Maid Maiden

By sweetpearly

737K 55K 4.7K

❝Walau apa cara sekalipun, aku tetap akan balas budi 'putera' aku tu suatu hari nanti.❞ Demi membalas budi si... More

PROLOGUE
💛M I N I T A L K💛
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
🌈 M I N I T A L K 2 🌈
BAB 9
BAB 10
TAGGED~
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
SPECIAL CHAPTER : ALL ABOUT US ✨
BAB 41
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
💘 M A I D M A I D E N G A L L E R Y 💘
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
NOTICE
BAB 69
BAB 70

BAB 42

7.9K 662 52
By sweetpearly

"Tak payah nak bagi banyak alasan! Ikut kitorang pergi jumpa pengetua sekarang!"

Dua orang pelajar perempuan gigih cuba menarik aku ke bilik pengetua. Tak sekarang ni aku tak faham kenapa sampai nak kecoh ke pengetua? Diorang expect aku kena buang sekolah sebab gambar ni ke?

Persoalan tu bermain di fikiran aku sampailah tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.

Ah habislah!

Aku lupa pengetua sekolah ni ayah Hayqal!

Yang paling menakutkan sekarang ni ialah ayah dia dah pernah tengok muka aku. Tak pasal-pasal impian beach-beach ni semua untuk tengok aku dibuang sekolah termakbul.

Tak boleh jadi ni. Aku taknak libatkan Hayqal lagi dalam benda tak guna ni.

Aku cuba merungkai pegangan tangan mereka, tapi tak berjaya. Dua lawan satu? Boleh ke aku menang?

Pelajar yang lain hanya ketawa sinis melihat aku yang bersusah payah untuk melepaskan diri.

"Lepaskan tangan aku lah!"

"Jangan harap! Perempuan macam kau ni tak patut wujud dekat sekolah ni!"

"Kau datang sini sebenarnya nak kikis duit orang kaya je kan? Yuran pun harapkan orang lain tolong bayar kan."

"Dah tak berduit tu buat je la cara tak berduit. Berlambak lagi sekolah biasa dekat negara ni, kenapa dekat sini jugak kau nak menyemak? Buat sakit mata je."

Kata-kata hinaan tu terngiang-ngiang dalam kepala aku. Air mata yang nak keluar aku cuba tahan. Hati aku menggelegak menahan geram.

Belum sempat aku nak balas apa-apa, tangan aku yang dipegang oleh perempuan-perempuan mulut laser tu telah direntap oleh seseorang.

"Jangan seorang pun berani sentuh atau cakap apa-apa lagi pasal dia!"

Semua orang menoleh ke arah suara lelaki tu termasuk aku.

Perempuan yang menarik aku tadi tergamam habis. Aku pula tak tahu nak bagi respon apa. Suasana kecoh tadi terus berubah senyap sebaik sahaja kehadiran lelaki itu.

"Watak utama dah muncul." Salah seorang pelajar lelaki yang berada di situ berbisik kepada kawannya. Tapi cukup kuat untuk didengari oleh Aryan.

Aryan memberi pandangan maut kepada pelajar tersebut dan itu membuatkan pelajar itu terdiam dan terus menundukkan kepala.

Suasana menjadi terlalu senyap sampaikan orang yang tengah nak terbersin pun cuba tahan. Boleh bayangkan tak suasana tegang dekat sini macam mana sekarang?

"Gambar dekat papan ni semuanya edit. Korang semua ni tengok tak pakai mata ke?!" Aryan berkata dengan suara mendatar.

Tak ada siapa pun berani menyahut atau membuat apa-apa bunyi.

Setelah beberapa saat berlalu, perempuan yang menarik aku tadi akhirnya memberanikan diri bersuara. "Apasal you nak back up dia sangat Aryan? Apa perempuan ni dah buat dekat you?"

