Maid Maiden

By sweetpearly

737K 55K 4.7K

❝Walau apa cara sekalipun, aku tetap akan balas budi 'putera' aku tu suatu hari nanti.❞ Demi membalas budi si... More

PROLOGUE
💛M I N I T A L K💛
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
🌈 M I N I T A L K 2 🌈
BAB 9
BAB 10
TAGGED~
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
SPECIAL CHAPTER : ALL ABOUT US ✨
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
💘 M A I D M A I D E N G A L L E R Y 💘
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
NOTICE
BAB 69
BAB 70

BAB 25

9.4K 725 68
By sweetpearly

Kebodohan apakah yang aku sedang lakukan ni?

Sekarang aku berdiri betul-betul di hadapan bangunan sekolah RWHS. Keadaan sekolah ni sama je macam sebelum-sebelum ni, tak ada yang berubah. Cuma yang bezanya, dari tadi tak ada seorang pun kelibat manusia yang kelihatan. Kereta-kereta mewah yang selalu memenuhi ruang tempat letak kenderaan sangat lengang. Sunyi sepi. Cengkerik pun tak sudi nak berbunyi.

Mestilah tak ada orang harini.

Sebab semua orang tahu yang sekolah cuti pada hari Ahad.

Sekarang ni aku rasa nak hentak kuat kepala dekat tembok. Kenapalah kau ni lembab sangat Mia... Benda macam ni pun kau boleh lupa.

Niat aku nak jumpa Aryan terbatal. Tapi sekurang-kurangnya tak ada lah risiko yang aku akan terserempak dengan Hayqal.

Baru aku nak memaki diri sendiri untuk ke sejuta kalinya, susuk badan seseorang menarik perhatian aku.

Dia buat apa dekat sini?

Cepat-cepat aku menundukkan badan dan bersembunyi di belakang semak. Aku meneliti lelaki yang baru sahaja keluar dari pagar sekolah.

Angin meniup lembut rambut perangnya. Di pinggangnya terikat kemas sweater berwarna biru muda. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar dan sebelah lagi meraup rambut depan yang menutup mata. Ni kalau ada perempuan lalu sebelah, mesti dah terkinja-kinja. Tak pun tangkap gambar senyap-senyap untuk dijadikan stok cuci mata dalam handphone.

Tapi yang kurangnya pada lelaki tu ialah mukanya nampak muram dan pucat.

Hayqal...

Hati aku rasa sayu tiba-tiba.
Muka muram tu... disebabkan aku ke?

Aku tahu aku memang dah kecewakan dia. Dan aku terima kalau dia nak membenci aku seumur hidup. Peristiwa semalam terngiang-ngiang dalam kepala. Disebabkan aku, dia kena tampar dengan ayahnya. Kalau aku jadi dia pun, aku mungkin akan buat benda yang sama.

Langkahnya semakin lama semakin menghampiri semak di tempat aku sedang menyorok. Habislah kalau dia nampak aku dekat sini. Aku tak rasa dia nak aku muncul depan dia lagi.

Aku membuat keputusan untuk pergi dari situ. Aku cuba untuk tak membuat bunyi ketika kaki aku mengundur ke belakang.

Kreak!

Kaki kiriku tanpa sengaja memijak ranting kayu dan menghasilkan bunyi seperti tulang patah.

Seriously Mia? Baru tiga langkah kot.

Lebih teruk sekarang, gaun aku dah tersangkut dekat celah-celah semak, menyebabkan aku tak boleh nak bergerak. Bila masa dia tersangkut pun aku tak tahu. Tadi okay je.

Haih kenapalah semua ni nak jadi tengah-tengah masa kecemasan macam ni.

Mengikut pertimbangan, kalau aku cuba keluarkan baju aku yang tersangkut tu sekarang, kemungkinan banyak lagi bunyi 'tulang patah' yang kedengaran. Jadi aku buat keputusan untuk membatukan diri dekat situ. Aku menekup mulut agar tak ada bunyi suara yang keluar.

Malangnya, Hayqal dah terdengar bunyi 'tulang patah' tu dan sekarang dia sedang menghampiri kawasan menyorok aku.

"Ada orang ke dekat situ?"

Aku cuba memerah otak cari jalan untuk melarikan diri. Sumpah aku tak berani nak hadap dia sekarang. Jantung aku terasa nak gugur bila tangan Hayqal cuba menguis-nguis semak tu.

Tak boleh jadi ni.

Aku cuba menarik keluar baju aku yang tersangkut tu dengan kasar. Malangnya disebabkan aku menarik terlalu kuat, kekuatan graviti menyebabkan badan aku hilang keseimbangan dan akhirnya.....

