Fiksyen (Sudah Terbit)

Galing kay _ljskwb

66.6K 4.9K 3.2K

[MALAY FICTION] 12th Wattpad Story by _ljskwb. Ini kisah fiksyen. Tentang Jirey yang hanya nak buktikan baha... Higit pa

BLURB
BAB 1 | I
BAB 1 | II
BAB 2
BAB 3
BAB 4 | I
BAB 4 | II
BAB 5
BAB 6
BAB 8 | I
Teaser | I
Teaser | II
Teaser | III
Teaser | IV
Teaser | V
Teaser | VI
Teaser | VII
Teaser | VIII
Teaser | IX
Teaser | X
Extra Cut #1 | Marv 5, The Beginning
Tentang FIKSYEN
PRA-TEMPAHAN KINI DIBUKA 📢

BAB 7

1.6K 238 174
Galing kay _ljskwb

ENJIN kereta dimatikan. Beg tangan diambil dan telefon pintar di atas dashboard dicapai sebelum Dhir keluar dari keretanya. Dipastikan kereta benar-benar terkunci sebelum dia melangkah meninggalkan lot parkir. Sempat dia mengeliat sedikit, meredakan sendi-sendi yang terasa sengal sebab seharian berkurung di kafe.

Baru lima, enam langkah dia meninggalkan keretanya, tiba-tiba langkah kaki terhenti. Dia terpaku di tengah-tengah ruang parkir bawah tanah itu sebelum berpusing memandang sekeliling.

Kenapa hatinya tiba-tiba rasa tak sedap?

Tangan kanan lantas diletakkan ke dada sendiri. Serius dia rasa tak sedap hati. Terasa gerak-gerinya seolah diperhatikan. Tapi dilihatnya tak ada pula kelibat manusia lain yang berada berhampiran. Hanya ada barisan kereta yang terparkir di setiap lot parkir yang ada di situ.

Tiba-tiba Dhir rasa seram-sejuk. Sempat dipandang jam di pergelangan tangan. Jangan nak fefeeling tengah berada dalam cerita seram boleh tak? Lagipun awal lagi, kut. Baru pukul sepuluh malam. Bukannya lewat sangat pun dia balik hari ini.

Enggan memikirkan tentang itu, dia kembali memandang hadapan. Sebab lainnya, dia nak cepat-cepat meninggalkan ruangan parkir itu. Mahu segera naik ke atas dan masuk ke dalam rumah.

Namun baru saja Dhir memandang ke hadapan, dia hampir rebah apabila menyedari seseorang sudah berdiri di hadapannya, entah sejak bila.

"Mak!" Spontan Dhir terjerit, kuat.

"Syhhhh! Ini sayalah!" jeritannya itu dibalas oleh entiti yang ada di hadapannya ketika itu.

Dan melihat gerangan manusia itu, makin Dhir rasa mahu menjerit. Nasib baik akal rasionalnya bertindak pantas menghantar arahan ke otak. Lalu pantas tangan digerakkan menekup mulut sendiri. Menghalang dirinya daripada terus menjerit. Rasa terkejutnya hanya digambarkan dengan matanya yang sudah membulat memandang lelaki itu.

The famous Syed Jirey!

"Awak ni pun. Janganlah jerit." Jirey berkata selamba sambil memandang sekeliling.

Tahu-tahu, tangan Dhir ditarik oleh lelaki itu. Sama-sama berganjak ke bahagian tepi. Yalah, tadinya mereka berdua berdiri di tengah-tengah laluan kenderaan. Kalau tiba-tiba ada kenderaan yang lalu dan langgar mereka, sia-sia mati berjemaah.

"Orang terkejut mestilah menjerit! Takkanlah nak ketawa guling-guling pula." Dengan selamba Dhir membalas. Naik seoktaf suaranya. Serentak tangan direntap kasar daripada pegangan Jirey.

Ewah, mamat ni! Suka hati dia je pegang tangan orang, ya? Tunggu Dhir nak sound kejap lagi.

