ELEMENTOM ©️

By shahidayat

85.1K 9.2K 799

❤❤❤❤❤❤❤❤❤ Aku Pyro. Seorang remaja dan penjaga unsur api. Aku tak kenal bapaku sejak lahir lagi. Kata ibu , b... More

PROLOG
Memori Pyro
Perhimpunan
Lawan
Sebab
Penjaga unsur air
★PYRO★
Sejarah
Awal Pagi
Hari Sukan Unsur
Berjuang!
Tak Dijangka
★AQUA★
Kerjasama
Junior vs Senior
Cuti
Pengaruh
Bencana
★GEO★
Askar SOLID
Lari
Selamatkan Aqua I
Selamatkan Aqua II
Sarjan SOLID
★WINDY★
Kawan Baru
Halaman rumah
Lelaki misteri
Doktor Chrone
Hujan
★FLORA★
Terowong masa
Debaran
Spike
Fajar pagi
Throwback Spike
★SHINY★
Ditangkap
Strategi
Senja
Kejutan demi kejutan
Askar WISDOM
★ZACK★
Lidah berbilah
Tujuan
Sedar
Perpisahan
Tak mungkin
★DASH★
Bye bye Dr. Chrone!
Hutan
Ohm
Pemanipulasi Cuaca
Puting beliung
★IZZ★
Tiada pilihan
Selesai?
Kevin
Negara Kelam
★TONI★
Negara Sinar
Negara Pasifik
Negara Lahar
Negara Granit
Negara Voltan
★STELIX★
Negara Ozon
Negara Toksik
Negara Logam
Negara Toksik II
Negara Toksik III
★REO★
Bersama Kembali
Hapuskan Ohm dan Kevin!
Bebas dari Markas
Tebus
Flashback Ohm
Flashback Ohm II
Flashback Ohm III
Perwira
Bye Semua! :)
EPILOG

Pengorbanan

896 102 14
By shahidayat

"P..pakcik Liq", Pyro tergamam.

Pakcik Liq kini terbaring di hadapannya dalam keadaan hampir rentung.

Kesan tembakan kilat besar itu menyebabkan baju Pakcik Liq compang camping serta badan Pakcik Liq luka akibat lecuran.

Pyro melutut ke tanah . Dia menatah Pakcik Liq ke atas ribanya.

Hydro yang tergamam segera tampil ke hadapan. Ayahnya ditembak kejam dihadapan matanya sendiri.

"Ayah...tsk tsk...ayah jangan tinggalkan Hydro", Hydro menangis melihat ayahnya itu.

Mereka yang lain turut sedih dengan keadaan ini kecuali Ohm dan Kevin.

"Ceh, berdrama pulak diorang ni ", kata Kevin .

"Hahaha kita biar dulu. Biar pakcik tua tu bagitahu kata kata terakhir dia", seloroh Ohm menhina Pakcik Liq.

"Pakcik, jangan tinggalkan kami pakcik",kata Ember turut menitiskan air mata.

Suasana terasa sebak seketika. Tiada bunyi tembakan ataupun raungan . Hanya tangisan senyap.

Kelopak Pakcik Liq mula bergerak perlahan. Sedikit demi sedikit ia terbuka.

"Pakcik Liq!", kata Pyro lantang.

Pakcik Liq memandang keadaan sekeliling. Dia kini dikerumuni remaja belasan tahun yang berbagai unsur.

Pakcik Liq tersenyum. Dalam senyumannya tetapmengalirkan air mata.

"Pakcik...pakcik tak mahu kalian semua terkorban. Kalian semua.... remaja Elementom, pewaris terkuat Planet Elemen", kata Pakcik Liq perlahan.

Mereka hanya sebak mendengar setiap kata Pakcik Liq. Kesedihan yang teramat tertanam di jiwa mereka di saat ini.

"Kalian semua akan ke Planet Sferum. Dan pakcik tak menyesal dengan tindakan pakcik ni", kata Pakcik Liq.

Dia tersenyum sebaris dengan linangan air mata .

"Hydro, ayah pergi dulu ya. Ayah akan pergi berjumpa ibu kamu dan ayah akan beritahu dia yang dia patut berbangga dapat anak yang baik seperti kamu",kata Pakcik Liq.

Hydro menahan tangis mendengar kata ayahnya. Ditatapnya wajah ayahnya yang sedikit hitam kerana jelaga.

