GADUH [✔]

By iwangojez

136K 11.6K 1.1K

fikir kelakar la tu? start; 11/5/2017 end; 16/12/17 More

G 1
G 2
G 3
G 4
G 5
G 6
G 7
G 8
G 9
G 10
G 11
G 12
G 13
G 15
G 16
G 17
G 18
G 19
G 20
G 21
G 22
G 23
G 24
G 25
G 26
G 27
G 28
G 29
G 30
The End

G 14

3.9K 379 21
By iwangojez

Ting tong!

Bunyi loceng rumah menampar gegendang telingaku. Oh yes! Aku menyarung tudung bawal creep hitam dan berlalu keluar dari bilik dan turun ke bawah.

"Assalamualaikum."

Yusof memberi salam dari luar pagar rumah banglo milik keluarga Aisyah. Dia mengenakan t-shirt berlengan pendek berserta seluar jeans berwarna hitam. All black gitu. Rambutnya di pacakkan sedikit di bahagian hadapan. Fuh, handsome!

Pintu pagar automatic itu kemudian terbuka dengan sendirinya. Yusof mengatur langkah masuk ke dalam perkarangan rumah. Matanya meliar memerhati setiap sudut banglo tersebut. Cantik!

"Eh, Ucop! Ada apa datang ni?"

Lembut suara Faiz menegur apabila melihat Yusof berada di perkarangan rumahnya. Badan Yusof dipeluk lalu menjemput Yusof masuk ke dalam rumah.

"Aku er aku-"

Tergagap-gagap Yusof menjawab pertanyaan Faiz. Sebelah tangannya diletakkan di belakang tengkuk.

"Mai yang suruh Yusof datang."

Aku yang baru tiba di ruang tamu memotong kata-kata Yusof lalu memberi senyuman yang manis sekali kepadanya. Yusof menjelingku tajam.

"Lah yeke? Ada apa?"

Abang Faiz bertanya dengan muka pelik. Yelah, aku dengan Yusof ni kan pernah bergaduh haritu, tiba-tiba lak ajak datang rumah. Tak ke pelik ye dok? And, Abang Faiz ada bagitahu yang Yusof ni kononnya bespren poleber (best friend forever) dia. Tah kenapa entah kawan dengan dak-dak bawah umur. Kejadah dia.

"Adalah. Abang tak perlu tahu pun. Ni urusan Mai dengan Yusof."

Aku menjelaskan kepada Abang Faiz yang ralit memandangku sambil duduk di atas sofa. Mukanya kelihatan ragu-ragu. Cis, boleh mati aku kalau bagitahu yang Yusof kena jadi maid aku harini. Tak pasal-pasal dia bagitahu papa nanti. Wadduh, kenapa lah aku tak terfikir semua ni? Rosak plan aku!

"Dia suruh aku jadi maid dia harini."

Yusof berkata sinis. Dia memandangku sambil menjongketkan sebelah kening. Ish! Dia ni tahu-tahu je apa yang ada dalam fikiran aku. Mata Abang Faiz membulat sebaik sahaja mendengar apa yang di katakan oleh Yusof. Aku terkedu. Muka aku tunduk. Tak berani melihat renungan tajam yang diberikan oleh Abang Faiz.

"I-i can explain."

Tergagap aku berkata. Jantungku berdegup kencang. Abang Faiz ni memang lah baik. Tapi, kalau sekali dia naik angin, mampus aku. Aku mengambil tempat di sebelah Abang Faiz. Tangannya aku capai.

"Explain lah cepat."

Abang Faiz memandang tepat ke dalam anak mata ku.

"Se-sebenarnya Mai gurau je. Kan Yusof?"

Kataku sambil bermain dengan jari jemari Abang Faiz. Aku pamerkan sengih. Tak apalah tipu sunat. Yusof kulihat sedang tersenyum kemenangan.

"Ok habistu? Mai sebenarnya nak buat apa dengan Yusof? Dating?"

Abang Faiz berseloroh. Yusof tersedak. Aku tergelak kecil. Ni je cara nak cover line.

"Er, ha'ah."

Kataku selamba. Yusof dah terbatuk-batuk. Mata Abang Faiz membulat dengan pernyataanku. Lol. Aku pun tak tahu apa yang aku cakap ni.

"Apa kau cakap-"

Kata-kata Yusof aku pintas dengan menekup mulutnya. Abang Faiz yang melihat tersengih-sengih. Aku luku kang baru tahu. Yusof sudah meronta-ronta untuk dilepaskan. Aku memandangnya tajam. Isyarat agar dia tidak membuka mulut.

"Ehem, ehem."

Abang Farhan berdehem sebaik sahaja turun dari tangga. Aku melepaskan pegangan pada mulut Yusof.

"Haa, Yusof!"

Abang Farhan bersalaman dengan Yusof lalu menolak aku ke tepi dan dia duduk di antara Yusof dan aku. Jangan risau sofa ni memang muat untuk 4 orang ok.

"Lama tak nampak abang."

Yusof berkata dengan Abang Farhan. Tak sangka pulak Yusof rapat dengan kedua-dua abang aku nih.

"Hahaha tulah. Yusof datang nak jumpa Faiz ya?"

Abang Farhan bertanya.

"Saya-"

"Mai yang ajak Yusof datang."

Aku memotong kata Yusof lagi. Dia merengus geram.

