GADUH [✔]

Autorstwa iwangojez

136K 11.6K 1.1K

fikir kelakar la tu? start; 11/5/2017 end; 16/12/17 Więcej

G 1
G 2
G 3
G 4
G 5
G 6
G 7
G 8
G 9
G 10
G 11
G 12
G 13
G 14
G 15
G 16
G 17
G 18
G 19
G 20
G 21
G 22
G 24
G 25
G 26
G 27
G 28
G 29
G 30
The End

G 23

3.4K 312 47
Autorstwa iwangojez

"Mai, jangan macam ni."

Matanya memandang redup ke dalam anak mataku.

"Jangan apa? Aku cakap kita putus kan? Putus maksudnya putus lah! Kau tak faham bahasa ke?"

Aku merenungnya tajam. Nafasku tidak teratur.

"Kau salah faham ni, Mai."

Kata Yusof perlahan.

"Salah faham apanya? Kau fikir kau siapa hah? Sedap-sedap je tampar anak orang! Kau fikir tak sakit ke siak?"

Bidasku separa menjerit.

"Aku bukan tampar kau. Tadi ada lalat hinggap kat muka kau. Tu yang aku tampar tu. Aku tampar lalat, bukan kau. Tapi tulah, lalat tu dah terbang dulu."

Katanya sambil tersengih. Kepalanya digaru-garu.

"Lalat kepala hotak kau! Kau ni bodoh ke apa? Ya Allah, KAU FIKIR LAWAK KE WEH? Tak pernah-pernah orang tampar lalat. Kalau nyamuk tu aku boleh lah terima lagi. Ni lalat tahu tak? LALAT WEH!"

Aku menampar-nampar badannya. Serious aku geram gila dengan dia ni. Dia mengadu kesakitan.

"Aku tahulah kau ni kurang bijak. Kalau ye pun, simpan lah sikit kebodohan tu. Jangan tunjuk kat orang sangat."

Tambahku lagi. Tak pasal-pasal aku kena lempang disebabkan oleh SEEKOR LALAT. Huh. Aku tak tahulah nak cakap apa lagi dekat dia ni. Atau aku patut bawak dia ke hospital, pergi check mana tahu dia ni ada masalah otak? Atau aku patut sumbat mulut dia dengan kismis supaya dia ni jadi bijak sikit? Dasar bengap!

Bengap pelajaran tu ok lagi. Masalahnya dia punya bengap ni dah tak boleh terima daa ni. Bengap nak pupus.

"Ala, aku mintak maaf lah weh. Aku takut lalat tu kentut dekat kau. Kau tahu kan kentut lalat boleh bawak penyakit? Aku sayang kau. Aku tak nak kau sakit nanti."

Katanya sayu. Aku mengeluh.

"Dah lah Ucop. Penat ah nak cakap dengan kau. Bikin sakit hati aku je tahu tak?"

Tangan aku lekapkan di dada. Mengenangkan nasib malang yang menimpa diri.

"Apa kau cakap ni Mai? Aku sayang kau. Faham tak? Aku tak nak kau kena penyakit daripada kentut lalat tu. AKU SAYANG KAU."

Dia memandang ke dalam anak mataku. Nafas aku hembus kuat.

"Tak pernah dibuat orang manusia kentut dengan lalat weh. Lainlah kalau lalat kentut dekat makanan. Tu yang boleh menyebabkan manusia kena penyakit sebab keracunan makanan. Ada faham?"

Terangku kepadanya. Kepalanya terangguk-angguk memahami kata-kataku.

"Lah yeke? Sorry lah Mai. Aku mana tahu."

Katanya sambil melekapkan kedua-dua telapak tangan tanda memohon maaf.

"Yelah yelah."

Aku mengangguk kecil. Malas lah nak besar-besarkan hal macam ni. Aku harap korang tabah ok kalau dapat boyfriend yang macam ni? Hestek, sis pasrah. Hestek, sis redho.

*

Kereta milik Yusof berhenti di hadapan pagar rumahku. Jam di tangan aku lihat. Dah pukul sebelas lebih daa ni.

"Thanks tau teman aku pi beli baju. Susah-susah je."

Yusof berkata sambil tersenyum manis.

"Memang susah pun."

Aku berkata lantas membuka pintu kereta. Yusof tertawa mendengar kata-kataku.

"Alah, apa salahnya? Kita kena practice keluar sama-sama selalu. Kau pun kenalah tahu apa yang aku suka, apa yang aku tak suka. Nanti dah kawin takde ah susah."

Dia tersengih nakal. Mata aku julingkan ke atas.

"Jangan nak menggedik ah kau. Jodoh kita pun belum tentu ada ke tak."

