MINE ✔ (In Editing)

By adranana

98.7K 1.3K 30

Arin Isabella X Adrian Ukasyah More

Hey
Prolog | Aksara vs Victorian
1 | Past is past
2 | Heart
3 | Bapak dan Anak
4 | Siapa Dani?
5 | Keputusan
6 | Gentleman

7 | Fav Student

3.5K 139 2
By adranana

Fasha berjalan ke arah kelas dengan rasa marah yang menggunung. Dirinya dipermalukan begitu sahaja oleh Hilman dan Arin. Adrian pula diam apabila dia diperlakukan begitu.

"Perempuan tu memang tak guna. Apa aku buat sekarang? Everything under her control. Macam mana dengan rancangan aku dengan mama?" rungut Fasha.

"Argh!!"

Geramnya masih belum terpadam. Dia perlukan rancangan yang baru sekarang ini. Kalau keadaan ini berlanjutan, kemungkinan dia untuk kalah pada gadis itu semakin tinggi.

Apa pun yang terjadi,dia akan pastikan Arin terseksa. Tak ada siapa yang boleh kalahkan Fasha la. Not even Tengku Arin Isabella.

Sedar tak sedar, kakinya masuk ke dalam kelas. Sampai sahaja, dia terus disapa sinis.

"Apa kau buat kat sini Fasha? Kenapa kau tak join budak orentasi tu? Kata Penolong Ketua Pelajar, takkan duduk dengan kitaorang yang budak biasa ni.." tanya Jay, sarkastik. Saja nak cari pasal. Dia memang berbulu dengan perempuan gila tu.

"Oi..kau tak ingat ke yang dia dah kena lucut jawatan. Dia tu dah jadi pengawas biasa. Sikit masa je lagi,jadi budak biasa balik la tu. HAHAHA."

kata-kata Haira disambut dengan tawa satu kelas itu.Mereka nak Fasha tahu, sama ada Victorian atau Aksara, semuanya tak sukakan Fasha yang kononnya anak pengetua sangat tu.

Puihh!

"Diam la!!"

Makin Fasha rasa benci dengan mereka semua. Lebih-lebih lagi Arin yang menjadikan dia begini.

TOK! TOK!

"Kak Al..Puan dengan pengetua panggil ke pejabat sekarang. "

Aliya yang sibuk mengulangkaji pelajaran, mengangkat kening. Apahal aku pulak?

Oh lupa pula yang Arin,Hilman dan Adrian sibuk dengan pelajar Victorian yang baru masuk.

"Okey. Thank you, Kai." Lelaki bernama Kai itu hanya mengangguk dan berlalu pergi.

"Aku nak ikut." kata Fasha. Dipegang bahu Aliya yang sedang berjalan ke pintu kelas.

"Dont touch me with your dirty hand!" ditepis kasar tangan Fasha dibahunya. Fasha terkejut dengan sergahan gadis itu.

"Tak payah nak mengada ikut bagai. Nama kau Aliya ke? Takkan? So berambus la. Dari dulu menyusahkan orang." kata Aliya kasar.

Mereka yang masih di dalam kelas tersenyum sinis. Jangan main-main dengan jawatan tertinggi Aksara. Semuanya garang dan mulut cakap lepas. Kalau nak cari pasal pun kadang-kadang fikir dua tiga kali. Takut!!

Aliya la yang akan dirujuk sekiranya Hilman dan Arin tiada. Aliya menjawat jawatan Setiausaha Pengawas. Jawatan tertinggi selepas Adrian ketika ini.

Matanya menatap tajam wajah Fasha. Disapu bahunya kasar, ingin menghapuskan kesan Fasha.

"I'm not your friend, Fasha. Not after what you've done to Arin." Terus Aliya bergerak keluar, ingin cepat ke bilik pengetua.

Fasha mengepal penumbuknya. Berani perempuan tu lawan aku!!

"Dah-dah la tu. Tak payah nak berlagak anak pengetua sangat. Meh duduk meh, aku sebenarnya pening tengok kau berdiri. Nampak semak kat mata aku." kata Dhiya.














