Aduhai, Senior Kerek !

By MiraFifah_

149K 8.1K 483

Disebabkan kelancangan mulut Sharmima dalam berkata-kata , satu pergaduhan telah tercetus diantara dia dan se... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
EԹILOG
A,SK ! 2

BAB 7

7.8K 502 23
By MiraFifah_

Hari Jumaat yang dinantikan telah tiba. Para peserta yang menyertai kem sudah mula memenuhi ruang di Dataran Sains.

Aku mencari kelibat kawan-kawanku dengan tangan menjinjing beg.

Mana dia orang ni ? Semua pakai tudung hitam ! Aku seorang je ganjil pakai tudung kelabu !

"Sha!!!!" jerit Nisa lalu menghampiriku.

"Kau orang pergi mana? Aku cari, tak nampak pun tadi ! Kata nak tunggu dekat tempat pengawal,tapi tak ada! " kataku dengan nada sedikit geram.

"Hehehe... Pergi kantin kejap tadi," balas Nisa mewakili yang lain.

"Beg kau macam ringan je Sha," komen Ikin yang cuba mengangkat begku.

" Tiga hari dua malam kan sekejap je," balasku.

"Ramai ke Orang Melayu yang pergi ?" soalku sekadar ingin bertanya.

"Ramai lah jugak," jawab Wawa ringkas.

Aku mengangguk faham.

"Para peserta sila beratur ! Saya akan sebutkan senarai nama untuk peserta yang menaiki bas pertama dan kedua. Sila berikan perhatian! " pinta Cikgu Rafidah dengan nada tegas.

Mereka mula membuat barisan bagi pelajar lelaki dan perempuan.

Beberapa minit kemudian,

"Baik,kamu semua boleh bergerak menaiki bas yang telah ditetapkan! Jangan sesuka hati kamu nak tukar bas lain !" pesan Cikgu Rafidah.

"Geng abang aku naik bas sama dengan kita," kata Nisa .

"Jadi Mikael pun naik bas sama dengan kita lah? " soal Ikin dan membuat muka terkejut.

"Yupz," jawab Nisa ringkas.

"Kenapa kau buat muka macam tu?" soal Wawa pelik.

"Weyh Sha! Kau okey ke kalau dia orang satu bas dengan kita? " soal Ikin apabila melihat aku hanya mendiamkan diri.

Memang tak okey ! Kenapalah dia sertai kem ni ? Semak argh !

"Woi ! Aku tanya kau ni ! " kata Ikin dengan nada sedikit tinggi.

"Okey je. Kalau aku cakap tak okey pun, macam lah cikgu bagi tukar bas." kataku selamba.

Relaks ! Buang perasaan marah dan sebagainya tu ! Ceria Sha ! Ceria !

Kami meletakkan beg di tempat yang sepatutnya, kemudian menaiki bas.

Kami berempat mula mencari tempat kosong.Bahagian di tengah menjadi pilihan.Jadi mereka mengambil tempat di bahagian tengah.

Aku mengambil tempat di bahagian tepi tingkap kerana aku ingin melihat keindahan ciptaan tuhan disepanjang perjalanan itu nanti.Tentu cantik dan menarik.

Cikgu Suriati mengira jumlah peserta di dalam bas kedua, manakala Cikgu Shahirah meneliti setiap nama peserta.

"Cikgu nak ingatkan, jangan berdiri sewaktu bas bergerak ! Sebab takut nanti kamu akan terjatuh. Jadi duduk diam-diam ! " pesan Cikgu Suriati.

Bas mula bergerak lalu meninggalkan kawasan perkarangan sekolah.

Aku memanjangkan leher dan membesarkan mata untuk memerhati keadaan di dalam bas.

Hmmm,masing-masing main telefon...

Pandanganku terhenti di bahagian belakang bas.

Ada seorang manusia berjantina lelaki sedang melambaikan tangannya ke arahku, iaitu Muhammad Ikhwan Naufal.

Aku ke ?

Aku membalas lambaian tangannya. Dia tersenyum. Kawan disebelahnya mengangkat kepala dan memandang ke arahku.

Gulp ! Mikael !

Dia memberikan pandangan tajam. Aku segera mengalihkan pandangan ke hadapan.

Sumpah aku tak nak toleh belakang dah!

Mikael memandang ke arah kawan disebelahnya itu.

"Kau kenal ke budak tu ?" soalan pertama yang ditanya kepada Ikhwan, atau nama timangannya Wan.

Sekadar ingin bertanya soalan yang sudah tahu jawapannya.

"Kenal,kenapa? Kau nak berkenalan dengan dia ke?" soal Ikhwan pula.

"Tak ingin aku nak berkenalan dengan budak tu," balas Mikael dan membuang pandangannya ke arah luar tingkap.

"Aku saja nak tambah kenalan. Lagipun orang kata, berkawan biar beribu,berkasih biar satu ! " ujar Ikhwan tiba-tiba.

