Avril Lavigne-When you'r gone
Calling me yours is all I want
Disebabkan aku dan Mikael terlalu lama di dalam bilik,Mikael memberitahuku bahawa dia ingin keluar untuk menjumpai kedua ibu bapanya dan doktor.Tidak manis kami berlama di sini sedangkan di luar masih ada tetamu.Tidak sempat aku ingin mengikutinya,Mikael memberhentikan langkahku.
"Sara duduk sini je."
"Apasal pulak?"
"Kalau camtu,Sara nak dengar apa doktor tu cakap?"
Aku terdiam.Melihat reaksiku,Mikael tersenyum.
"Duduk je sini."
"Tak..Tak apa.Sara kena dengar jugak."Kataku dengan nada tidak pasti.
Mikael menolak bahuku lembut sehingga aku terduduk di atas katil.
"Sayang,jangan paksa diri."
Ujarnya buat kali terakhir sebelum keluar daripada bilik meninggalkan aku seorang diri.Aku melepaskan keluhan panjang.Kenapalah aku macam ni? Aku hanya senyap duduk di birai katil dengan fikiran menerawang.Fikir kembali kenapa aku cuma tak boleh berani untuk berdepan dengan doktor dan dengar berita yang ingin disampaikan.Pintu yang terkuak membuatkan lamunanku terputus.Mikael masuk dahulu sebelum muncul wajah puan Lea yang bercahaya.Pak cik Syam dibelakangnya.
"Ya Allah Sara.Kamu mengandung!" Senyuman lebar terukir di bibir ibu mertuaku.
Oh!nampaknya Mikael sudah memberitahu mereka berdua.Aku bangun dan mendekati mereka.
"Haah,Sara pun baru dapat tahu tadi."Aku tersenyum kecil.
"Alhamdulillah! Kita akan ada cucu Lea."Nada pak cik Syam juga kelihatan teruja.
Dia menepuk-nepuk bahu Mikael dengan bangga sementara Mikael hanya tergelak kecil.Puan Lea terjerit kecil sebelum memeluk tubuhku erat membuatkan aku rasa gembira.
"I'm so excited! Kakak kamu dah tahu?"Soalnya laju.
"Ermm,belum lagi."
"Allah,kita kena beritahu dia! Apa kata,Sara ajak kakak kamu datang sini petang ni.Kita makan-makan dan celebrate.Tak apa,tak apa.Biar mummy yang masakkan."Seloroh puan Lea sebelum mencubit pipiku dengan senyuman panjang.Pantas sahaja dia keluar daripada bilik.
Pak cik Syam tergelak melihat kelakuan isterinya.
"Excited betul ibu kamu Mikael.Dia betul-betul gembira tu,dah lama dia bising dengan abah pasal nak cucu.Akhirnya,datang jugak hari tu."Pak cik Syam memegang bahu Mikael erat.
"Rezeki ayah,rezeki."Balas Mikael bersama riak yang tenang.Namun masih terpamer cahaya kegembiraan di segenap wajahnya.
"Mulai sekarang,kamu berdua dah tak boleh main-main dah.Nanti nak jadi ibu bapa,kena fikir betul-betul tentang masa hadapan.Jadi bapa yang bertanggungjawab Mikael,Sara pun sama."Pak cik Syam melihat kami berdua sambil menghulurkan nasihat.
Mikael mencapai tanganku dan mengenggamnya erat.
"Of course,ayah."
Pak cik Syam mengangguk-anggukkan kepalanya dengan puas hati sebelum meminta diri untuk keluar daripada bilik kami.Dia menutup pintu dengan rapat.Aku mengusap-usap perutku yang masih rata dengan perasaan tidak percaya.Kemudian aku memandang Mikael.
"Macam mana ni bang? Sara..Sara tak sangka akan jadi ibu.Tak percayanya Sara tengah mengandungkan anak kita sekarang.Ini kali pertama Sara rasa gembira dan takut pada waktu yang sama."Luahku dengan hati berdebar.
Ada makhluk lain di dalam perut aku sekarang.Dan makhluk itu adalah anak kami berdua.Wow.
Mikael memegang kedua-dua belah bahuku dengan erat.Wajah kami dirapatkan sebelum dia tersenyum lebar.
"Are you crazy?! Abang pun tak pernah sangka akan jadi ayah dalam hidup abang.Susah abang nak terima semua ni,tapi yang paling penting sekarang.Abang gembira.Yes,I'm totally happy my child is in you."
Aku merenung wajah Mikael yang pucat sebelum menyentuhnya.Mendengar itu aku tersengih panjang.Mikael mencium dahiku lama dan aku menutup mata apabila merasai kehangatan yang mengalir daripadanya.Mataku dibuka kembali dan sudah melihat anak mata Mikael.
"Jom,kita keluar.Abang akan telefon akak,Sara boleh tolong ibu dekat dapur."
Aku menganggukkan kepala dengan laju.Saat kami berdua keluar daripada bilik,baru aku sedar bahawa doktor tua yang datang tadi sudah balik.Hatiku teralih kembali kepada persoalan keadaan Mikael yang sebenarnya.
Petang itu,rumahku riuh rendah sekali.Benda pertama sekali yang akak buat selepas mendapat panggilan daripada Mikael dan terus pecut datang ke rumahku,akak memelukku dengan gembira.Yang kelakarnya dia terus peluk aku tanpa tanggalkan kasut sewaktu masuk ke dalam rumah.Nampaknya akak betul-betul terkejut apabila mendapat tahu bahawa adik tunggalnya mengandung.Memikirkan itu aku hanya tergelak kecil.Aku dan puan Lea menyediakan makanan di atas meja lalu menjemput mereka semua makan.Petang itu,kami bukan sahaja meraikan tentang kandungan di dalam perutku,malah kami meraikan juga kemenangan Mikael yang mendapat tempat kedua dalam pertandingan Luxembourg Art Prize.Walaupun perasaan gusar dan takut tentang Mikael masih ada,namun sebahagiannya terus hilang apabila meluangkan masa dengan keluargaku.Hari yang hampir menakutkan bagiku,bertukar menjadi mesra.Begitu cepat sesuatu keadaan berubah.
Matahari ingin tenggelam dan petang semakin lewat,kedua-dua ibu bapa mertuaku ingin beransur pulang memandangkan sejak akhir ini ayah mertuaku suka menunaikan solat di masjid berdekatan rumah mereka.Puan Lea memelukku sekali lagi di muka pintu.
"Nanti esok Sara datang rumah mummy ye,mummy nak bagi petua-petua bagus untuk orang mengandung.Sara kena tahu semua ni.Penting tau!"
Aku ketawa kecil dengan keprihatinan yang ter-lebih diberikan oleh puan Lea.
"Ok mummy.Esok lepas kerja nanti Sara datang rumah mummy."
"Jangan risau,Mikael akan drive Sara ke sana nanti."Celah Mikael.
"Good! Nanti mummy tunggu tau.Assalammualaikum."
"Waalaikummussalam."
Kami jawab serentak.Kemudian aku beralih pula kepada akak sementara kelibat Mikael sudah hilang ke dapur.
"Rezeki kau dik dapat anak.Iee,tak sangkanya aku adik aku dapat anak dulu daripada aku."Rungut kakakku sendirian.
Aku tersengih.
"Itulah! Lambat sangat nak kahwin dengan abang Faizul."
Akak mencebik.
"Alah,tak adalah lambat sangat.Lagi beberapa bulan nanti akak dengan dia pun nak bertunang."Kakakku tidak mengalah.
"Jaga baik-baik kandungan tu,kau jangan lasak-lasak sangat! Nanti akak panjangkan sikit rehat kau dekat florist."
"Eh,betul ek!Akak jangan tipu.Kalau Sara tidur terlebih masa nanti akak jangan bising."
"Iyelah! Akak panjangkan sikit waktu rehat kau.Akak bukan risaukan kau,akak risaukan anak buah akak nanti."
Cis.
"Amboi kak,belum lahir lagi akak dah manjakan anak buah akak ek."
"Of course! Anak buah akak yang pertama kut.Oklah,dah nak maghrib.Jaga diri dik,akak balik dulu."
"Akak pun sama."
Aku dan akak berpelukan seketika sebelum aku melambaikan tangan melihat kereta akak yang keluar daripada perkarangan rumahku.Tutup sahaja pintu,aku menyertai Mikael yang mengemas dapur.
Malam itu,selepas menunaikan solat isyak berjemaah bersama Mikael.Kami berdua bersantai di ruang depan dengan televisyen yang terbuka.Awal-awal lagi Mikael sudah mengeluarkan CD The Truman Show di hadapan mataku dengan senyuman.
