MINE ✔ (In Editing)

By adranana

98.7K 1.3K 30

Arin Isabella X Adrian Ukasyah More

Hey
Prolog | Aksara vs Victorian
1 | Past is past
2 | Heart
3 | Bapak dan Anak
4 | Siapa Dani?
5 | Keputusan
7 | Fav Student

6 | Gentleman

3.9K 138 10
By adranana

Baru masuk bulan Februari, banyak benda yang perlu dilakukan. Minggu lepas, Adrian pulang ke Victorian untuk menguruskan hal-hal di sana.

Arin buat muka cemberutnya. Dia perlu lekas bersiap untuk ke sekolah. Hari ni, dia dan Hilman akan menjemput semua pelajar Victorian masuk ke Aksara. Dibetulkan blazer dan tienya di depan cermin.

Dia penolong ketua pelajar, penampilan diri harus dijaga. Kalau selekeh siapa yang nak ikut arahan. Kan?

Dengan penambahan bilangan pelajar, sudah semestinya semakin banyak kes disiplin serta kerja yang perlu dia lakukan. Sesekali dia mengerling ke arah jam di dinding.

6.45 a.m.

Awal lagi.

Aliya yang membetulkan cadar katilnya ketawa kecil. Tak rela la tu. Nampak dah muka bengang dia daripada semalam lagi.

"Rin. Kau okey tak ni? Dari semalam lagi, masam je muka kau. Hahah.."

Terus mati ketawanya apabila dijeling oleh Arin. Aliya hanya mampu tersengih. Nanti takut ada yang kena pijak dengan si Arin tu karang.

"Kau jangan nak mula ye Sharifah Aliya. Aku benci la benda-benda macam ni. Aku tak nak tengok muka orang tua tu." luah Arin. Rambut yang sudah diikat elok diserabutkan.

"Kau nak atau tak Arin, takdir dah tertulis macam ni. You still need to face it. Benci macam mana sekalipun, he still your father. Mungkin, niat dia betul- betul nak berbaik dengan kau."

Arin mengeluh sebelum memandang cermin buat ke sekian kalinya. Dia perIu gerak segera. Kalau lambat nanti, umi mengamuk pula.

"Whatever lah. Aku gerak dulu. Nanti jumpa kat dewan." malas nak kisah dah. Buang masa aku je.

Aliya cuba memancing mood Arin. Kalau si Arin ni dah bad mood dari pagi, tak mustahil dia boleh buat rekod terbanyak melempang orang tanpa sebab hari ni.

"Yela, tapi kau tak rasa ke ini satu peluang untuk kau?" beg digalas.

Arin mengerut dahi. "Peluang?"

"Mestilah, kau dapat balas dendam dekat semua yang sakitkan hati kau. Like Fasha dengan geng rempit dia dulu tu. Kau boleh cuba buat dia sakit hati dengan kau buat-buat mesra dengan Adrian depan dia." Aliya tersenyum sinis. Dia kan bijak. Mesti dapat pancing si Arin.

"Eh? Mesra?"

"Ish..macam apa yang dia buat dekat kau dulu. Tak teringin ke?" hasut Aliya.

Arin mula berfikir. Haah la. Ada baiknya juga. Hehehe...

"Adrian pula..aku nampak yang dia cemburu dengan aksi mesra kau. HAHAHA!" ketawa Aliya, kuat.

"Wehh! Kuat sangat kau gelak, nampak anak tekak kau. Aksi mesra benda pulak?" pelik Arin. Kadang-kadang dia sendiri keliru, mana si budak Aliya ni dapat gosip-gosip semua.

'aku yang buat moment mesra dengan Ian dua minggu lepas tu apa cerita pula? Tak ada masa lah mamat tu nak cemburu apa semua.' desis hati Arin.

"Halah-halah. Kau dengan Dani kan rapat macam belangkas. Dia syak yang kau dengan Dani tu ada hubungan la. Aku dengar dia mengadu kat Hilman sebelum dia balik Victorian." terang Aliya. Susah dapat kawan sengal macam Arin ni.

"Aku dengan Dani tak ada apa - apa la. Buang masa jela." kata Arin.

Dia nampak ke apa yang jadi dekat depan bilik disiplin tu? Ke masa aku teman Dani training?

"Memang la. That's why kau kena selalu buat aksi mesra dengan si Dani tu, biar terbakar hati Adrian Ukasyah tu." memang Aliya jadi 'syaitan' hari ni. Hahaha.

Mereka berdua saling berpandangan. Senyuman Arin menunjukkan segala-galanya. Bermakna Arin on.

"On!"

"Ha cantek!!"

Dah nama pun kawan baik. Tak termasuk si Tengku Hilman tu. Tiga-tiga sewel.





