Buk!!

Badan aku tersembam ke tanah. Betul-betul jatuh depan Hayqal pula tu.

I'm dead.

Hayqal terkejut. Aku lagilah tak payah cerita. Dapat aku rasakan jantung aku sedang mengepam selaju 300 kilometer per jam sekarang.

Aku dan dia masing-masing kehilangan kata. Mulutnya macam nak kata sesuatu tapi tak terkeluar. Aku dah menyiapkan fizikal dan mental aku untuk menerima segala bentuk cacian dan makian darinya.

Tapi sangkaan aku jauh meleset.

"Hayqal? Awak buat apa dekat situ?"

Suara seorang perempuan memecahkan suasana janggal kami.

Hayqal masih memandang aku tak bersuara. Pandangan matanya jelas menampakkan yang dia masih kecewa dengan apa yang aku dah buat semalam.

"Hayqal, are you listening to me?"

Dia berdehem kecil sebelum melarikan pandangannya dari aku.
"Ya, aku dengar."

Sekelip mata dia melangkah pergi dari situ. Macam tu je dia pergi. Macam dia tak nampak apa-apa. Aku pula masih terduduk kaku.

Dari jauh aku terdengar perbualan mereka.

"Awak buat apa dekat situ tadi?"

"Nothing. Cuma ada kucing dengan anjing bergaduh je. Kau nak balik ke? Jom la aku teman."

Hati aku terasa tawar mendengar kata-katanya. Aku ingatkan dia akan marah gila dekat aku tadi. Tapi rupanya aku dah salah anggap.

Ni baru lah ekspresi dia yang sebenar bila dia betul-betul bencikan seseorang. Langsung tak ada perasaan marah atau sedih. Cuma bagai terserempak dengan 'anjing dan kucing' tepi jalan je.

Aku bangun dari duduk dan lantas meninggalkan tempat tu.

Pelik.

Aku tak tahu kenapa hati aku rasa sakit seperti dicucuk-cucuk. Kalau dulu dia selalu marah-marah aku, tapi tak ada lah rasa sakit sangat macam apa yang aku tengah rasa sekarang ni.

Minda aku yang mengelamun jauh membuatkan aku tak sedar apa yang berada di hadapan aku. Langkah aku tiba-tiba terasa di awang-awangan dan...

BUKK!!

"Aduh...!"

Jatuh lagi?! Kenapa malang sangat hidup aku ni?

Sumpah aku dah tak tahan. Lengan aku menekup separuh dari mukaku. Air mata yang dari tadi aku tahan akhirnya jatuh juga. Bukan sebab sakit jatuh, tapi sebab hati aku dah mengalah.

Tolonglah.... kalau macam ni lah hidup aku, aku tak perlukan nyawa ni lagi..






















"Hei? Awak okay tak?"

Tangisan aku terhenti tatkala mendengar suara garau yang menegur. Mata dibuka perlahan.

"Capai tangan saya. Saya tolong tarik awak keluar dari lubang ni."

Disebabkan sinar mentari yang menyilau, aku tak nampak jelas mukanya. Tapi ada sesuatu pada tangannya yang membuat aku terkedu.

Parut.

Aryan ke?

"Janganlah menangis. Cepat pegang tangan saya ni."

"Aryan. Aku ingatkan kau dah tak ingat aku lagi." Aku berkata dalam nada perlahan. Kedua-dua tanganku mencapai tangannya. Keluar sahaja dari lubang tu, aku terduduk lemah. Gigih aku mengelap air mata dari terus mencurah keluar.

"Em maaf, tapi saya bukan Aryan."

Terus terhenti tangisan aku. Aku memandang ke arah lelaki yang baru menolong aku tadi.

Seorang lelaki yang berkulit cerah kuning langsat sedang tersenyum memandang aku. Tapi apa yang buat aku lebih terkedu adalah baju yang dipakainya. Mata aku terbuntang luas.

Sweater hijau.

"Ah! Awak ni penculik tadi tu ke?!"

Disebabkan terlalu terkejut, aku mengundur ke belakang.

"Penculik?"

Dia ketawa melihat muka aku yang dah pucat seribu. Entah apa yang lawak pun aku tak tahu.

"Maaf, tapi awak dah salah faham ni. Semalam lepas awak pengsan, saya yang bawa awak balik ke rumah. Tapi pagi tadi awak lari macam tu je.."

Dia ke yang tolong aku? Jadi dia bukan penculik yang macam aku sangkakan ke?

"Saya risau demam awak tu belum sembuh sepenuhnya. Semalam saya dah masukkan panadol dalam mulut awak tapi mungkin tak cukup kuat nak atasi demam panas awak tu. Nasib baik dapat jumpa balik."