"Alaa..Apasal nak bukak cerita Inggeris lama."Rungutku ketika melabuhkan punggung di atas sofa.
"Cerita ni menarik.Sayang akan suka."
Kata Mikael tanpa mengendahkanku dan terus masukkan CD itu ke dalam DVD.Dia duduk disebelahku dan memeluk bahuku dengan selamba.
"Cerita ni pasal apa? Mesti bosankan."
Mikael tergelak kecil.
"Sayang akan menangis dengan ending dia.Trust me."
Aku hanya merengus dan melentokkan kepalaku di bahu Mikael.Kami melayan cerita itu dengan khusyuk.Selepas beberapa puluh minit berlalu dan cerita itu semakin dekat pada pengakhirannya.Kata-kata Mikael menjadi kenyataan.Aku tahan menangis sewaktu melihat karakter Truman yang akhirnya telah menjumpai pintu studio dan membukanya.Dia tersenyum lebar kearah kamera sebelum keluar daripada pintu studio yang kelihatan seperti langit.
"Tak guna..."
Bisikku sendirian sambil mengelap air mataku kasar.Mikael sudah tergelak apabila melihat air mataku yang tak boleh berhenti mengalir.
"Kan abang dah kata Sara akan menangis.Itulah,berlagak."
"Senyaplah.Mana tak sedih! Selama ni hidup Truman adalah penipuan.Rumah dengan dunia yang dia kenal selama ni hanyalah studio Hollywwod!"
Aku terus mengambil tisu dan menghembuskan hidung.
"Yang paling menyakitkan sekali ibu bapa,isteri dan kawan dia selama ni adalah pelakon je.Hidup Truman hanyalah khas untuk tontonan di televisyen.It's all fake and suck.Truman macam ikan yang hidup dalam balang,tak tahu dunia luar."Sambung Mikael dan mengelap kesan air mataku di pipi.
"Well,sekurang-kurangnya ending dia ok.Walaupun agak sedih sebab akhirnya Truman baru tahu dunia luar selepas apa yang terjadi." Kataku lagi.
"I know right."
Aku meyandarkan belakangku ke dada Mikael dan menukar kepada siaran televisyen.Mikael memeluk badanku daripada belakang seperti biasa.
"Tunggu sekejap,kalau abang menang dalam pertandingan tu.Maksudnya abang kena pergi Paris lah untuk tuntut hadiah.Kan?" Laju aku menoleh untuk melihatnya.
"Jangan risau.Abang akan hantar wakil untuk pergi sana."
Katanya membuatkan aku lega.Keadaan dia masih lemah,tak mungkin Mikael ada kudrat untuk pergi ke luar negara.Mikael meletakkan dagunya di bahuku dengan malas.Secara tiba aku terasa usapan daripada jari Mikael di perutku.
"Sara rasa anak kita lelaki ke perempuan?"
Aku tergelak.
"Abang ni! Baru dapat tahu hari ni dah fikir pasal tu."
"Abang serius ni."
Aku berfikir sejenak sebelum meletakkan tanganku di atas tangan Mikael.
"Tak tahulah.Sara betul-betul tak tahu.Kenapa? Abang dah fikir nama ke?"
Mikael tersengih panjang membuatkan mataku membulat.Seriuslah Mikael dah fikir nama?!
"Awal lagilah bang nak fikir nama!"Aku masih tidak percaya.
"What can I say,abang betul-betul teruja.Apa kata macam ni,kalau lelaki Sara boleh fikirkan nama dia.Andai kata perempuan abang yang akan pilihkan nama."
Aku memberikan pandangan curiga.
"Kalau perempuan abang nak bagi dia nama apa?"
Mikael merenung perutku dengan lama.
"Nur Fiza.Sayang rasa ok?"
Soalnya membuatkan aku terpegun.Fiza? Nama arwah adik Mikael.Mataku tidak berkedip memandang wajah Mikael yang masih tekun melihat perutku.Usapan tangannya tidak diberhentikan.
"Boleh je."
Ucapku membuatkan Mikael tersenyum lebar.Mungkin tidak sangka yang aku akan bersetuju.Secara tiba,satu perkara menerjah dalam kepalaku.Aku tahu aku tidak boleh jadi pengecut,lama-kelamaan aku kena hadapi juga situasi ini.Namun,separuh hatiku masih ragu-ragu.
"Abang,apa yang doktor cakap tadi?"
Kataku serius dan menatap matanya dalam-dalam.Dia terkejut dengan persoalanku.Keadaan senyap seketika sebelum Mikael melepaskan keluhan panjang.
"Sara tak perlu tahu."
"Sara kena tahu bang."Tekanku.
Mikael berkerut melihat wajahku.Pasti dia bingung macam mana aku boleh berubah secara tiba.Tidak sempat dia ingin membuka mulut,Mikael batuk dengan kuat.Batukannya semakin teruk sehingga badannya dibongkokkan.
"Abang ok?!"Aku sudah cemas dan memegang bahunya.
Mikael menganggukkan kepala walaupun riaknya kelihatan menahan sakit.Geram aku melihatnya!Dia tak ok langsung di mataku! Mataku membulat apabila terlihat darah yang mula mengalir di sebalik jarinya yang menutup mulut.
"Jom,Sara tolong-!"
Tidak sempat aku ingin menolong,Mikael terus bangkit dan menuju ke tandas lalu menutup pintu.Batukan kuatnya masih dapat didengari daripada dalam.Aku menggigit bibir tanda risau dan kaku di tengah-tengah ruang depan.Dia selalu begitu.Dia selalu halang aku untuk melihat situasi lemahnya.
Mikael tak pernah bagi aku melihat dia batuk darah dengan teruk.Kalau dia batuk sahaja dia akan terus masuk ke dalam tandas.Aku tak bodoh,aku tahu batukannya amat menyakitkan.Kadang-kala Mikael terperuk di dalam tandas hampir setengah jam,semata-mata untuk meredakan batuknya.Aku mundar-mandir dihadapan pintu dengan rimas.Selepas beberapa minit pintu terbuka dan Mikael keluar dengan wajah yang letih.Bibirnya nampak pucat dan dahinya berpeluh.
"Kenapa tak nak Sara tolong!"Marahku dan mendekatinya.Aku mengelap peluh di dahinya dengan lembut.
Mikael tersenyum lemah sebelum memegang tanganku yang berada di dahinya.Dia membawa tanganku ke pipinya sebelum menutup mata.
"Abang tak nak Sara risau."
Aku terkedu.Hanya merenung Mikael dan tidak tahu untuk katakan apa lagi.Terlalu terlambat untuk Mikael katakan ayat itu kepadaku.
******************************
2 Bulan Kemudian...
"Sara,bangun sayang."
Aku terdengar suara halus Mikael sebelum membuka mata perlahan-lahan.Wajah Mikael yang rapat sudah terhidang di mataku.Aku menutup mata kembali dan memeluk leher Mikael erat sebelum menyembamkan wajahnya di leherku.Sejak mengandung,tabiat itulah yang aku akan buat apabila Mikael mengejutkanku untuk bangun pagi.Tabiat yang perlu aku lakukan untuk tahu Mikael ada di sisiku bila aku bangun dan buka mata.Lama kami berkeadaan begitu dan mataku masih berat untuk dibuka.Mikael mencium leherku sebelum beralih ke pipi kemudian bersuara.
"Sayang kena bangun.Kata banyak kerja hari ni."Bisiknya halus di telingaku.
"Malaslah.Badan rasa berat dengan penat."
Dan aku tidak menipu.Bila mengandung badanku selalu rasa lenguh.
"Baru bangun tidur dah penat?"Sindirnya dengan tawa halus.
"Nak tidur."
Degilku dan mengeratkan lagi pelukan tangan di leher Mikael.Mikael melepaskan keluhan berat sebelum tangannya menjalar di bawah kakiku dan dengan senang mencepung tubuhku daripada katil.Mataku sudah terbuka kerana terkejut.
"Eh,apasal angkat Sara ni?!"
Pelikku namun Mikael hanya buat bodoh.Dia berhenti di hadapan pintu tandas dan menurunkan tubuhku perlahan-lahan.Mikael membuka pintu tandas sebelum memandangku kembali.
"Sara kena cepat siap.Sekejap lagi kak Sumayyah dengan Hasnul nak datang."
Beritahu Mikael.Memandangkan fizikal Mikael terlalu lemah,dia tidak mampu untuk selalu pergi ke Art Institute.Jadi disebabkan itulah,setiausaha Mikael iaitu kak Sumayyah dan Hasnul sering datang ke rumah kami untuk melakukan kerja bersama Mikael.Mereka melapor dan menghantar dokumen-dokumen yang penting kepada suamiku.Kadang-kadang,hampir seminggu mereka bertandang di rumahku untuk berbincang bersama Mikael.Ini semua gara-gara projek Mikael yang harus dilaksanakan cepat.Aku hanya memuncungkan bibir mendengarnya.