"Hmmm..."balas Mikael.

"Dia cantik! Comel! Pandai ! Dia pun berbakat tau ! Pandai menyanyi, bersajak, bersyair dan macam-macamlah. Sha tu pasukan bola jaring wakil sekolah jugak tahu !" cerita Ikhwan berasa teruja dengan bakat yang dimiliki oleh gadis itu.

"Apa-apa jelah. Aku tak berminat langsung untuk tahu tentang dia," kata Mikael dengan perasaan menyampah mendengar segala pujian yang diberikan kepada budak nerd yang digelarkan itu.

"Kau memang tak suka dengan junior ek ? " soal Ikhwan ingin tahu.

"Ya, dan budak tu adalah junior yang paling aku tak suka gila !" terang Mikael.

"Kenapa?" soal Ikhwan serentak dengan Zariff dan Muazzam yang berada di belakang.

"Kau orang pun dengar ke ? " soal Mikael kepada Zariff dan Muazzam.

"Haah, saja curi-curi dengar." terang Muazzam.

"Bro, cakaplah kenapa kau tak suka junior yang bernama Nur Sharmima tu," desak Ikhwan.

"Kalau kau orang nak tahu, dialah budak nerd yang aku gelarkan dalam cerita yang aku bagitahu tu." terang Mikael.

"Ouh dia orangnya... Tapi percakapan dia ok ja ? Tak laser macam kau cakap tu pun," kata Zariff.

"Kau belum kenal dia yang sebenar lagi. Dia tu kasar tahu tak, bukannya lembut macam kebanyakan perempuan! " sambung Mikael.

"Macam mana kau tahu ? Kau bukan kenal dia sangat pun," balas Ikhwan.

"Dari pandangan aku ja," kata Mikael selamba.

"Hek eleh ! Ingatkan kau dah memang betul-betul kenal dia ! " kata Muazzam dengan riak tidak puas hati.

Haih.. Cara bercakap macam dia dah lama kenal Sha tu !

"Bro ! Don't judge a book by it's cover ! " kata Ikhwan dan mula membuka laman instagram di telefonnya.

Mikael sekadar tersengih.

Macam-macamlah kawan aku ni !

Masa berlalu begitu pantas.Empat jam sudahpun berlalu.

"Ikin bangun !" kejut Sharmima.

"Huh? Dah sampai tempat kem ke? " soal Ikin dalam keadaan separuh sedar.Dia mula menggeliat.

"Belum lagi, ni cikgu kata singgah sekejap untuk sesiapa yang nak pergi makan tengah hari atau beli apa-apa." terangku.

"Ouhk,yang lain mana?" soal Ikin.

"Dah turun dulu." jelasku ringkas.

Mereka berdua turun daripada bas.

"Huwaaa! Sejuknya dekat sini!" jerit Ikin berasa teruja.

"Woi ! Tak payahlah jerit! Orang tengoklah," tegurku.

"Kau orang nak makan tak ?" soal Wawa.

"Aku tak nak," jawab Nisa.

"Aku pun tak nak," jawabku

Ikin pula menggelengkan kepala.

Kami berempat mula berjalan menuju ke gerai-gerai yang mempamerkan pelbagai jenis barangan.

"Kak Sha !" panggil seorang junior.

Kami berempat berpaling.

"Eh Atikah.. Nina.. Kenapa?" soalku. Aku sempat membaca tanda nama mereka.

"Ermm kita orang nak join akak dengan kawan-kawan boleh ?" kata Atikah.

"Lagipun kita orang berdua je junior perempuan yang melayu, tak best pulak berdua je." tambah Nina.

"Boleh, apa salahnya. Nak makan tak? Kalau tak, jom jalan-jalan dekat gerai-gerai ni." ajak ku.

"Kita orang follow akak je," balas Nina.

Atikah mengiyakan kata kawannya itu, Nina.


Kami berenam mula melihat barangan-barangan yang dijual dari setiap gerai ke gerai yang lain.

Banyak benda yang menarik perhatianku dan kawan-kawan.

Telefon bimbitku tiba-tiba berdering, pantas sahaja aku menjawabnya.

Rupa-rupanya panggilan itu daripada mamaku yang tersayang. Dia menyoal tentang keadaanku di sini dan pelbagai lagi soalan lain.

Setelah lama berbual, aku mematikan talian.

"Siapa telefon?" soal Nisa.

"Mama," jawabku.

"Ouh..." balas Nisa.

"Mama aku, suruh hantar gambar kat whatapps. Panggil lah yang lain. Kita ambil gambar jap," pintaku.

Nisa memanggil kawan-kawanku, sementara itu aku mencari latar belakang yang menarik sedikit.

"Abang tolong ambilkan gambar kita orang," pinta Nisa apabila abangnya lalu di situ.

Ikhwan hanya menurut sahaja.
"Ok,sedia semua? Pandang kamera." arahnya.

