Maid Maiden

By sweetpearly

737K 55K 4.7K

❝Walau apa cara sekalipun, aku tetap akan balas budi 'putera' aku tu suatu hari nanti.❞ Demi membalas budi si... More

PROLOGUE
💛M I N I T A L K💛
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
🌈 M I N I T A L K 2 🌈
BAB 9
BAB 10
TAGGED~
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
SPECIAL CHAPTER : ALL ABOUT US ✨
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
💘 M A I D M A I D E N G A L L E R Y 💘
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
NOTICE
BAB 69
BAB 70

BAB 20

11.1K 768 59
By sweetpearly

Mia—bangun—okay—tak—

Macam ada suara, tapi aku tak dengar berapa jelas.

Suasana gelap tadi bertukar cerah. Badan aku rasa sejuk sangat. Rasa sesak dekat dada hilang bila aku muntahkan semula air yang masuk ke dalam mulut tadi. Mata aku dibuka perlahan.

Aku dekat syurga ke?

Sepasang mata sedang merenung aku dengan muka yang bimbang. Kacaknya. Bidadara syurga ke ni?

"Berapa lama kau nak pengsan ni? Wake up Mia!"

Eh, dia tahu nama aku lah. Tapi suara macam familiar..

Sepuluh saat aku cuba mewaraskan semula fikiran aku sebelum akhirnya aku sedar siapa 'bidadara syurga' tu.

Hayqal.

"Nak aku buat CPR ke baru nak bangun?" Mata aku terbuntang luas bila dia hampir merapatkan bibirnya ke mulut aku.

"Mama!!" Kaki aku menendang kuat badannya dan cuba menjauhi dia seboleh yang mungkin.

"Lelaki miang! Jangan cuba ambil kesempatan lah!"

Hayqal bangun dari jatuhnya. Kuat jugak aku tolak sampai tergolek dia tadi.

"Aduh... Lain kali kalau tak reti berenang janganlah duduk dekat dengan kolam! Tak pasal-pasal aku juga yang kena selamatkan." Tangannya mengusap-usap belakang badan. Sakitlah tu kena tendang.

Hayqal tak marah aku sebab aku tolak dia? Okay, itu rare. Tapi rasanya sebab dia tahu gurauan dia melampau sangat tadi. Ingat lawak ke nak cium anak dara orang? Kan dah tak pasal-pasal dapat tendangan padu.

Tapi ayat 'tak pasal-pasal aku yang kena selamatkan kau' tu menarik perhatian aku. Dia ke yang selamatkan aku tadi?

Belum sempat nak tanya, sehelai tuala dah selamat dicampak tepat ke kepala aku.

"Lap badan tu. Lepas ni jangan mengada nak duduk dekat dengan kolam ni dah. Nasib kau bukannya selalu baik. Kalau takde sesiapa kat sini tadi macam mana?"

Satu pandangan tak puas hati aku hadiahkan pada dia. Haih Mia, patutnya kau berterima kasih. Kalau bukan sebab dia, dah elok dah roh kau keluar dari badan. Tapi macam biasa, ego menguasai diri.

"Semua ni takkan jadi kalau Alexander tak lompat dan tolak aku! Siapa je lah yang pergi baling kayu ni kat sini?" Kaki aku menguis kayu yang tiba-tiba muncul tadi.

Kayu jugak yang aku salahkan. Tapi memang betul pun. Aku yakin Alexander cuba nak kejar kayu tu tadi tapi tersilap target then terlompat dekat belakang aku. Aku memandang Alexander yang sedap duduk di ribaan Hayqal sambil menjilat-jilat bulunya. Alexander pun jatuh dalam kolam tadi. Bezanya, dia pandai berenang dan aku pula hampir mati.

"Lah, kau ke yang kutip kayu tu? Kayu tu aku guna untuk latih kepantasan Alexander."

Tercengang aku sekejap.

What the ffffffffffff benda macam tu bukan untuk latih anjing ke duh?
Aku memberi pandangan 'kau bergurau kan?'

Hayqal cuma mengangkat kedua-dua bahu. Dan itu maksudnya dia nak cakap 'suka hati aku lah'.

Haih, ajaran sesat manalah yang mamat ni amalkan. Tak pernah aku dengar orang latih kucing guna kayu.