"Awal ke diorang datang hari ni? Malaslah nak bersiap."
"Iya diorang akan datang awal.Mandi Sara!Ke..Nak abang yang mandikan."
Dia tersenyum nakal dan laju tangannya membuka butang di pijamaku.Pantas sahaja aku menepis tangannya.
"Tak payah ngada-ngada! Sara boleh mandi sendirilah."
"Rugilah abang."
Mikael menayangkan muka sedih membuatkan aku ketawa.
"Ataupun,Sara bukak pintu masa man-."
"Gatal!"
Jeritku lalu menghempas pintu tandas.Dapat aku dengar sisa gelakan Mikael di luar.
Keluar daripada tandas dan bersiap sedia sahaja untuk ke kerja,aku turun melalui tangga dan sudah melihat Mikael bersama kak Sumayyah dan Hasnul berbincang seperti biasa di ruang tamu.Melihat aku yang turun dan menuju ke pintu utama,Mikael bangkit daripada sofa lalu mendekatiku.
"Nak pergi kerja?"Soalnya.
"Yup."
Balasku dan memakai sandal.Aku melihat Mikael dan menyalam tangannya seperti biasa.Saat bibir Mikael ingin menyentuh bibirku,laju aku menghalang.
"Ada Hasnul dengan kak Sumayyahlah!"Bisikku dengan malu.
"I don't care.Lagipun mereka berdua tengah sibuk berbincang."
Selambanya dan terus mencium bibirku.Kemudian dia tersenyum senget membuatkan pipiku merah.
"Jangan panjat tempat tinggi ok.Abang tak benarkan."
Arahnya dan memegang perutku lembut.Aku tahu dia risaukan tentang kandunganku.
"Ok."Sengihku.
"Balik kerja nanti nak abang ambil?"
"Tak payahlah! Abang tak sihat lagikan.Tak perlu,tak perlu."Bantahku.
Mikael menggaru-garu rambutnya yang tidak gatal dan menganggukkan kepala.Tanpa membuang masa aku terus masuk ke dalam kereta sebelum keretaku keluar daripada perkarangan.Walaupun keretaku semakin menjauh daripada rumah,aku masih dapat menangkap kelibat Mikael yang menyandarkan tubuhnya di pagar sambil menyilangkan tangan memerhatikan daripada jauh.Setiap pagi dia buat begitu.Dan setiap pagi juga aku tersenyum apabila melihatnya.
Di Poppy Petal Florist,seorang pelanggan datang ke kedaiku untuk order tempahan bunga.Pelanggan itu merupakan seorang wanita yang berukuran 30-an.Dia ingin menempah bunga untuk majlis anak saudaranya sabtu ini.Selesai bincang di kaunter tentang bunga yang diinginkannya,wanita itu menarik tas tangannya dan sudah bersedia untuk keluar.
"Anak pertama ke?"
Soalnya secara tiba membuatkan aku terkejut.Dia tersenyum sebelum menjuihkan bibirnya kearah perutku yang semakin kelihatan bentuk.
"Haah.Anak pertama saya."Balasku dengan malu-malu.
"Saya dah agak.Sebab awak nampak muda.Good luck being a mommy.Thank you,saya gerak dulu."
Pamitnya dengan mesra dan terus bergerak ke pintu untuk keluar.Tidak sangka aku ada orang yang memujiku hari ni.Tidak mahu berfikir panjang tentangnya,aku mengemas kembali kaunterku yang bersepah dengan kertas.Akak keluar daripada pejabat lalu mengeliat panjang.Dia berdiri di hadapanku dan meletakkan tangan diatas kaunter.Sempat dia menguap kecil.
"Apahal nampak penat sangat ni?"
Tanyaku dengan pelik.Tanganku masih tak berhenti mengemas kertas sebelum meletakkan timbunan kertas itu di bawah kaunter.
"Kau punya pasallah! Telefon pejabat tak berhenti berdering tahu tak."
"Apahal pulak?"
"Sejak berita kau dengan Mikael tu viral.Banyak betul orang telefon untuk buat tempahan bunga.Pening kepala akak nak jawab satu persatu panggilan.Erggh."
"Oklah tu.Untung kedai kita."
"Masalahnya,pekerja dekat kedai ni kita berdua je.Tempahan bunga makin banyak,kau pulak tak boleh handle semua sebab tengah mengandung.Takut tak dapat manage semua tempahan nanti.Akak pening kepala sebab fikirkan benda alah tu ler."
Aku menganggukkan kepala tanda faham masalah yang sedang akak bicarakan.
"Sara cadangkan,kita ambil seorang pekerja.Ok?"
"Pekerja untuk tolong Sara gubah bunga?"
"Yes.Kalau kita dah pilih orang yang sesuai.Sara ajarlah dia macam mana nak gubah bunga.Kurang sikit beban kita berdua.Lagipun lepas Sara bersalin nanti takkanlah akak nak jaga kedai ni seorang diri.Mustahil punyalah!"
"Tapi akak risau tentang bajet dik kalau nak ambil pekerja."
"Bajet kedai kita setakat ni ok kak.Perniagaan kitakan stabil sekarang.Inshaallah boleh bayar gaji pekerja."
Akak mengetuk-ngetuk jarinya di dagu.
"Betul jugak.Akak lupa fikirkan tentang hal tu.Ok,ok.Nanti akak buat memo dekat depan kedai kita."
"Ha,satu masalah selesai.Alhamdulillah!"
Akak tersenyum puas sebelum dia memetik jari apabila teringatkan sesuatu.
"Eh,nanti kau teman akak pergi mall! Akak nak beli bajulah nak jumpa mak dengan ayah abang Faizul."
Aku mencebik.
"Bukan akak dah jumpa diorang banyak kali ke?"
"Alah,bisinglah kau ni.Apa salahnya bergaya lain sikit depan bakal mak dan ayah mertua akak."Dia tersenyum mereng.
Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala.
"Iyelah."
Secara tiba telefon bimbitku bergetar.Aku mencapai dan baca mesej yang baru masuk.
Pukul 12 abang ambil dekat florist
-Hubby
Apa?! Laju mataku mengerling kearah jam dinding.Sudah hampir pukul 12! Apasal dia nak ambil aku pulak?
Sara kerjalah!
-Sara
Otw
-Hubby
Arggh! Dia inikan! Bukan sepatutnya Mikael rehat dekat rumah ke hari ni?
"Siapa yang hantar mesej?"Soal akak apabila melihat reaksiku tadi.
"Mikael.Dia kata dia nak ambil Sara kejap lagi.Sara kata tengah sibuk dia buat 'dunno' je! Geram." Gerutuku dan memasukkan kembali telefon bimbit ke dalam poket apron.
"Dia nak keluar dengan Sara lah tu."Balas akak bosan.
"Keluar apa bendanya.Sara tengah sibuk kerja hari ni!Dia pun sama."Bingungku tak faham dengan perbuatan Mikael.
"Korangkan memang pasangan pelik.Manalah akak tahu perangai suami kau tu.Kalau camtu,lain kalilah kau teman akak pergi mall,ok?"
"Hehe,sorry ye kak."
"Nahh,tak apa.Lagipun Mikael tu suami Sara.Nasib baik hari ni tak sibuk sangat."
Aku hanya melepaskan keluhan panjang.Pening kepala dengan perangai Mikael yang tak berubah,pandai-pandai dia je buat keputusan!
Pukul 12.05 minit petang,pintu kedai terbuka dan Mikael masuk dengan selamba.Baju T-shirt hitam berlengan panjang membaluti tubuhnya dan Mikael memakai seluar jeans berwarna biru.Dia tersenyum dan mendekati kaunter.Sementara aku pula sudah menyilangkan tangan dan menjongketkan satu kening.
"Kenapa tiba-tiba nak ajak Sara keluar ni? Bukan abang ada kerja dekat rumah ke,dengan kak Sumayyah dan Hasnul."
"Tak bagi salam?"
"Haiish.Sorry,sorry.Assalammualaikum."
"Waalaikummussalam.Ha,pandai pun bagi salam.Ingat tak reti."Sindirnya.
Aku mencebik.
"Kerja abang siap awal hari ni,diorang berdua dah balik.Dan abang bosan duduk rumah seorang diri."
"Jadi abang decide nak kacau Sara buat kerja?"
"Exactly."
Aku dah agak!
