Three Avalians Of Magical Cou...

By KingNamzar

59.8K 755 137

Pemenang Wattys 2018 [Pengkarya Asli] Hasad dengki dan iri hati menyebabkan meletusnya Perang Pentagon demi s... More

Pengenalan
Bab 1: Efhan Ezami
Bab 2: Azran Amzar
• New Update •

Prolog

2K 198 46
By KingNamzar

12 Ogos 2015.
Bumi.
Sandakan.

Kesibukan para penduduk tempatan tetap berlangsung walaupun matahari sudah ingin melabuhkan sinarnya di ufuk barat. Deretan kedai sederet di setiap sisi bangunan masih lancar beroperasi seakan masih berharap ada tambahan rezeki untuk hari itu.

Tidak kurang terpalitnya kesibukan sama kepada pengusaha jualan makanan dimasak segar yang terbina sebaris menghadap muara Sandakan. Muara yang terhubung langsung dengan Laut Sulu.

Ting! Ting! Ting!

Loceng mini ditekan berkali-kali oleh seorang pekerja yang terpasang apron pada badannya.

"Meja 5! Nasi Goreng Kampung dan Milo pink! Boleh sudah kau hantar!"

Laungnya kepada salah seorang pelayan yang bergegas mendekat. Terserlah jelas loghat tempatan dari pertuturannya. Pelayan mengangguk semangat.

Segera dulang berisi pesanan itu, dibawa untuk dihantar. Sambil melintasi meja-meja makan yang dipenuhi pelanggan dan disibukkan dengan para pelayan yang ralit memberikan khidmat yang sepatutnya, dia rancak melayan muzik yang terpasang pada radio besar.

"Ini odermu bosku."

Pinggan dan cawan yang berisi diletak hemat atas meja. Senyuman mesra diberikan kepada dua pelanggan di situ sebelum pergi untuk tugas yang lain.

Salah seorang menarik pinggan dan gelas ke arahnya. Sudu dan garfu diambil dari bekas.

"Kau pasti tak nak pesan apa-apa, Alisya?" Sesudu nasi disuap ke dalam mulut sambil menoleh pandangan kepada gadis usia hampir 20 an itu.

"Tak. Aku masih kenyang lagi. Kau makan sajalah Afzan." Balas Alisya yang melempar pandangan ke arah laut yang berombak tenang. Rambut panjang yang diikat ekor kuda, terbuai disapa angin sepoi-sepoi.

"Berita Terkini. "

Muzik yang terpasang tiba-tiba berganti dengan suara penyampai berita. Suasana meriah terus bertukar sunyi.

"Malam ini dijangka akan adanya fenomena hujan tahi bintang yang akan merentasi atmosfera bumi. Fenomena ini dapat dilihat dengan jelas pada beberapa kawasan setempat diantara pukul 8 malam hingga pukul 9 malam. Kepada yang berminat untuk melihat, dinasihati untuk berhati-hati dan berwaspada pada sebarang kemungkinan yang berlaku."

Afzan melirik sebentar jam tangan di tangan kanannya.

"Lagi seminit." Ulasnya sebelum meneguk air Milopink kegemarannya.

"Kau pasti kita boleh nampak dekat sini?" Tanya Alisya tiba-tiba.

"Seratus peratus." Sahut pemuda itu yang juga berusia sebaya dengannya. Alisya tersenyum dengan jaminan itu. Tak sabar dia rasa. Melihat fenomena tahi bintang adalah perkara yang sangat diminati.

"Tengok tu!" Jerit salah seorang pelanggan penuh gembira menarik perhatian orang sekitar. Tidak ketinggalan Afzan dan Alisya.

"Fenomena tu dah kelihatan!" Tambah pelanggan tu membuatkan semua orang lekas menoleh ke arah langit.

Kelihatan berpuluh-puluh cahaya melintas di dinding langit membuatkan semua orang terpesona melihat fenomena itu.

Alisya berdiri dari tempat duduk sebelum bergerak keluar menuju ke jeti yang tersedia diikuti Afzan yang terkejar-kejar dengan gelas Milopinknya.

"Sangat menakjubkan!"

Alisya memuji. Walaupun ini bukanlah kali pertama dia melihat secara langsung, dia tetap kagum dengan kejadian semula jadi itu. Bagaimanapun, kekagumannya hanya seketika apabila melihat sesuatu yang aneh kepada fenomena itu.