Aliya mengetuk pintu bilik pengetua. Entah kenapa Aliya sedikit berdebar, kalau dengan umi si Arin ni tak apalah sebab dah biasa. Ini bapaknya Arin tu, kut dia tahu aku ni biasa kutuk Fasha, macam mana pulak?

Aliya memicit dahinya. Pening la dia!

"Masuk!" Dapat sahaja arahan untuk masuk, Aliya terus membuka pintu dengan berhati-berhati.

"Selamat pagi Puan, Tuan."

"Selamat pagi Aliya. Duduk dulu."
Tengku Afiah tersenyum manis kepada kawan baik anak gadisnya ini. Aliya ini berbeza sedikit perwatakan dengan Arin.

Gadis ini lebih matang dalam membuat apa-apa keputusan. If Aliya is a strategist, and Arin is an executioner.

"Okey Aliya. Orentasi untuk pelajar Victorian Tingkatan 1 hingga 4 bermula pagi lusa. Saya nak panggil budak bertiga tu, diaorang tengah sibuk. Jadi, saya panggil awak, senang nak convey messages to Arin, Adrian and Hilman.

Untuk fasilitator, saya nak awak cari Top 5 student F5 dan F4. So semua ada sepuluh orang overall.

Segala aktiviti di bawah tanggungjawab Hilman la macam biasa. Senaraikan apa yang kamu nak, saya boleh tolong belikan." Aliya tekun mendengar dan mencatit info yang penting.

"Faci termasuk Hilman Arin dan Adrian ke? Sebab Hilman and Arin Top 5 student."

"No. Ambik yang lain. Maknanya ambil pelajar ranking 6 dan 7 untuk gantikan diaorang. Diaorang bertiga pengelola. Saya nak ramai fasilitator supaya boleh tolong cover budak-budak. Tak silap saya, semua sekali lebih kurang 300." terang Tengku Afiah. Bukan senang nak jaga atau buat aktiviti ramai-ramai macam tu sekali.

"Baik Puan. Ada apa-apa lagi ke?" Tanya Aliya. Tengku Afiah berfikir seketika.

"Ouh ya. Malam ni akan ada majlis makan malam dengan Tun Ebrahim. Dalam pukul 12 tengah hari nanti dia sampai ke sini. Nanti tolong ingatkan Hilman untuk periksa bilik tetamu dekat aspura ya." Aliya mengangguk, faham dengan arahan tersebut.

"Bu the way Aliya, can you put Fasha in the facilitator's list?" tanya Tengku Ismail bersahaja. Dia tak mahu la anak tirinya itu kecil hati. Sudahlah diturunkan jawatan, dia juga yang kena menahan telinga mendengar aduan si anak. Boleh pening kepalanya apabila mendengar rintihan si Fasha.

"Saya cuba tanya semua fasilitator ni dulu Tuan. Bukan apa, kebanyakannya dari Aksara dan tak berapa nak kenal dengan Fasha. I need their confirmation to work with her. Maaf Tuan, Puan. Saya minta diri dulu." pinta Aliya.

Dia bukan seperti Arin yang terus menyembur kalau tak berkenan dengan sesuatu permintaan. Dia akan cuba untuk cari alasan yang logik. Hormat orang tua itu perlu okey!

"It's okay. I'm just asking. You may go, Aliya. Thank you." Aliya menunduk sesikit sebelum berjalan keluar daripada pejabat itu.

Tengku Ismail memandang Tengku Afiah, kagum.

"Aliya, she's a little bit different right dengan Arin. With how she handled my question. Aksara banyak pelajar yang bagus. " kata Tengku Ismail serius. Dia kagum. Walaupun Aliya tahu yang Arin dan dirinya tidak sebulu, namun gadis itu masih menghormatinya.

"Well, saya boleh cakap saya bangga dengan pelajar-pelajar saya." Kembang pula Tengku Afiah apabila pelajarnya dipuji.