Mukanya berubah merah padam.

"Apa kau cakap ni Mai? Aku yakin. Kita mesti ada jodoh punya. Kita usahalah. Kita jaga hubungan ni baik-baik. InsyaAllah, ada jodoh punya."

Dia menghadiahkan senyuman hambar. Mungkin terasa kot dengan kata-kataku tadi.

"Mai, esok aku datang buka puasa kat rumah kau lagi eh?"

Yusof mencuit lenganku. Ee gedik je.

"Kalau aku cakap tak boleh pun kau datang juga kan?"

Derp face aku tayangkan kepadanya.

"Ya pandai!"

Dia berkata sambil tersengih lebar.

"Yelah. Aku masuk dulu lah eh."

Pintu kereta aku buka.

"Aik, tak ada ucapan untuk yang di sini ke?"

Lenganku dicapai menahan aku keluar dari kereta. Aku yang baru sahaja hendak keluar terduduk kembali.

"Ucapan apa kau nak?"

Aku berkata senada. Haih dia ni, aku dah lah penat, ngantuk pula tu, mengacau hidup orang je dia ni tau. Aku nak bla pun susah.

"I love you baby Ucop ke..."

Kerinting bulu hidung aku mendengarnya.

"Ee menggelikan. Tak de masa aku nak berbaby-baby dengan kau. Bab* nak?"

Yusof mencebik. Muka comel ditayangkan kepadaku. Rambut yang terjatuh di dahi diraup ke belakang.

"Yelah yelah. Bye sayang. I love you."

Aku tersenyum mendengar luahannya.

"Bye. Aku keluar dulu."

"Eh, i love you untuk aku mana?"

Dia memandangku simpati.

"Ngengada eh? Takde takde. Bye."

Aku keluar dari perut kereta. Yusof cuma tersenyum mendengar kata-kataku. Lambaian dihadiahkan kepadaku sebelum kereta Yusof meninggalkan perkarangan rumah.

"Haa, anak dara dah balik!"

Bahuku terhinjut apabila disergah dengan satu suara garau. Badan aku pusing kebelakang. Terserlah muka Abang Farhan sedang tersengih-sengih memandangku dari dalam.

"Eh Paan, tak reti bagi salam ke? Terkejut Mai tahu tak?"

Bebola mataku mengecil memandangnya.

"Fine. Assalamualaikum adikku Aisyah Humairah yang tersayang."

Senyuman terukir di bibirku melihat gelagatnya yang macam pak ustaz tu.

"Waalaikumussalam. Haa, kan elok gitu."

Dia menjulingkan mata ke atas.

"Syok dating?"

Aku mencebik. Syok apanya kalau kena penampar di sebabkan oleh seekor lalat?

"Dah takyah sibuk. Bukak pintu pagar ni cepat."

Abang Farhan tersengih nakal. Mukanya berubah kepada evil face. Tanduknya ku lihat mula keluar dari kepala.

"Pandai-pandai ah Mai. Abang masuk dulu. Hati-hati sebab abang dengar cerita ada penanggal merayau-rayau kat kawasan perumahan rumah kita ni. Bye."

Dia melemparkan senyuman jahat tahap syaiton di rejam.

"Weh paan! Jangan tinggalkan aku! Bukak lah weh pintu pagar ni cepat! Aku takut weh! Paan! Paan!"

Pagar aku goyang-goyangkan. Janganlah seksa aku macam ni ya Allah. Aku takut! Pekikan di abaikan. Dia tersengih dari pintu dalam dan menjelir lidah kepadaku.

"Mai, apa kat atas kepala Mai tu?"

Mukanya diseriouskan sambil menunjuk ke atas kepalaku. Mataku membulat terkejut. Tangan dah mula menggeletar. Lutut aku rasa macam nak tercabut ni.

"Weh tolong! Bab* Paan tolonglah aku!!!"

Aku menjerit macam orang gila. Abang Farhan ketawa terbahak-bahak di muka pintu. Kaki aku kepit menahan diri dari terkencing! Siap kau Paan, aku dapat kau memang aku cincang 14!

*

Yuhuu, dah update!

A/N;

Next update will be on...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
FIRST HARI RAYA AIDILFITRI NANTI! TUNGGU EH! SAYA BAGI KAW KAW SWEET PUNYA! HATI-HATI. JANGAN SAMPAI KENA KENCING MANIS PULAK YA! SEE YA!

Czytaj Dalej

To Też Polubisz

38K 2K 86
[D O N E] Welcome to Mobile Legends.. opss tersasul pulak. Welcome to my first imagination and reality sweet moments with crush or crushes (rmai yang...
262K 11.1K 95
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
264K 16.6K 63
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
1.6M 122K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...