Aduhai, Senior Kerek !

By MiraFifah_

151K 8.1K 484

Disebabkan kelancangan mulut Sharmima dalam berkata-kata , satu pergaduhan telah tercetus diantara dia dan se... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
EԹILOG
A,SK ! 2

BAB 5

8.1K 487 18
By MiraFifah_

KRINGGGGG !!!!

Menandakan waktu persekolahan bagi sesi pagi sudah tamat.

Pelajar-pelajar tingkatan tiga,empat dan lima memenuhi laluan untuk ke pagar sekolah.

"Zariff, kau datang ke petang ni ?" soal Ahmad Mikael sambil berjalan bersama kawannya menuju ke pagar sekolah.

"Mestilah datang, aku bertugas hari ni. Tapi bosanlah sebab Azzam tak datang," jawab Zariff.

"Ouh.. Kalau macam tu aku bertugas jugaklah petang ni," katanya.

"Kau bukan bertugas hari Jumaat ke? " soal Zariff berasa pelik.

"Ya,memang aku bertugas hari Jumaat. Tapi Jumaat lepas aku tak datang bertugas, jadi aku ingat nak gantikanlah dengan hari ni." terangnya.

"Ok lah kalau kau datang, tak ada lah aku rasa bosan sangat." kata Zariff.

Mereka berdua terus berbual-bual sehingga keluar dari perkarangan sekolah.

Sementara itu, pelajar tingkatan satu dan tingkatan dua berhimpun di dataran sekolah.

Cikgu Rosmawati memasuki kelasku. Hazim menjalankan tugasnya selaku ketua kelas.

"Selamat Sejahtera cikgu !" ucap Hazim dan diikuti yang lain.

"Baik,duduk semua."arah cikgu.

"Cikgu dah siap semak kertas ke ?" soal Adia tidak sabar ingin mengetahui markahnya.

Pelajar yang lain juga begitu.

"Kertas Sejarah kamu semua, ada lagi sikit cikgu tak habis semak. Kalau dah siap tanda hari ni, cikgu bagi." kata cikgu.

"Sesiapa yang belum siapkan lagi folio sejarah, boleh siapkan sementara saya habiskan tanda kertas exam kamu ni. Yang dah siap jangan bising!" pesan cikgu dengan nada tegas.

Mereka semua mula membuat kerja masing-masing.

"Kau orang dah siap folio? " soal Wawa.

"Dah," jawab Ikin.

"Sabtu lepas dah siap,"jawabku.

"Samalah dengan aku," kata Nisa lalu menepuk tangan Sharmima.

"Jadi semua dah siap! Apa lagi jom borak !" kata Wawa.

"Tapi jangan bisinglah nanti cikgu marah,".Aku mengingatkannya tentang pesanan cikgu sebentae tadi.

Mereka bertiga membuat isyarat 'ok'.

"Cerita tentang pertama kali kau jumpa 'Senior K' ," kata Wawa.

Aku mengangguk faham.

"Ehem, macam ni ceritanya. Tahun lepas masa hari guru....". Aku mula menceritakan tentang kali pertama aku terjumpa 'Senior K' tu.

Aku sampai sekolah terus berjalan pergi bilik guru sebab nak ambil buku kedatangan murid 1Kemahiran 2.

Jam dah pukul 7.20 a.m.! Semua dah mula beratur mengikut kelas. Aku tergesa-gesa menuju ke bilik guru.

Tiba- tiba masa nak belok masuk laluan bilik guru tu, aku bertembung seorang pelajar lelaki.

"Ooopss!" kataku spontan.

Aku melihat beberapa buku atur cara yang dipegang lelaki itu jatuh bertaburan.

Nasib baik cenderahati yang lelaki tu pegang sebelah tangan kiri tak jatuh.

"Woii ! Kau buta ke? " teriak lelaki itu kerana terkejut.

Aku hanya memekakkan telinga dan terus mengutip Buku Atur Cara Majlis Hari Guru itu tanpa pertolongannya.

"Jalan tu tengoklah pakailah mata, bukan lutut! Pakai cermin mata besar pun tak nampak !" kata lelaki itu dengan nada sedikit kuat.

Mamat ni bising sangat apahal ? Terlanggar sikit je pun !

Setelah mengutip kesemua buku itu tanpa pertolongannya, aku berdiri dan menghulurkan buku itu.

"Maaf, aku terlanggar tadi." ucapku dan tertunduk. Muka dia? Aku tak tengok lagi.


"Aku dah lah nak cepat tadi ! " rungut lelaki itu.

"Fikir kau seorang je nak cepat?" kataku pula dan memandangnya.

"Apa kau cakap tadi? Ulang balik !" pintanya.

"Lah pekak rupanya ! " kataku dengan menekankan perkataan 'pekak'. Aku dapat membaca tanda namanya.

Ahmad Mikael !

Baik aku blah.

"Woii budak nerd! Aku tak habis cakap lagilah! " teriak lelaki itu lagi.