"Amboi, marah! Janganlah marah. Awak patut berterima kasih dengan saya sebab dah tarik awak daripada berdiri tengah laluan tadi. Awak cari siapa yang tertoleh ke kiri kanan ni?"

Berterima kasih otak dia! Dhir bagi kaki nanti, padan muka!

"Awak buat apa kat sini?" Tanpa menjawab soalan, terus diajukan soalan lain olehnya. Dengan nada suara yang tak ada langsung tanda-tanda mahu berbudi bahasa bagai. Kasar je. Biarkan si Jirey tahu kemunculannya di depan Dhir memang tak dialu-alukan sama sekali.

"Tunggu awak." Jirey senyum manis di hujung jawapannya.

Berubah riak wajah Dhir. Merepek apalah Jirey ni? Tempoh hari putus fius bersungguh nak perkenalkan diri di depan Dhir. Hari ini buat kemunculan mengejut pula tiba-tiba.

Tolonglah jangan nak buang masa Dhir dengan benda yang sia-sia macam ni.

"Kenapa? Kita ada tertukar apa-apa benda lagi ke selain telefon tempoh hari?" Masih tak berhemah nada suara yang digunakan Dhir. Dia bukannya kesah pun sebab dia memang mahu tunjukkan dirinya yang terpaksa berhadapan dengan Jirey.

Lelaki itu tersenyum. Hanya mengangguk sekali, mengiyakan.

"Kalau macam tu saya dah tak ada apa-apa urusan dengan awak. So, excuse me." Pantas Dhir mahu melepaskan diri. Sekelip mata dia memusingkan badan 180 darjah, mahu atur langkah meninggalkan Jirey.

Tapi belum pun sempat dia gerakkan kaki, kata-kata Jirey menghalangnya. Menjadikan langkahnya membeku serta-merta. "Awak tak rasa ke awak ada tercicir barang di tapak parkir dua hari lepas?"

Degup jantung yang baru nak normal semula terus jadi abnormal. Sesuatu pada ayat lelaki itu membuatkan naluri Dhir kembali rasa tak tenang. Tangan pun dah sekelip mata terasa sejuk, tanda-tanda seketul Izzani Hadhira sedang gementar.

Lantas dia kembali pusingkan badan berhadapan dengan Jirey. Tanpa suara, kening dijongket tinggi.

Jirey terus tayang senyum senget. Tangan kanan diangkat, separas dengan pandangan mata Dhir. Dan kemudian ditayang sesuatu yang sengaja disangkutkan di jarinya.

Pendrive berbentuk zirafah.

Mata gadis itu spontan membulat. Lebih besar berbanding reaksi terkejutnya tadi. Pandangan mata bertemu dengan mata Jirey sebelum kembali pada zirafah mini itu.

Reaksinya membuatkan senyuman Jirey semakin lebar, naik level evil. Itulah dia! Reaksi yang Jirey jangkakan daripada gadis ini. Semakin menguatkan lagi hipotesis yang dah dibuat selepas seharian menyelongkar isi pendrive ini kelmarin.

"Benda ni tertinggal kat tapak parkir dua hari lepas." Sengaja Jirey buat selamba. Digoyang-goyang zirafah mini di tangan. "Awak punya, kan?"

Lelaki ini sengaja mengujinya, Dhir tahu. Dan dia serius tak tahu reaksi bagaimana yang harus ditunjukkan kepada lelaki ini. Sama ada dia harus kekalkan ketenangannya atau merampas terus pendrive itu dari tangan Jirey.

Dan bagaikan dapat membaca apa yang difikirkan oleh Dhir, Jirey sudah bertindak lebih awal dengan menggenggam kemas-kemas zirafah mini di tangan.

"Kan? Cik Distract?"

Dhir rasa mahu pengsan. Kalau melihat pendrive tadi, dia masih mampu pejamkan mata dan buat tak tahu. Namun apabila mendengar nama itu meniti di bibir Jirey, dia serius rasa mahu lari sembunyikan diri sendiri.

