[C] Dreamcatcher II | Jimin

By julaikhaaa

32.2K 4.1K 1.4K

❝You're really weird, and that's why I loves you ❞ + jodoh mereka terlalu kuat, tiada sebab untuk mereka berp... More

🌙Teaser🌙
01 징 | Jeball
02 장 | Haengbog
004 장 | Mianhae
005 장 | Jinsil
006 장 | Agmong
007 장 | Maenijeo
008 장 | Guseonghada
009 장 | Ibsul
010 장 | Gieong
011 장 | i-Soli
012 장 | Nuguseyeo
013 장 | isanghae
014 장 | Beuleosi
015 장 | Gwiyeoweo
016 장 | Kisseu
017 장 | Seukinsib
018 장 | Tteollineun
End 장 | MinHyo

03 장 | Hanghaesa

1.3K 216 45
By julaikhaaa

🌟🌟🌟

Dihalaman belakang rumah, terlihat akan susuk tubuh Oh Sehun sedang mengelamun melihat langit awan-awan yang bergerak dan kanak-kanak perangkap mimpi berterbangan berkejaran antara satu sama lain.

Sesekali jejaka itu menghembuskan nafas berat, dia sudah menetapkan dalam mindanya pasti Joohyuk sudah beritahu Jihyo perkara sebenar.

"Sekarang tunggu dia marah aku pulak", nadanya masih cool walaupun hakikatnya hatinya sedang dalam proses kesakitan hati yang dia sendiri tidak tahu tahap apa kesakitan itu.


Beberapa minit termenung, tiba-tiba pinggang Sehun terasa dipeluk seseorang dari belakang.

Hangat, itu apa yang Sehun rasakan dan terus sahaja Sehun memalingkan tubuhnya menghadap gerangan yang memeluknya itu.

"Jihyo?"

Jihyo tersenyum manakala Sehun menjadi sangat pelik, bukankah Jihyo dah tahu akan 'rahsia' yang dirinya sendiri simpan selama mereka berkhawin? Kenapa tersenyum pula? Sepatutnya Jihyo marah terhadap Sehun.

"Ma-Mana Joohyuk?"

"Adik? Adik kena balik, sebab dia baru je dapat manusia baru untuk dibantu", wajah risau Sehun ditangkap Jihyo "Wae Oh Sehun?"


Tersentak Sehun apabila Jihyo memegang hujung baju Sehun lembut "Nae? Ouh! Tak ada apa, wait-Joohyuk tak cakap apa-apa dekat Hyo ke?"


Pada mulanya Jihyo tertunduk, Sehun makin gelisah terus sahaja tangan kanannya mengangkat dagu Jihyo perlahan.

"Aku mintak maaf Jihyo"n dia meminta maaf kepada Jihyo tiba-tiba, itu membuatkan Jihyo berkerut dahi.


"Untuk?"

"Err-awak dah tahu kan?"

"Tahu apa?"

"Aikk? Takanlah dia tak tahu apa-apa lagi? Joohyuk belum bagitahu dia lagi ke?", Sehun tatkala sekarang ini sedang bermain teka-teki dengan mindanya.

Dah bagitahu ke belum, dan saat ini minda Sehun telah dapat pesanan ringkas dari Joohyuk.


🌸Aku masih ada lagi rasa simpati Sehun, keputusan semua dekat tangan kau, dia berhak tahu dan dia harus tahu perkara sebenar. Aku bagi kau peluang, aku nak kau sendiri yang bagitahu dia🌸

Sehun terkejut, maknanya Jihyo belum tahu lagi? Ta-Tapi bila dia akan bagitahu Jihyo perkara sebenar?

"Hyo? Joohyuk datang sini nak bincang pasal apa?"


"Takdelah adik cuma nak lepaskan rindu dia dekat Hyo, tu je"


senyuman Jihyo melegakan perasaan gusar Sehun. Syukurlah Jihyo belum tahu, tapi-lambat laun Jihyo pasti akan mengetahuinya jugak kan?

🌟🌟🌟

Pada waktu tengah malam tepat pukul 12, Jihyo dan Sehun masih lagi duduk disofa awan melihat pemandangan kerajaan perangkap mimpi, hari ini hari ke sejuta kerajaan perangkap mimpi berjaya membantu manusia yang memerlukan.

Jadi, semua orang meraikan hari ke sejuta di dataran besar kerajaan perangkap mimpi, tetapi tidak bagi pasangan muda Jihyo dan Sehun.

Kerana mereka lebih selesa duduk di rumah mereka berbanding ke luar ditempat yang penuh dengan perangkap mimpi.

Sehun memandang Jihyo yang berada disebelahnya "Betul Hyo tak nak keluar? Sambut hari ke sejuta?"


"Kenapa? Oh Sehun nak sambut ke? Kalau Oh Sehun nak, pergilah Hyo okay"

"Bukan apa Hyo, Hyo itu sudahlah anak perempuan Ketua Besar Kerajaan Perangkap Mimpi dan aku pula-"

"Perangkap mimpi paling handal dikalangan perangkap mimpi muda?", sambung Jihyo.

