GADUH [✔]

By iwangojez

136K 11.6K 1.1K

fikir kelakar la tu? start; 11/5/2017 end; 16/12/17 More

G 1
G 2
G 3
G 4
G 5
G 6
G 7
G 8
G 9
G 10
G 11
G 12
G 13
G 14
G 15
G 16
G 17
G 18
G 19
G 20
G 21
G 22
G 23
G 25
G 26
G 27
G 28
G 29
G 30
The End

G 24

3.9K 323 30
By iwangojez

p/s; update awal sebab takut esok busy hewhew

*

"Hello?"

Aku bersuara sebaik sahaja menjawab panggilan yang mengganggu tidur nyenyakku di malam hari. Syaiton mana tah tak ada adab call memalam buta ni.

"Assalamualaikum wahai kekasihku Aisyah Humairah binti Ismail."

Puih. Naik loya tekak aku mendengar suara si pemanggil.

"Waalaikumussalam. Haa, kau nak apa ni, Ucop? Dah tak ada kerja lain ke mengganggu orang tidur? Pergi bobok sana lah. Ismail Izzani baru je nak masuk mimpi aku tadi. Kacau line ah kau ni."

Aku membebel geram.

"Ismail Izzani nak masuk mimpi kau? Ish, nasib baik aku sempat halang. By the way, aku rindu kau lah, tu yang aku call ni."

Suaranya didayu-dayukan. Meremang bulu ketiak, gais.

"Rindu bana kau. Baru dua hari tak jumpa. Nak menggedik tu bertempat sikit eh."

Aku melelapkan mata. Hand phone masih aku lekapkan di telinga.

"Yelah, kan kau dah balik Selangor. Baru ingat raya first nak serbu rumah kau. Tapi kau balik kampung ah pulak."

Peh, makin lama sikap gedik si Yusof ni semakin menjadi-jadi eh.

"Esok dah raya, takkan tak ada apa-apa wish kot untuk aku?"

Tambahnya lagi. Suaranya dihaluskan secomel mungkin.

"Raya esok kan? Esok lah baru aku wish. Haih, kau ni. Tak pasal-pasal kena hempuk satgi."

Dia tertawa kecil.

"Jangan tak call aku pula esok. Aku tahu pagi-pagi kau call eh."

Aku menjulingkan mata ke atas.

"Tengoklah macam mana. Sepatutnya hari raya macam ni, kita kena spend time dengan keluarga. Bukannya bergayut dengan phone je memanjang. Hestek, done dakwah."

Haa, Ustazah Aisyah dah mari.

"Ah kau, tak habis-habis dengan hestek done dakwah tu. Ye aku tahu lah. Kau call aku sekejap pun jadi lah. Tau tau. Pastu aku tak ganggu kau lagi."

Ye ye je tak ganggu. Bukannya boleh percaya mamat ni.

"Aku call sekali je. Kalau kau tak angkat, nasib kau lah."

"Eh, aku akan angkat punya. Don't worry okay baby."

Mohon lempang kepala dia sekarang.

"Baby kepala hotak kau berjambul."

Berdekah-dekah suaranya ketawa. Aku serious ni boleh dibuat main pula.

"Jangan lupa call esok tau!"

Dia berkata dengan penuh excited.

"Ye."

Aku menjawab malas.

"Bye. I love you."

"K bye."

*

"Humairah!!!"

Suara Abang Faiz menggegarkan satu rumah. Pisau memotong nasi impit ditangan nyaris-nyaris terlepas. Kalau jatuh kena kaki aku ni boleh berlubang agaknya. Dada aku pegang. Nasib baik aku sihat dari penyakit jantung. Tak pasal-pasal boleh kena heart attack tahu?

Abang Faiz dengan rambut kusut tak mandinya, air liur basi di pipi, dan dada terdedahnya bercekak pinggang memandangku.

"Apa jerit-jerit ni? Terkejut Mai tahu tak?"

Aku menyambung memotong nasi impit. Renungan tajam Abang Faiz aku abaikan.

"Asal tak kejut abang?! Dah pukul 9 dah ni. Semua orang dah pergi sembahyang raya. Tinggal abang sorang je tahu tak?!"

Aku menghamburkan ketawa besar. Ya, sekarang tinggal aku dengan Abang Faiz je kat rumah ni. Semua orang dah pergi sembahyang raya. Aku tak boleh solat so malas ah nak ikut sekali.

"Amboi-amboi. Sedap-sedap je nak marah orang eh? Abang yang tidur tak hingat dunia. Mai dah hempuk pakai kuali masak rendang tu pun tak bangun-bangun jugak. So, bukan salah Mai lah."

Rambutnya diraup kebelakang dengan kasar. Mukanya kelihatan kesal. Kiciwa gitu. Serious lawak sampaikan terherot berot mulut aku menahan tawa.