Aku memerhatikan dia yang gigih mengelap bulu Alexander dengan tuala. Kejap-kejap tangan dia mengesat air-air dari rambut yang menitis dekat dahi.

Entah hantu mana yang merasuk, tangan aku laju mencapai tuala dan mengelap rambutnya yang basah tu.

"Asyik keringkan Alexander je. Kau tak sedar ke yang kau tu pun basah juga.."

Hayqal nampak terkejut dengan perbuatan secara tiba-tiba aku tu, tapi dia membiarkan je tangan aku bergerak. Aku perasan mata Hayqal sedang meneliti muka aku.

Dah lah tu, jangan lah pandang-pandang. Awkward duh. Tak pasal-pasal muka aku jadi panas.

"Mia, semalam aku tak sengaja kotorkan baju kau tu. Sorry.."

Gerakan tangan aku terhenti. Aku memandang dia dan mata kitorang bertembung. Aku dapat rasakan pipi aku dah memerah segan. Dahlah sekarang jarak aku dengan dia dekat gila. Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan ke arah Alexander.

"Erm takpe. Sofia dah tolong bersihkan. Aku pun nak minta maaf sebab perangai aku pun melampau semalam."

"Pasal cawan semalam tu pun aku minta maaf. Aku tak tahu apa yang merasuk aku sampai buat macam tu kat kau."

"Takpe. Benda dah lepas dah pun. Kau tak payah lah minta maaf."

"Dan maaf juga sebab tengking-tengking kau."

"Ya, ya takpe."

"Dan–"

"Oh enough Hayqal! Aku maafkan kau, okay?!"

Dia tercengang sesaat mendengar suara aku meninggi. Akhirnya dia senyap dan meneruskan sesi mengelap Alexander. Aku pula dah berhenti mengelap rambutnya dan berpura-pura main dengan kayu latihan Alexander tadi tu.

Keadaan bertambah janggal bila Alexander bangun dari pangkuan Hayqal dan pergi meninggalkan kitorang berdua. Macam sengaja je nak kenakan kitorang. Selepas 15 saat, aku bersyukur sebab Hayqal berdehem kecil. Maksudnya ada benda lah tu dia nak cakap.

"Majlis malam esok... kau pakai baju yang Aryan hadiahkan tu ke?" Nada suara dia bunyi mendatar apabila dia kemukakan soalan tu. Aku mengambil nafas sekejap sebelum menjawab.

"Thanks sebab belikan dress merah jambu tu. Cantik. Laura dah bagitau yang kau beli baju tu petang semalam.."

Lain yang dia tanya, lain yang aku jawab. Bukan apa, kalau boleh aku taknak bincang pasal Aryan kat sini. Nanti habis mood dia hilang and tak pasal-pasal aku yang terkena tempias. Bukan senang nak berborak dengan mamat ni sekarang.

"Oh... em... sama-sama." Tangan Hayqal menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mukanya yang putih tu jelas nampak memerah.

Wait, dia malu ke?

"Hayqal, kenapa kau susah payah belikan baju tu untuk aku?"

Sengaja aku memandang tepat dalam matanya sebab nak tengok reaksi dia macam mana. Macam yang aku agak, dia cuba mengelak dari melihat ke dalam mata aku. Aku tersenyum kecil. Comelnya bila dia blushing.

"Oh...baju tu...sebab..."

Achum!!

Belum sempat nak dengar jawapan dia, hidung aku yang terasa gatal membuatkan aku terbersin. Badan aku rasa menggigil lain macam. Mungkin sebab sejuk jatuh kolam tadi kot. Ditambah lagi dengan angin sepoi-sepoi ni.

"Dah lah tu. Pergi masuk bilik, tukar baju semua.. Susah kalau kau sakit esok."

Serta-merta dia bangun dari kerusi dan tanpa menunggu jawapan aku, dia terus berjalan masuk ke villa. Soalan aku tadi dibiarkan tergantung tanpa tali.

Haih, baru ingat nak korek rahsia. Terlepas lagi peluang keemasan tu.

Aku padamkan niat untuk mengejar dia. Kepala aku tiba-tiba rasa pening. Jadi aku buat keputusan untuk masuk dan berehat memandangkan maid yang lain pun tak balik rumah lagi.