Pakcik Liq tersenyum lalu menutup mata perlahan. Badan serta tangannya longlai tanpa tenaga.

Mereka semua menangis serentak. Kematian Pakcik Liq membawa impak besar kepada mereka.

Badan Pakcik Liq mula bercahaya. Habuk habuk cahaya mula terbit dari badan Pakcik Liq.

Semakin lama gambaran tubuh Pakcik Liq hilang dibawa hablur cahaya itu . Hablur cahaya itu terbang naik ke atas udara.

Dakapan Pyro kosong setelah Pakcik Liq menghilang.

Namun entah bagaimana, habuk habuk itu tiba tiba turun ke bawah.

Hablur cahaya itu berpecah dan berbahagi meresap memasuki badan ke dua belas- dua belas remaja Elementom itu.

"Apakah?", Windy tertanya.

Flora terasa badannya seperti mula bertenaga. Badannya seperti disuntik aura baru .

Mereka yang lain juga rasa begitu kecuali Hydro, Virnus, Terra dan Ember.

"Apa?!", Ohm terkejut.

"Tak...tak mungkin!! Teknik tu!", Kevin juga tidak dapat menerima apa yang dilihatnya.

"Mereka dah naik ke kuasa level 4", kata Ohm lagi.

"Level 4?", Toni memepersoalkan apa yang disebut Ohm.

Virnus, Terra, Hydro dan Ember berpandangan sesama sendiri.

Setelah beberapa ketika, mereka berdiri serentak. Mereka berempat membentuk baris sambil memandang 12 Elementom itu.

"Sedia?", tanya Hydro.

Ember, Virnus dan Terra menelqn liur. Setelah beberapa saat, mereka mengangguk

"Sedia"

....

"PEMECAH PARTIKEL KUASA!!!!!", teriak mereka berempat serentak.

Ohm terbeliak begitu juga Kevin. Ke 12 remaja elementom itu memandang mereka dalam keadaan kaku dan tak memehami apa berlaku.

Tiba tiba badan mereka berempat terpecah menjadi hablur cahaya berwarna putih. Tubuh mereka juga hilang seperti pakcik Liq tadi.

Keempat empat hablur itu terbang lalu meresap masuk ke dalam badan mereka.

Mereka sekali lagi merasakan aura baru yang amat kuat seperti menyuntik tenaga.

Badan mereka juga semakin bertambah besar. Hablur ini...aura ini...seperti meningkatkan umur dan pertumbuhan seseorang juga.

"Gila!!! Tak mungkin!!", Ohm teriak seperti hilang kawalan.

"Kini mereka...mereka adalah penjaga unsur tahap 8", kata Kevin terkejut dan tergamam.

"Kita dah tahap 8????", tanya Shiny.

Mengikut saiz mereka kini, keadaan dan kuasa yang dirasakan...sah tahap mereka memang meningkat ke tahap 8.

Mereka tercengang seketika sebelum memandang tajam ke arah Ohm dan Kevin.

"Sebelum ni kau kata kami tahap 3 dan lemah untuk lawan kau. Tapi sekarang kami dan tahap 8 dan tinggal satu tahap untuk sama dengan kau", kata Zack sambil mengeluarkan aura kegelapannya.

Ohm panik . Kevin pula seperti bersedia untuk melarikan diri.

"Er..er..Kevin sekarang!", teriak Ohm mengarah Kevin.

Kevin dengan serta merta menggunakan kuasanya.

Tiba tiba muncullah 12 portal yang berasingan di bawah setiap seorang dari mereka.

Kesemua portal itu menelan mereka secara berasingan.

"Arghh", jerit setiap satu darinya.

____________________
to be continued..

Continue Reading

You'll Also Like

73.9K 2.5K 55
written by sis4na ( not me !! ) kpvst ni dah lama complete tapi author sis4na ada buat pembaharuan (?) dlm jalan cerita dia / cut some parts ( im not...
64.1K 232 13
HANYA SEKADAR HIBURAN SEMATA-MATA
298K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.
141K 12.6K 130
"Dekat dengan aku, baru aku tak risau," HIGHEST RANKING : #1-in Barista [ 31/3/21 ] #3- in Barista [ 4/2/21 ] #1- in Coffee [ 8/12/20 ] #1-in Basket...