"Abang ni! Lain hari kita keluar boleh tak? Walaupun akak bagi Sara habis kerja awal hari ni,Sara tak nak susahkan akak buat kerja."Pintaku seboleh mungkin.
"Ha,oklah tu akak bagi sayang habis kerja awal hari ni.Jom!"
Cis,ayat' habis kerja awal' je yang didengari oleh mamat ni.
"Nak pergi mana sebenarnya ni?!"Rimasku.
"Abang nak ajak Sara pergi galeri Mystere Bleu,ada klien yang nak jumpa abang dekat sana.Isteri klien abang tu nak jumpa Sara."
Katanya dan terus menarik tanganku untuk keluar daripada kedai.Nasib baik aku sempat mencapai beg dan menapak keluar bersama Mikael.
"Apasal nak jumpa Sara pulak?"
"I don't know.Klien abang tu cuma cakap yang isteri dia teringin nak tengok Sara.Mungkin saja nak berkenalan kut."
Kami berhenti di hadapan pintu dan Mikael membuka pintu kereta untukku.
"Issh,Sara takutlah!Kenapa tiba-tiba je nak jumpa Sara,sedangkan dia tak kenal Sara langsung."
Mikael tergelak.
"Buat apa nak takut,ini semua perkara biasalah sayang.Sekarang masuk."Kata Mikael dan mengarahkan aku masuk ke dalam perut kereta.
Aku masih memandang Mikael dengan tidak puas hati.
"Jadi abang ajak Sara keluar hari ni sebab kerja abang je?"
"Bukan Sara.Kebetulan klien abang nak jumpa abang hari ni.Abang baru dapat mesej tu bila nak keluar rumah tadi."
"Iyelah tu!"
"Suit yourself.Tapi lepas jumpa klien abang,kita boleh dating."
Dia tersengih panjang membuatkan aku tergelak kecil.
"Suka hati abanglah.Malas Sara nak layan."
Balasku dan terus masuk ke dalam kereta.Terlalu malas untuk melayan karenah Mikael,ikutkan jelah apa mamat ni nak buat.Kereta Mikael terus meluncur di atas jalan raya menuju ke Mystere Bleu.
Tiba di Mystere Bleu,kedatangan kami sudah disambut oleh dua orang pekerja di sana yang memakai sut.Aku sudah kekok manakala riak Mikael berubah serius.Tangannya memegang belakangku apabila dia dapat kesan bahawa aku agak berasa tidak selesa dengan mereka berdua.Selesai bersalaman dan menukar kata,mereka berdua membawa aku dan Mikael ke dalam galeri Mystere Bleu.Di dalam,sepasang suami isteri menunggu kami di pintu galeri dengan senyuman lebar.
"So glad you could come! I'm sorry for bothering you."
Ujar lelaki tua yang kelihatan agak besar dan memakai sut dengan riak bersalah.
"No,I don't mind.Lagipun saya berbesar hati Dato'Hassan yang hantar mesej kepada saya tadi."
Mikael dan Dato' Hassan berjabat tangan dengan erat.Manakala isteri disebelahnya sudah menghampiriku dengan riak gembira.
"You Sara? Saya Datin Husna,gembira saya dapat jumpa awak hari ni!"
"Gembira juga dapat jumpa awak Datin Husna."
Aku menghulurkan senyuman manis.
"Husna,I dan Mikael akan bincang dekat sana.Sementara you dan Sara duduk di galeri dahulu."Kata Dato' Hassan kepada isterinya.
Aku memandang Mikael dan Mikael hanya menganggukkan kepala memandangku.Tanpa membuang masa,aku dan Datin Husna menuju ke kafe di dalam galeri tersebut.Kami memesan pesanan air masing-masing sebelum Datin Husna membetulkan jambul di dahinya dan memandang mataku.
"Husband you sakit ke? Muka dia nampak pucat."Tegurnya membuatkan aku tersenyum pahit.
"Dia demam hari ni."
"Ahh,I see.So,mesti awak pelikkan kenapa saya nak jumpa awak hari ni.Tentunya Mikael beritahu awak."Datin Husna tersenyum.
"Iye,sejujurnya saya betul-betul pelik kenapa Datin nak jumpa saya.Tapi,saya tak kisah kalau nak berkenalan dengan Datin hari ni."Balasku dengan sopan.
"Bagus,bagus.Sebenarnya,saya ni suka simpan koleksi seni.Dan sejak akhir-akhir ni saya berminat dengan seni lukisan Mikael dan lawat galeri Mystere Bleu.I was so impressed with the art! I really am.In fact,saya datang hari ni pun sebab nak beli salah satu lukisan Mikael."
Wow.Aku hanya mampu tersenyum lebar.
"Dan bila saya dapat tahu semua inspirasi lukisan Mikael di galeri ni adalah berkaitan dengan awak.I'm really curious.Saya betul-betul nak tahu isteri Mikael ni macam mana jenis orangnya.Finally,saya dapat jumpa awak!" Katanya dengan sedikit kuat.
Aku sudah malu.Aisehh,sebab ini je ke dia nak jumpa aku?
"Eh,tak adalah semua lukisan Mikael inspirasinya datang daripada saya.Melebih je tu."
"Hahah,tapi Mikael kata lain?"Usiknya dengan senyuman panjang.
"Mikael memang macam tu,suka cakap apa yang dia nak.Datin jangan ambil serius sangat,saya yakin ada sesetengah lukisan Mikael inspirasi dia datang daripada tempat lain juga."
"Ok,kalau awak cakap macam itu.But I think,the biggest factor in his art are you."
Aku tersenyum sumbing dan mengangguk-anggukkan kepala perlahan.Tak tahu nak balas apa lagi.Pesanan air kami sudah sampai dan kami berdua meneguknya sedikit.Jujur aku kata,keadaan aku dan Datin Husna memang agak kekok.Bilalah mamat tu nak selesai berbincang!Aku hanya bermain-main dengan jariku.
"Memandangkan korang berdua dah kahwin,honeymoon dekat mana?"
Soalnya tanpa segan silu.
"Errm,saya dan Mikael setakat ni tak pernah pergi honeymoon lagi.Kitaorang berdua terlalu sibuk."
"Seriously?! Takkan korang berdua tak menyesal kut tak pergi honeymoon?"
"Tak,tak langsung.Mungkin sebab saya dan Mikael tak kisah sangat tentang hal tu.Kami berdua selesa je kalau ada masing-masing."
Balasku selamba dan memegang tengkuk.Riak terkejut Datin Husna bertukar kepada menarik apabila mendengar kataku.Dia mengangguk-anggukkan kepala tanda faham.
"Beritahu saya Sara,macam mana awak boleh yakin yang Mikael tu jodoh awak?"
Soalan apa ni?
"Kenapa Datin soal saya soalan macam ni?"
Datin Husna mengeluh panjang sebelum mendagu.Dia termenung di tingkap sebelah kami.
"Saya cuma pelik.You see,datuk dan saya kahwin kerana aturan keluarga.Jadi saya cuma pelik apa rasanya kahwin dengan ada perasaan cinta.Lagi-lagi Mikael menukarkan perasaan dia kepada lukisan,It's all interesting to me.Kamu dan Mikael nampak benar-benar serasi."
Aku diam seketika.Tidak pernah aku sangka bahawa datin Husna akan memberitahu aku hal sebegini.Padahal aku baru sahaja mengenalinya.Namun riak wajahnya,nampak agak keruh di saat ini.Apa masalah yang membelungi Datin Husna sebenarnya?
"Datin tak cintakan datuk ke?"
Datin Husna tersenyum kecil.
"Love is a strong word.Saya dan datuk dah bersama beberapa tahun,kami dah ada anak pun.Semestinya saya cuba sayangkan dia.Tapi,bila masuk sampai tahap cinta.Mungkin belum lagi."
"Kenapa boleh jadi macam tu?"
Aku cuba mengorek cerita datin Husna lebih dalam.Alang-alang dia dah membukanya di hadapan aku,apa salahnya ingin tahu.Datin Husna termenung panjang seketika,seperti dalam akalnya ligat memutarkan memori lama.
"Kenangan Sara,kenangan lama.Mungkin hati saya yang masih degil.Sebelum saya berkahwin dengan Hassan,saya ada cintakan seseorang.Namun jodoh tak berpihak kepada kami.Saya pun pelik macam mana hati saya tak boleh terima Hassan.Padahal kami kahwin dengan lama."
"Datuk Hassan cintakan datin tak?"
Dia tergelak kecil.
"He love me.A lot."