Aku bangun dari duduk dan mula melangkah masuk ke villa. Kenapa badan aku rasa pelik ni..  Tangan kanan aku menyentuh dahi.

Aish, nak demam ke?

_______________________

SOMEONE P.O.V

Awan dah kelihatan mendung. Tapi aku masih melilau mencari jalan yang benar.

Sepanjang jalan ni cuma ada bukit- bukau dan beberapa buah rumah. Jalan ni pula lengang tanpa kereta lalu-lalang. Hanya beberapa buah motor sahaja yang baru melintasi aku.

Dekat seberang jalan pula ada sebuah sekolah tinggi. Papan tanda tertulis Blossom Iris High School.

Tempat apa ni? Aku rasa macam dah pernah lalu kat sini tadi. Aku meneliti kertas yang berada dekat tangan.

Villa Watson, Jalan Gryffin, 1/4, Bandar Andalusia.

Mata aku kemudian memandang ke arah papan tanda kecil di seberang.

Jalan Huffle, 1/2.

Okay, dah tersasar jauh aku ni. Dari tadi aku jalan tapi masih tak nampak pun papan tanda yang tertulis jalan Gryffin.

"Amoi cantik nak pergi mana ni? Baru balik sekolah ke? Bahaya tau balik sorang. Jom abang hantar nak?"

"Taknak! Jangan kacau lah!"

Mata aku tertancap pada seorang lelaki yang mungkin baru belasan tahun sedang mengganggu seorang perempuan berbangsa cina yang memakai uniform sekolah.

Kejap, uniform tu...

Tak lain tak bukan uniform Rubians Watson High School. Siapa je tak kenal sekolah ternama dekat bandar ni.

Mulut aku mengukir senyuman. Mesti budak tu tahu dekat mana tempat yang aku tengah cari ni.

Aku mendekati mereka. Budak-budak zaman sekarang ni memang menyusahkan. Nak taknak aku kena masuk campur juga.

"Woi!"

Budak lelaki yang mengganggu budak perempuan tadi menoleh.

"Siapa pulak yang kacau aku ni?! Berani betul kau ya! Aku belasah nanti.." Tangan budak tu menghala penumbuk ke arah aku. Tapi sekejap je dia dah turunkan balik. Terdiam budak tu sekejap lepas memandang aku.

"Shit, tin–tingginya!" Aku dengar budak lelaki tu baru melepaskan satu carutan kecil. Aku boleh nampak tinggi budak tu paras dada aku je.

"Pandang apa lagi? Blah lah!"
Sergah aku.

Mencicit budak tu lari. Pendek-pendek pun ada hati nak jadi samseng. Ceit.

Mata aku memandang pada gadis yang memakai uniform RWHS tadi.

"Cik, dah alang-alang saya terjumpa awak, awak tahu tak dekat mana–"

"Sa–saya tak tahu apa-apa!"
Budak perempuan tu menggeleng laju.

"Eh cik, saya tak habis tanya pun lagi.."

"Saya tak tahu apa-apa! Jangan dekat! Mama!"

Aku tercengang. Budak perempuan tu dah laju berlari meninggalkan aku.

Sesiapa tolong beritahu aku ni semua satu gurauan.

Aku kasar sangat ke tadi? Come on aku bukan makan orang pun. Niat aku cuma nak tanya jalan je.

Aku memandang ke arah tangan kanan aku. Mungkin ke dia takut sebab parut ni...?

Aku mengeluh kasar. Mata aku melirik pada jam di tangan.

5.00 pm.

Haih, Macam mana la aku boleh sesat kat sini? Kalau aku ikut je waze tadi kan senang. Majlis tu dah nak mula malam ni. Sempat ke aku sampai?

Awan mendung tadi dah pun memuntahkan hujan. Satu keluhan berat dilepaskan.

__________________________

MIA P.O.V

Pandangan aku jauh dibuang ke luar tingkap bilik. Awan mendung dan hujan renyai-renyai memenuhi penglihatan aku.

Selepas majlis ni, aku akan bebas daripada gelaran 'girlfriend' Hayqal.
Sebaik je misi ni tamat, aku akan dapat bersama putera aku tu.

Tapi..

Langsir ditutup dan badan aku dihempas kuat ke katil.