Sehun hanya tergelak kecil lalu digaru kepalanya tidak gatal. Jihyo tersenyum melihat gelagat Sehun yang malu-malu itu, tampak comel aje.


"Kalau Oh Sehun nak sambut, pergilah Hyo okay. Hyo cuma penat", mendengar sahaja kata-kata Jihyo terus niat Sehun untuk berparti dibawah sana terbantut.


"Tak naklah, lebih baik kalau aku layan kau", Sehun berkata sambil matanya melekat memandang mata Jihyo.

Pandangan mereka bertaut agak lama sehingga Sehun berani mendekatkan wajahnya ke wajah Jihyo.


Hidung mereka sudah berlaga, sepertinya Sehun mahu mencium bibir kemerahan isterinya. Bila dilihat, anak mata Sehun tidak lepas dari memandang bibir mungil Jihyo.

Jihyo seperti sudah dapat mengangak apa yang mahu dilakukan oleh Sehun. Jadi dia hanya diam dan mengikut sahaja rentak Sehun.

Mata Jihyo dipejam terlebih dahulu, tetapi tidak Sehun kerana dia teragak-agak mahu mencium gadis ini atau tidak. Hatinya berbelah bahagi.

Sikit sahaja lagi bibir mereka bertemu, Sehun mengalah.

"Tak", kata Sehun.

Terus sahaja Jihyo membuka matanya "Kenapa Oh Sehun?"

"Aku tak boleh Jihyo", dia memalingkan mukanya ke arah lain, tidak mahu bertentangan mata dengan Jihyo.


Dia sedih walaupun dia sudah dapatkan Jihyo tetapi tetap sahaja hati Jihyo belum sah jadi haknya kerana hati Jihyo masih dipegang Jimin selamanya.

Sehun meraup wajahnya semasa dilemparkan pandangan ke bawah. Jihyo simpati, dia sedar akan kesilapannya tempoh hari dimana dia selalu memikirkan tentang Jimin apabila bersama Sehun.

Tangan kecil Jihyo perlahan menyentuh pipi kanan Sehun, dibawa nya pandangan Sehun kearahnya lalu gadis itu tersenyum manis.

"Kalau Oh Sehun nak, Oh Sehun boleh buat. Hyo terima"


Mata Sehun jelas berkaca, menahan sebak apabila melihat wajah Jihyo yang tenang dan manis itu "Ke-kenapa kau ba-baik sangat?"


"Hah?"

"Walaupun kau dipaksa khawin dengan aku, masih lagi kau layan aku dengan baik"

"Entah, itu apa yang selalu Hyo buat"

Yup, Jihyo memang seorang gadis yang baik sehinggakan perangkap mimpi yang lain beranggapan Jihyo ini terlalu innocent kerana kebaikannya yang melampau.

Dahinya dilagakan ke dahi Sehun sambil berpejamkan mata.

"Hyo akan cuba sayang Oh Sehun, Hyo akan cuba"

Sehun tergamam, tidak tahu mahu membalas apa kerana dia sekarang sepeti dalam delima yang tidak jumpa jalan keluar buat selamanya.

Dia sudah menipu gadis kesukaannya sepanjang hari, dia menipu isterinya tetapi isterinya berbuat baik kepadanya, tak kah itu dikira TIDAK ADIL?

"Layakkah aku bersama kau?", getus hati Sehun.

🌟🌟🌟

"Selamat Menyambut Hari Ke Sejuta Kerajaan Perangkap Mimpi!!", laung Ketua Besar merangkap ayah kepada Jihyo.

Semua yang berada di dataran itu menyambut dengan meriah! Ada yang menabur bintang-bintang kecil jatuh ke bawah, ada terbang jauh nun di atas langit sana dan ada yang sedang menahan marah.

Yang sedang menahan marah itu, tidak lain tidak bukan Nam Joo Hyuk, putera kepada Kerajaan Perangkap Mimpi.

Joohyuk geram dengan sikap ayah nya yang sedang lagi seronok menyambut hari kesejuta di seat khas nya.

Joohyuk mengunakan kuasa teleport nya betul-betul timbul dihadapan ayahnya.

Ayahnya langsung tidak terkejut malah membalas pandangan anaknya tajam "Kau nak apa?"


"Abang! Ini anak kita, jaga percakapan", kata pemaisuri.

"Aku kena jaga percakapan?! Kenapa awak tak cakap dengan anak kesayangan awak ni untuk jaga adab dia depan KETUA BESAR!", saje Ayahnya menekankan perkataan KETUA BESAR, kerana selama dia menjadi Ketua Besar tiada seorang pun yang berani tidak beradab dihadapannya, ini kali pertama.


Dan kali pertama ini jugalah dilakukan oleh puteranya sendiri.

"Bagus, kakak merana dengan orang yang dia tidak cinta, Ayah pula bersuka ria dekat sini"


"Ad-Adik!"

"Ibu, baik Ibu jangan masuk campur. Bukan Adik nak biadap tapi cara Ayah ni dah lebih!!"
"

BERANI KAU TINGGIKAN SUARA DEPAN AKU!?"


"Adik berani untuk menegakkan keadilan, lagi-lagi tentang Kakak. Kakak berhak tahu semua nya Ayah!", ujar Joohyuk.

