Topeng Si Pemuja Hati

By NurLestari9

1.5K 30 0

TERBIT : FEBRUARI 2017 TOPENG SI PEMUJA HATI - RASS LESTARI ISBN : 978-967-5289-54-5 Harga : RM27sm / RM30ss ... More

Bab 2
BAB 3
Bab 4
Bab 5

Bab 1

590 10 0
By NurLestari9

Maaf puan, daripada rekod saya dari mahkamah Qadi, puan dan bekas suami puan berpisah atas persetujuan bersama, disertai dengan syarat yang tertentu. Salah satunya, puan bersetuju tidak akan menuntut nafkah iddah, mutaah dan sebagainya. Jadi, kalau kes ini puan ingin teruskan, saya tak rasa permohonan puan bakal diterima."

Berjela-jela penerangan Thaqiff pada sepasang suami isteri yang kini duduk di hadapannya. Sedaya upaya dia gunakan bahasa yang mudah difahami meskipun kedengaran agak formal.

"Tapi waktu tu saya nak tuntut fasakh dari dia. Kalau saya tak setuju dengan syarat yang dia beri, dia tak akan lepaskan saya," bidas wanita tersebut sambil menaikkan semula hujung selendangnya yang jatuh ke bahu.

"Saya terdesak masa tu Encik Thaqiff. Tolonglah Encik Thaqiff faham keadaan saya," ucap wanita itu sambil memandang resah ke arah suami yang duduk di sebelahnya.

"Saya faham puan. Saya faham keadaan puan tapi rayuan puan ni memang tak munasabah kerana mengikut kitab Al Fiqh Al Islami wa Adillatul jilid 6 Dar Al Fikr 1997 muka surat 4377-4378 ada menyatakan bahawa pelepasan Ibrak ada dua." Thaqiff menaikkan jari tangannya meskipun di hadapannya, pasangan suami isteri itu sudah pasang muka masam.

"Perkara yang hendak diibrakkan adalah berupa hak dan perkara yang hendak diibrakan itu hendaklah wujud ketika ibrak dilakukan. Sedangkan Mutaah dan Iddah tak wujud semasa perjanjian itu dimeterai kerana pada waktu itu, bekas suami puan belum lagi lafazkan talak pada puan."

"Tapi awak kan seorang peguam." Suami pada wanita itu mula bersuara. Mungkin dia rasa tak puas hati dengan jawapan yang Thaqiff berikan.

"Tak kan tak ada cara nak menangkan kes isteri saya? Apa guna kami bayar awak mahal-mahal kalau perkara senang macam ni pun awak tak reti nak buat!" Tangan lelaki itu mula membuat onar. Tepi meja yang hanya pegun di situ menjadi tempat melepaskan rasa amarahnya.

"Ya, saya seorang peguam yang encik telah bayar tapi saya juga seorang hamba yang ada Tuhan sama dengan Tuhan encik. Wajib bagi saya mengikut syariat yang telah ditetapkan. Mana mungkin saya ingin mengingkari arahan Tuhan saya semata-mata demi duit encik." Pen yang bermain di jari Thaqiff turut terhenti. Mereka berdua datang ke sini untuk meminta nasihat dan itulah yang Thaqiff berikan.

"Encik kena fahamkan perkara ni kerana inilah undang-undang yang telah ditetapkan!" terang Thaqiff lagi.

Intonasinya masih cuba dikawal meskipun aras amarah bagai terpancing juga bila ucapan lelaki itu kedengaran begitu sinis. Apa, ingat integriti seorang peguam serendah itu ke?

"Huh! Ingat ni je ke syarikat guaman yang ada kat Malaysia? Ada banyak lagilah malah lebih hebat dari syarikat kecik ni!" bentak lelaki itu lantas berdiri.

"Jom, kita cari peguam yang lebih handal dari ni!" tangan si isteri direntap kasar seraya berjalan keluar dari bilik rundingan. Tak cukup dengan itu, pintu bilik pun dihempasnya kuat.

"Allahurabbi, macam-macam manusia ni. Aku peguam aku pulak yang dia marah, apa salah aku?" menggeleng Thaqiff melihat perangai pasangan itu.

Thaqiff tersenyum sendiri meskipun terasa juga bengkak di hati bila diperlakukan begitu namun, alah bisa tegal biasa. Kalau dia ikutkan rasa hati, maksudnya boleh mati awal dia disebabkan stres.

"Kenapa tu?" terburu-buru Waiz masuk ke bilik rundingan sebaik terdengar bunyi pintu dihempas kuat. Syarikat guaman Jannah & Co ni tidaklah seluas mana. Apa yang terjadi di hujung sini pasti didengari di hujung sana.