Aku memegang tangan datin lembut di atas meja.Begitu banyak masalah cinta di dunia ini.Tak sangka aku,perkahwinan yang lama pun masih tak dapat membuka hati wanita datin Husna untuk menerima datuk Hassan.Ya,dengar seperti masalah kecil.Seperti senang diselesaikan andai kata datin Husna lupakan sahaja kekasih lamanya.Tapi daripada riak dan gaya datin Husna,cinta lamanya memberi kesan mendalam.Seperti memori yang tidak dapat dilupakan oleh datin Husna.Memori cinta yang tak boleh digantikan dengan cinta Datuk Hassan sendiri.Kita semua hanya manusia yang lemah dengan perasaan.
"Datuk tahu tentang hal ni?"Soalku lembut.
"Dia tahu.Dan dia masih bersabar dengan sikap saya,Kalau tak macam mana kami boleh ada anak bersama."
Dia ketawa cuba menyorokkan nada sedih.Aku tersenyum kecil.
"Datin,ada sesetengah orang di dalam dunia ni.Ramai orang yang terdesak mahukan jodoh.Saya dan Mikael dikira bertuah dalam hal ni.Datin dan datuk pun tidak terkecuali.Pendapat saya,walaupun sekarang datin cuba cintakan datuk tapi tak berjaya.Datin harus cuba lagi asalkan perasaan prihatin dekat datuk masih ada.Sebab lama macam mana pun,perasaan sayang tu akan muncul.Jodoh tuhan tak pernah salah."
Datin Husna kelihatan termangu.
"Saya faham susah nak lupakan kenangan lama.Percayalah,saya pun pernah lalui.Apa yang penting adalah kita kena tengok kehadapan."
Datin Husna menganggukkan kepalanya laju sebelum mengesat air mata yang ingin mengalir.
"I'm sorry! Hahaha,emosional sikit dengar awak cakap macam tu."
"Tak apa."Aku tersenyum manis.Faham apa yang dirasakan oleh datin Husna sekarang.
"Thank you.Saya pun tak tahu macam mana boleh ter-luah perasaan dekat awak pulak.Mungkin kerana effect hubungan awak dan Mikael yang nampak sepadan.Saya jadi lemah di situ."
Katanya lagi sebelum mencapai tas tangan.Dia mengambil nafas panjang dan memandang mataku semula.Kali ini datin Husna nampak seperti sudah bersedia.
"By the way,awak nak tahu apa terjadi dengan cinta lama saya Sara?"
Mataku hanya tidak berkedip.
"Cinta lama saya sudah meninggal.Mungkin sebab itu kata-kata awak terkesan pada saya.Saya tahu yang saya kena pandang hadapan,tapi untuk buat benda itu.Memakan masa yang lama."
Aku hanya terkedu membuatkan datin Husna ketawa kecil.Ini kali pertama aku ada pertemuan begini apabila baru menjumpai seseorang.Aku hanya dapat meluahkan rasa berharga kepada wanita tua dihadapanku.
"Terima kasih datin,sebab beritahu saya cerita datin."
"Tak.Saya yang patut cakap terima kasih kepada awak Sara."
Datin Husna tersenyum lebar dengan ikhlas.
Mikael sudah selesai berbincang dengan datuk Hassan.Habis sahaja perbincangan mereka,Mikael dan datuk Hassan terus menemui kami di kafe bersama.Aku dan Mikael berjabat tangan dan menukar senyuman kepada pasangan tersebut sebelum melihat pemergian mereka.Apabila kereta mereka semakin menjauh,Mikael memandangku.
"Apa yang Sara bualkan dengan datin tadi?"
"Adalah.Rahsia."
"Pandai rahsia dengan abang ek!"
Geram Mikael dan mencuit hidungku.Aku menepisnya lembut sebelum tergelak kecil.Mataku merenung Mikael lama.Kata-kata datin Husna menerjah kembali ke dalam akalku.Baru aku sedar betapa bertuahnya aku dan Mikael dapat bersama walaupun kekurangan kesihatan Mikael sekarang.Memikirkan itu aku seperti ingin meluangkan masa lebih dengan Mikael.Pantas sahaja aku memeluk lengannya.
"Abang,jom pergi arcade."
"Arcade? Macam tempat game tu?"
"Iyelah.Arcade mana lagi."
"Are you okay? Kenapa tiba-tiba nak pergi tempat macam tu? Sayang sedar tak sayang mengandung."
"Sara sedarlah Sara mengandung!Alah,bukan sarat sangat pun,Sara masih boleh akif.Entahlah,sejak akhir-akhir Sara asyik buat kerja lepastu duduk dalam kedai.Alang-alang ada masa free ni,nak main arcade.Jomlah!"
Mikael sudah menggeleng-gelengkan kepala dan meraupkan wajahnya.
"Sekejap je bang.Satu game je.Lepastu kita makanlah.Abang kata nak date!"
Mikael merengus sebelum mengenggam tanganku.
"Iyelah,iyelah.Jom!"
Balasnya dengan nada malas sebelum menarik tanganku kearah kereta.Aku sudah tersenyum lebar.Yeay!
"Perbincangan tadi ok tak?"
Mikael tersenyum kecil.Wajahnya nampak ceria.
"It's all good.Abang boleh katakan yang projek studio abang hampir siap."
"Betul ke?! Alhamdulillah."
"Terima kasih sayang sebab temankan abang hari ni."
Katanya dan mencium tanganku yang bertaut dengannya.Aku hanya tersengih panjang.
"No problem!"
Tiba sahaja di pusat beli belah,aku dan Mikael terus menuju ke arcade yang berada di tingkat 2.Masuk sahaja ke dalam,kami membeli beberapa token dan memilih permainan bola.Peraturannya ialah siapa yang menjaringkan bola paling banyak merupakan pemenang.Seperti biasa,aku dan Mikael mencabar diri masing-masing.Siapa kalah dialah loser yang paling teruk! Dan sekali lagi,perkataan mengalah tak ada dalam kamus hidup aku.Aku dengan bersemangatnya telah menjaringkan 25 bola menakala Mikael pula hanya 21 bola.Aku sudah tersenyum kemenangan.
"Aww,nampaknya Sara akan kalahkan abang."Usikku dengan gaya comel.
Sengaja ingin mencalarkan ego suami sendiri.Mikael mendengus bengang apabila melihat bola sudah tidak keluar di tempatnya,kebarangkalian sudah habis.Melihat itu aku semakin bersorak gembira.Secara tiba Mikael merampas bola di tempatku dengan senang dan menjaringkan di tempatnya dengan laju.
"Hei!"Bengangku.
Terbeliak mataku melihat daripada 21 bola yang Mikael jaringkan berubah menjadi 32!Semuanya kerana dia curi bola daripada tempatku dan sekarang bolaku sudah habis.Aku sudah mengetap bibir kerana geram.
"Mana aci! Main tipu!" Marahku.
Dia tersenyum lebar.
"Well,sekarang siapa yang loser.Jawapan dia adalah-S.A.R.A"Sengaja dia mengeja namaku perlahan-lahan menambahkan lagi kemarahanku.
"Ieee,ambik ni!"
Aku membaling bola kearah mukanya namun Mikael sempat menunduk.Tanpa aku sangka bola tersebut terkena kepala lelaki tua dibelakang Mikael.Lelaki tua itu terduduk dan mengusap-usap kepalanya yang sakit.
"Sakitnya..."Rungutnya menahan marah.
Mataku sudah membulat dan kecut perut.
"Shit!"
Mikael menjerit kecil dan terus menarik tanganku keluar daripada arcade.
"Siapa yang baling tadi?!"
Jerit lelaki tua itu dengan bengis lalu memandang sekeliling.Aku dan Mikael awal-awal sudah angkat kaki lari daripada situ.Keluar sahaja daripada arcade dengan nafas turun naik,aku dan Mikael memandang sesama sendiri.Kemudian kami berdua tergelak bersama.
"Aduh,kelakar gila!"Kata Mikael dengan sisa gelakan.
"Tak baiklah! Kesian orang tadi."Aku mula rasa bersalah.
"Habis,nak abang bawak Sara masuk balik dalam arcade.Nak cakap minta maaf dekat dia?"Cabar Mikael dengan senyuman sinis.
"Err..Tak naklah! Takutlah.."Sengihku.
"Tahu pun.Lain kali berdendam dengan abang lagi,kan dah kena."
"Salah abanglah!Suka main tipu."
Dia hanya tersenyum panjang dan menjongketkan kedua belah bahu.Haiishh.
"Abang jom beli air,Sara haus."Pintaku dan Mikael laju menganggukkan kepala.
"Jom."