"Sesuatu yang tak kena, Afzan." Beritahunya tidak sedap hati.

"Kenapa tu?"

Alisya menuding jari. Menunjuk ke langit yang kelihatannya ada tiga butir tahi bintang pergerakannya agak menyimpang jauh daripada trajektori yang asal. Semakin lama semakin jelas dan besar saiznya.

"Ia seakan menghala ke bumi!" Jawab Alisya mulai panik.

Gelas yang dipegang jatuh ke atas jeti. Afzan segera memaut hujung lengan baju Alisya.

"Itu bukan lagi seakan Alisya! Itu memang nak menghempas ke sini!" Komennya lalu mengheret Alisya meninggalkan kawasan itu.

Alisya terus memantaskan langkah membuntuti Afzan. Sesekali dia melihat semula ke langit. Matanya segera menangkap perubahan langit yang aneh sebaik sahaja tahi bintang itu memasuki atmosfera.

Tidak lama kemudian, siren kecemasan darurat berbunyi nyaring di kawasan perbandaran itu. Sekaligus membuatkan semua orang panik dan berpusu-pusu menyelamatkan diri. Keanehan itu tidak hanya disedari oleh kawasan perbandaran Sandakan malah turut menggemparkan ke seluruh perbandaran yang lain bahkan ke seluruh dunia.

Ketiga-tiga tahi bintang atau dengan nama lain iaitu meteor, bergerak laju menuju ke beberapa kawasan dalam negeri itu.

Satu menghempas kuat di kawasan berdekatan dengan Gunung Kinabalu sebelum membakar hutan belantara di sekitarnya.

Satu pula jatuh terhempas ke kawasan pedalaman berhampiran dengan Lembangan Maliau. Impaknya besar dan hampir memusnahkan keseluruhan banjaran bukit bukau sekeliling.

Yang terakhir, meteor yang agak kecil, terhempas ke kawasan daerah Kinabatangan. Impaknya tidak terlalu hebat tapi cukup mengegarkan bumi berpuluh kilometer jauhnya.

Jatuhnya tiga meteor serentak, mengakibatkan kerosakan yang dahsyat ke seluruh daerah berdekatan. Bencana itu diikuti dengan gempa bumi membuatkan fasiliti runtuh dan mengorbankan banyak penduduk membuatkan itulah bencana alam terburuk yang pernah berlaku dalam sejarah.

Bagaimanapun, sebalik tragedi malang itu, tersenyum puas satu entiti jauh di atas atmosfera bumi pada sebuah portal sebelum menghilang tanpa jejak seakan tak wujud ia di situ.

•••

Waktu yang sama,
Istana Inderaputra, Negara Pelentur,
Planet Elemen.

Jauh di tingkat atas sebuah istana besar dan megah, berdiri seorang lelaki berupa usia menghampiri suku abad, pada balkoni istana. Dia bersilang tangan, menghadap negara kota di bawah pimpinannya yang terbentang luas sejauh mata memandang.

Dia diam seribu bahasa namun terkandung jelas kerisauan besar pada raut wajahnya yang dihiasi misai nipis.

"Tuanku.." Sapa seseorang penuh hormat menyedarkan dia dari dunia sendiri.

Dia menoleh. Melihat sosok tubuh seorang lelaki separuh abad, sasa tubuh badannya, serta menyimpan misai tebal dan sejemput janggut pada wajahnya sedikit sebanyak menyiram aura ketenangan kepada pemimpin muda itu.

"Ketua Menteri Azwan." Sebutnya perlahan.

Ketua menteri itu tersenyum.

"8 Ketua Menteri sudah berkumpul di bilik mesyuarat. Kami sedia memulakan perbincangan, tuanku."

Beritahu Ketua Menteri hormat. Pemimpin muda itu bergerak dari balkoni.

"Baiklah." Jawabnya sebelum masuk ke dalam.

Kedua-duanya beriringan pergi ke sebuah bilik bersidang yang agak luas ruangnya tidak jauh dari situ. Sebaik sahaja pintu dibuka, kelihatan 7 manusia lengkap berpakaian seragam sudah sedia menunggu di meja bulat.

Pemimpin muda itu segera mengambil tempat duduk diantara dua kerusi kosong di hadapan manakala Azwan ke tempat duduk yang sesuai dengan jawatan dipegangnya. Mereka duduk serentak.