Telingaku berasa panas dan berasap mendengar setiap butir bicara lelaki itu sejak tadi.

Dia panggil aku budak nerd ! Aku ada namalah ! Nur Sharmima Binti Khairul !

Aku menoleh dan berjalan ke arahnya.

"Kau nak cakap apa lagi? Aku dah cakap maaf kan ? Nama aku Nur Sharmima Binti Khairul! Suka hati kau je panggil aku budak nerd! " bentakku.

"Engkau ni memang jenis yang tak reti nak respect senior ke ? " soalnya kerek.

"Huh! Perlu ke ? Kau pun kutuk aku tadi ! " kataku dengan nada geram

"Hey ! Aku ni senior dan kau tu junior ! Respectlah ! Harap je muka cantik, tapi mulut laser!" katanya sambil mengbadiahkan pandangan kerek.

"Aku rasa tak ada istilah yang junior mesti respect senior ! Yang ada aku dengar 'respect each other' !" kataku dan berlalu pergi .

"Wow! Menariklah cerita kau ! " kata Ikin.

"Menarik apanya? "soalku.

"Yalah , dalam drama atau novel kan mesti macam terlanggar lepastu ada gaduh-gaduh sikit. Lama-lama dia orang ditakdirkan berjumpa dan masih benci.Kemudian suka sama suka pulak,"kata Ikin.

"Aku suka 'Senior K' ? Memang tak lah! " kataku.

"Kasarnya kau dengan dia,"sampuk Nisa.

"Dia start cakap aku macam-macam kan, aku pun marahlah." kataku membela diri.

"Biasanya orang kalau pertemuan pertama mesti terpikat, lepastu jatuh suka atau jatuh cinta..." kata Wawa.

"Eeeei,kau orang ni terpengaruh dengan drama lah! Nasib baik aku tak suka tengok drama! Novel pun tak suka! " kataku.

"Engkau semua tak suka,"kata Wawa.

"Jadi nama 'SeniorK' tu Ahmad Mikael. Jangan tanya lagi." kataku.

"Dia tu anak dato kan ?" soal Wawa.

"Ya ke ? Aku tahu nama dia Ahmad Mikael bin Ridzuan je," balasku.

"Nama dia Ahmad Mikael bin Dato' Ridzuan lah. Anak tunggal. Dia tu tak lah sombong sangat. Cuma tak suka dengan junior. Waktu dia datang rumah aku pun, dia macam kerek jugak."jelas Nisa.

"Dia ramai followers lah dekat Instagram,"kata Ikin.

"Aku tak follow senior pun,"kataku

"Kenapa ehh tak suka junior ? " soal Wawa.

"Abang aku cakap sebab dia kata junior ni annoying,"jawab Nisa.

"Macamlah senior tak anoyying," balas Wawa.

" Dah lah, cerita topik lain pula." kata Sharmima dan mereka mula bercerita mengenai perkara lain.


"Weyh,aku buka koperasi dulu tau! Kau orang pergilah rehat,"kata Sharmima.

Mereka berdua membuat isyarat ok.

Di dalam koperasi, aku refill semua makanan serta minuman.

Dari dalam stor, aku terdengar seperti ada orang memanggil. Aku menuju ke hadapan.

Senior rupanya...

"Ya, nak beli apa ?" soalku dengan ramah.

"Ermm,ambil air lemon tea satu." pintanya.

Aku membuka peti sejuk lalu mengambil sebotol air lemon tea.

Dia menghulurkan dua keping wang kertas berwarna biru.

Aku mengambilnya dan meletakkan duit itu ke dalam bekas.

"Mika! Kau nak beli apa-apa tak ? " laung senior tu.

Aku terkejut mendengar nama itu.

Mika ? Mikael ke .....

"Jap,"kata senior dihadapanku.

"Bagi air Tinge Lemon satu dengan kitkat 2," kata kawan senior itu tadi.

Mata kami bertembung.

Budak Nerd ?

Huh, Senior K ?

Continue Reading

You'll Also Like

548K 21.7K 38
Ania zahra telah meminati seseorang sejak di bangku sekolah menengah. Dia hanyalah gadis biasa yang rendah, kurang cantik dan hidup dengan sederhana...
714K 31.8K 38
newbie , first ff saiia :) story dia macam nii . Tengku Ariesya Arieyanna bt Tengku Azimi Azmir yg terpaksa pindah atas urusan keluarga dia . Dengan...
60.4K 1.5K 13
"kenapa awak selalu je berkelakuan dingin?" "Kalau macam tu hangatkan la.." "Hmm? macam mana tu?" "You know what to do~" P/S: Mungkin ada kata² kesat...
2M 79.8K 54
Irfan Hakimi. Seorang pensyarah muda yang paling terkenal di kampus atau erti kata lainnya Lecturer Paling 'Hot'. 'Hot' sangat ke? Eleh, semua tu tak...