Aku dengar Aryan mengeluh. "Tak kisahlah dia ni siapa pun pada aku, tapi perangai korang semua ni memang dah melampau. Tak ada siapa pun berhak nak layan dia macam tu tadi."

"Perempuan ni penipu so memang layak pun dia kena hentam." Perempuan tadi masih mampu melawan kata-kata Aryan walaupun Aryan dah beri dia jelingan maut. Seriously mana dia dapat keberanian tu? Aku pulak yang takut walaupun aku tahu jelingan tu bukan dituju pada aku.

"If I say that she is my girlfriend, korang nak cakap apa?"

Aku terkedu.

Serentak dari tu pelbagai bunyi mula kedengaran. Pelajar perempuan memulakan sesi mengumpatnya dan pelajar lelaki pula bersiul nakal. Dan kalau tak silap aku dengar ada yang ucap congrats.

"Aryan kau cakap apa ni?" Soal aku separa berbisik.

"Jangan risaulah. Kau follow je aku." Kata Aryan sambil mengenyitkan matanya pada aku.

"Wait what?! Dia kan girlfriend Firdaus?"

"Seriouslah? Dorang kongsi girlfriend ke apa?"

"Aku dah agak dah! Perempuan tu memang–"

BAM!

Sekali lagi suasana kecoh berubah menjadi senyap. Mata semua beralih ke arah Aryan yang baru sahaja menumbuk papan kenyataan dengan tangan kirinya.

"Aku dah kata jangan cakap apa-apa pasal dia kan." Suara Aryan berbunyi mendatar tetapi cukup tegas untuk buatkan semua di situ meneguk air liur.

"Kalau aku dapat tahu siapa yang letak gambar-gambar ni dekat sini, aku akan pastikan dia takkan dapat jejakkan kaki lagi dekat sekolah ni. Or worse, dekat bandar ni. Faham tak?!"

Tak ada sesiapa berani menyahut. Dan yang buat aku lagi terkejut adalah, tak ada sesiapa pun berani nak bertentang mata dengan Aryan. Sekarang baru aku nampak pengaruh dia sebagai ketua dispilin.

"Dah habis dah ke buat bising? Kalau dah, pergi balik. Waktu sekolah dah tamat kan." Danial tiba-tiba muncul dari sebalik orang ramai.

Tak ada siapa pun yang bergerak.

Melihat tak ada sesiapa yang mengikut arahannya, Danial bersuara buat kali kedua. "Semua dah kena sumpah dengan perempuan berambut ular tu ke?"

"Cikgu... Medusa lah." Seorang pelajar lelaki berbisik.

"Cikgu tahu lah. Cikgu saje je test iq korang."

Bunyi macam tak ada kena mengena kan? Tapi lawak hambar Danial tu berjaya membuat semua pelajar bersurai.

Masih ada yang berikan aku jelingan tak puas hati tapi tak ada sesiapa yang berani bersuara memandangkan Aryan masih berada di sebelah aku.

Sebaik sahaja tempat tu beransur-ansur kosong, aku bergerak ke papan kenyataan semula. Tangan aku mencabut satu demi satu gambar yang dilekat dengan paku tekan.

"Mia.. aku.."

"Aku taknak dengar apa-apa Aryan."

"Serious aku tak tahu apa-apa pasal ni. Gambar ni–"

"–cuma ada dekat kau je kan?"

Ayat Aryan aku sambung. Aryan kelihatan terkedu dan tak mampu nak cakap apa.

Gambar yang buatkan aku dicerca dan dihina oleh semua orang tadi adalah gambar yang sama yang buat aku khianati Hayqal dulu.

Aku cuba melangkah pergi dari situ.

"Kejap Mia.." Aryan cuba menghalang aku.

"Kejap apa lagi? Apa benda ni Aryan?!" Aku membaling semua gambar tak guna tu ke arah dia. Kesabaran aku dah hilang.

