Aduhai, Senior Kerek !

By MiraFifah_

151K 8.1K 484

Disebabkan kelancangan mulut Sharmima dalam berkata-kata , satu pergaduhan telah tercetus diantara dia dan se... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
EԹILOG
A,SK ! 2

BAB 9

7K 432 37
By MiraFifah_

Ahmad Mikael meraup wajahnya. Pelik melihat karenah Sharmima itu. Nasib baik dia tidak dimarahi oleh fasilitator.

Sharmima terdiam setelah dimarahi oleh Mikael beberapa minit yang lepas.Dia mengingati situasi yang berlaku sebentar tadi.

" Sha ! " jerit Kak Feya terkejut melihat reaksi Sharmima.

"Kenapa kau jerit tiba-tiba?" soal Mikael pula.

Nasib baik Sharmima tidak menjerit kuat, hanya menjerit kecil yang dapat didengari oleh ahli kumpulannya sahaja.

"Kak Feya! Sha takutlah aktiviti nightwalk!" terangku.Mataku mula berkaca.

"Ya Allah budak ni ! Oi Mima! Kalau kau takut sekali pun, tak perlulah jerit macam tu !" kata Mikael merengus geram.

Aku memeluk tubuh Kak Feya. Kak Feya membalas pelukanku dan menggenggam erat jari-jemariku.

"Sejuk sangat tangan Sha ni," komen Kak Feya.

"Ta..Takut.." balasku ringkas.

"Takut ke tak takut ke... Kau kena sertai aktiviti ni juga ! Jangan nak mengada !" kata Senior Kerek itu tegas.

"Aktiviti ni untuk mencabar keberanian kita, jadi Sha sertai lah. Dalam bangunan ni sahaja, bukan dekat luar." kata Senior Shakir tenang.

Aku tertunduk.

"Fasilitator je yang mengusik ! Bukan hantu betul pun !" tambah Mikael.

"Sila berbaris sekarang !" arah Abang Zack.

Para peserta mula membuat barisan bagi lelaki dan perempuan.Sharmima menjadi orang terakhir di barisan perempuan.Itu pilihannya.

Seorang demi seorang dilepaskan untuk menaiki tangga yang gelap gelita itu.Diingatkan supaya sentiasa berhati-hati.

Beberapa minit kemudian,tiba giliranku bagi pelajar yang terakhir untuk menaiki tangga.

Hanya tinggal aku dan Abang Zack di bawah.

"Hati-hati,ada yang memerhati..." usik Abang Zack.

Haih... Fasilitator ni memang tugas dia mengusik orang je masa aktiviti nightwalk !

Aku menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya.

Setapak demi setapak aku melangkah naik tangga menuju ke dewan aktiviti. Memang gelap. Di belakang dan dihadapanku tiada orang... Tapi mungkin ada hantu !

Argh Sha ! Stop it !

Agak menyeramkan tapi aku cuba membaca ayat-ayat penting di dalam hati.Lama-kelamaan perasaan takut itu semakin hilang.

Hmmm... Okay je ? Patutlah dia orang pesan jangan takut sangat !

Tiba di tingkat yang sepatutnya turut gelap.Aku berjalan menuju ke dewan aktiviti yang berada tidak jauh dari tempat sekarang ku berada ini. Pergerakan langkahku dipercepatkan.

Tiba-tiba aku melihat isyarat lampu di lif yang menunjukkan ada orang sedang naik ke tingkat ini.

Abang Zack atau orang luar ? Sempat pula aku ingin menduga.

Enam langkah lagi untuk aku sampai ke dewan itu.

Ting ! Bunyi lif terbuka.

Aku berhenti dan memberanikan diri untuk menoleh dan melihat siapakah gerangan orang yang berada di dalam lif itu.

Ternyata tiada.

"Argh !!!" jeritku dan berlari laju menuju ke dewan akviti tanpa menoleh ke belakang.

Aku tak pernah merasai situasi sebegini.Kau orang pernah?

Kebiasaanya ada orang yang ingin naik tetapi tiada. Di bawah tadi hanya ada aku dan Abang Zack. Mustahil Abang Zack ingin mempermainkanku ?

Di hadapan pintu dewan, pintu itu dibuka dari dalam.Aku terus memaut lengan manusia yang berada di hadapan pintu itu.

