Ada apa dengan cinta ?

By langitbiru__

32 1 1

cinta ? abstrak ke konkrit perasaan tu ? tak kisah lah rasa apa pun , yang penting aku suka debar tu . sayan... More

2

1

26 1 1
By langitbiru__

'  Aril , mak hantaq hang pi sekolah ni belajaq leklok . Jangan nak lagha pi berchinta . Toksah dok gatai naa . Mak piat telinga hang satgi , tau ' kata  mak , dengan dialognya yang sama setiap hari .

Heh , aku dah hafal lah skrip mak setiap pagi . Kata-kata mak tu tak pernah tak berjaya buat aku tak gelak . Mak punya kedah ni tak pure  sangat , thank god . Kalau pure nak mati , aku rasa aku akan jadi macam orang mat bangla yang nak speaking bahasa melayu .

Tanpa membalas kata-kata mak tadi , aku sambung mengikat tali kasut . Mak yang duduk di sebelah aku , langsung meneruskan rutin hariannya selepas memberi sedikit bebelas ringkas . Dia mengusap perlahan rambut aku , membuatkan aku rimas macam biasa . Hancur sikit rambut aku , penat aril tabuh pomade tadi mak ! Tapi demi mak , takpa aihh . rambut rosak pon takpe , asalkan masuk syurga . kehkehkeh . aku tersengih mengalahkan kerang busuk tak mandi .

Cepukk !

' Adoi makk ! Pasaipa mak pukul cheq ? I do nothing , mak ' kata aku sambil mengosok kepala aku yang kene cepuk tadi .

' eh budak ni . ingat mak tak gheti speaking ka ? curse you ' kata mak lalu terkekeh gelak .

aduh  mak , belajar mane dok carut ni ? aku tepuk dahi lalu menggeleng . gelak sengaja aku simpan , kang tak pasal-pasal kene cepuk lagi sekali . Aku bingkas bangun lalu menepuk punggung seluar , menghilangkan debu dan habuk yang menapak di seluar .

' mak , Aril pergi dulu naa . mak jangan nak menggatal dengan pak cik Azman , jiran sebelah naa . Aril tanak ade bapak tiri lagi ' kata aku lalu terkekeh gelak .

Aduh mak ni , saje je nak buat aku terkejut . Boleh pulak dia gi cepuk kepala aku , dah lha mengejut je . Nasib baik Aril takde heart attack mak , kalau tak habis lha mak jadi janda takde anak . aku tersenyum saat terbayang mak naik pelamin dengan Pak Azman . hahahah , sumpah lawak weyh .

' Yang hang pi senyum laen macam tu pasaipa ? Hang dengaq tak mak dok habaq apa tadi ? Lagu ni ka hang nak mak bagi hang qheja dekat kl nun ? Aril aril , apa nak jadi lah dekat hang ni ' bebel mak .

Aku dah terkekeh gelak . Mak , aril dok bayang bakal bapak tiri aril lah ! Belum sempat mak cubit ketam lengan aku , aku terus mengelak lalu lari menuju ke arah motor aku . Usai pakai helmet ; safety is my priority keyh , aku terus memecut menuju ke sekolah . sempat aku kenyit sebelah mata dekat mak membuatkan mak pasang muka cemberut . haih mak ni , ada² je perangai mak .

sedang aku dalam perjalanan tu , aku bersiul kecil . cuba mengikut rentak lagu Aku mula rindu by Hez Hazmi . Tak pernah dengar lagu tu ? well , not my problem dude ! kahkah , pi bukak youtube search sendiri . rambut aku yang dok ditiup angin membuatkan aku khayal sendiri .
    
                              * * * * *
' Bangun semua . Assalamualaikum sir '

Kami langsung mengucapkan salam kepada Sir Harris , cikgu kimia paling garang dekat sekolah aku ni . Damn , cakap pasal kimia ni baru aku teringat yang sir ade bagi homework semalam ! Mampos ah aku kene sepak satgi . Sambil baca doa , kaki aku dah shaking , otot-otot semua macam nak pecut jaa . Habis ah aku kene maki kejap lagi . Aril , asal lah kau ni bengap sangat sampai boleh lupa kerja sir ?

' Okey class , keluarkan kerja semalam . Jangan duduk selagi saya tak check kerja kamu ' kata sir atau lebih tepat , sergah sir .

Dang , aku dah ketaq lutut dah ni . Saja tanak ketara sangat yang aku tak siap kerja , aku buat-buat selongkar beg nike hitam aku tu . Otak ligat dok fikir nak kasi alasan ape . Aihh , bak habaq buku tak bawak ke tak siap ? kalau cakap tak siap nanti kene denda buat dekat luar kelas . kalau cakap tak bawak , nanti kene push up 50 . aduhh , parah nii .

tengah aku fikir alasan yang boleh aku guna , mata aku laju je tangkap bayang hitam di depan meja aku . perlahan , aku angkat kepala yang tadinya tertunduk , retina aku terus memfokuskan wajah dia . Sir Harris dah pandang aku dengan jelingan yang paling tajam , nasib baik aku pakai spek . kalau tak , mesti jelingan sir buat mata aku berlubang .

' Amirul Azril ! Kau keluar daripada kelas aku sekarang ! Jangan masuk kelas aku harini ! ' tengking sir Haris .