Ajaknya dan mengenggam tanganku semula.Kami berdua masuk ke dalam Big Apple Donuts And Coffe di dalam pusat beli belah tersebut dan mencari tempat duduk.Mikael menuju ke kaunter bagi membuat pesanan air untuk kami berdua.Beberapa minit kemudian dia datang kembali bersama air di tangannya.Dia menghulurkanku Ice Peach Tea ku dan duduk di sebelahku.Mikael meletakkan lengannya di belakang kerusiku dan menyedut airnya perlahan.Aku perasan ada mata yang memandang kearah kami,namun aku abaikan.Terlalu lali dengan perhatian yang Mikael selalu dapat.
"Sara tak nak donut?"
Aku menggeleng-gelengkan kepala lalu menyedut minumanku juga.Ahh,basah tekak.Aku letak minumanku kembali di atas meja dan memandang Mikael.
"Maaf ajak abang datang mall,mesti abang penatkan.Sudahlah hari ni abang sakit."Kataku perlahan.
Mikael tergelak kecil sebelum meraupkan rambut perangnya kebelakang.
"Jangan risau,abang tak kisah.Janji dapat gembirakan hati isteri yang tengah mengandung ni ha."
"Eceh,nak bodek Sara lah tu."
"Of course."Senyumnya.
Secara tiba telefon bimbitnya bergetar dan Mikael mengeluarkan telefon bimbitnya daripada poket belakang.Dia memerhatikan skrin telefon bimbitnya dengan lama.
"Siapa tu?"Tanyaku dan mengintai skrin telefon bimbitnya.
"Ayah hantar sms.Dia kata ibu suruh kita datang petang ni,makan sama-sama.Dia dah masak."
"Yeke?! Baguslah.Kejap lagi kita gerak."
Mikael mengangguk-anggukkan kepala lalu menyimpan kembali telefon bimbitnya.Dia mencapai airnya dan minum dengan senyap.
"Sebenarnya Sara tak nak main arcade pun.Nak luangkan masa dengan abang je."Jujurku dan bermain dengan penyedut minuman dihadapanku.Mikael memandangku.
"Itulah tujuan abang datang florist Sara tadi."Ujarnya dan mencium kepalaku.
"Maaflah kalau 'date' kita hari ni bosan."
Dia tersenyum sehingga menampakkan gigi.
"I never bored when near you."
Balasnya kemudian menyedut airku dengan selamba.Aku terkejut namun sekejap sahaja sebelum aku tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepala.
Petang itu selepas Asar,aku dan Mikael tiba di rumah kedua ibu bapa mertuaku.Laju sahaja kami disambut oleh mereka dan puan Lea terus mengajak kami makan.Aku agak terkejut kerana masakan semua sudah tersedia di atas meja.Nampaknya puan Lea benar-benar menantikan kedatangan kami.Aku agak rasa bersalah kerana datang lambat ke rumah mereka.Semasa makan kami sekeluarga berborak kecil.
"Jadi,esok Sara akan pergi kolej komunitikan? Nak ajar budak-budak dekat sana gubah bunga tak silap mummy."
"Haah.Sampai tengahari je."
"Kalau mummy nak ikut boleh? Tengok kamu pandai gubah bunga,mummy ingat nak belajar jugaklah.Boleh tak kamu rasa?"
Aku agak tergamam.Tidak sangka ibu mertuaku ingin mempelajari seni gubahan daripadaku.Tak pernah aku sangka hari ni akan datang.Namun aku tersenyum lebar.
"Apa salahnya mummy.Lagi seronok kalau mummy datang!Nak gerak sama-sama?"
"Boleh.Esok sebelum kamu gerak ambil mummy ye?"Teruja puan Lea.
Aku sudah menganggukkan kepala.Mikael dan pak cik Syam hanya memandang sesama sendiri dengan sengihan mendengar perbualan kami berdua.Selepas itu kami semua sambung makan seperti biasa.
Waktu maghrib sudah masuk dan aku bersama Mikael mahu tunaikan sahaja solat di rumah ibu bapa mertuaku.Mikael awal-awal lagi sudah tunaikan solat di dalam biliknya manakala aku pula ingin mengambil whuduk di dalam tandas.Selesai mengambil whuduk,aku menuju ke bilik Mikael namun langkahku terhenti apabila terdengar suara pak cik Syam daripada luar.Pintu bilik kedua ibu bapa mertuaku terkuak sedikit.
"Kenapa menangis ni Lea?Ya Allah.."Tegur pak cik Syam lalu mendekati isterinya.
Aku mengintai sedikit dan sudah melihat puan Lea yang masih memakai telekung bangun daripada sejadah.Memang betul puan Lea menangis,matanya merah.
"Lea takut.."
"Pasal?"
"Apa yang doktor cakap hari tu.Pasal Mikael.Bila Lea fikir balik Lea macam tak sanggup.."
"Sudah,sudah Lea."
Kata pak cik Syam dengan laju dan memeluk isterinya.Puan Lea masih tidak berhenti menangis.
"Mikael anak kita bang..Saya tak sanggup nak hilang dia selepas Fiza.Lea sayangkan dia.Kenapa semuanya jadi macam ni pada kit-."
"Kita tak boleh nak mempersoalkan takdir Lea.Kita hanya mampu berdoa."
Mendengar itu puan Lea menutup wajahnya dan menangis.Melihat itu aku agak tersentak dan menjauhkan diri daripada pintu tersebut.Aku mengeratkan buku limaku sebelum sambung langkah ke bilik Mikael .
Balik sahaja daripada rumah kedua ibu bapa mertuaku,Mikael perasan bahawa wajahku agak suram.Dia menyoalku kenapa namun aku cuma memberi alasan penat.Dia cuba untuk tidak memaksaku lagi dan membiarkan aku sahaja.Malam itu ketika Mikael sudah baring di atas katil kerana penat,aku keluar daripada bilik dan mendaki tangga ke tingkat 3.Aku menuju ke tingkap dan menyelak langsir untuk termenung di luar.Aku tak boleh tipu diri aku,kata-kata puan Lea memberi kesan kepadaku.Kesedihannya tadi,membuatkan aku takut.Mataku mula berkaca apabila merenung lampu jalan yang terang benderang di luar jalanan.Aku memeluk tubuh sendiri dengan perasaan sedih yang berat.
Jangan menangis Sara,kau kena kuat
Ayat itu kuat terngiang-ngiang dalam kepalaku.Namun bagaimana pun aku cuba masukkan ayat itu ke dalam jiwaku,seperti ada sesuatu yang menolak.Perasaan sedihku sudah merebak keseluruh jiwa.
"Sara? Kenapa ada dekat sini?"
Terkejut aku terdengar suara Mikael yang sergahku daripada belakang.Laju aku cuba mengelap air mataku namun Mikael lebih pantas menarik tanganku dan dia merenung wajahku dengan serius.Mukanya berkerut.
"Kenapa menangis ni?"Tegasnya.
"Mana adalah.."Aku cuba senyum namun tidak menjadi.
"Beritahu abang sekarang!"
Dia memegang kedua belah wajahku dan menyuruh mataku memandangnya.Aku merenung mata bingung Mikael dengan lama,sebelum air mataku turun tanpa berhenti.
"Kenapa ni?"Lirih suara Mikael.
Aku tidak menjawab namun hanya memeluk Mikael erat lalu menangis teresak-esak.Mikael yang masih tidak mengerti hanya mengusap-usap rambut panjangku dengan lembut.Apabila tangisanku seperti tidak mahu reda,Mikael terpaksa menyentuh wajahku dan mengesat air mataku dengan ibu jarinya.
"Kenapa ni sayang? Beritahu abang."Pujuknya lagi.
Aku cuba menenangkan dadaku yang teresak-esak.
"Sara tak faham.Sara betul-betul tak faham.Kenapa semua orang yang Sara sayang tinggalkan Sara.Mula-mula mak,lepastu abang.Sara cuma rasa macam tak boleh buat lagi semua ni."Jujurku memandang matanya.
Mikael membeku.
"Sekarang ni Sara cuma perlukan abang je dalam hidup Sara.Dan itupun akan hilang.Sara tak faham kenapa Allah buat Sara macam ni."
"Shh,Shh..Jangan cakap macam tu sayang."
Bisik Mikael dan merangkul tubuhku dalam dakapannya.Air mataku mengalir kembali namun tidak sederas tadi.
"Apa yang terjadi sudah tersurat,kita tak boleh salahkan tuhan kita kembali."
"Tapi kenapa dugaan ni pada Sara?"
Mikael tersenyum pahit.
"Sebab Allah tahu Sara kuat."
Katanya buat kali terakhir dan mencium seluruh wajahku dengan kasih.Aku hanya mampu menanam perasaan sedihku dalam-dalam.Mendengar katanya,aku tahu Mikael menyuruh aku menjadi tabah.