Jirey dah tahu! Lelaki ini tahu kandungan dalam zirafah mini itu. Yang paling penting dan membuatkan Dhir rasa sukar nak bernafas adalah kenyataan bahawa lelaki ini tahu bahawa dia ialah 'Distract' yang disebutnya tadi.

Distract adalah rahsia terbesar Dhir! Tak ada seorang pun dalam dunia ini yang tahu tentang itu. Tidak! Sekalipun mak, ayah dan abang-abang serta adiknya.

Dan sekarang, Jirey jadi orang pertama yang dapat tahu tentang rahsia itu?

"Now we do have something to talk about, don't we?"

Soalan provokasi Jirey tak dibalas pun oleh Dhir. Gadis itu hanya kekal tak berganjak, tanpa sebarang kata.

"Awak nak apa daripada saya?"

Kalau lihat senyuman di bibir Jirey, boleh agak lelaki ini punya matlamat mahu memporak-perandakan hidup Dhir.

"Rilekslah. Bagi saya perkenalkan diri dulu. Lagipun awak masih tak kenal siapa saya, kan?" Hujung ayat, Jirey sekali lagi tayang senyum senget.

"Saya Syed Huzairey Syed Norman. Generally known as Syed Jirey or SJ. Kawan-kawan rapat panggil saya Jirey. J-I-R-E-Y, pronounce as Ji-Ray. Macam sebutan 'Re' dalam Do Re Mi."

Amboi, kemain dia buat sesi perkenalkan diri sendiri. Pakej sekali dengan cara eja nama pulak tu. Padahal tak ada sesiapa minta dia perkenalkan diri pun!

"Tapi kalau untuk awak..." Senyum Jirey naik nakalnya.

Dan mata Dhir pula semakin mengecil memandang lelaki itu.

"Panggil abang. Kalau nak panggil sayang, saya lagi suuuka."

Spontan mata Dhir membulat naik ke atas. Terasa geli tekak ni, hah. Terasa semua makanan yang dia telan seharian ni sedang membuak-buak nak keluar balik mendengar ayat miang si Jirey ni tadi.

Aci tak kalau dia nak hempuk-hempuk mamat sengal di hadapannya ini?

Whattt? Abang atau sayang? Blueekkk! Harus muntah hijau Dhir dibuatnya. Banyaklah dia punya abang sayang. Kejap lagi kaki ni yang melayang ke muka Jirey, biar padan muka!

"Awak jangan nak merepek dan buang masa saya boleh tak? Bak sini pendrive saya tu," pinta Dhir. Sekali lagi tak dipedulikan pun kata-kata Jirey.

Urgh! Nasib baik memikirkan tentang pendrive di tangan Jirey itu. Kalau tak, memang Dhir sudah larikan diri naik ke atas. Malas melayan perangai lelaki sengal ini. Rasa terancam keselamatan Dhir dibuatnya.

Jirey tak membalas. Hanya tersenyum-senyum memandang Dhir. Tak apa. Tak kesah pun sebab dia memang dapat agak reaksi gadis ini akan jadi seperti ini. Waktu di hospital kelmarin pun dia dapat agak, apabila gadis ini tak tahu siapa dia dan tak ambil peduli pun tentang identiti Jirey. She is not the usual type of girl. She is different... like, really different.

But different in a good way. Actually, in an adorable way.

"Awak tak nak kenalkan diri awak sendiri?"

"Kenapa pula saya kena kenalkan diri sendiri?" Dhir membalas pantas. Berserta dengan jelingan tajam.

"Playing hard to get. I like. My favourite." Sepantas itu juga Jirey membalas semula. Bagaikan tak terkesan langsung dengan reaksi Dhir yang jelas sangat malas melayan.

Urgh! Mahu mental Dhir kalau dia berlama-lama lagi dengan Jirey di sini. Ayat-ayat lelaki ini, ayat masuk air sungguh! Bukan mencair dengar, menyampah lagi ada!

"Jangan buang masa saya, Tuan Syed. Give me back my Kwangsoo."

