kidnap | baekyeon [slow updat...

By kimtyzer

20.6K 1.8K 337

▷ Kim Taeyeon, wanita yang bercita-cita dan berkeinginan untuk bebas. Sejak kecil lagi, dia dikongkong, dia d... More

◐◑
Satu
Dua
Tiga
Empat
Lima
Enam
Tujuh
Lapan
Sembilan
Sepuluh
Sebelas
Duabelas
Tigabelas
kata-kata author
Empatbelas
Limabelas
Enambelas
Tujuhbelas
Lapanbelas
Sembilanbelas
Duapuluh
Duapuluhsatu
Duapuluhdua
Duapuluhtiga
Duapuluhempat
Duapuluhlima
Duapuluhenam
Duapuluhlapan
Duapuluhsembilan

Duapuluhtujuh

442 50 15
By kimtyzer

"Ready?"

"Hmm?" tanya Taeyeon sambil mengerdipkan matanya beberapa kali. Aku tergelak kecil lalu membisikkan sesuatu pada telinganya yang kecil.

"I'm going to show the world what is mine."

"Byun Baekhyun! Kau dah sampai planet Bumi ke?"

Tersentak aku dengan jeritan Taeyeon tadi. Eh, aku cakap apa tadi i'm i'm-

"Taeyeon, aku ada cakap apa-apa tak tadi?" tanya aku dengan nada suara yang perlahan.

Habislah kalau dia dengar.

"Kau cakap apa? Kau termenung dekat 78 saat tadi. Kau tengah fikir pasal apa?" Tanya Taeyeon sambil menoleh kepalanya ke arah aku.

Tengah fikir macam mana nak berhenti fikirkan kau.

"Dahlah. Pakai tali pinggang."

"Eh pulak. Naeee."

Sepanjang perjalanan dalam kereta tersebut, Taeyeon dan aku hanya mendiamkan diri menyusuri jalan raya yang agak gelap tersebut.

Tiba-tiba, Taeyeon memecahkan suasana.

"Tadi, aku terdengar yang kau cakap majlis J.Park apa entah. Aku tak fahamlah."

"Oh, aku tak beritahu kau lagi eh?" Tanya aku, seraya Taeyeon memusingkan bebola matanya sambil membuat muka menyampah.

"Yelah. Dari pagi sampai ke petang, aku tak tahu apa-apa langsung, Encik Byun. Terima kasih la ye." Sinis sungguh kata-kata Taeyeon itu.

"Sorry, Yeon, hehe." Aku menggaru kepala aku yang tak berapa nak gatal lalu menyambung kata, "terlupa. Macam-macam benda aku fikir dalam kepala otak aku ni sampai tak teringat nak beritahu kau."

"Okay. Bagitahulah majlis apa."

"Majlis pembukaan kelab malam." Jawab aku sepatah. Aku merasakan hal tersebut tak perlu diberitahu kepada Taeyeon.

"Wow. Kelab malam. Interesting." kata Taeyeon sambil tersenyum simpul.

"Ha, kau jangan nak cuba sentuh arak dalam kelab tu eh, nanti kau mabuk siapa yang susah?" Bebel aku sambil mata aku sedang fokus di jalan raya.

"Kaulah yang susah." bidas Taeyeon sambil memuncungkan mulutnya sedepa. Amboi.

"Eeeeeee pandai menjawab."

"Hehe. Tapi, kenapa kau ajak aku pergi sana? Kau boleh je pergi sorang." Tanya Taeyeon.

Okay. Soalan dia ni menyakiti dan menghancuri hati aku. Sampai hati.

"Ish. Majlis tu kena bawak pasangan. Aku dah takde orang lain dah yang aku kenal, so, aku bawaklah kau. Kau pun nak juga keluar tempat lain kan?" kata aku panjang lebar kepadanya sambil mengerlingnya di sebelah sekilas.

Dia mengangguk perlahan.

"Akhirnya ada jugaklah manusia yang sedar aku keseorangan dalam rumah besar kau tu." Kata Taeyeon sambil melihat cermin sebelah kereta. Perli aku lah tu.

"Nanti bila aku ada masa, aku ajak kau jalan-jalan lagi eh." Tangan kiri aku secara automatiknya memegang kedua-dua tangan Taeyeon yang berada di atas dompet lepernya. Aku agak terkejut dengan tindakan aku lalu cepat-cepat menarik tangan aku dari tangannya.