Sepatutnya aku gembira menanti saat-saat yang aku impikan ni, tapi entah kenapa mood aku hilang.

Rasa macam tak sedap hati.

Maybe sebab cuaca hujan kot?

Kedengaran pintu dibuka. Hanni dan Laura masuk ke bilik dengan muka risau.

"Mia, kau tak siap lagi ke? Tuan muda dah lama tunggu kau kat bawah lah!"

Aku mengeluh perlahan. Dua buah kotak yang tersusun cantik di atas meja aku pandang. Bukannya aku taknak bersiap. Tapi aku tengah keliru nak pilih baju mana.

"Cepatlah Mia! Tuan muda tak boleh sampai lewat ke majlis tu."

"Mia, kJ masih tak pasti nak pilih baju mana yang kau nak pakai ke?"

Aku menoleh ke arah Hanni dan mengangguk perlahan.

Aku dah janji dengan Aryan yang aku akan pakai baju dia. Tapi dalam masa yang sama aku rasa bersalah pada Hayqal.

Aku memandang kedua-dua kotak baju tu. Di sebelah kanan adalah baju hadiah dari Aryan. Kiri pula hadiah Hayqal. Setelah dua minit aku membuat perhitungan baik dan buruk, akhirnya aku memilih kotak baju di sebelah kanan.

Hanni dan Laura bantu aku bersiap. Sepanjang masa tu, aku tak banyak bercakap. Kepala aku pun rasa pening-pening. Hanni dan Laura je yang banyak berbual. Tapi Hanni banyak menembak aku dengan kata-kata dia dan buat aku terasa sentap.

"Pelik la kau ni. Bukan biasanya kita akan pilih baju yang dihadiahkan oleh boyfriend ke? Ni tak, baju lelaki lain yang kau pilih."

Aku cuma diam je. Tak boleh nak salahkan Hanni sebab memang maid dalam rumah ni sedia maklum yang aku ni girlfriend Hayqal. Cuma diorang tak tahu title 'palsu' tu pun wujud dalam hubungan kitorang.

Melihat aku hanya diam, Laura pula cuba menyedapkan hati aku.

"Janganlah ambil hati Mia. Hanni takde niat pun nak cakap macam tu cuma tuan muda jarang belikan hadiah untuk perempuan. Jadi sebab tu lah kitorang rasa kesian dekat tuan muda."

Kata-kata Laura bukannya menenangkan hati aku, menambahkan lagi rasa bersalah ada lah.

"Ish, aku salah cakap ke? Mia yang sakitkan hati tuan dulu! Lagipun, harini kan hari jadi tuan muda!"

Terus aku menoleh ke arah Hanni.
"Apa dia?" Soal aku dengan kerutan di dahi.

Hari ni birthday dia ke? Kenapa aku tak tahu pun?

"Jangan cakap kau tak tahu. Habistu, kau rasa ada sebab lain ke ibu bapa tuan susah-payah nak buat majlis besar-besaran macam ni setiap tahun?"

Aku rasa macam nak hempaskan dahi dekat meja solek sekarang. Manalah aku tahu. Aku ingatkan orang-orang kaya memang suka buat majlis tanpa sebab. Lagipun, Hayqal tak pernah cakap yang majlis ni untuk dia.

Tapi bila fikir balik, salah aku juga sebab tak pernah tanya.

Aku melihat pantulan diriku di cermin. Dress biru telah pun siap tersarung cantik di badan. Lagi setengah jam majlis tu nak bermula. Mana sempat dah nak tukar.

Tiba-tiba satu idea muncul. Walaupun macam merepek, tapi aku nak buat juga. Mungkin cara ni boleh hilangkan rasa bersalah aku dekat dia.

Aku menghentikan tangan Laura yang sedang menghias rambut aku dengan tiara berwarna biru.

"Laura, nanti kejap..."
.
.
.
.
.
.
.
.

Continue Reading

You'll Also Like

1.7M 92.8K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
1.5M 78.1K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...
1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
1.9K 28 8
*bl🔞* [sex18+] •Ziyan atau di panggil Zin adalah seorang pelajar baru di kolej Vokasional Twilight/VT. •Zin mempunyai kawan barunya iaitu Nazi dan M...