Isteri Sementara

Por Nurriel_Anuar

1.5M 34.1K 674

Gara-gara mengejar gaji sebanyak Rm 10,000 sebulan, Fazliatun membuat kerja gila dengan cara menjadi isteri... Más

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92

Bab 26

16.3K 496 19
Por Nurriel_Anuar

TENGKU FAZRUL SHAH mundar-mandir di pejabatnya. Hari ini dia kembali bertugas setelah hampir tiga minggu bercuti. Sudah pasti tugasnya semakin menimbun. Dia memicit dahi beberapa kali bagi meredakan fikiran. Sekejap lagi dia akan melawat tapak projek yang terletak di Sungai Besi. Syarikat miliknya baru sahaja berjaya mendapatkan tender berkaitan projek pembinaan yang bernilai hampir dua puluh juta ringgit itu.

Semakin hari, syarikat TFS Holding & Co semakin berkembang maju. Banyak projek pembinaan yang telah dibuat sejak akhir-akhir ini. Biarpun terpaksa bersaing dengan banyak syarikat yang sudah ada nama, namun TFS Holding & Co tetap menjadi pilihan pihak pemaju. Dia sudah boleh tersenyum bangga dengan kewibawaannya sebagai CEO di syarikat itu.

Tengku Fazrul Shah segera menekan butang interkom.

"Rina, masuk bilik I kejap!" arahnya kepada pembantu peribadinya itu.

Tidak sampai beberapa saat, Rina sudah pun berada di hadapannya seraya tersenyum manis.

"Ada apa Tengku panggil saya?" soal Rina sopan.

"I nak you senaraikan semua appointment I sepanjang minggu ni. Lepas tu, you letak kat atas meja I."

"Baik, Tengku! Anything else?"

"So far, tak ada lagi. If any problem, I will inform you shortly. Now, you can go.Thanks!"

Rina hanya mengangguk kecil sebelum keluar dari bilik majikannya itu.

Tengku Fazrul Shah meneruskan kembali kerjanya. Dia sungguh tekun meneliti dokumen-dokumen yang bersusun di atas meja. Sebagai CEO, dia mempunyai kuasa penuh untuk menandatangani setiap urusan berkaitan syarikat. Jika dia tidak ada, tiada sesiapa boleh menurunkan tandatangan kecuali Tengku Marzuki.

Sedang leka membaca dokumen-dokumen itu, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Tertera nama Nauri di atas skrin. Sebelum ini dia memang tidak memiliki nombor Nauri. Namun selepas Nauri menelefonnya kelmarin, dia terus menyimpan nombor itu. Hampir tiga kali gadis itu menghubunginya. Naik rimas pula dia jadinya. Entah apa yang diinginkan oleh Nauri. Macam tak ada kerja lain nak buat.

'Ish pompuan ni, apa aje agaknya yang dia nak dari aku? Memang tak reti bahasa betul,' omelnya dalam hati.

Setelah beberapa kali Nauri membuat panggilan, akhirnya dia terpaksa juga menjawab. Jika dibiarkan, makin banyak pula panggilan yang dibuat.

"Hello, you nak apa lagi ni, Nauri?" Keras suaranya.

"You dah lupa ke janji kita minggu lepas. You cakap nak temankan I shopping kat Pavilion." Nauri masih menagih lagi janjinya.

"I tak ada masa nak temankan you. I ada banyak kerja nak settlekan kat ofis. I harap you faham."

Tengku Fazrul Shah bangkit dari duduk. Dia melepaskan pandangan ke arah luar pejabat. Nafasnya ditarik panjang sebelum dihembus perlahan.

"Tapi, you kan dah janji. Sampai hati you buat I macam ni," rajuk Nauri.

"I tahu tu, tapi I betul-betul sibuk sekarang ni. You bagilah I masa sikit. Nanti kalau kerja I dah selesai, I akan call you." Begitu janji yang dibuat oleh Tengku Fazrul Shah. Memang dia suka berjanji. Dah ada isteri pun masih gatal melayan perempuan. Dulu cakap lain, sekarang ni lain pulak.

"Terima kasih, sayang!" Nauri tersenyum lebar.

"You sihat ke?" soalnya lagi.

"Tak berapa sihat sangat. Asyik ingat kat you aje. I rindu kat you, sayang." Nauri merengek manja.

"Buat apa you nak ingat kat I. I ni dah kahwin dan ada isteri." Tengku Fazrul Shah malas melayan kerenah Nauri. Pandai sungguh wanita itu menggodanya.

"I tak kisah semua tu. Asalkan you cintakan I, cukuplah. Lagipun, you kan lelaki. Nak kahwin dua pun boleh. Betul tak?"

Tengku Fazrul Shah tersengih.

