Aduhai, Senior Kerek !

By MiraFifah_

150K 8.1K 483

Disebabkan kelancangan mulut Sharmima dalam berkata-kata , satu pergaduhan telah tercetus diantara dia dan se... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
EԹILOG
A,SK ! 2

BAB 6

7.4K 440 9
By MiraFifah_

Sharmima segera mengalihkan pandangan disaat matanya bertembung dengan mata Mikael.

Dia segera mengambil coklat dan air yang dipinta oleh Mikael itu tadi.

"RM 4.40," beritahu Sharmima kepada Mikael.

"Cancel," katanya sepatah dan berlalu pergi.

"Sorry," ucap Zariff.

Aku sekadar menghadiahkan senyuman.

" Geramnya aku ! Kalau tak nak beli, tak payah datang koperasi ! Pergi kantin sana tu ! " bebel Sharmima setelah kelibat dua orang senior itu hilang dari pandangannya.

"Kau dah kenapa ? " soal Ikin pelik mendengar Sharmima membebel.

"Err... Tak ada apa-apa," jawab Sharmima selamba.

"Bagi kunci," pinta Wawa.

Aku menghulurkan kunci korperasi kepadanya.

" Pelik-pelik je kau ni, Sha." kata Ikin lalu memasuki koperasi.

Ahmad Mikael melangkah masuk ke dalam pusat sumber bersama Zariff.

"Kenapa tak jadi beli ? " soal Zariff pelik melihat karenah kawannya itu.

Lain macam je muka dia, bisik hatinya.

"Saja," jawab Mikael ringkas sambil tangannya sedang menulis nama di dalam buku rekod kehadiran murid.

"Kau kenal ke Sharmima ? " soal Zariff lagi.

"Huh,Sharmima ? Siapa ?" soal Mikael pula.

"Setahu aku, tak ada member kita nama Sharmima," sambungnya lagi.

Siapa Sharmima ? Aku tak pernah dengar pun nama tu... Mima, Cute jugak nama tu !

"Haihh... Sharmima tu, nama perempuan dalam korperasi tadi tu lah!" terang Zariff.

What? Itu nama dia? Aku tarik balik kata aku yang nama dia tu cute !

"Ouh, nama budak nerd tu Sharmima... Kenal ," jawab Mikael.

"Macam mana kau kenal dia?" soal mereka serentak.

"Kau dulu," pinta Mikael.

"Aku kenal daripada Wan," jawab Zariff ringkas.

"Kau pulak ?" soalnya pula.

"Aku kenal dia dari tahun lepas, dia langgar aku masa hari guru." jelas Mikael.

"Ouh..."balas Zariff.

"Weyh,aku lupa nak tanya! Jumaat minggu depan kau jadi tak pergi kem perdana tu ?" soal Zariff inginkan kepastian.

"Mestilah jadi! Kalau duduk rumah, aku bukan ada kawan yang boleh ajak gaduh ke berborak ke... Mama dengan papa aku pun busy je," jawab Mikael yang berasa kesunyian.

"Aku faham," balas Zariff.

Mereka memulakan tugas sebagai pengawas pusat sumber sekolah.

Loceng telah berbunyi, menandakan waktu rehat bagi pelajar tingkatan dua telah tamat.

"Weyh!!! Cepatlah kira duit tu ! " arah Ikin tegas.Dia mula memenuhkan ruang air di dalam peti sejuk.

"Kau apahal nak buat kerja cepat-cepat ? Rileks lah," balas Sharmima yang sedang menyusun duit mengikut jumlahnya.

"Oi mak cik ! Lepas habis rehat kan ada taklimat untuk persediaan ke kem ! Kau lupa ke ? Nanti kalau lambat tertinggal lah perkara penting yang cikgu cakap!" bebel Ikin.

"Lah ya ke ? Aku lupalah beb ! Wawa cepat tolong aku double check jumlah duit ni !" gesa Sharmima.

Situasi di dalam koperasi menjadi kelam kabut.

Setelah selesai mengunci pintu korperasi, kami bertiga bergegas menuju ke bilik guru.

Aku memberikan kunci koperasi kepada Cikgu Nurul, manakala Wawa menyerahkan duit kepada cikgu.

Kami bertiga ingin berlalu keluar dari bilik guru dengan segera. Takut tak sempat mendengar taklimat !

"Eh sini kejap," panggil Cikgu Nurul.

Kami berhenti.

"Ermm, ya kenapa cikgu ?" soal Ikin.

"Kamu semua ambil borang ni dulu," pinta cikgu.

Ikin dengan pantas mengambil pen dan melengkapi borang tersebut. Sementara itu, aku bertanyakan tentang borang itu.

"Cikgu,borang tu untuk apa?" soalku ingin tahu.

"Borang lawatan untuk pengawas korperasi sekolah,"jawab cikgu.