2 keping gambar telah dirakamkan.

"Ok thanks,"ucapku dan ingin mengambil telefonku semula. Dia mengacah seperti tidak mahu memberi.

"Eh kejap! Jom kita wefie !" pintanya.

"Tak nak," kataku.

"Kalau tak nak, Wan tak bagi telefon ni." ugutnya pula.

Sabar je lah dengan mamat ni !!!

"Sekali je, pakai telefon Wan tu." kataku mengalah dengannya.

Dia tersenyum lalu memberi telefonku semula.

"Muka comel tau !" pesannya.

Kami berdua memandang ke arah kamera.

Klik !

Satu gambar berjaya dirakamkan.

"Ehem !" bunyi seseorang berdehem.

Kami berpaling.

"Err.. Sha gerak dulu,"kataku dan mula beredar pergi.

"Ouh... K," balas Ikhwan. Dia memandang Mikael.

Dia orang tetap bermusuhan ke ? Hal kecil je pun...

Setelah lama dalam perjalanan, para peserta dikejutkan dengan satu berita yang kurang baik untuk didengari.

Beritanya adalah tempat perkhemahan yang sepatutnya dijalankan telah beralih ke tempat lain.

Kata cikgu, terdapat sedikit masalah tentang pengesahan tempat perkhemahan itu. Jadi kami akan menginap di Hotel Madani selama 3 hari 2 malam itu.

Sebarang aktiviti berair dan dihutan juga tidak akan dijalankan, kerana pihak PDRM tidak membenarkan.

Kes pelajar lemas dan pokok tumbang baru-baru ini telah memberi peringatan bahawa kita harus sentiasa berjaga-jaga.

Akhirnya kami tiba jua di Hotel Madani, tempat yang akan kami jalankan aktiviti kem.

Guru-guru mula membuat beberapa taklimat penting kepada para peserta.
Kemudian,mereka sibuk mengangkat beg masing-masing. Sementara itu, aku selaku wakil ketua bilik pergi mengambil kunci daripada Cikgu Azuan.

"Terima kasih cikgu,"ucapku sesudah mengambil kunci dan ingin berlalu pergi.

"Mima! Tunggu sekejap," laung satu suara.

Aku menoleh.

"Aku ke ?" soalku kepada empunya suara yang cukup aku meluat untuk memandang.

"Kau lah, siapa lagi."katanya kerek.

"Apasal kau pergi kem ni ?" soalnya sinis.

"Suka hati aku lah nak pergi kem ni pasal apa," jawabku geram.

Menyibuk kenapa ?

"Oh ya, aku tahu kenapa kau pergi kem ni.. Kau pergi sebab aku pergi kem ni kan ? Sebab kau nak jumpa aku kan ? " duganya.

Aku terkejut mendengar butir bicaranya.

"Tak payah perasan sangat boleh tak ? Kalau aku tahu kau pergi kem ni, memang aku akan batalkan terus untuk pergi !" kataku geram dan menyampah dengannya.

Terasa seperti akan ada gunung berapi yang bakal meletus. Tunggu sahaja masanya.

"Oh ya, kau tak payah nak menggedik sangat dengan member aku tu. Aku menyampah tahu tak, " katanya lagi.

"Ada aku kisah kau menyampah ke tak? Blah lah kau ! Cakap je lah kau jealous sebab tak ada orang nak bergambar dengan kau ! Muka dah lah macam tembok pecah !" kutuk ku walhal mukanya adalah suci bersih.

Aku berjalan laju menuju ke kawan-kawanku.

Kenapalah aku pergi dengar cakap dia suruh tunggu sekejap tadi? Haih !!!

Mikael tercengang.

"Huh! Muka punya handsome macam ni, dia kata macam tembok pecah ? Sah, perempuan ni tak ada citarasa!" ujar Mikael sendirian.

Dia menggenggam kunci biliknya dan mula bergerak ke bilik bersama kawannya.

Kini mereka berdua masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk berdamai.










Antara Mikael dan Sharmima? Siapakah yg akan merendahkan ego dan menghulurkan salam kemaafan ?
Teruskan baca & Vote :)

Continue Reading

You'll Also Like

6K 197 54
sofia | helmi https://open.spotify.com/playlist/4lw1fVhtU6oC5UOzompd8C?si=52hMBIcTQQmMRG3b4pDqnw "Sorry, aku lebih tertarik kepada yang sebaya deng...
3.7M 231K 62
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling...
703K 31.5K 38
newbie , first ff saiia :) story dia macam nii . Tengku Ariesya Arieyanna bt Tengku Azimi Azmir yg terpaksa pindah atas urusan keluarga dia . Dengan...
186K 9.1K 35
Hai..sekali lagi saya perkenalkan diri sebagai FR..huhuhuhux Watak yang dah lama saya teringat buat LUHAN..and Wanita itu ialah PARK Li Sa huhuhux...