Amarah Ayahnya semakin membuak-buak naik. Dicuba untuk tidak terlalu marah kerana ini hari ke sejuta, hari istimewa untuk semua perangkap mimpi di sini.

Jadi, dia tidak mahu merosakkannya.

"Ayah tahu tak Ayah pentingkan diri? Ayah tahu tak apa perasaan Kakak!? Kalau lah! Kalau lah Adik tak bodoh dulu, Adik takan sesekali ikut dengar cakap Ayah!! Jodoh itu bukan perkara main-main!!"

"JANGAN CAKAP PASAL JODOH DENGAN AKU!!!"


"Inilah Ayah, tidak percaya akan suratan Jodoh yang kita terima dari Kerajaan Cinta Sejati"

"Adik, su-sudah lah tu, mar-mari kita balik rumah", pujukan Pemaisuri tidak terkesan kepada Joohyuk.

Malah Joohyuk meminta bintang peliharaannya iaitu Procyon si bintang comel berwarna putih datang.


Bintang itu membawa satu kertas yang berwarna pink dan kertas itu mempunyai love love bertebangan disekeliling kertas itu.


"Bagus Procyon", puji tuannya lalu kertas itu diambil Joohyuk lalu ditunjukkan kepada Ayahnya "Pasti Ayah tahu apa ini kan? Kalau Ayah tak tahu, Ini adalah surat Jodoh yang kita terima dari Kerajaan Cinta Sejati dan lihat, isi kandungan dalam suratan ni"


Makin membara api kemarahan Ketua Besar. Dicabar dengan anaknya sendiri ini adalah perkara yang diluar jangkaannya.

"Kau bukan putera aku lagi, lebih baik kau pergi sebelum sesuatu yang kau tak nak tahu TERjadi"

hubungan antara ayah dan anak kini rengang atas untuk menegakkan keadilan. Pemaisuri tidak tahan dengan adegan perbalahan yang tidak henti ni.

Perlahan lahan air mata berharga Pemaisuri jatuh, dia pergi melarikan diri ke tempat yang lebih nyaman. Dia tidak sanggup melihat pergaduhan antara lelaki-lelaki yang dicintainya.

Flashback⏪

"Boleh aku mintak tolong kau?", soal Joohyuk kepada kawan rapatnya yang bertugas di Kerajaan Cinta Sejati.

Dia adalah gadis yang bertugas sebagai Searching Lover di Kerajaan Cinta Sejati yang berperanan untuk mewujudkan jodoh manusia dan kehidupan yang lain. Nama nya di Kerajaan Cinta Sejati adalah L990 manakala nama manusia nya ialah Lee Sung Kyung.

Senang sahaja mahu mengenal pasti perbezaan antara Dreamcatcher dan Searching Lover dengan berdasarkan fizikal mereka.

Serching lover mempunyai love yang terapung di kepala mereka manakala Dreamcatcher tiada. Lee Sung Kyung adalah kawan baik Nam Joo Hyuk sejak kecil lagi.

"Boleh, kau nak aku tolong apa?"

"Aku nak salinan kedua jodoh kakak aku"

Sungkyung terkejut tetapi cepat-cepat dia merapatkan wajahnya ke telinga Joohyuk, ingin berbisik "Itu rumit sikit, sebab melanggar peraturan untuk salinan kedua, sebab salinan pertama dah di hantar ke Ketua Besar Kerajaan Perangkap Mimpi. Tapi demi kau, aku sanggup ambik risiko"


Senyum Sungkyung comel sekali.

"Terima kasih comel"

End Flashback▶

Joohyuk memandang Ayahya tajam, bukan sekadar perasaan marah Ayahnya sahaja yang timbul.

Perasaan marah Joohyuk turut hadir "Ini jodoh mereka Ayah, walaupun surat pertama jodoh Kakak dikoyak oleh Ayah, bila-bila masa sahaja adik boleh ambil salinan kedua", tutur Joohyuk bernada dingin, Ayahnya kelihatan sangat marah.


"KAMU!!!!"

________________________________

Song Ji Hyo/001
(Dreamcatcher)

Park Jimin
(Si manusia)
13 Oktober

🌸Jodoh yang akan kekal sehingga mati🌸

________________________________





🌸s a m b u n g🌸
🌸v o t e🌸
🌸c o m m e n t🌸

Terima kasih.

Continue Reading

You'll Also Like

73.2K 8.6K 25
❛ I saw something from you, Jimin. Kau baik sangat sampai menyakitkan hati❜ - Kim Junhyun Cinta antara mereka membuatkan mereka melakukan yang lebih...
184K 27.9K 36
2020 [completed] + here your cold-hearted-boyfriend
315K 17.6K 39
" in love with playboy " - Kim Ari " in love with cold hearted girl " - Jeon Jungkook Kim Ari, gadis yang paling kasar dan mempunyai hati yang sang...
25.2K 5.5K 15
"Jangan percaya sesiapa, walaupun dia ialah sebahagian daripada ahli keluarga kau." Copyright © 2020 by pottaetto | S1 & S2 COMPLETED