Suasana kembali menjadi senyap.

"May I ask you, again?" tanya Taeyeon sambil mengerling ke arah aku beberapa kali.

"Hmm, apa?"

"Tadi, kenapa kau berpelu..kan dengan Aunty Alice?" soalannya kedengaran seperti cemburu dengan aku. Alahai Yeon.

"Kenapa tanya?" Bibir aku sudah terukir satu senyuman sinis kepada Taeyeon.

"Sajalah tanya. Dah aku ternampak tadi. Buka-bukan nak pun tanya tapi tulah dah aku ternampak jadi apalagi-"

Aku meletakkan jari telunjuk aku pada bibir Taeyeon yang bising itu. Menandakan untuk senyap buat seketika.

Dia terus bertukar senyap sambil asyik merenung aku walaupun kereta iniaku pandu dengan penuh tumpuan di jalan raya. Bibir dia lembut sangat dan apabila aku mengangkat jari telunjuk tersebut,

kesan lipstick merah jambunya terlekat pada jari aku. Aku hanya membiarkannya lalu meneruskan pemanduan di jalan raya. Tak boleh fokus aku bila adanya Taeyeon.

"Benci betul." Gumam Taeyeon perlahan sambil menyilangkan tangannya ke dada.

"Hmm, ok-okay..."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setibanya kami di luar kelab malam itu, aku terdengar bunyi bising dengan muzik yang kuat dari tempat itu juga. Kelihatan ramai orang kenamaan datang ke majlis ini.

"Yeon, pegang tangan aku." arah aku kepadanya. Taeyeon hanya menurut.

"Bisingnya kat dalam." Katanya sambil memandang kelab malam tersebut.

"Dah nama pun kelab malam."

Lalu, aku berpegangan tangan dengan Taeyeon sehinggalah kami sampai di pintu masuk untuk VVIP. Aku menunjukkan kad jemputan hitam tersebut kepada pengawal yang berkot hitam.

"Sir, take your mask."

Aku menoleh ke kiri dan melihat banyak topeng-topeng muka yang berlainan jenis dan warna. Ianya hanya tutup di bahagian mata. Aku mengambil dua topeng muka untuk Taeyeon dan diri aku sendiri.

"Merapulah dia ni." gumam aku perlahan.

"Nah, Yeon. Pakai mask ni sampai kita balik rumah ye." kata aku lagi sambil menyerahkan topeng muka yang berwarna hitam itu kepadanya.

"Kenapa nak kena pakai mask dalam kelab malam? Mask ni bukan untuk prom je ke?" tanya Taeyeon kepada aku sambil mengerutkan dahinya.

"Pelik." Jawab aku sambil memakai mask tersebut di bahagian mata aku.

Kelab malam itu kelihatan sangat mewah kerana di tingkat atas adalah hotel. Jadi, senanglah orang-orang kaya ni nak bawak sluts diorang masuk hotel. Wow. Bijaknya kawan aku tu.

"Oh god, bunyi dia bingit.." Taeyeon tiba-tiba tutup telinga kerana muzik yang terlalu kuat. Topeng mata yang dipakainya dibuka kembali kerana terlalu rimas mungkin.

"Takpayah pakailah kalau macamtu."

"Tapi bahayalah. Aish. Kejap." Taeyeon merelakskan dirinya buat seketika. Keadaan Taeyeon yang seperti hendak pengsan ini membuatkan aku risau dan simpati terhadapnya.

Aku tahu dia tak suka pergi tempat macamni. Alahai, rasa bersalahlah pulak.

"Yeon, kalau kau.. takboleh. Kita boleh je balik. Kau macam tak okay je. Jadi-" kata aku sambil memegang kedua-dua lengannya. Tiba-tiba, dia tepis tangan aku.

"Aku okay. Let's go. Aku nak release tension." Dia cuba membetulkan posturnya tadi lalu berdehem perlahan dengan confidentnya melangkah masuk ke dalam kelab malam tersebut.

Ceh.

"Yah!" Aku menarik tangan kanannya ke luar pintu masuk kelab malam itu lalu berbisik sesuatu ke telinganya.