"Ala, malu lah abang macam ni. Apa pula kata Akak Sarah nanti. Tak dapat lah abang nak tunjukkan sikap suami material dekat dia. Mesti abang dah kena reject awal-awal."

Patutlah macam orang gila kecewanya. Dia ni minat dekat Akak Sarah, kakak sepupu aku. Dari dulu lagi dia berkenan dengan orang tu tapi Akak Sarah tak layan. Kesian aku tengok abang aku ni.

"Astaghfirullahaladzim abang. Kita kalau nak melakukan sesuatu ibadat biar ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T. Bukannya sebab nak tunjuk baik depan orang lain. Tu tak ikhlas namanya."

Aku berkata senafas.

"Yelleh abang faham. By the way, hestek done dakwah Mai mana?"

Abang Faiz memandangku dengan muka derp nya.

"Hestek, done dakwah!"

Aku berkata dengan penuh semangat sambil tersengih. Abang Faiz menggeleng-gelengkan kepalanya.

Bangun pagi
Gosok gigi
Cuci muka
Terus Mandi🎶

Handphoneku yang terletak di meja ruang tamu berbunyi. Abang Faiz menggelengkan kepalanya sekali lagi.

"Tolong angkatkan bang. Tangan Mai kotor ni."

Aku tersengih comel. Abang Faiz berjalan malas ke ruang tamu. Aku ke singki membasuh tangan.

"Haa Ucop! Selamat hari raya bro!"

Abang Faiz berkata seraya menghenyakkan punggung di atas sofa. Aku mengambil tempat di sebelahnya.

"Nak cakap dengan kesayangan? Amboi, mengada betul kau sekarang."

Muka aku dah merah menahan malu. Kepala bana lah si Yusof cakap macam tu kat abang aku.

"Adik aku tengah berak sekarang ni nanti call balik eh."

Mata aku membulat memandang Abang Faiz. Rahangku menyembah bumi. Bende siak?!

"Haa okay bye."

Dia menamatkan panggilan sambil tersenyum.

"Kepala hotak kau Faiz Hazri!!! Kau nak mati awal ke ni?!"

Aku mendekatinya lalu mencekik lehernya. Dia menggelupur cuba untuk melepaskan diri. Dia memang minta di smack down ni. Posisi sekarang aku berada diatasknya sambil mencekik lehernya. Tudung aku yang serabai aku biarkan.

"Tolong! Tolong!"

Dengan suara separuh nak mati dia menjerit.

"Mati kau! Mati!"

Aku terus menerus mencekiknya.

"Arghh tak-taknak! Aku banyak dosa lagi ni!"

Dia menjerit sambil tangannya cuba membuka cengkaman tanganku pada lehernya.

"Mati cepat! Kahkahkah."

Aku tergelak jahat.

"Ya Allah, Aisyah Humairah!"

Suara bingit Tokwan membekukan segala perbuatanku. Semua ahli keluarga tengah pandang ke arah kami berdua. Ya Allah, malunya. Ramai pula tu. Tokwan, Nekwan, Pak Long, Mak Long, Mak Ngah, Pak Ngah, plus dengan anak diorang lagi memang naik merah muka aku dibuatnya.

Abang Farhan datang ke arah kami lalu menarik aku dari menindih badan Abang Faiz. Aku senyap tanpa sebarang suara. Aku berdiri sambil menunduk bermain dengan jari jemari. Abang Faiz memandangku sinis. Dia turut berdiri di sebelahku sambil tangannya disilangkan didada.

"Mai nak bunuh Abang Faiz ke apa?"

Nekwan bersuara. Aku menggeleng pantas.

"Dia tipu! Tadi dia nak cekik Faiz. Nasib baik korang semua datang tolong."

Abang Faiz mengangkat jari telunjuknya tepat ke arah mukaku. Mata aku membulat.

"Mai, apa ni? Hari raya pun nak bergusti ke?"

Pak Ngah bersuara sambil tersenyum kecil.

"Mana ada. Jantan ni yang nak mati awal."

Aku menjawab lalu mengangkat kepala dari menunduk.

"Apa jantan-jantan? Ni abang Mai tahu tak? Hormat sikit eh."

Abang Faiz berkata seraya memandangku tajam.

"Eleh, kalau ye pun pergilah pakai baju dulu. Ingat lawa sangat ke dada tu?"

Abang Faiz terus memandang ke arah badannya. Sepantas kilat, dia berlari ke arah bilik. Haa, tahu pun malu. Aku tergelak kuat.

"Dah dah. Jom kita makan dulu."

Tokwan berkata lalu mengatur langkah ke meja makan.

*
"Selamat hari raya abang. Mai minta maaf atas segala salah dan silap."