Tapak tangannya memegang dahi aku.

"Panas lagi ni."

Aku cuma mendiamkan diri. Mulut aku cuba ucapkan terima kasih tapi tak terkeluar. Macam ada sesuatu di tekak yang menghalang.

"Rumah awak kat mana? Jom saya hantarkan balik."

Air mata aku mula bertakung. Tak sangka masih ada orang yang sanggup ambil berat tentang aku. He's even a stranger.

"Terima.. kasih..." Ucap aku sambil air mata kembali mencurah keluar. Aku pun tahu kenapa aku emosional sangat. Mungkin sebab aku dengar perkataan 'rumah' tadi kot.

"Eh kenapa nangis? Saya salah cakap ke?" Soalnya risau. Aku menggelengkan kepala.

"Suhu badan awak makin tinggi ni. Jom la ikut saya. Saya rawat awak."

Tangannya dihulur untuk membantu aku bangun. Tanpa banyak soal, aku mencapai tangannya perlahan sambil tangan sebelah lagi mengelap sisa air mata di pipi. Masa ni aku memang perlukan sokongan moral dari seseorang. Hati aku betul-betul tengah kecewa.

"Tapi sebelum tu..."

Lelaki misteri tu tiba-tiba berubah ke posisi duduk dengan satu lututnya di tanah.

"Dekat atas dah cantik, dekat bawah pun mestilah kena cantik juga."
Entah dari mana, tiba-tiba muncul sepasang kasut di tangannya.

Kejap. Ni macam kasut aku..

Tak sempat aku nak tanya apa-apa, dia dah memegang kaki aku dan dengan lembutnya menyarungkan kasut berwarna biru tu.

Feeling Cinderella kejap.

"Hmm... thanks.." ucapku sambil tangan memegang kedua-dua belah pipi menahan malu.

"My pleasure. Jom." katanya sambil tersenyum. Dengan muka merah dan panas, aku mengikut langkahnya dari belakang.

*****

"Mesti awak lapar kan?"

Semangkuk sup ayam diletakkan di hadapan aku. Dengan kepantasan seekor arnab, aku mencapai sudu dan menyuapkan sup tu ke dalam mulut. Sejak petang semalam aku tak makan. Dekat jamuan tu pun aku tak jamah apa-apa.

"Makan tu jangan gelojoh sangat. Tak lari pun lah ayam dalam mangkuk tu."
Kata-kata simplenya tu berjaya buat aku tersedak. Lelaki misteri tu menghulurkan tisu sambil ketawa kecil.

"Lepas ni makan ubat. Awak demam lagi tu."

Aku meneliti lelaki misteri yang sedang duduk bertentangan dengan aku. Dengan alis mata lebat dan kulit kuning langsat, dia memang masuk kategori kacak. Bibirnya pula merah menandakan dia tidak menghisap rokok.

"Tenung saya lama-lama kenapa?"

Terus tersentak aku. Mata aku beralih ke sup ayam tadi. Ish ni dah kali ke berapa entah aku asyik kantoi intai anak orang.

"Haha. Okay girl, let's make a simple ice breaking. What's your name?"

"Mia Alysha."

"Cantik nama. Macam orangnya juga."

Aku cuma tersenyum kecil. Kembang sekejap orang puji.

"Tak nak tanya nama saya ke?"

Dia menongkat dagu dengan kedua-dua tangannya dan merenung aku sambil tersenyum.

Two words.

Comel gila.

"Em nama awak apa?"

"Danial Hariz Bin Ridhuan. Panggil je Danial. Nak panggil Abang Danial pun boleh." katanya ceria sambil mengenyit mata dekat aku.

Seriously childish sangat perangai dia ni sampai buat aku tergelak.

"Ha ketawa pun. Kalau tak dari tadi muka tu asyik muram je."

Aku tertunduk segan.

Oh... Dia nak ceriakan aku je rupanya.

"Maaf kalau tiba-tiba menyibuk, tapi awak ada masalah besar ke?"

Soalan dia tu buat aku terdiam. Patut ke aku ceritakan pada lelaki yang aku baru kenal? Tentang masalah hidup aku yang dah kucar-kacir ni?

"Kalau awak taknak cerita takpe. Saya tak paksa pun."

Aku mengetuk perlahan peha aku berkali-kali, memikirkan sama ada patut ke aku minta tolong lelaki ni.

"Ka–kalau awak nak tolong, boleh tak kalau saya tumpang rumah awak untuk sementara?"

Aku lihat lelaki tu agak terkedu dengan permintaan aku. Tak lama lepas tu, dia berdehem kecil.

"Maaf. Tapi tak boleh..."