"Biaq pi lah. Diaorang nak berdating katanya."

Abang Faiz menyampuk sambil tersenyum gatal. Saja nak usik aku lah tu.

"Lah, bila couple?"

Pertanyaan Abang Farhan tu buat aku rasa macam nak hempuk je kepala dia.

"Tak yah sibuk."

Aku berkata lalu pantas tanganku menarik Yusof ke taman di bahagian belakang rumah. Dia menurut. Aku dan dia duduk di meja yang berada di situ. Dia pandang aku dengan perasaan yang susah aku nak tafsirkan.

"Benda kau merepek ni?"

Yusof bertanya kepadaku. Aku tersengih.

"Tolong la aku weh. Sekali ni je. Lagipun kau kena bercukur tau sebab takyah jadi maid aku harini."

Aku berkata sambil menongkat dagu di meja.

"Bercukur pala hotak kau. Ei, kau ni. Membazir masa aku je lah. Kalau aku tahu tak yah datang."

Kata Yusof dengan bengis.

"Ala ler. Bukannya kau buat apa-apa pun kat rumah."

Aku menjeling.

"Siapa kata takde? Banyak benda aku nak buat tahu. Kucing aku pun tak bagi makan lagi semata-mata nak datang rumah kau."

Yusof berkata lalu dia meraup mukanya. Ala-ala frust gitu. Dah tahu nak datang rumah aku bagi lah kucing makan awal-awal. Geram pulak aku dibuatnya.

"Kk. Sorry lah eh."

Aku berkata lalu tersenyum hambar. Niat nak ber'maid'kan dia terbantut sudah. Dia senyap lalu bermain dengan iphone miliknya. Suasana sepi buat seketika.

"Er, kau nak air?"

Aku berkata bagi memecahkan suasana yang sangat sepi dan awkward ini. Matanya yang tertumpu pada iphone dikalihkan kepadaku.

"Boleh la."

Dia memberi kata putus. Aku masuk lalu bergerak ke dapur mencari Mak Mah iaitu pembantu rumah aku. Dia baru je balik dari bercuti di kampungnya. Alhamdulillah, senang sikit kerja bila dia ada.

"Bahhh!"

Aku menyergah Mak Mah yang sedang menyiang ikan di sinki. Bahunya aku tepuk.

"Oh mak kau hijau kepala kau biru otak kau kuning!"

Latah Mak Milah. Aku terus menghamburkan tawa. Melatah semua guna warna nampak. Aduh, boleh terbarai usus gelak. Lenganku di tepuk perlahan.

"Ish, Mai ni kalau tak kacau Mak Mah memang tak boleh kan?"

Abang Farhan menegurku.Lah, papa, Abang Faiz dan Yusof semua sekali ada. Semua tergeleng-geleng melihat aku yang sedang terduduk di lantai sebab ketawa tadi. Aku tersengih kambing.

"Haduh, papa ingat apa lah tadi. Dah jom jom duduk ruang tamu. Mai tolong Mak Mah buat air."

Kata papa lalu mengajak abang-abangku dan Yusof ke ruang tamu.

"Ish Mai ni, terkejut Mak Mah tau."

Mak Mah pula bersuara lalu menyambung menyiang ikan. Aku sengih lagi. Murah betul sengihan aku harini.

Usai membuat air, aku menatang dulang berisi air sirap ke ruang tamu. Papa, abang-abangku dan Yusof sedang berbual sambil bergelak ketawa. Amboi, seronok nampak?

Aku meletakkan dulang di atas meja lalu menuangkan air di dalam jag ke dalam gelas. Lalu, aku hulurkan kepada mereka bertiga.

"Mai tak cakap pun dengan papa yang Mai couple dengan Yusof ya."

Papa berkata sambil tersenyum manis ke arahku. Tengok, sekejap je maklumat ni dah tersebar.

"Baru je lagi cikgu."

Yusof berkata sambil tersenyum gatal kepadaku. Weh, geli! Nampaknya permainan sudah bermula.

"Lah, yeke? Hahahaha."

Papa ketawa riang. Apa hal suka sangat ni? Oh, lupa nak habaq yang papa aku memang sporting. Aku pun tertawa sekali. Ketawa yang dibuat-buat.

"Korang memang sedondon. I ship!"

Sampuk Abang Faiz pula. Ship kepala khinzir kau! Dia kalau tak kenakan aku memang tak sah. Cis, mesti muka aku dah merah gila time ni. Bukan blushing tapi marah ok.

"Atototo awak blushing ke Mai?"

Yusof berkata lalu tersengih-sengih. Ei, jantan ni apahal? Seram sejuk aku dibuatnya. Aku menjeling maut. Kalau boleh aku nak gigit je telinga dia sekarang jugak. Sabar je lah.

Rumahku dipenuhi dengan gelak tawa oleh keluargaku dan Yusof. Entah kenapa aku rasa bahagia pulak. Ecehhhhh. Jangan kecam sayer. Bahahhaha.

Continue Reading

You'll Also Like

238K 11.9K 50
Puisi jalanan yang perlu diluahkan dan hanya mampu diluahkan melalui penulisan.
241K 15.8K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
73.5K 1.4K 8
Diterbitkan di bawah publisher Fajar Pakeer sempena PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2023. Perlawanan seterusnya bakal bermula...
1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...