"I'm never gonna leave you Sara.Sebab abang terlalu sayangkan Sara.Remember that."
Dia mencium bibirku lama sebelum mengangkat tubuhku senang dan menuju ke bilik kami.Masuk sahaja ke dalam Mikael meletakkanku perlahan-lahan di atas katil dan menutup lampu.Dia naik ke atas katil dan memelukku erat.Aku membalas pelukannya dengan mata terpejam rapat.
"Sara tak nak abang pergi."Kataku dengan suara yang agak serak akibat menangis.
Aku membuka mata kembali dan aku boleh nampak senyumannya walaupun dalam keadaan gelap.
"Abang tahu."
Balasnya sebelum menyembamkan wajahnya ke leherku dan menutup mata juga.Malam itu,kami tidur dengan keadaan yang memerlukan masing-masing.
*************************************
Pagi itu selepas kami berdua tunaikan solat subuh bersama,aku dan Mikael sambung tidur kembali kerana masih mengantuk.Apabila alarmku berbunyi menandakan aku kena bersiap cepat untuk menuju ke kolej komuniti,mataku terbuka perlahan-lahan.Aku memandang ke bawah dan sudah melihat kepala Mikael yang berada di dadaku.Tangannya masih memelukku erat dan Mikael kelihatan masih tidur enak.Aku tersenyum lebar.Dapat lihat Mikael setiap pagi apabila bangun tidur betul-betul berkat bagi aku.Aku cuma harap masa berhenti je sekarang.
"Abang bangun.Sara kena pergi kolej komuniti ni,nak ambil mummy lagi."Kejutku lembut dan menyelak rambutnya.
Mikael tersedar dan mengangkat kepalanya daripada dadaku.Dia memandang mataku dengan mamai sebelum tersenyum.Senyuman yang membuatkan hatiku cair.
"Selamat pagi."
Aku mencium kepalanya.
"Selamat pagi jugak."
Mikael bangkit perlahan-lahan dan mengeliat panjang.Aku sudah laju turun daripada katil dan mencapai tuala.
"Abang rancang nak hantar Sara dengan ibu pagi ni.Tapi abang betul-betul penat."
Katanya dan sambung baring di atas katil.
"Tak perlulah bang kalau abang penat."
Balasku dan terus masuk ke dalam tandas.Bersihkan badan sahaja dan bersiap sedia dengan penampilanku,aku memandang kembali kearah Mikael yang sambung lenanya.Aku mengambil beg dan mendekati katil.Mataku merenung segenap wajah Mikael yang menutup mata.Nampaknya Mikael betul-betul penat.Aku duduk di birai katil dan jariku menyentuh wajahnya membuatkan mata Mikael terbuka sedikit.
"Nak pergi dah?"
Aku menganggukkan kepala.
"Balik nanti biar abang yang ambil sayang.Kejap lagi pun ayah nak datang sini."
"Tak perlulah!Habis kereta Sara macam mana?"
"Abang tak kira,abang nak ambil Sara jugak.Nanti abang suruh pemandu ayah yang hantar kereta Sara ke sini."
Aku tersenyum kecil.
"Suka hati abanglah!"
Dia menarik kepalaku dan mencium dahi dan pipiku.Kemudian Mikael tersenyum lebar.
"Good luck mengajar orang,buat baik-baik untuk abang."
Sempat dia mengenyitkan mata.Aku tergelak kecil.
"Ok,ok! Doakan Sara.Pergi dulu!"
Sempat aku menoleh kearah Mikael buat kali terakhir sebelum keluar daripada bilik dan menuruni tangga.Buka sahaja pintu utama aku terus memakai kasut.Tidak sempat aku ingin mengunci grill,satu tangan menghalang membuatkan aku terkejut.
"Abang! Terkejut Sara.Kenapa turun pulak ni?"
Mikael hanya menjongketkan bahu.
"Saja.Baik Sara pergi sekarang,abang rasa Sara dah lambat!"Sakatnya membuatkan aku mendengus.
Tanpa membuang masa aku terus menghidupkan enjin kereta dan keretaku keluar daripada perkarangan rumah.Seperti biasa,Mikael menyandarkan tubuhnya di pagar dan menyilangkan tangan.Matanya masih memerhatikan keretaku yang menjauh.Aku hanya tersenyum dengan perasaan gembira sebelum menggeleng-gelengkan kepala.
Ambil sahaja ibu mertuaku di rumahnya,kami berdua terus menuju ke kolej komuniti.Puan Lea kelihatan sangat teruja membuatkan aku gembira.Selepas dia sedih semalam,aku cuma mahu melihat senyumannya kembali.Dia aku sudah anggap seperti ibuku sendiri.Aku tak mahu lihat puan Lea sentiasa suram.
"Tak apa ke Sara mummy ikut? Berdebar pulak sebab kolej tu semua orang muda.Mummy seorang je dah berumur."Risaunya memandangku yang memandu.
"Mummy jangan risaulah! Diorang semua takkan pandang pelik pada mummy.Percayalah."
"Inshaallah.Lagipun tengahari ni mummy ingat nak ajak kamu dan Mikael makan tengahari dekat luar dengan mummy.Ayah Mikael pun akan datang ke rumah kamu sekejap lagi,dia kata rindu nak luangkan masa dengan Mikael."
Akuu hanya tersenyum.
"Baguslah kalau macam tu."
Perjalanan kami berjalan lancar dengan perbualan kecil.Tiba sahaja di kolej komuniti tersebut,seorang pensyarah wanita muda terus sahaja mengiringiku ke kelasnya.Puan Lea masih kelihatan resah jadi aku memeluk bahunya agar dia bertenang.Aku menegur pensyarah wanita yang muda tersebut.
"Cik Insyirah,tak apakan kalau mak mertua saya nak menyertai sekali kelas saya?"
Dia kelihatan terkejut namun sekejap sahaja.
"Eh boleh je! Apa salahnya!"
Mendengar itu puan Lea terus melepaskan nafas lega.Aku hanya ketawa kecil dan meneruskan langkah ke kelasku yang berada di tingkat 3.Menapak sahaja ke dalam kelas,cik Insyirah membawa puan Lea duduk di meja bersama pelajar yang lain.Aku cuba menahan gugup demi menjayakan kelas untuk hari ini.Mataku meliar dan dapat melihat terdapat 12 orang pelajar perempuan dan hanya tiga orang pelajar lelaki.Aku meletakkan begku di atas meja dan mula memandang wajah-wajah generasi muda dihadapanku.
Okay Sara,you can do this!
"Assalammualaikum,kamu semua boleh panggil saya Puan Sara.Hari ni saya diajak untuk datang ke kolej kamu semua bagi mengajar bagaimana untuk mengubah bunga.Saya rasa agak gembira kerana ramai juga datang ke kelas saya.Sekarang,jujur dengan saya.Siapa yang datang hari ni tapi sebenarnya dia tak minat pun tentang gubahan bunga.Angkat tangan!"
Separuh pelajar mengangkat tangan dengan sengihan yang panjang.
"Yang lelaki dekat belakang tu,kenapa datang?"
Seorang budak lelaki yang berkulit hitam manis hanya tersenyum-senyum.
"Acap datang sebab ada awek dia puan!"Jerit rakannya.
"Mana ada bodoh!"Malu acap menumbuk bahu rakannya.
"Muka dia merah sial!"Usik rakannya yang seorang lagi.
Semua orang tergelak di dalam kelas tersebut apabila melihat muka merah acap.Aku juga turut ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepala.Memang aku sudah agak pun.Tanpa membuang masa,aku menepuk tangan untuk menarik perhatian mereka.
"Ok! Memandangkan bunga-bunga dah tersedia di atas meja kamu semua.Sekarang ambil pasu masing-masing dekat meja belakang dan saya akan ajar macam mana nak pilih warna bunga yang sesuai.Let's go!"
Kataku kuat dengan bersemangat dan terus semua pelajar gerak mengambil pasu masing-masing.Pada mulanya mengajar mereka,aku boleh lihat kebanyakan mereka yang datang ke kelas ini hanya mahu meluangkan masa lapang.Mereka sentiasa bermain dan bergurau senda,hanya separuh sahaja daripada mereka yang serius mendengarkan apa yang aku kata.Namun semakin masa berjalan,mereka semua mula tertarik dan fokus pada gubahan bunga masing-masing.Ramai pula bertanyakan aku soalan : Bunga ni ke yang sesuai? Warna ni ok tak? Kalau senget sikit boleh tak? Aku melayankan sahaja.Aku tersenyum gembira apabila lihat termasuk puan Lea menikmati kelas ini,kadang-kala pelajar perempuan membuat lawak dan puan Lea turut tergelak bersama.