Tengku Afiah dan Tengku Ismail berhadapan antara satu sama lain. Di belakang Tengku Afiah ada Arin dan Hilman. Manakala di belakang Tengku Ismail ada Adrian dan Fasha. Arin mencebik. Minah tu buat apalagi kat sini?

Mereka semua punya muslihat yang tersendiri. Untuk kepentingan diri mereka.

Arin hanya tersenyum sinis kepada Fasha. You will never win. At least not against me.

"Tengku Afiah. Saya harap kita dapat majukan dua buah sekolah bersama." kata Tengku Ismail lalu menghulurkan tangannya tanda kerjasama. Aih.. buat muka tidak senang dengan huIuran tangan itu.

Jadi, sebagai anak yang bijak lagikan solehah, dia terlebih dahulu menyambut tangan lelaki itu.

Matanya memberi amaran.

'Dont touch my mother'.

Tangannya mencengkam kuat tangan Tengku Ismail. Dia juara taekwando kebangsaaan okey. Tengku Ismail mengerutkan dahi menahan sakit cengkaman gadis itu. Hilman tersengih, tahu apa yang Arin lakukan. Arin melepaskan cengkamannya. Senyuman palsu dilemparkan pada lelaki itu. Tengku Afiah menggeleng kepala meliha telatah anak gadisnya.

"Saya serahkan anda semua kepada anak saya, Tengku Hilman dan Tengku Arin untuk melawat kawasan Aksara. I hope kamu semua dapat sesuaikan diri dengan budaya di sini."

Tengku Afiah tersenyum. Inilah tanggungjawab barunya. Dia suka ataupun tidak, pelajar-pelajar ini tidak ada kena mengena dengan pergelutan antara dia dan Tengku Ismail.

"Terima kasih Puan!" kata pelajar Victorian. Mereka sudah diajar oleh Tengku Adrian supaya berterima kasih kepada pengetua mereka yang baharu.

Usai Tengku Ismail dan Tengku  Afiah pergi,Hilman mengambil alih.

"Baik adik - adik semua..ops..sebelum tu, Fasha. Kau tak dibenarkan untuk turut serta dalam program ni. Lagipun, kau bukan lagi Penolong Ketua Pelajar." sengaja Hilman berkata begitu. Arin hanya tersenyum sinis.

"Kau!"

Arin melangkah ke depan.

"One more word, aku demerit markah kau. Immediately."

Fasha berang dengan apa yang jadi. Ini bukan apa yang dia mahukan.

Pelajar Victorian terkejut apabila mendengar Fasha bukan lagi penolong ketua mereka. Mereka ingatkan itu hanyalah khabar angin. Tahun lepas, senior mereka itu bangga benar apabila dicalonkan sebagai Penolong Ketua Pelajar.

"So, kau boleh angkat kaki pergi berambus la kan?" kata Arin lagi. Seronok apabila Fasha tidak mampu menjawab kata - katanya.

Fasha mendengus kasar sebelum berlalu. Sempat dia mendengar kutukan dari Arin.

"Loser!"

Damn you, Arin Isabella!

Adrian mendekati Arin yang tidak jauh daripadanya, " Not bad, sweetheart." Arin memandang lelaki itu lama sebelum membalas.

"You look good now that you're officially single." kata Arin, jari telunjuk gadis itu bermain di tali lehernya. Adrian mengetap bibir, dia yang nak mengorat awek ni dulu, tapi kenapa macam terbalik je sekarang ni!

The tension between the two of them.

Pelajar di situ akhirnya dapat juga bertemu dengan gadis pujaan Tengku Adrian. Patutlah Ketua Pelajar mereka itu gila bayang. Memang cantik, lagi cantik daripada Fasha Hafina.

"So, do you want me back?" Arin ketawa kecil, sebelum menarik tali leher lelaki itu mendekatinya.

"You tell me, Ian but I like a gentleman." Balas gadis itu sebelum pergi meninggalkan Tengku Adrian yang terkebil-kebil.

"Girls, follow me. Kita masuk asrama dulu okey?" arah Arin, dilambai ke arah pelajar perempuan.

"Baik!"

Apabila kelibat gadis itu hilang, Adrian melonggarkan tali lehernya dan ketawa kecil, tidak percaya dengan kata-kata Arin. Dia suka lelaki yang gentle sekarang huh?

"Very well Ell, very well."




















"Blok Diamond ni untuk pelajar Victorian sahaja. Korang takkan campur dengan student Aksara lagi. Kita akan buat rombakan naik cuti penggal satu nanti. Korang boleh pilih mana-mana bilik dulu. I give you 30 minutes and then berkumpul dekat sini balik. Boleh dengar arahan?"

"Boleh!"

Arin tersenyum kecil. Nasib baik budak-budak ni baik tak macam senior diaorang yang dah serupa setan tu. Tak ada lah semua tapi memang senior diorang suka buat perangai pun.

Arin berjalan memasuki dewan makan. Dia mencari Puan Rokiah, yang bertugas menguruskan susunan di dewan makan ini.