"Qiff awak okey ke?"

Kali ini Jannah pula yang meluru masuk sebaik dia melihat mimik muka klien yang baru keluar dari bilik rundingan. Bengis, macam nak bunuh orang. Jannah yang melihat pun seram sejuk dibuatnya.

"Saya tak apa-apa. Biasalah, bila apa yang kita kehendaki tak dapat dan diri pun tak boleh nak reda, begitulah jadinya. Normal, lumrah manusia," balas Thaqiff tenang.

Jannah dan Waiz saling berpandangan. Kalau mereka berdua yang berada di tempat Thaqiff, entah boleh entah tidak mereka bersikap tenang seperti Thaqiff.

"Baguslah kalau awak tak apa-apa tapi lain kali awak kena hati-hati. Kalau klien tu nampak tak berapa betul sikit, cepat-cepat hubungi pak guard kat bawah. Yalah, manusia ni kalau dalam keadaan marah, membunuh pun dia orang sanggup!"

"Ewah, tak sangka Puan Jannah ni seorang yang prihatin rupanya," lengan Jannah, dicuit Waiz.

"Saya memang prihatin pada semua staf Jannah & Co ni kecuali..." jari telunjuk Jannah lurus terarah ke arah Waiz. Lelaki yang seumur dengan Thaqiff tapi kalau tengok dari perangai memang jauh beza dari Thaqiff Akhtar.

"Awak... Mohd Waiz!"

"Ish, apa kakak ni? Main tunjuk-tunjuk pula," jari telunjuk Jannah ditepis Waiz. Kalau staf lain nampak boleh jatuh air mukanya.

"Hey, apa kakak... kakak? Ini ofis. Kat ofis I'm your boss. Faham!"

Tu dia.... sikap bossynya dah muncul. Waiz garu kepala.

"Faham, bos!"
Thaqiff tersenyum kecil. Kalau mereka berdua ni tak bertengkar memang tak ada hiburan yang boleh melegakan stresnya di sini.

"Dahlah, sambung buat kerja. Kamu, Mohd Waiz! Kes tuntutan Puan Syarifah belum selesai lagikan? Dah, pergi selesaikan. Saya tak suka klien mengadu perkhidmatan kita ni lembab!" omel Jannah seraya melangkah keluar dari situ.

Bila Jannah mengomel, Waiz pun mengomel juga. Bezanya sikit pun suara Waiz tak kedengaran. Hanya mulutnya saja yang berkumat-kamit. Entah mentera apa yang dia baca.

"Aku tak hairanlah kenapa kakak aku tu sampai sekarang tak kahwin lagi. Cerewet sangat!" Lepas Jannah hilang dari pandangan, barulah suara Waiz kedengaran.

"Dahlah, daripada kau membebel kat situ, baik kau bantu aku kemas kertas-kertas ni. Lepas tu kita keluar makan. Aku belanja."

"Ha, betul ke? Aku tak salah dengar kan?"

"Tawaran aku sekali je."

Waiz pun apa lagi, bila dengar saja perkataan 'belanja', lajulah dia hulurkan tangan. Bukan apa, saja nak jimat cermat. Boleh simpan untuk belanja kahwin nanti.

"Eh, mana handphone aku?" Thaqiff pegun. Matanya melilau ke sekitar meja yang berselerak. Tangannya turut meraba di balik kertas yang berada di situ. Kertas yang telah dimasukkan ke dalam fail pun dikeluarkan semula. Manalah tahu ada terselit masuk ke dalam.

"Handphone kau?" Waiz garu kepala. Fail-fail di atas meja turut diselak.

"Kau letak kat mana?" Terpacul soalan itu bila habis fail dan kertas diselak Thaqiff.

"Kejap," Thaqiff bercekak pinggang.
Nombor telefonnya didail menggunakan telefon yang ada dalam bilik rundingan. Lama panggilan disambungkan tapi sikit pun bunyi nada dering tidak kedengaran. Pelik ni atau jangan-jangan...

"Astaghfirullah," Thaqiff tepuk dahi.

"Ha... kenapa? Kenapa?"

"Kat pejabat." Thaqiff bingkas bangun.

"Kat pejabat? Apa kat pejabat?" soal Waiz polos.

Dia ni peguam juga tapi kadangkala otaknya beku dan ada kalanya otaknya cair bagai air yang mengalir. Sekarang dengan riak blurnya pasti otaknya tengah beku tu.

"Handphone aku!" tekan Thaqiff malas nak terangkan panjang lebar.

"Erm, handphone kau? Kenapa handphone kau?"