Aku dah boleh agak dah jawapan dia. Takkan lah dia nak tinggal sebumbung dengan perempuan.

"...sebab ni bukannya rumah saya."

Kepala aku terangkat memandangnya. Apa maksud dia bukan rumah dia?

"Saya cuma tinggal dekat sini sementara je. Sepatutnya semalam saya balik rumah. Tapi disebabkan saya jumpa awak, saya terpaksa batalkan niat tu."

Aku mengeluh dalam hati. Nampaknya aku kena cari tempat tinggal lain.

Ah ya lah. Macam mana aku boleh lupa pasal Emilia? Tapi rasanya dia belum balik lagi. Dia kata tempoh masa dia tinggal dekat Jepun ialah sebulan. Sekarang ni baru dua minggu. Maksudnya ada dua minggu lagi sebelum aku boleh berjumpa dengannya.

Jadi pilihan untuk tumpang rumah Emilia terpaksa ditolak buat masa ini.

"Walaupun saya tak tahu apa masalah awak, tapi kalau awak memang betul-betul perlukan tempat tinggal, apa kata awak ikut saya balik rumah sebenar saya petang ni?"

Mendengar kata-kata Danial yang tiba-tiba-tiba itu membuatkan kepala aku yang tadinya layu naik semula.

"Tapi untuk pengetahuan awak, saya bukan tuan rumah tu tau. Tapi tuan rumah tu baik hati orangnya. Rasanya mungkin dia dapat tumpangkan awak kat situ nan–"

"Saya nak ikut!

Terdiam Danial mendengar jeritan aku. Kemudian dia ketawa kecil.

"Ha kalau nak ikut cepat sikit makan. Lepas tu bersiap. Pukul empat nanti kita gerak."

Aku mengangguk sambil mulut tak lekang dengan senyuman. Sekarang masalah tempat tinggal dah settle.

Danial ni pula dari tadi membuat sesi kenal mengenal dengan aku. Dari umur aku berapa sampai soalan warna kegemaran pun dia tanya. Nasib baik dia tak ungkit pasal macam mana aku boleh pengsan semalam atau macam mana aku boleh cuai sangat terjatuh dalam lubang tadi.

Dan sekarang baru aku tahu yang umur aku dan dia berbeza tujuh tahun. Jadi sejak lima minit yang lepas, aku dah mula panggil dia abang Danial.

Sedang dia memikirkan soalan apa lagi yang dia patut tanya pada aku, ekor mata aku tertancap pada tangan kanannya.

"Abang.. boleh saya tanya sikit?"

Dia cuma mengangkat kening tanda setuju.

"Hmm parut tu abang dapat dari mana?"

"Kenapa? Takut?" Dia memberikan senyuman nakal.

"Takdelah. Cuma curious."

"Hmm sebab parut ni lah ramai yang takut dengan abang. Parut ni agak menyusahkan sebenarnya, tapi parut ni adalah tanda yang abang pernah selamatkan seseorang yang penting dalam hidup abang suatu masa dahulu."

Jarinya bermain-main di sekitar parut tu. Ekpresi mukanya jelas menunjukkan yang dia betul-betul sayang orang yang dia pernah selamatkan tu.

"Abang suka orang tu ke?"

Dia memandang aku sejenak. Sepuluh saat kemudian jari tangannya mendekati dahi aku dan menjentiknya lembut.

"Mana boleh bagitahu. Mia pun taknak cerita masalah Mia kat abang kan? Bila Mia dah ready nak cerita nanti, abang pun akan cerita semua tentang parut ni. Okay?"

"Em." Aku cuma tersenyum.

"Ah ya lah. Takkan Mia nak pakai baju ni pulak nanti. Kejap lagi abang belikan baju baru. Kalau cari dalam rumah ni, sampai tahun depan pun takkan jumpa."

Aku cuma mengangguk. Betul juga. Tak akan nak pakai baju ni lagi. Dah sehari suntuk aku pakai.

"Mia pergi la mandi dulu ke apa. Abang keluar pergi beli baju Mia kejap. Bilik air ada kat hujung sana tu."

Seraya tu dia bangun dan meninggalkan meja makan. Aku juga bercadang untuk pergi mandi. Tapi tiba-tiba kepala aku teringatkan sesuatu. Cepat-cepat aku menahan Danial yang baru je nak memulas tombol pintu.

"Abang.. boleh tak sebelum pergi rumah abang, kita singgah satu tempat ni dulu?"

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Continue Reading

You'll Also Like

3K 276 21
Andalookaew x Noonpreawa
3.9M 159K 67
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperl...
59.9K 4.3K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
38.6K 2.6K 39
Efrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat d...