Jirey blur beberapa ketika. Diulang semula kata-kata Dhir tadi di dalam kepala sebelum kening mula berkerut-kerut sendiri. "Kwangsoo?"

Spontan Dhir ketap bibir. Terasa nak hantuk kepala sendiri di dinding. Bengong! Macam mana boleh terlepas nama Kwangsoo pula ni? Ke kau memang sengaja memalukan diri sendiri, Dhir?

"Apa awak cakap?"

Dhir sengaja tak membalas soalan Jirey. Sambil dalam hatinya berulang-ulang berdoa semoga lelaki ini tak faham maksud Kwangsoo yang terpacul dari mulutnya tadi.

Jirey pandang pendrive di tangan. Kemudian kembali ke wajah Dhir, dengan satu andaian dalam kepala. Eyy, jangan cakap....

"Maksud awak, ni?" Sekali lagi Jirey tunjuk pendrive di tangan. Tapi apabila Dhir cuba merampas, laju tangannya digenggam semula. Menghalang.

Cis! Dhira mendengus.

"Bagi balik Kwangsoo saya!"

Beberapa ketika, senyap saja ruangan itu. Sehinggalah akhirnya, tawa Jirey meletus kuat. Gelak besar. Gaya terhibur sungguh-sungguh ni.

"For God's sake! Seriously! Awak namakan pendrive awak? Dan namanya Kwangsoo?" Jirey tanya, kemudian sambung gelak.

Dhir hanya mampu membalas dengan jelingan. Bencilah kena gelak! Apa masalahnya kalau dia namakan pendrive dia pun? Suka hatilah!

"Jantina apa ni? Baby girl ke baby boy?" tanya Jirey sebelum ketawa lagi.

"Diamlah!" Suara Dhir naik satu oktaf. Marah. "Baik awak bagi balik Kwangsoo saya. Dan macam mana awak boleh tahu tentang—" Terhenti ayat sendiri. Mata Dhir membulat sebelum dia hantar pandangan nak membunuh ke wajah Jirey. Tak perlu IQ tinggi pun untuk menjawab soalan tadi. Dah dapat agak jawapannya.

"Awak baca isi pendrive saya!" Dhir melengkapkan ayat sendiri. "How dare you! Awak tahu tak apa yang awak buat boleh dianggap menceroboh privasi saya?" Nada suaranya geram tahap petala. Tapi si lelaki di hadapannya itu masih lagi selamba tersenyum-senyum.

Itu senyuman yang paling Dhir tak suka. Senyuman serupa bad boy sebelum taubat dalam drama Korea.

"So... Cik Distract—"

"Hadhira!" Dhir memotong sebelum sempat Jirey melengkapkan kata-kata.

Senyum kemenangan kelihatan di bibir Jirey.

"Apa?" Pun masih pura-pura bertanya lagi lelaki itu. Sengaja.

"Hadhira!" kata Dhir tanpa memandang wajah lelaki itu. "Dhir, for short."

"Dhir." Jirey mengulang sebut nama itu sambil terangguk-angguk. Dan tak lama lepas itu diajukan pula soalan. Bersahaja. "Kalau macam tu, apa maksud Distract?"

Mata Dhir terus tajam memandang lelaki itu. Kalaulah boleh hantar sinaran laser macam kuasa adiwira dalam filem fiksyen, rasanya memang dah terbakar dah si Jirey ni.

"Boleh tak awak berhenti sebut tentang Distract?" Itu bukan permintaan. Itu amaran.

"Apa? Saya cuma sebut nama Distract. Saya tak cakap pun Distract tu awak. Triggered much?"

Ya Tuhan, menyampahnya! Dhir menghela nafas dalam.

Daripada ekspresi wajah Jirey, dia tahu lelaki ini sebenarnya dah tahu. Dengan Kwangsoo yang ada di tangan Jirey sekarang, dia yakin lelaki ini dah faham semuanya. Tapi lagak Jirey yang sengaja menghantar provokasi demi provokasi kepadanya membuatkan tahap tekanan darah Dhir bagai mencanak naik ke kepala.