"First, kau kena pegang tangan aku, di mana kau berada. Second, jangan cakap dengan mana-mana orang yang kau tak kenal. Third, jangan buka topeng mata yang aku bagi ni kat orang lain. Takut ada yang kenal kau dalam club ni. Forth, jangan menari, minum arak dan jangan buat benda bukan-bukan. Okay?" Bebel aku panjang lebar. Aku takut jugak kalau apa-apa jadi pada dia. Dia dahlah baru lagi tempat macam ini.

Jadi, aku perlu perhati dia.

I hope so.

Dia membuat muka bosan lalu mengangguk sambil memegang tangan kanan aku semakin erat.

"Jom masuk dalam."

Kami masuk ke dalam kelab malam tersebut dengan langkah berhati-hati. Taeyeon hanya menundukkan kepalanya supaya orang luar tidak mengenali mereka walaupun mereka dilindungi oleh penutup mata tersebut.

Aku tahu dia tak suka pergi tempat macamni, tapi mianhae, Taeyeon-ah.

"Is that Mr. Byun?!"

Aku terdengar nama aku dijerit kuat oleh seseorang. Kepala aku toleh kepada suara yang memanggil aku. Kelihatan Jiyong dan isterinya, Chaerin sedang melambai ke arah kami berdua. Mereka adalah rakan seclient dengan aku. Jadi, persahabatan kami juga agak rapat.

"Hey Jiyong!" Jerit aku sambil membalas lambaian kepadanya.

Tiba-tiba, aku terasa seperti sut hitam aku ditarik perlahan.

"Siapa tu?" Taeyeon menuding jari telunjuknya ke arah mereka sambil memuncungkan bibir. Cute.

"Friends. Jom pergi kat diorang jap."

Taeyeon menurut arahan aku lalu kami menuju ke arah tempat duduk yang Jiyong dan Chaerin duduki.

KIM TAEYEON

Kepala aku masih sakit dengan suasana yang bising macam ini. Tetapi, aku nak arak, nak alkohol.

Aku nak release stress.

Tapi, Baekhyun tak izinkan aku minum. Alahai, bukannya aku bertindak luar kawalan pun. Aku rasa aku boleh tahan lagi walaupun 4 cawan alkohol.

Kami berdua menuju ke arah pasangan yang sama bangsa dengan kami yang duduk di atas sofa hitam di sesuatu sudut yang agak tersorok. Mungkin senang nak cium-cium bagai euw.

"Hey, Byun Baekhyun! Long time no see, bro." sapa lelaki yang berambut coklat iaitu Jiyong lalu berjabat tangan sambil menepuk belakang Baekhyun perlahan. Baekhyun tergelak kecil lalu melepaskan pegangan tangan kami berdua.

Sekarang ni siapa yang salah? Aku mencarut dalam hati. Haish sabar.

"Tulah, lama jugak kami tak nampak kau. Kau menghilang mana, Baekhyun?" Tanya wanita yang berambut ungu kehitaman kepada Baekhyun. Eyeliner dia panjang duh. She seems like a bad girl.

Samalah macam lelaki sebelah dia tu. Boyfriend dia kut.

"I'm doing fine, guys. Cuma sibuk sikit sekarang." kata Baekhyun sambil mengambil tempat duduk di sebelah Jiyong. "Korang berdua pulak macam mana? Seronok honeymoon?" Tanya Baekhyun sambil mengangkat keningnya sebelah. Pasangan tersebut tergelak besar apabila melihat Baekhyun yang seperti ingin tahu tentang itu.

Aku masih berdiri tegak di sebelah Baekhyun yang sedang duduk di atas sofa itu sambil memegang dompet aku kejap-kejap.

"Stfu, Baekhyun." Jawab isteri Jiyong sambil memegang kedua-dua pipinya yang panas.

Wow. I am amazed. Dia boleh mencarut depan suami dia. Bestnya.

"Mestilah best. Honeymoon mana yang tak best tu, kau bagitahu aku. Hahaha." jawab Jiyong pula sambil meneguk secawan alkohol yang berada di atas meja itu.

"Hmmm, Baekhyun, siapa sebelah kau tu?" Tanya Jiyong kepada Baekhyun. Kepala Baekhyun ditoleh ke arah aku lalu dia menyuruh aku duduk di atas sofa itu bersamanya. Penutup mata itu masih tidak aku tanggalkan sebab Baekhyun yang suruh jadi aku hanya ikut arahan.