"Memanglah lelaki boleh kahwin lebih daripada satu, tapi I tak suka macam tu. Kalau jadi skandal I, bolehlah." Tiba-tiba sahaja Tengku Fazrul Shah berkata begitu. Entah apa yang merasuk dia.

"Betul ke you cakap ni?" Nauri seakan-akan tidak percaya mendengar ucapan Tengku Fazrul Shah.

"Betul. Buat apa I nak main-main."

"Kalau wife you tahu macam mana?" tanya Nauri curiga.

"Dia tak akan tahu selagi I tak cerita. Lainlah kalau you sendiri yang bocorkan rahsia kita. Pandai makan, pandai simpanlah."

Perangai Tengku Fazrul Shah mula berubah sedikit. Sebenarnya, memang itu tujuan sebenar dia mencari calon isteri sementara. Dia tidak mahu terikat langsung dengan sebarang komitmen. Sebab itu dia membuat kerja gila dengan mencari seorang isteri yang boleh dijadikan alat. Dia bebas untuk keluar dengan mana-mana perempuan yang dia suka. Isterinya tidak boleh marah kerana sedar status mereka.

Kasihan Fazliatun. Hidup-hidup dia ditipu oleh Tengku Fazrul Shah. Seandainya gadis itu tahu perkara sebenar, pasti dia akan kecewa. Selama ini, Tengku Fazrul Shah terpaksa berlakon baik di hadapan isterinya kerana ingin mengambil hati Fazliatun. Dia pun takut jika rahsianya pecah sebelum masanya tiba. Masih banyak rahsia yang dia sembunyikan dari pengetahuan Fazliatun. Apabila tiba waktu yang sesuai, dia akan menjelaskan hal itu kepada isterinya.

"I pegang semua janji-janji you tu tau, sayang. Jangan khianati janji pulak. Siap you I kerjakan."

"Ya. You jangan bimbanglah. Apa yang I cakap, I akan buktikan kat you. Percayalah!"

"Okey. I akan tunggu you," kata Nauri riang.

Senyumannya lebar sampai ke telinga.

'Skandal pun skandallah. Janji duit dia aku dapat. Bagus jugak rancangan dia. Kalau aku kahwin dengan dia, tak dapatlah aku keluar bebas cari jantan. Tak apa, aku kena buat perlahan-lahan. Biar sampai dia sujud kat kaki aku. Dari skandal, tak mustahil boleh lekat sampai jadi suami isteri. Kita tengok ajelah nanti.'

Begitu pendirian Nauri. Jika ikutkan, dia jatuh hati pada Tengku Fazrul Shah kerana pangkat dan harta yang dimiliki. Bukan kerana cinta semata-mata. Lagipun, dia ada banyak skandal. Mana-mana lelaki yang berharta akan menjadi sasarannya biarpun lelaki itu sudah berusia. Janji poket tebal.

"Okeylah Nauri. I nak buat kerja dulu. Apa-apa nanti I call you. Bye!"

Tengku Fazrul Shah terus mematikan talian. Wajah Nauri seperti menari-nari di ruang matanya. Dia tersenyum lagi. Rasanya sudah sampai masa untuk dia bertindak. Setelah hampir sebulan berkahwin, dia merasakan semuanya sudah berjalan lancar. Fazliatun pun sudah menerimanya sebagai suami. Tak mungkin wanita itu ingin menarik diri dalam masa terdekat ini.

Dia cukup yakin akan hal itu. Memang pada awalnya, dia tak ingin menjalinkan sebarang hubungan dengan Nauri. Namun setelah dipujuk rayu berulang-ulang kali, entah mengapa hatinya boleh lembut pula. Lagipun bukannya mereka suami isteri, hanya skandal saja. Tidak ada sesiapa yang akan tahu jika dia tidak membuka mulut. Dan rahsia ini akan kekal menjadi rahsia sampai bila-bila.

Memang itulah tujuan sebenar dia mencari isteri sementara. Papa dan mamanya tidak akan menaruh syak padanya kerana dia sudah beristeri. Kalau dia nak ada hubungan dengan ramai gadis pun, mereka tak akan tahu. Dia bebas untuk berbuat apa sahaja. Apabila cukup masa, dia akan menceraikan Fazliatun. Setelah itu, dia cari lagi calon isteri yang baru sehinggalah dia berasa puas.


P/S: Korang rasa apa yang akan berlaku pada Fazliatun dan Tengku Fazrul Shah? Ha, kalau nak tahu kisah seterusnya, apa kata vote banyak-banyak dan komen ya. Jika ada yang nak baca, saya akan update lagi minggu depan. Thanks semua. Muahh...



Seguir leyendo

También te gustarán

71.1K 8.6K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
35.9K 4.1K 15
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
222K 8.7K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
257K 4.4K 96
Farah atau nama betunya iaitu Farah Delilah nisha adalah seorang gadis yang cantik,sopan,pandai Dan digilai ramai lelaki termasuk pensyarah pensyarah...