"Cik Kiah?" panggil Arin, apabila melihat wanita 50-an itu.

"Eh Arin. Kamu nak bawa masuk diaorang sekarang ke? Cik Kiah tengah susun lagi ni."

"Belum lagi, diorang tengah masuk dalam asrama. Arin nak check kat sini, sementara waktu. Muat ke nak gabung semua sekali?" tanya gadis itu, sambil melihat sekeliling.

"Lebih dari muat ni. Dewan makan ni kemain besar. Cik Kiah dah buat tagging kat kerusi, nanti tinggal tulis nama je. Tadi Aliya ada tolong Cik Kiah kira satu meja berapa orang. Ni dia dah tolong tuliskan nama utuk meja kamu. Jap, Cik Kiah cari."

Arin memandang meja yang telah disusun. Aliya ni bab makan laju je. Suruh benda lain, kemain lambat.

"Boleh la."

Cik Kiah menyerahkan 12 tag nama.

"Cik Kiah dah asingkan ikut meja untuk budak-budak lama campur dengan budak Form 5 Victorian hari tu. Tinggal budak yang baru sampai ni je, sebab tak ada senarai nama lagi. Ha, yang ini kamu punya meja. Satu meja 12 orang tau. Kamu pergi susun, jangan salah pulak."

Arin ketawa kecil. Expert betul Cik Kiah ni.

Tengah susun tu, Arin mencebik.

Aliya punya kerja la ni, saja je suruh aku duduk dengan malaun ni.

Adrian Ukasyah.

Arin teringat kejadian tadi, sebelum ketawa kecil. Nampak muka lelaki itu terkejut. Dia memang suka laki yang gentle pun, apa yang nak terkejutnya. Kan?

"Okey semua ini dewan makan. Assalamualaikum Cik Kiah. Ini Cik Kiah.."

Arin memandang suara yang menyapa Cik Kiah. Ceh, dia ke?

"Waalaikumsalam,Adrian. Ha,masuk. Tulis nama sendiri.." Adrian memandang gadis yang pura-pura sibuk itu. Bukan dia tak nampak, gadis itu mencebik ketika dia masuk tadi. Cepat betul perempuan ni berubah mood.

"Ada nak tolong apa-apa ke?" tanya Adrian, lembut dari arah belakang gadis itu.

Arin sudah kaku tak bergerak. Tadi je dia berani, ni dah malu balik. "Jauh sikit boleh?"

Adrian ketawa mendengar suara garang Arin. Dia mengangkat kedua tangan ke atas dan berundur menjauh sedikit daripada gadis itu.

Tag nama yang ada di tangannya ditekap ke dada lelaki itu. Matanya naik memandang wajah lelaki itu.

"Susun ni. Tak payah nak lembut sangat suara tu. Ingat sedap ke?"

"Dah awak nak a gentleman. Ian cuba la jadi polite, gentle apa semua."

"Diam la!"

Selepas itu terus Arin mencicit lari.

Adrian ketawa kecil. Tahu malu! Ini Tengku Adrian Ukasyah la, a gentleman since born. Berani si Tengku seorang tu nak reject dia.

"Ya Allah, budak Arin ni. Tak habis buat kerja. Disuruh orang lain pulak." bebel Cik Kiah apabila melihat Arin keluar dari dewan makan. Tadi nak tolong katanya, ini lari. Sama la macam Aliya tadi, dah tapau makanan, ingat nak tolong sekejap, eh hilang dengan Tupperware Cik Kiah sekali dia tapau. Bertuah punya budak.

Hilman mencebik.

"Macam Cik Kiah tak kenal si Arin tu. Pemalas. Ala, si Adrian tu pun suka Arin arah dia macam-macam." kata Hilman.Dia nampak Arin dan Adrian tadi. Rapat kemain kau! Daripada pintu pagar sampai ke dewan makan buat drama akasia budak dua orang ni!

Adrian hanya ketawa dengan kata-kata Hilman.

"Dah buat kerja cepat. Hilman! Kamu pun sama! Jangan minum air tu, itu untuk tetamu nanti! YA ALLAH BUDAK-BUDAK NI LAHH!!!"

Continue Reading

You'll Also Like

46.3K 1.3K 22
Where an unfortunate boy gets attacked by the Honkai and is being taken care of the flamechasers...
1.2M 29.1K 45
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...
142K 5.4K 25
Drunk Jisoo sent her nudes to a random number. Wait till sober Jisoo finds out. (Cross-posted from AFF)
471K 25.8K 18
𝐒𝐡𝐢𝐯𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐑𝐚𝐣𝐩𝐮𝐭 𝐱 𝐑𝐮𝐝𝐫𝐚𝐤𝐬𝐡 𝐑𝐚𝐣𝐩𝐮𝐭 ~By 𝐊𝐚𝐣𝐮ꨄ︎...