"Sara,mummy nak pergi tandas sekejap ye."
Pinta puan Lea kepadaku bersama telefon bimbit di tangan.
"Mummy tahu dekat mana?"
"Jangan risau,mummy tahu dekat mana."
Senyumnya kemudian terus keluar daripada kelas.Seorang pelajar perempuan memanggilku menyuruhku membuat penilaian terhadapan gubahan bunganya.Aku pergi ke meja itu dan memerhatikan lama.Aku tak dapat tipu,sesetengah pelajar di dalam kelas ini benar-benar berbakat dan kreatif.Gubahan bunga pelajar ini lebih cantik daripadaku.
"Bagus,cantiklah Mira!"
Pujiku membuatkan pelajar itu tersipu-sipu malu.Aku mengambil satu bunga ros merah di dalam pasunya dan menunjukkan di hadapan Mira.
"Tapi,kurangkan sikit bunga ros.Ha,kan sekarang ok."
Kataku lagi dan Mira hanya menganggukkan kepala.Secara tiba aku terdengar suara puan Lea yang memanggilku daripada luar kelas.Laju aku keluar dan melihat ibu mertuaku yang berada di tepi pintu.Wajah Puan Lea kelihatan muram dan dia melihat wajahku dengan kerutan seribu.
"Kenapa ni mummy?"
Soalku.Tubuhnya hampir rebah ke lantai dan laju aku menahannya.
"Mummy ok tak ni?!"Risauku.
Mata puan Lea memandang mataku dengan berkaca.Dia menunjukkan telefon bimbitnya padaku.
"Sara,ayah telefon mummy tadi.Dia kata Mikael dah meninggal dunia sejam yang tadi."
Mataku tidak berkedip dan mulutku terbuka sedikit.
Apa?
"Dia meninggal semasa tidur ketika ayah kamu melawat.Ya Allah..."
Lirih puan Lea kemudian terduduk di atas lantai lalu menekup wajahnya apabila tidak dapat menahan sebak.Bunga di tanganku terjatuh dan aku dapat rasa kegelapan menelan aku hidup-hidup.
**************************************
Cuaca kelihatan mendung tapi hujan tidak turun-turun.Selesai mengebumikan jenazah Mikael dan ustaz itu membacakan doa.Ayah mertuaku,akak,Zaki dan kawan-kawan Mikael selebihnya menyirami kubur Mikael dengan air kemudian menaburkan bunga.Puan Lea demam panas teruk akibat terkejut,dia tidak dapat hadirkan diri.Aku pula daripada tadi hanya memerhatikan kubur Mikael tanpa mampu mengatakan apa-apa.
"I'm never gonna leave you Sara.Sebab abang terlalu sayangkan Sara.Remember that."
Dia tipu.Dia kata takkan tinggalkan aku tapi Mikael tetap pergi.Aku tak tahu kenapa aku tak dapat mengalirkan air mata,semua kejadian ini membuatkan hatiku seperti kaku dan kebas.Aku tak dapat rasa apa-apa.Mataku mengerling ke kiri dan terlihat Hanif yang merenung kubur Mikael dengan lama.Aku tak tahu kenapa dia datang.Tapi kalau dia datang kerana suka Mikael pergi.Aku cuma harap yang Hanif sedar bahawa selamanya aku takkan pergi kepada sisi dia.Mata Hanif menangkap mataku dan cara dia melihat keadaanku dengan pandangan sangat sayu.Bukan Hanif sahaja yang melihatku dengan renungan itu,hampir semua orang di tanah perkuburan memandang aku dengan sayu.Mungkin simpati kerana suamiku sudah meninggal dunia sedangkan aku masih mengandungkan anak pertama kami.
Aku tak perlukan simpati orang.Aku tak suka.
Memikirkan itu membuatkan aku ingin pergi daripada sini secepat mungkin.Aku memaling dan keluar daripada tanah perkuburan untuk masuk ke dalam kereta.Zaki menegurku membuatkan aku menoleh.Mata Zaki kelihatan merah,jejaka ini pun menangis dengan teruk tadi kerana suamiku.Namun hanya air mataku yang kelihatan beku.
"Kau ok?"Soalnya dengan perlahan.
Aku tersenyum pahit dan menganggukkan kepala.
"Mikael merupakan orang terapat aku.Aku sayangkan dia macam aku sayangkan diri aku sendiri.Aku rasa daripada dulu lagi dia tahu dia akan pergi awal."
"Kenapa Zaki cakap macam tu?"
"Rak kedua dalam buku Start With Why.Dalam rumah lama Mikael."
"Ha?"
"Mikael suruh saya cakapkan dekat awak ayat itu kalau hari ni datang."
Aku terkedu.
"Kalau kau perlukan apa-apa,telefon je aku Sara.Inshaallah aku dapat tolong kau mana yang patut."
Balas Zaki lagi dengan nekad sebelum terus pergi meninggalkan aku sendirian.Tanpa membuang masa,aku merenung kubur Mikael buat kali terakhir sebelum menuju ke kereta ayah mertuaku dan masuk ke dalam.
Hantar sahaja aku ke rumah kedua ibu bapa mertuaku,pak cik Syam terpaksa keluar kembali untuk menguruskan urusan sijil kematian Mikael di masjid.Aku naik ke tingkat atas dan membuka sedikit pintu bilik puan Lea.Ibu mertuaku masih tidur dengan lena walaupun wajahnya kelihatan keruh.Aku betul-betul harap demamnya cepat kebah.Tidak mahu menganggu lagi aku menutup pintu dan menuju kearah bilik aku dan Mikael.Masuk dengan perlahan dan menutup pintu.Aku menyandarkan tubuh di pintu lalu menutup mata.Aku bersendirian sekarang.Tiada lagi Mikael,hanya aku.Seseorang tolong kejutkan aku daripada mimpi ngeri ni.Aku rasa macam nak tidur dan tak nak bangun selamanya.
Rak kedua dalam buku Start With Why.Dalam rumah lama Mikael
Rumah lama Mikael? Maksudnya rumah ini? Aku menuju kearah rak buku Mikael yang besar.Mataku tertancap pada rak kedua dan mencari buku yang bertajuk Start With Why.Apabila menjumpai sahaja buku itu,aku mengambilnya dan membuka buku tersebut.Satu lipatan kertas terjatuh dan aku membongkokkan badan untuk mengambilnya.Aku membuka kertas tersebut.Mataku membulat apabila mengenali tulisan Mikael.
Assalammualaikum Sara,
Bila Sara buka kertas ni,abang tahu Sara akan bersedih.I'm sorry I lied to you.Abang tak sanggup nak katakan hal sebenar kepada sayang sebab sayang terlalu sedih.Abang tak boleh tengok air mata Sara jatuh untuk abang lagi.Abang nak Sara tahu yang dunia ni banyak pilihan.Kalau boleh undurkan masa,abang akan buat pilihan yang bagus untuk keadaan abang.Tapi itu semua mustahil dan itulah dunia.
Janji dengan abang satu benda yang sayang takkan putus asa.Demi abang dan anak kita.Kalau abang boleh jadi tabah selama ni untuk sayang.Sayang boleh buat selebihnya untuk abang.Tolong,simpan memori kita kemas dalam jiwa dan pandang kehadapan.Jangan sekali-kali pandang kebelakang.Abang tak nak pergi memikirkan yang sayang akan terus dalam kesedihan.Sayang adalah kekuatan abang,remember?
Abang cuma sedih sebab tak dapat tengok anak kita semasa lahir.Beritahu anak kita yang abang sayang dia setiap hari.I really want her or he to know that.Abang tahu anak kita akan membesar baik dengan jagaan sayang.Abang betul-betul yakin.
Jumpa dengan sayang adalah perkara yang paling bertuah sekali Allah berikan kepada abang.Bila perasaan tu semakin berkembang,melihat Sara tidur setiap pagi menjadi kegemaran dalam hidup abang.Cahaya yang Sara bawa dan menggunakannya untuk mengeluarkan abang daripada kegelapan.Abang betul-betul bersyukur Sara yang jadi isteri abang.I really love you,you know that? Jadi kuat dan tabah untuk abang,Sara.
Promise me,please?
To : My forever gadis bersih dan gadis waras.
Habis membaca,aku terduduk di atas lantai dan memeluk kertas itu erat.Air mata yang aku tahan akhirnya turun sehingga tidak boleh berhenti.Aku meletakkan dahiku pada lutut sambil menangis teresak-esak.Aku memeluk lutut sendiri.
"Sara janji abang.Sara janji."
Suaraku halus di dalam bilik aku dan Mikael yang sunyi.
This is me.Right now.
*Vote&Comment.
* I dare you to play the song on the top after reading this.