"Suruhlah dia bukak mask tu. Kesian dia. Rimas semacam je aku tengok dia, Baekhyun." kata isteri Jiyong kepada Baekhyun dengan nada yang kuat kerana kelab malam tersebut semakin lama semakin ramai pengunjung yang datang.

"Hmm, kejap." jawab Baekhyun sambil menoleh kepalanya ke arah aku. Mata aku terbeliak apabila dia cuba membuka ikatan penutup mata bercorak itu di belakang aku.

"Apa kau buat ni? Kau cakap tak payah buka penutup mata ni?" tanya aku seperti separa berbisik kepadanya. Dia masih membuka tali ikatan itu dibelakang aku.

"Tak apa, diorang baik je."

Yeke baik? Kenapa aku tengok pasangan suami isteri sebelah aku ni macam ketua gangster. Seram duh.

"Kalau diorang kenal aku macam mana?" Aku berbisik kepada telinga kanannya. Aku dapat rasakan pandangan suami isteri itu beralih lama kepada kami.

"Aku yakin diorang tak kenal kau."

Aku mengeluh perlahan. Akhirnya, penutup mata itu sudah ditanggalkan. Rimas jugaklah ada bulu-bulu hitam pada penutup mata tersebut.

"Dia Asian, Baekhyun?" tanya Chaerin yang masih terlopong apabila ternampak muka aku yang ke-asianan ini.

"Ah yes. Dia lahir di China tapi duduk kat Australia." Jawab Baekhyun dengan penuh penipuan kepada pertanyaan mereka berdua ini. Okay, China whut? Too obviouslah aku ni Korean.

Aku hanya akur lalu, menganggukkan kepala aku perlahan.

"Hai, saya Kwon Chaerin, isteri Jiyong. Hehehe. Nama awak?" Kata Chaerin sambil tergelak kecil kepada aku lalu menghulurkan tangan untuk berjabat. Tangan aku dengan secara automatiknya menyambut hulurannya itu.

"Hai, Chaerin. Saya Ki---"

"Kristina Stanfield." mencelah Baekhyun sambil tersenyum kekok melihat kami berdua. Kerutan dahi pada wajah Chaerin mula muncul.

Muka aku kawal supaya tidak terlalu nampak yang aku terlalu 'shook' dengan nama baharu aku yang diberi oleh Baekhyun.

"Oh, okay. Kristina."

"Yes. Hehehe. Nice to know you, Chaerin." jawab aku pula.

Chaerin takdelah nampak macam bad girl sangat. Comel pun ada aku tengok.

"Okay, enough with the ladies' talk." Kata Jiyong sambil membuat muka bosan kepada Chaerin. Chaerin pula menampar mukanya perlahan-oh, mungkin tak, kuatlah jugak.

"Auch, you sakitlah you pukul. Sampai hati." kata Jiyong kepada isterinya sambil memuncungkan bibir. Chaerin ketawa kecil lalu mencium pipi suaminya.

'Aish, comelnya.' kata hati aku. Teringin nak kahwin la tu.

"Apa hubungan korang berdua? Selama aku hidup ni, tak pernah aku nampak kau keluar dengan mana-mana perempuan, Baekhyun." Kata Jiyong sambil menggoncang-goncangkan gelasnya.

"Kau mulut jaga sikit, hey, macam mana nak jaga anak kalau ada mulut puaka macam kau ni?" Gurau Baekhyun kepada Jiyong. Tamparan kuat pada bahu Baekhyun dilemparkan oleh Jiyong.

Kami berempat tergelak besar.

"Jawab jelah. Hahaha."

"She is...." Tiba-tiba, aku merasakan pinggang aku ditarik dari tepi lalu rapat dengan badan.. Baekhyun. Dia melihat anak mata aku lalu berkata,

"My fiancee."

Pipi aku serta merta bertukar menjadi merah padam. Aku dapat dengar Chaerin ketawa kecil lalu teruja menampar bahu suaminya.

Masalahnya, Byun Baekhyun hanya berlakon untuk tidak merumitkan situasi.

"Wow, sejak bila?"

"Lama dah. Two years ago."

Lagi sekali.