Tengku Ismail ada berbual bersama Tun Ebrahim berkenaan pelajar kesayangan lelaki itu dalam kalangan sekolah private ini.

Hanya tiga orang sahaja setakat ini mampu menembusi standard tinggi Tun Ebrahim.

Yang pertama, Tengku Adrian Ukasyah. Tun Ebrahim memang akan penuhi kehendak Adrian walaupun kadang-kadang permintaannya tak berapa nak masuk akal.

Sebab apa? Adrian yang paling banyak tolong naikkan private school dalam acara fencing kebangsaan yang dahulunya dimenangi sekolah menengah kebangsaan. Masa tu, Tun Ebrahim memang gembira sangat- sangat.


Yang kedua, Tengku Arin Isabella, my daughter. Gadis ini juga kesayangan Tun Ebrahim. Arin bukan sahaja cemerlang dalam akademik, sukan pun habis dia bolot. Memanah, taekwando, acara renang, basketball, acara balapan dan gimnastik artistik. Memang sekali lagi, Tun Ebrahim bangga dengan pencapaian terbaru itu.

Arin juga adalah pelajar terbaik di antara semua pelajar private highschool, jadi tidak hairanlah jika Arin merupakan anak emas kepada Tun.

Yang terakhir, Tengku Hilman. Si kepala senget. Itu gelaran bagi anak emas Tun Ebrahim ini. Walaupunpun begitu, Hilman juga seperti Arin. Akademik dan sukan bergerak seiring. Hilman ambil bahagian dalam Bola Sepak, Hoki, Taekwando dan Balapan.

Cukup tiga orang itu sahaja. Tiada yang mampu menggantikan mereka. Mereka sudah meletakkan standard yang begitu tinggi sehingga pelajar lain tidak mampu menandingi mereka. Mungkin belum ada yang mampu memecahkan rekod, namun Tengku Ismail percaya, pelajar lain akan meneruskan legasi ini.

Tengku Ismail tidak akan pernah menafikan betapa hebatnya tiga orang anak emas pengarah private school tersebut. Lebih-lebih lagi Arin yang merupakan pelajar ranking pertama di private school.

Genius sangat.

Nama pun anak aku, mestilah genius. Kan?

"Ismail? Ismail? Pekak ke orang tua ni? ISMAIL!!" Tengku Afiah mula naik berang apabila panggilannya tidak disambut.

"Yes?" Terkejut lelaki itu dibuatnya. Bukannya jauh mana, nak jerit pulak.

"You know something about Adrian right? Something really fishy around here you know." Kata Tengku Afiah. Kali ini dia betul-betul fokus menghadap Tengku Ismail.

Tengku Ismail mengangkat kening. Ah sudah!

"I don't get it. Kenapa dengan Adrian?"

"Adrian and Arin..they once in a relationship, don't they? And what is the motive behind jalinan private school yang awak buat ni? Everything went rather smoothly at this point. We know yang Tun memang jarang benarkan something remeh macam ni? So I think maybe Adrian has something to do with this. Am I right?"

Damn it. Aku patut cakap apa ni?!

Continue Reading

You'll Also Like

9.7M 635K 75
Yaduvanshi series #1 An Arranged Marriage Story. POWER!!!!! That's what he always wanted. He is king of a small kingdom of Madhya Pradesh but his pow...
484K 26.5K 18
𝐒𝐡𝐢𝐯𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐑𝐚𝐣𝐩𝐮𝐭 𝐱 𝐑𝐮𝐝𝐫𝐚𝐤𝐬𝐡 𝐑𝐚𝐣𝐩𝐮𝐭 ~By 𝐊𝐚𝐣𝐮ꨄ︎...
18.9K 398 83
(n.) the act of loving in return the characters I write for are listed in the first chapter (used to be called "Random Fandom One Shots and Preferenc...
635K 59.2K 35
She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful She is innocent He is cunning She is broken He is perfect or is he? . . . . . . . . JI...