"Kau dah janji dengan aku yang kau nak buang gambar ni kan?!" Suara aku mula meninggi.

"Listen Mia. Tu bukan kerja aku okay. Aku tak tahu apa-apa pun pasal ni."

"Habis tu siapa lagi yang buat? Kau sorang je yang ada gambar ni. Ke kau ada berkomplot dengan orang lain masa kau tipu aku dulu?"

Aryan nampak terkedu habis. Aku mula syak sesuatu. Kalau bukan Aryan yang buat, siapa lagi yang tahu pasal gambar ni?

"Dah lah Aryan. Aku takde mood nak cakap dengan kau."

Sekali lagi aku cuba melangkah pergi.

Dan buat kedua kalinya Aryan menghalang. Tetapi kali ni perlakuan dia agak kasar. Tangan aku ditarik kuat dan dia membawa aku keluar dari pintu utama sekolah. Tak, lebih tepat lagi dia heret.

"Lepaskan tangan aku lah!" Kata aku seraya cuba merungkai pegangannya.

"Aryan.." Danial cuba nak tolong aku.

"Danial aku tahu apa aku buat. Ke tepi."

Lama Danial dan Aryan bertentangan mata. Aku betul-betul harapkan Danial tolong aku sekarang.

Malangnya, Danial ikut cakap Aryan. Dia tak tolong aku. Dia biarkan Aryan heret aku keluar dari sekolah tu.

"Kejap Aryan kan aku cakap aku taknak!"

"Diam Mia!"

Aku tersentak. Aryan jarang naik suara dekat aku.

Tak. Dia tak pernah pun tinggi suara dengan aku. Aryan bawa aku sampai ke keretanya.

"Kau nak bawa aku pergi mana?"

Dia diam. Aku berura-ura nak lari semasa dia nak buka kunci kereta. Tapi aku tersilap. Dia buka kunci tempat penumpang dan biarkan aku masuk dulu. Kemudian dia mengunci pintu dari luar.

Kereta Aryan ada ciri-ciri keselamatan yang lain dari yang lain. Antaranya, cuma kunci utama sahaja yang boleh buka semua pintu. Maksudnya, cuma Aryan je yang boleh kawal pintu tu berkunci atau tak. Dan sekarang aku terkunci dalam kereta dia.

Aryan meghidupkan enjin dan laju menekan pedal minyak.

"Aryan aku taknak balik lagi!"

Kata-kata aku langsung tak dilayan. Malah dia dari tadi langsung tak memandang aku. Muka dia yang selalu tersenyum sekarang kelihatan dingin. Seriously Aryan yang sekarang ni menakutkan aku.

Kereta yang dipandu meluncur laju keluar dari perkarangan sekolah. Dalam sepuluh minit kemudian, kami sampai di Royal's Villa.

Aku berkeras tak nak keluar dari kereta. Dan tu buatkan Aryan menarik aku secara paksa.

"Aryan lepaskan tangan aku lah! Kau tak dengar ke aku cakap aku taknak balik?!"

Masih tak ada jawapan dari dia.

Apa kena dengan dia ni? Bukan sepatutnya aku ke yang mengamuk? Dia yang khianat aku then dia pulak yang nak marah lebih-lebih.

Aku cuba merungkai pegangannya tapi langsung tak berkesan.

Maid-maid yang lain memandang aku dan Aryan pelik. Masing-masing beriak risau.

"Tuan muda..." Natalie, salah seorang maid di Royal"s Villa cuba berkata sesuatu.

"Kunci semua pintu sekarang. Jangan bagi sesiapa masuk atau keluar dari villa ni. Aku taknak jumpa sesiapa. Kalau tak ada hal penting, halau balik je."

Arahan Aryan buatkan semua tergamam.

What's wrong with him?







Continue Reading

You'll Also Like

1.7M 92.9K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
3.9M 160K 67
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperl...
1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
1.3M 62.5K 57
SYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan dar...