"Bila cikgu? Dekat mana?" soal Ikin teruja.

"Tak pasti bila, yang cikgu tahu luar dari negeri Selangor." jawab cikgu.

"Bayarannya berapa cikgu?" soal Wawa apabila sudah lama menyepi.

"Free!" jawab cikgu dan tersenyum.

Kami berpandangan antara satu sama lain.

"Bestnya!!!" teriak Sharmima.

Wawa memukul bahuku.

"Maaf cikgu, excited sangat tadi." ucapku.

Malunya aku !

"Cikgu kami minta diri dulu," kata Ikin.

Cikgu Nurul mengangguk dan tersenyum.

"Dah lambat !" teriak Ikin.

Mereka menuju ke Dataran Sains.

Semua pelajar sudah mula bergerak masuk ke dalam kelas.

"Lambatlah kau orang," rungut Nisa.

Mereka jalan beriringan masuk ke dalam kelas.

"Cikgu kata apa?" soalan pertama yang disoal oleh Ikin.

"Ok,pertama cikgu cakap datang sebelum 7.30 pagi.Sebab sebolehnya nak bergerak awal," terang Nisa.

"Barang keperluan?" soal Wawa.

"Nah, nanti kau orang salin. Lepastu bagi aku balik tau," pesan Nisa.

Kami mengangguk faham.

"Pakaian nak pergi pulak?" soal Ikin.

"Telefon ?" soalku pula.

"Pakai T-shirt sekolah. Cikgu cakap tudung bebas. Oh ya, telefon sebolehnya bawalah. Sebab nanti senang nak hubungi ibu bapa waktu balik," jelas Nisa.

Aku merebahkan badan ke atas katil. Aku tersenyum seketika.

"Bestnya tahun ni ! Jumaat depan pergi Cameron Highlands,lepastu ada lawatan untuk pengawas korperasi dan lagi satu, lawatan ke Kidzania !" ujarku sendirian.

"Umur aku dah 14 tahun, rasanya masih tak tua untuk aku ke 'Kidzania' tu" ujarku lagi.

Aku membuka handphone dan melihat mesej whatapps yang masuk.

Aik, nombor sapa pulak ni ?

+012 453 ••••

Assalamualaikum,

Waalaikumussalam, ni siapa ?

Wan.

Wan mana ni ? Saya kenal ke ?

Muhammad Ikhwan Naufal.

Ingatkan siapa tadi...

Ermm,awak tengah busy ke ?

Tak.

Awak pergi kem perdana tak, minggu depan ?

Pergi,kenapa?

Saya pun pergi jugak!

Ouh...

~~~~

"Kak,kau boleh tolong ajarkan tak?" soal Syafik tiba-tiba dengan membawa buku latihannya.

Dia menuju ke katil kakaknya.

"Kau main masuk je bilik aku, ketuk lah dulu.Terkejut tahu tak." kataku.

"Selama ni ok je aku main terjah masuk bilik kau.Leka sangat kau dengan hanphone tu.." balas adiknya.

"Apa-apa jelah,duduk kat meja tu dulu." pintaku.

Syafik hanya menurut.

~~~~

Err,Sha offline dulu tau.
Ada kerja sikit.

Okay,nanti kita chat lain kali ;)
Gd Nite ! Bye !

Bye !

~~~~

Aku terus mematikan handphone.

Lain kali chat lagi ? Err, tak nak aku ! Tapi mana dia dapat nombor aku ni ? Siapa yang bagi ehh?

"Kak cepatlah ! " panggil Syafik.

Apalah yang kakak aku fikirkan tu ?

Aku mula menuju ke meja belajarku dan mengajar Syafik menjawab soalan yang tidak difahaminya.

Continue Reading

You'll Also Like

94.2K 3K 22
Kisah seorang remaja perempuan yang di kacau oleh seorang lelaki yang bernama Tom yang usianya 40-an. Tom ingin membalas dendam terhadap Amelia. Amel...
37K 2K 15
𝓐𝓻𝓪𝓵𝔂𝓷 𝓤𝓶𝓪𝓲𝓻𝓪 ~ 𝓡𝓲𝔃𝓺𝓲 𝓕𝓲𝓻𝓪𝓼𝓱 A little sweet moment between them. ps:-maaf sekiranya ada banyak kesalahan tatabahasa <3
343K 15.3K 19
Kehidupan Juliana Erisya sebagai seorang pelajar sangat tenang sehingga datangnya seorang guru baru lelaki, Sir Rayyan Adam yang sangat kacak dan men...
3.6K 456 44
R A N D O M Achievement: 🎖The Exclusive' Award | Top 3 Random 🎖️Novelis Award | Top 2 The Best Quotes #6 - precious ♪ ♫︎ ✵ You're strong. ✵ ✵ You'...