Aku tidak dapat berbicara dek kerana ketakutan.Mataku dipejam rapat.

"Apa pegang-pegang ni !" bentak lelaki itu marah.

"Hey ! Lepaslah,"marah lelaki itu tadi.

"Kau kenapa?" soal lelaki itu tegas.

Aku membuka mulut dan cuba untuk berbicara.

"H..Ha..Hantu !" kataku dan memaut lengannya dengan erat.

Lelaki itu cuba melihat keadaan sekeliling melalui sedikit cahaya dari tingkap.

"Mana ada! Nama kau siapa?" soal lelaki itu dalam gelap.

"Sharmima,"jawabnya ringkas.

"Huh,kau rupanya budak nerd ?" balas Mikael.

Sharmima yang mendengar nama panggilan itu, terus melepaskan pegangan tangannya pada lengan Mikael itu tadi.Namun perasaan takut masih menyelubungi dirinya.

"Pengecut," kutuk Mikael dan ingin memasuki dewan semula.

Aku memukul belakang badannya.

"Argh! Sakitlah! Kasarnya kau ni! Apahal ?" soal Mikael.

"Aku takut," jawabku ringkas.

"Dah tu, apa kena mengena dengan aku ?" soalnya sinis.

"Aku tak nak masuk dewan ni," balasku.

Kedengaran bunyi orang menggilai, orang menjerit ketakutan serta muzik latar yang meremangkan bulu roma.

"Kalau kau tak nak masuk, 'hantu' kau jumpa tadi tu muncul depan kau jangan salahkan aku." katanya selamba.

Dia tidak berfikir panjang dan terus mengikuti Mikael masuk ke dalam dewan.

Mikael berhenti di pertengahan dewan,aku juga turut berhenti. Dia mengarahkan aku duduk di atas kerusi yang ada.

Aku enggan.

"Kau duduk je lah," paksanya.

Aku mengalah dan duduk di atas kerusi.Aku tidak tahu dimana Mikael berada sekarang.Tiba-tiba aku terasa seperti ada satu suara halus yang menyapa di telingaku.

"Sharmima..."panggil suara itu.

"Sharmima..." panggil suara itu lagi.

Aku cuba mengendahkannya, tetapi tidak boleh.Kata-kata Mikael menerjah di kotak fikiranku.

"Fasilitator je yang mengusik ! Bukan hantu betul pun !"

Aku dengan beraninya mengangkat tangan dan memukul siapa yang menyeru namaku itu.

Pap! Pap! Pap!

"Sakitlah bodoh!" suara itu mencarut.

Aku yang mendengar suara itu terkejut.

Lah dia ke ? Kan dah kena 'bodoh' dengan dia ! Apa pun padan muka dia! Usik aku lagi ! Itu padahnya!

Muzik latar orang menggilai semakin kuat.Aku menekup mukaku dek kerana ketakutan.