Ini tak lain, Jirey mesti sengaja nak dia mengaku bahawa Distract itu sememangnya dia.

Ya. Distract ialah Dhir. Itu rahsia Dhir yang dia simpan kemas-kemas sejak beberapa tahun yang lalu.

Tapi macam mana rahsianya boleh terbongkar oleh makhluk menjengkelkan macam Jirey? Paling utama, macam mana Dhir boleh tak sedar yang Kwangsoo tercicir daripada simpanannya?

Stupid Dhir, stupid!

"Apa agaknya reaksi semua orang kalau dapat tahu, girlfriend SJ yang semua orang tengah kecoh sekarang ni, sebenarnya Distract? Seorang penulis unknown yang tak ada sesiapa kenal? Mesti semua orang terkejut, kan? Lebih-lebih lagi pembaca novel awak."

Dhir mengatur nafas sendiri. Cuba untuk bertenang. "Saya bukan girlfriend awak."

"Well, you are now." Laju Jirey membalas. "Itu yang semua orang tengah percaya sekarang ni. Semua orang tengah nak tahu tentang awak, tengah cuba untuk korek rahsia tentang awak. Saya rasa awak pun sedar tentang tu."

Dhir pandang tepat wajah Jirey. Berfikir apa sebenarnya jenis manusia yang tiba-tiba ada dalam hidupnya dan membuatkan hidupnya jadi kucar-kacir dalam sekelip mata.

Agak-agaknya devil with invisible horns, kut?

"Apa sebenarnya yang awak nak daripada saya?"

Jirey tak menjawab soalannya. Sebaliknya hanya senyuman penuh makna yang terukir di bibir lelaki itu. Kenapa Dhir katakan senyuman penuh makna? Sebab daripada senyum senget Jirey, dia dapat rasa seolah lelaki ini sedang merencana sesuatu.

Urgh! Seriously! Kenapa Dhir dipertemukan dengan lelaki sebegini?

"Tell me. Awak nak apa sebenarnya ni?" Sekali lagi Dhir menyoal. Geram sungguh dengan orang yang bermain teka-teki macam ni. Rasa nak lenyek-lenyek je baru puas hati!

Belum Jirey menjawab soalannya, Dhir menoleh apabila lelaki itu seakan sedang melihat sesuatu di belakangnya. Dia tertanya-tanya, apa yang sedang mengganggu fokus lelaki itu?

"Saya rasa dah lewat untuk kita teruskan conversation kita. Lebih elok awak naik dulu."

Kata-kata yang kedengaran daripada mulut Jirey itu membawa mata Dhir kembali mencari wajah lelaki itu. What's with this man, seriously? Rasa nak cekik hidup-hidup je. Memandai nak bagi arahan kat dia pulak!

Tapi itulah. Dhir malas nak bertekak lagi. Dan dia sendiri kalau boleh nak cepat-cepat lari daripada lelaki ini. Lantas tangan ditadah. Ingat dia lupa tentang Kwangsoo?

"My. Kwangsoo." Sengaja dituturkan sepatah demi sepatah. Nak ditunjukkan ketegasannya.

Jirey tak terus membalas, sebaliknya buat muka berfikir beberapa ketika. "Saya bagi kat awak esok." Hanya ditayang zirafah mini itu kepada Dhir sebelum kembali digenggam.

Dan Dhir, rasa geram mencanak naik sampai petala ketujuh! Tak cukup lagi ke kuota pertemuan dia dengan lelaki seorang ni, esok pun dia kena menghadap muka yang sama juga?

Oh, tolonglah!

📚

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

1.5M 48K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
274K 8.6K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...
794K 47.1K 56
Seorang gila, seorang tiada perasaan. Yang sama cuma dua-dua tak fikir panjang. Menyesal? Dah tak berguna. "Taknak kahwin dengan aku? Aku akan past...
32.9K 2.6K 52
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...