Eventhough aku anak mak , tapi nasib baik ada lagi kemaluan di hati . Dah kalau takde kemaluan , memang aku nangis selak dah dekat situ . Dengan langkah acah macho dan sedikit malu di muka , aku keluar kelas dengan tangan kiri yang sengaja aku selitkan di poket seluar . saja je acah macho even kene halau kelas , padahal malu dia tu tuhan je yang tahu . Sampai je dekat luar kelas , aku terus berlari menuju ke toilet . Buku kimia tadi aku letakkan di depan tandas lalu aku meluru masuk ke dalam toilet yang takde .

Segala tangisan yang aku tahan tadi akhirnya terlepas jugak . teresak-esak jugak aku dalam toilet tu sorang-sorang . aduh , hilang semua ke-macho-an aku tu . sob sob , lepas aku habiskan titisan air mata terakhir , aku keluar dengan muka acah macho . aku pi basuh muka rkat sinki pastu tenung muka sendiri . adoi , sememah siot muka aku lepas nangis . lepas touch-up sikit rambut dan lap cermin mata aku yang terkena air mata tadi , aku melangkah keluar dengan ego . eh , lupa pakai spek !

aku tak rabun pun sebenarnya . cuma ntah lah , aku nak pakai spek sebab suka-suka i guess ? apebende ayat aku ni ? grr , abaikan . in a nutshell , aku tak rabun . jadi jangan cakap aku macam orang tua , rabun di usia yang muda . aku tengok jam sekilas , oh setengah jam jugak aku dalam toilet ni haa . damn , lagi 10 minit masa kimia  . aduh , lama lagi lah aku kene dok dekat toilet ni haa .

disebabkan taknak membazir waktu , aku berjalan menuju ke pejabat . cuba meng-usya nama-nama cikgu yang takde harini . hmm , cikgu Azri takde so subjek sivik takde cikgu ah ni . Hmm , ala tak boleh story dengan cikgu Azri . Kalau nak tau , cikgu Azri ni cikgu yang paling rapat dengan aku . since aku form 2 lagi . lame bukan ? kira dia dah tau macam-macam pasal aku , saiz spender pon dah tau . hahahahaha .

aku tergelak kecil bila teringat saat cikgu Azri belikan aku boxer . sebabnya aku terkencing dalam seluar , hahaha bongok kan aku ? punca dia , aku terkejut sebab kena rotan dengan dia ; tu lah sebab kitorang boleh jadi rapat . dalam tak sedar , aku terlanggar anak orang .

sakit siot saat punggung aku bergesel dengan lantai simen ni . aku tengok je kertas-kertas berterabur depan aku . dang , mampus lah . aku langgar cikgu ke cemana ni ? aku bingkas bangun dan dengan tertunduk-tunduk , aku kutip segala helai kertas yang ada berterbangan di udara akibat perlanggaran tadi . aku terus mencari susuk manusia yang aku langgar tadi , dimana dia sebenarnya berada kira-kira 10 cm daripada aku . dan aku lihat , dia masih lagi tertunduk , memegang buku lalinya . aduh anak orang , jangan cakap kau terseliuh dah lahh .

tanpa berbasa-basi , aku terus menapak ke arah dia dengan kertasnya yang masih aku pegang dengan setia . aku duduk di sisi gadis tu  , cuba menilik kot-kot ada luka . maigodd , wangi sia perempuan ni . aku tarik nafas dalam , segala reseptor dalam hidung aku terbuai dengan bau dia . aku patut tanya dia pakai minyak wangi apa .

' er , kau okey ? sory , my bad . aku tak patut berangan time berjalan ' ujar aku , mengharapkan dia tak saman aku di atas khayalan bodoh aku tadi .

' ya , saya okey je . jangan risau , salah saya jugak tak pandang depan ' ujar si dia , masih lagi tertunduk sambil mengusap kakinya .

aku garu belakang leher aku , cuba mengatasi kegugupan . dang , wanginya dia . terasa getaran dalam dada aku ni , haih .

' aku Azril , tapi mak aku panggil aku aril . member aku pon panggil aku aril , so kau boleh panggil aku aril ' ayat aku memang macam sakai .

akhirnya dia menoleh . memandang mata aku setepatnya sambil tersenyum manis . detak jantung aku menjadi tak normal secara tiba-tiba , terpana dengan kecantikan dia .

' saya Arina '

Continue Reading

You'll Also Like

65.3K 1.5K 33
Sebuah kisah cinta yang tidak dijangka pertemuan secara online antara Sarah Amelia dan Puteri Diana telah menyatukan dua hati yang berbeza arah. "Dar...
117K 2.2K 17
Ini cuma kisah biasa, mengenai dua perempuan yang saling cinta buat pertama kali namun kenyataan, fakta kehidupan tidak menyelebahi. I'm so bad at w...
315 23 11
cerita ni besye je..watak?kalau nak tau bacalah..cerita ending happy or sedih?bacalah..hadoii
433K 12.5K 38
Tareti buat sinopsis  ̄︿ ̄ Baca jela kalau nak tau kisah hahaha ≧▽≦ Selamat Membaca. ♡
Wattpad App - Unlock exclusive features