Aktiviti itu pun berterusan sehingga larut malam

~~~

Jam menunjukkan pukul 12.40 pagi. Aktiviti yang dijalankan sebentar tadi sudah pun berakhir. Semua peserta sudah mula masuk ke dalam bilik masing-masing.

"Huargh !!! Ngantuknya !". Nisa menguap.

"Siapa nak masuk bilik air dulu, masuklah cepat. Sebab kalau aku masuk, lambat aku keluar nanti." kata Wawa.

Mereka mula bersilih ganti memasuki bilik air.

Aku mula membaringkan badan ke atas katil dan cuba melelapkan mata.

"Haah,kan. Tu lah aku pun rasa hari ahad nanti, cikgu bawa jalan-jalan dekat sekitar Cameron Highlands ni." kata Nisa.

"Kau rasa, kita pergi tak ladang strawberi ? " soal Ikin.

" Aku rasa pergi kut. Entahlah, mungkin..." kata-kata Wawa terhenti di saat Sharmima menegur mereka.

"Weyh ! Aku mengantuk lah ! Boleh tak kau orang perlahankan sikit suara tu ? Tak pun, kau orang boleh tak tidur sekarang ? Dah pukul 1.05 pagi tahu tak ? Nina dengan Atikah tu kan tengah tidur, senyap lah sikit." tegur Sharmima geram dengan mereka.

"Awal lagi lah," balas Nisa selamba.

Baru pukul 1.00 pagi ... Aku biasa tidur pukul 2 .00 atau 3.00 pagi tau !

"What ?! Awal lagi kau kata ? Kau tahu tak, esok kan ada aktiviti awal pagi. Lepastu dah lah kena bangun awal, kalau tidur lambat...." Sharmima tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana percakapannya dicantas oleh Ikin.

"Ok-ok ! Fine ! Kita orang tidur sekarang ya, Cikgu Sharmima." kata Ikin pantas. Tidak tahan mendengar celoteh Sharmima.

Nisa mula bangun dan menutup suis lampu.

"Oi ! " Sharmima terjerit kecil.

Nisa membuka kembali suis lampu.

"Kenapa Sha? " soal Nisa pelik.

"Errr... Jangan tutup semua lampu, takutlah gelap. " kata Sharmima dan menunduk malu.

"Oopps lupa ! Hahaha.. Kau kan penakut," balas Nisa dan tergelak kecil. Wawa dan Ikin turut tergelak.

"Jahatlah!" kata Sharmima kepada mereka.Dia seakan berkecil hati.

"Sorry lah ! Aku saja je tadi," kata Nisa memohon maaf.Wawa dan Ikin turut memohon maaf.

"Janganlah marah ! Merajuk ke ?" soal Wawa pula.

"Tak kuasa aku nak merajuk dengan kau orang ! Dah lah, buka lampu tidur cepat." arah Sharmima.

Nisa menekan dua suis lampu tidur yang ada, dan menutup lampu-lampu yang lain.

Mereka semua sudah bersedia untuk melelapkan mata. Sharmima sudah mula berselubung dengan selimutnya. Tiba-tiba ada sedikit gangguan. Kedengaran pintu bilik mereka diketuk.

Tuk ! Tuk ! Tuk !

"Wa,kau dengar tak?" soal Ikin inginkan kepastian.

"Dengar," jawab Wawa ringkas.

"Siapa ketuk pintu?" soal Nisa .

"Kau fikir aku tahu? Cikgu kut," duga Ikin.

"Kita bising sangat kut, sebab tu cikgu ketuk." kata Wawa pula.Dia berfikiran positif.

"Hey ! Tak tidur lagi ke ?" soal Sharmima lalu menoleh ke katil yang kawannya berada.

"Kau tak dengar ke ?" soal Nisa.

"Dengar apa? Aku dah nak terlelap tadi," kata Sharmima pelik.

"Ada orang ketuk pintu tadi," jawab Wawa.

Nisa mencapai tudung lalu bangun dan turun dari katil. Dia berjalan menuju ke pintu.

"Kau nak buat apa? " soal Sharmima pula.

Nisa hanya memekakkan telinga dan dengan beraninya memulas tombol pintu itu. Kepala menjenguk keluar pintu. Dipandang laluan di luar bilik.

Kosong.

Tiada orang. Malah,semua pintu bilik ditutup. Dia menutup kembali pintu bilik. Perasaan takut mula dirasainya. Semua mata kawannya kini tertumpu kepadanya.

"Sekarang pukul berapa?" soal Nisa.

Sharmima dengan pantas melihat jam tangannya.

"1.18 pagi," jawab Sharmima.

Nisa berlari dan melompat ke atas katil.

"Kenapa?" soal Sharmima.

Mereka menunggu jawapan Nisa.

"Weyh! Tak ada orang tadi ! Sunyi je !" jawab Nisa pantas.

"Arrgh ! " jerit Sharmima ketakutan.

Mereka berempat mula berselubung di dalam selimut masing-masing.Harap malam ini tidur mereka tenang.

Continue Reading

You'll Also Like

40K 2.4K 53
UNGKU AQIEL ZAFRAN S1 AZIELAH FISYA- Setelah pemergian dua ibu bapa azielah dia tinggal bersama ibu saudaranya. Kehidupannya tidaklah seindah disangk...
6.7K 330 60
Sipnosis:Ti Amo Mr Blind Mafia "Bodoh!!!!!Baik aku jual kau kat bapak ayam jer!Hidup suka menyusahkan orang!!" Dicaci dan dihina seolah tiada beza an...
7.6K 1K 44
Closed for any request.
39.8K 613 8
"Maaf terpaksa tinggalkan kau pada malam pertama kita. Kerana sumpah setiaku pada negara, memerlukan aku tika ini. I will back, in one week." - Kapte...