Dia memerhati ke hadapan di mana pemimpin muda itu berada.

"Dukacita beta umumkan yang Avalians Kedua dan Avalians Ketiga hilang dari medan perang sewaktu menangani bala tentera dari Riblis." Beritahu pemimpin itu memulakan bicara.

Kesemua Ketua Menteri yang ada terkejut mendengar berita itu kecuali Azwan, Ketua Menteri Perang. Bilik mesyuarat dihiasi bisik-bisikan.

"Bagaimana perkara itu boleh berlaku? Angkara siapa?" Soal seorang Ketua Menteri perempuan tiba-tiba.

"Sihir."

Sampuk Azwan. Ringkas tapi cukup membuatkan kesemua Ketua Menteri terpana.

"Sihir? Mustahil."

"Pasti Khizrak!"

"Bagaimana ini boleh terjadi?"

"Ke mana para pelindung Avalians? Tidak mereka jalankan tugas?"

Kesemuanya bersoal satu sama lain akan hal itu. Kehilangan Avalians Kedua dan Ketiga, bukanlah satu perkara kecil. Avalians adalah pemimpin tertinggi negara pelentur dan negara ini ada tiga Avalians. Hilang dua daripadanya cukup menggugat kestabilan Negara Pelentur walaupun Avalians Pertama ketuanya.

"Mohon diam." Tegur Azwan. Seluruh bilik kembali sepi. Dia memandang pemimpin muda. Pemimpin itu mengangguk faham.

"Beta tahu kamu risau dengan kestabilan negara Pelentur atas ketiadaan Avalians Kedua dan Ketiga kerana beta juga turut berduka. Tetapi, bukankah elok kiranya kalian bersama-sama dengan beta, dapatkan buah fikiran untuk mengetahui ke mana hilangnya Avalians berdua itu." Pujuk pemimpin itu.

"Mengapa tidak gunakan saja kekuatan Magiems untuk mengesan keberadaan mereka, tuanku Amzar?" Celah seorang Ketua Menteri lelaki, yang duduk bersebelahan dengan Ketua Menteri perempuan tadi.

"Tidaklah beta bertanya jika bukan kerana beta sudah menggunakan cara tersebut, Ketua Menteri Aizman." Sahut Amzar.

Aizman diam. Tiba-tiba, Ketua Menteri perempuan tadi bersuara semula.

"Jika Magiems tidak dapat mengesan lokasi tuanku Avalians berdua hilang, pasti mereka telah diteleportasi ke tempat yang tidak terjangkau oleh Magiems."

Usulnya menarik perhatian Amzar.

"Teruskan, Ketua Menteri Bunga."

"Setahu patik, selain sihir, Khizrak juga memiliki kebolehan teleportasi. Teleportasi jarak jauh. Patik syak Khizrak melakukan sebaliknya dan menghantar tuanku Avalians berdua ke luar galaksi Planet Elemen. Contohnya, planet lain."

Semua yang ada saling berpandangan.

"Planet lain. Adakah kamu maksudkan planet Kristal?"

Bunga menggeleng kepada Aizman.

"Planet itu masih berada dalam jangkauan semesta kita. Mungkin lebih jauh daripada itu."

"Mengikut teori kau sebagai Ketua Menteri Angkasi Lepas, Bunga, planet mana yang jadi pilihan Khizrak?" Azwan bersilang tangan.

"Pernah dengar Planet Biru?" Soal Bunga.

Belum sempat Azwan meneka, Amzar menyahut terlebih dahulu.

"Beta pernah."

Sahutnya sekaligus melepaskan unsur tanah, air dan angin ke tengah-tengah meja sebelum memanipulasikan membentuk miniatur elemen menyerupai sebuah planet.

"Planet Bumi."

Continue Reading

You'll Also Like

18.7K 1K 72
"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa...
244 56 9
▫️ I never regret knowing you, dunia▫️ Anna Zehra atau panggilan keluarga sebagai Dahlia. Dia merupakan satu mangsa yang hampir diperkosa s...
2.4K 301 24
Pada mulanya membenci,lama kelamaan dia mula sayang. Cuba untuk bersikap buruk tetapi tidak boleh.
81.6K 617 7
duniaku yg penuh dgn dugaan