut Nisa pula.

"Gaduh-gaduh manja apa pulak !" bentak ku. Mikael pula memandang Nisa tanpa perasaan.

"Aku tak kisah pun," bohong Mikael. Padahal dia agak tergugat dengan ugutan Nisa.

Mereka berdua masih memandang Nisa yang sedang memegang telefon.

"Apa ? Kau tak kisah ! Aku kisahlah !," jeritku geram.Akhirnya,aku mengalah.

"Ok, kosong-kosong." kataku dan mengambil pemberiannya.

"Good girl," katanya dan senyum tanda menang.

"Padam gambar tu ! " paksaku dengan nada keras.

" Nak simpan, buat kenangan!" katanya dan tergelak kecil.Penat dia melayan karenah Mikael.

"Okay ! Kau nak simpan ? Aku rela. Tapi jangan tunjuk dekat member kau!" pesanku sambil menunjukkan segenggam penumbuk kepadanya. Dia tergelak sambil tangan membuat isyarat ok.

Aku kembali ke tempat duduk semula dan menikmati Pizza Hut yang dibeli tadi. Video yang dirakamkan oleh Nisa dimainkan. Aku seakan tidak percaya melihat situasiku bersama Mikael sebentar tadi. Macam pelik !

Kini semuanya sudah kembali baik. Segala kebencianku kepadanya, dibuang jauh-jauh.Kemaafan adalah yang terbaik daripada berdendam,bukan ?

~~~

Di rumah, aku berkongsi cerita-ceritaku semasa di Cameron Highlands. Ibu,adik dan abangku menjadi pendengar setia.

Aku teringat kembali semasa ibu melihat bungkusan hadiah pemberian Mikael.

"Sha belanjakan apa je dekat Cameron Highlands tu?" soal ibu mengubah topik perbualan setelah berborak soal kesihatan.

"Ni ha, banyak makanan dengan cenderahati yang Sha beli.." jawabku dan mengeluarkan semuanya dari beg kecil.

"Banyaknya... Yang dalam paper bag tu apa pulak?" soal ibuku lagi.

"Err.."

Abang Rul pantas mengambil beg kertas tersebut sebelum aku mengambilnya.

"Uuu.. Ada teddy bear ! Coklat ! Beg ! Pakwe bagi ehh?" duga Abang Rul. Sengaja ingin mengusik adiknya itu.

"Huh! Mana ada! Senior Mikael yang bagi!" jawabku terus terang.

"Ouh.. Mikael.. Abang kenal," kata abangku. Ya lah, dia kan bekas pelajar di sekolahku.

Ibu memandangku dengan penuh makna.

"Ibu... Mikael tu senior Sha, dia saja nak bagi... Bukan dia pakwe Sha lah... Sha pun tak inginlah nak bercinta... " terangku apabila melihat pandangan ibu.

"Ya, ibu tahulah perangai Sha macam mana... " kata ibu.

Setelah berkongsi pelbagai cerita, aku pun menuju ke bilik untuk istirehat.

Aku kembali ke alam nyata, setelah teringat peristiwa tadi. Iphone 5S aku diambil kemudian aplikasi whatapps dibuka.

Aku membaca mesej-mesej yang dihantar ke dalam group T.F.U.J.I💞 . Video yang dihantar oleh Nisa menjadi bahan bualan mereka.

"Nisa!!!!!!!" jeritku di dalam bilik. Lantas jari jemariku tanganku pantas menaip.

T.F.U.J.I💞

Nisa!!! Kenapa kau hantar video tu😫😤

Nisa

Hehehe... Sorry!

Wawa

Lek lah Sha... Kita orang je pun, yang tengok.. Bukan orang lain 😌

Eeii! Geramnya aku ! Kalau kau orang hantar video tu dekat orang lain, siaplah!

Kita berempat je ok !

Nisa
Kay😉 Aku tak hantar dekat orang lain. Tapi....

Ikin
Berbaik jugak kau orang😅 Kalau tak, bergaduh je ~~~

Mestilah berdamai, tak kan nak terus bermusuhan...

Tapi apa Nisa?

Wawa
Oh ya, lawak jugak cara kau dengan Senior K minta maaf 😆

Nisa
Hahaha... Lawak-lawak!

Ikin
😂😂😂

Lawak ke? Nanti aku tengok balik..

Nisa! Tapi apa????

Nisa
Tapi..abang aku dengan Senior K dah ada video tu 😅✌

What?! Macam mana boleh ada?

Ikin
Cer citer

Nisa
Masa aku tengah syok gelak-gelak tengok video .Abang aku,Muazzam tiba-tiba datang.. Lepastu dia tengoklah! Terkejut aku masa tu!

Lepas tu ?

Lepastu dia ambil handphone aku, hantar video tu dekat nombor dia! Dia pulak hantar video tu dekat Mikael.

Mikael seorang je kan?

Haah, sebab abang aku kata Mika tu marah kalau dia hantar kat group !

Ouh... Okay! Aku offline dulu..

Aplikasi Whatapps ditutup dan membuka aplikasi Instagram.

"Mikael follow aku ? Mana dia dapat username aku?" omelku sendirian. Tanpa berfikir panjang, aku followbacknya.

Aku melihat gambar terkini yang dihantarnya. Aku terkejut seketika.

"Dia hantar gambar aku dengan dia? Haih.. Dia ni kan!" omelku lagi.

Gambar

To @shxrmimx_
Forgive and Forget Kay ;) ?

Aku tersenyum.

Aku memang dah maafkan dan cuba melupakan... desis hati Sharmima.

Dia menutup aplikas Instagram dan menyimpan Iphone 5S nya itu. Badannya dibaringkan ke atas katil.

Ahmad Mikael. Namanya bermain di fikiranku.

"Betul lah, orang kata... Jangan menilai orang dari segi luaran! Nak kenal ? Kena mengenalinya sendiri, bukan daripada orang lain. Kau nampak je dingin tapi kau sebenarnya mempunyai hati yang lembut. Sanggup rendahkan ego untuk meohon kemaafan. Aku? Degil. Ya, sifat degil aku itu harus dibuang! Mulut laser ni pun satu! Haih..." omelku panjang. Sharmima mula melelapkan matanya.

Kini, ada hikmah disebalik semua perkara yang berlaku. Siapalah kita untuk mempertikaikannya? Kerna semua yang ditakdirkan oleh Allah itu baik-baik sahaja.
































TQ kpda smua yg sudi baca,komen & vote cerita kedua Mira ni ;) Mira hargai sangat2! A,SK! Dah tamat ? Belum lagi...  Teruskan vote & comment ya ❤

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 34.8K 79
"kau memang suka buat darah tinggi aku naik ehh?" - Leftenan Karl Syakirin. "Sebab hanya Tuan Karl yang selalu buat saya happy! " -Aluna Zinnirah. ...
824K 36.7K 42
Orang tua selalu kata, ada beberapa pantang antara lelaki dan perempuan. Antaranya, jangan gaduh kerap sangat. Nanti ketemu jodoh. Dan kata kata itu...
2.2M 62.2K 58
𝓼𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓸𝓯 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵 𝓪𝓷𝓭 𝓐𝓮𝓲𝓼𝔂𝓪 🌺 Aydan yang telah kematian kekasihnya kini dipaksa berkahwin dengan pilihan mummyny...
2M 79.8K 54
Irfan Hakimi. Seorang pensyarah muda yang paling terkenal di kampus atau erti kata lainnya Lecturer Paling 'Hot'. 'Hot' sangat ke? Eleh, semua tu tak...