Usai bersalam-salaman dengan semua ahli keluarga, kini tiba giliran bersalaman dengan Abang Faiz pula.

"Heh."

Dia bersuara. Amboi, tangan aku pun tak disambutnya. Pandang lagi lah tidak.

"Cepatlah salam."

Aku menarik tangannya lalu aku cium. Kemudian, aku menggenggam tangannya kuat.

"Ah, lepas! Lepas! Sakitlah!"

Dia menjerit kesakitan. Aku tersenyum sinis lalu menguatkan genggaman.

"Rasakan wahai makhluk tuhan yang sombong dan bongkak!"

Aku melepaskan genggaman. Dia mengurut tangannya yang sudah kemerah-merahan.

"Adik durhaka!"

Dia menjeling.

"Eh, kesah?"

Aku mengangkat tangan ke bahu lalu mata ku pusingkan ke atas.

"Mai, Paiz, jom amik gambar sekali!"

Abang Farhan menjerit dari luar rumah.

"Coming!"

Aku dan Abang Faiz berlari keluar. Masing-masing bersaing siapa sampai dulu. Walhal takde benda pun nak di saingkannya.

"Eh, kau sana! Jangan berdiri sebelah aku."

Abang Faiz menolak bahuku kasar.

"Kau fikir aku hamak sangat nak berdiri sebelah kau?"

Aku berjalan ke sebelah kanan Abang Farhan. Dia kini berada di antara aku dan Abang Faiz. Papa yang dari tadi memerhati menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Say cheeze!"

Aku tersenyum menampakkan sebaris gigi memandang kamera yang dipegang oleh Paklong.

"Paiz! Kau ni merosakkan gambar jelah. Asal gerak?!"

Aku menjeling Abang Faiz sebaik sahaja melihat gambar yang ditangkap oleh Paklong.

"Mana aku tahu. Tak sengaja lah!"

Abang Faiz membela diri. Ei, aku tempeleng jugak nanti.

*

Screen telefon aku scroll mencari contact Yusof. Butang call aku tekan.

"Mai!"

Aku menjauhkan screen dari telinga apabila suara bingit Yusof menampar gegendang telinga.

"Kau ni, aku dah pesan jangan jerit-jerit. Kalau ye pun bagilah salam dulu wadduh wadduh kau ni."

Aku berkata dengan nada lembut.

"Kk sorry. Assalamualaikum WBT."

Sengaja salamnya dikuatkan suara.

"Waalaikumussalam WBT."

Aku menjawab pantas.

"Selamat hari raya maaf zahir dan batin, Mai."

Yusof berkata dengan nada yang sangat sopan.

"Selamat hari raya gak. Kosong-kosong! Tapi part yang kau tampar aku haritu aku tak nak maafkan lagi."

Kataku sambil tersenyum.

"Ala, bulan baik ni. Apa salahnya maafkan je sekali?"

Suaranya mengendur.

"Tak adalah, gurau je."

Dia tertawa kecil.

"Selain ucapan selamat hari raya, aku nak ucapkan lagi satu selamat."

Dahi aku kerutkan. Pelik dengan kata-katanya.

"Selamat apa?"

Aku bertanya.

"Selamat merindu-rindukan aku, sayang."

Jantan ni aku sepak nanti.

"Yelleh."

Aku berkata sambil mencebik.

"Tadi en aku tersalah bukak pintu."

Kata Yusof.

"Kau terbukak pintu apa?"

Aku bertanya dengan curious.

"Aku terbukak pintu hati kau. Cia cia."

Aku siku jugak beruk ni nanti.

"Sudahlah kau."

Dia tertawa besar. Pick up line tak habis-habis tau dia ni.

*

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam satu Malaysia.

Disini dengan berat hati saya, iwangojez ingin menyatakan bahawa saya akan berhenti update sampailah habis PT3. Sorry sesangat. Terima kasih sebab baca cerita ni sampai sekarang. Stay tune ok?

Doakan saya mendapat keputusan yang cemerlang bak flying colours tau.

Amin and byeeee ♥

Continue Reading

You'll Also Like

1.7M 93K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
1.9K 83 14
Sebuah Karya MISS RAH CIKGU ITU SUAMIKU (STATUS : ON GOING) NURIN SYAZWANI, seorang pelajar tingkatan lima yang dipaksa mengantikan tempat kekasih s...
2.8K 708 68
[EDISI THE BOYZ 5.0 FINAL] Sebelum Gerimis berlakunya peringkat pertama, iaitu Mendung. Dan peringkat selepas Gerimis ialah Hujan. Sangyeon berada d...
45.6K 10.6K 25
K A R Y A|| k e s e b e l a s [ this story just like, "yang kuban kuban jelah" ha like that ] Kisah percintaan hantu lagi best dari manusia 🗿 Eh tib...