Tengok, dia tanya lagi. Thaqiff yang kini berada di hadapan pintu terpaksa buat muka like seriously!

Waiz senyum meleret. Jari telunjuk dan jari hantu dinaikkan dan membuat tanda Y.

"Peace... saja nak usik kau. Bagi wajah peguam kita yang handsome ni berkerut sikit. Barulah wajah aku pula yang naik seri," tuturnya selamba.

Kalau tangannya sampai, memang Thaqiff nak ketuk kepala miring rakannya itu!

"Tapikan, kenapa hari ni peguam Thaqiff kita nampak kalut sangat?" gumamnya sendiri bila Thaqiff sudah jauh menapak keluar. Tapi, nanti dulu!

"Macam ada tak kena ni," bicara Waiz sendirian sementara matanya tertancap ke arah meja yang masih lagi berselerak.

"Bertuah punya kawan! Meja ni siapa yang nak kemas? Woi! Tak kanlah aku sendiri kut!" jerit Waiz bukan main kuat. Sampaikan kerani yang berada di luar pun terjengah-jengah melihatnya.

"Mampus aku," rungutnya. Nak minta tolong dengan kerani, semua dokumen kat sini sulit. Bukan sembarang orang boleh tengok. Aduh!
Bila Waiz merana seorang diri di sana, Thaqiff pula tersenyum lega sebaik melihat telefon pintarnya terletak molek di atas dalam biliknya. Macam orang terjumpa buah hati, begitulah riak yang Thaqiff pamerkan meskipun telefon pintarnya itu tidaklah mencecah ribuan ringgit.

Telefon biasa saja pun! Cumanya, apa yang terkandung dalam memori telefon itu, yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit walau seguni sekalipun.

"24 missed calls?" Tergamam Thaqiff melihat angka panggilan yang tidak dijawabnya. Tambah panasaran bila panggilan itu datangnya dari orang yang sama. Si stalker!

"Assalamualaikum, kenapa Ar?" soal Thaqiff sebaik panggilannya bersambut. Tak mungkin Armani telefon kalau tak penting!

"Dia tak apa-apa kan?" laju soalan kedua meluncur keluar meskipun di hujung sana sudah terdengar suara yang ingin menjawab pertanyaan soalan pertamanya tadi.

"Kau ada kat mana sekarang?" Soalan ketiga, cukup syarat! Sampaikan kedengaran suara dengusan di hujung talian.

"Abang Qiff, bagilah Ar cakap dulu. Ini Abang Qiff saja yang cakap dan cakap! Ar, bila nak cakap?"

"Okey kau cakap, cepat!" gesa Thaqiff. Berdebar ni. Janganlah perkhabaran buruk yang diberikan. Itu doa Thaqiff dalam hati.

"Macam ni, itu perempuan ah, ada di balai polis sekarang!"

"Bagi location kat aku. Aku gerak sekarang," arah Thaqiff seraya telefon pintarnya ditutup. Nak tanya banyak-banyak pun, belum tentu dapat puaskan hati yang tengah rawan saat ini.

Kunci kereta dicapai dari atas meja lantas dia keluar menuju ke bilik Jannah yang bersebelahan dengan biliknya. Pintu kaca diketuk. Wanita yang berada di dalam memberi isyarat untuk masuk.

"Aku keluar kejap, ada emergency," tuturnya seraya langkah kanan diatur beredar dari situ. Laju! Tak sempat pun sepatah kata keluar dari mulut Jannah.

Continue Reading

You'll Also Like

183K 14.4K 36
Her marriage was fixed which was an arranged marriage but she moved to London to pursue her career and dreams and after that, she would marry. But in...
418K 12.6K 37
The Sokolov brothers are everything most girls want. Intimidating, tall, broody, they are everything to lust after. Not that they... particularly car...
748K 39.5K 21
𝐒𝐡𝐢𝐯𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐑𝐚𝐣𝐩𝐮𝐭 𝐱 𝐑𝐮𝐝𝐫𝐚𝐤𝐬𝐡 𝐑𝐚𝐣𝐩𝐮𝐭 𝐀𝐧𝐢𝐤𝐚 𝐑𝐚𝐢 𝐱 𝐊𝐚𝐛𝐢𝐫 𝐑𝐚𝐣𝐩𝐮𝐭 ...
1.3M 67.2K 59
𝐒𝐜𝐞𝐧𝐭 𝐨𝐟 𝐋𝐨𝐯𝐞〢𝐁𝐲 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 〈𝐛𝐨𝐨𝐤 1〉 𝑶𝒑𝒑𝒐𝒔𝒊𝒕𝒆𝒔 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...