"Lamanya. Cepat-cepatlah kahwin. Kau tu, bukannya makin muda, makin tua lah bro." kata Jiyong kepada Baekhyun.

"Soon." Jawab Baekhyun sambil mengerlingkan matanya ke arah aku.

Betul ke apa yang dia cakap?

Jangan bermain dengan perasaan aku, Baekhyun.

Jantung aku makin berdebar dengan laju. Hujung gaun pendek paras lutut itu aku menguis-nguis perlahan. Sampaikan bunyi bising kelab malam ini pun aku tak dengar. Tetapi, jantung aku boleh pulak dengar.

"Nanti jemput kay." Kata Chaerin lalu meneguk secawan gelas wain merah dalam gelas kacanya. Baekhyun menganggukkan kepalanya sahaja sebagai respon.

"Jadi, macam mana bisnes alkohol kau? Makin laku tak?" tanya Baekhyun kepada Jiyong.

"Bolehlah, J.Park yang suruh aku sponsor alkohol ni. Dia nak bayar berjuta-juta jugaklah untuk aku letakkan alkohol aku dalam nightclub ni."

"Sebabtu, dia jemput kau?" tanya Baekhyun.

"Yes."

Mereka terdiam sementara. Selepas itu, mereka bersembang tentang bisnes, bisnes dan bisnes.

Sementara aku seorang diri mereput duduk di atas sofa ini. Bosan sangat sampai aku rasa nak tidur kat sini, tapi bising gila. Ohmy.

Mata aku ditoleh ke arah Baekhyun yang sedang meminum sedikit wain merah yang Jiyong tuang kepadanya.

Mampuslah kalau dia mabuk. Siapa yang nak hantar balik rumah nanti?

"Baek." Aku memanggil nama Baekhyun dengan serta mertanya, Baekhyun menoleh ke arah aku dengan mata yang sebelah tertutup.

"Yes, my dear."

"Kau dah mabuk."

"It's okay, Yeon. Aku boleh tahan." kata Baekhyun lalu membuka matanya seluas-luas yang mungkin.

"Jangan minum banyak sangat eh." kata aku perlahan.

"Hmm."

Kelab malam itu semakin lama semakin ramai apabila jam menginjak pada pukul 12.30 malam. Bunyi muzik itu semakin bingit dan membuatkan telinga aku rasa macam nak meletup.

Rakan-rakan sekerja Baekhyun juga mengerumuni sofa yang kami duduki lalu aku berdiri dan keluar dari tempat itu kerana terlalu rimas dengan mereka semua.

"Baekhyun!" Jerit aku kepadanya tetapi dia hanya gelak besar bersama rakan-rakannya. Kaki aku dihentakkan beberapa kali lalu menuju ke arah kaunter untuk memesan alkohol. [Heol, aku taktahu macam mana nak cakap yang ni.]

Kerusi tinggi itu aku duduk lalu meletakkan siku kiri aku pada kaunter tersebut sambil memegang kepala aku yang kusut.

Semua yang dirancang bertukar menjadi.

Teruk.

Kau sepatutnya jaga aku tapi kenapa? Haish.

Dengan bunyi bising semua manusia yang menari di belakang aku ini, muzik yang sangat teruk bagi telinga aku.

Sakit kepala aku.

"I need alcohol. I don't care." Gumam aku perlahan.

"Do you really need it, miss?"

Kepala aku angkat untuk melihat pemilik suara tersebut. Lelaki yang berada di sebelah aku juga memangku kepalanya sambil memandang aku lama lalu melemparkan satu senyuman yang tidak dapat aku tafsirkan.

Rambut kelabu gelapnya.

Sut hitam bercorak.

Bibirnya yang tebal.

"Hi. I am Park Jimin. The owner of this nightclub."

-

Finally,
J.Park a.k.a Park Jimin dah muncul.

And i ship skydragon💜 huhuhu jangan kecam.

Actually aku still takboleh move on dengan yang ni hAHAKS. #YNWA

Continue Reading

You'll Also Like

26.2K 670 40
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
91K 6.3K 41
Ali adalah anak dari peneraju Cyberaya dan Boboiboy anak dari duta besar dimana mereka masing-masing masuk ke organisasi. Suatu saat, masing-masing d...
24K 493 14
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
6.7K 361 31
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...