Benci Tapi Rindu (GxG) [Compl...

By wzk_66

64.7K 1.7K 118

Dulu benci nak pandang pun tak nak, tapi bila dah sayang tak nampak bayang sikit rindu pulak.. More

1 ¦ Syafia - Amni
2 ¦ Persiapan
3 ¦ Hospital
4 ¦ Sambutan Hari Guru
5 ¦ Rindu
7 ¦ 10 Tahun
8 ¦ Malaysia
9 ¦ Propose
10 ¦
11 ¦
12 ¦
13 ¦
14 ¦
Bukan Update
15 |
16 |
17 |
News - Coming soon

6 ¦ Tercari-cari

3.2K 107 1
By wzk_66


3 Tahun Kemudian


**Amni**

"Amni..."

"Haa Mawar, Zu.. Macam mana?? Korang ada dengar pape berita pasal Syaf tak??

"Aku mintak maaf Amni selama 3 tahun ni memang takde pape berita langsung pasal Syaf.. Kenalan aku semua dah sebar kan gambar Syaf, tapi the result still negative.."

"Em.. Takpe laa Zu.. Thanks sebab dah tolong aku.. Thanks Mawar sebab kau dah susah2 tolong aku.."

"No problem laa Amni.. Kau kan BFF aku, tak kan aku nak biar je kau sedih2 macam ni.."

"Tapi Amni.. Sampai bila kau nak macam ni, tak putus asa duk cari Syaf.. Dah 3 tahun Amni.. Study kau tu, fokus laa.. Kau bukan blajar course biasa2, kau tu bakal doktor Amni.. Lagi 2 tahun kau dah habis degree.."

"Ye.. Aku tau.. Tapi Mawar... Aku.. Aku terlalu rindu kan dia.. Aku sayang kan dia Mawar.. Dan cinta aku masih untuk dia.. Tak pernah sikit pun hati aku terbuka untuk orang lain Mawar, Zu.. Aku tak boleh.."

Tanpa segan silu airmata aku mengalir lagi di hadapan Mawar dan Zu.. Aku pun tak tau dah brape kali nangis depan dorang ni.. Sobsobsob

"Yela.. Aku mintak maaf Amni.. Maybe aku tak duduk kat tempat kau sekarang.. So, aku tak rase semua tu.. Dah laa tu, tak payah laa nangis Amni.. Huhu.."

"Kau tau tak betapa seksanya menanggung rindu ni.. Aku dah tak tau nak buat macam mana sekarang.. Syaf hilang macam tu je.. Aku langsung tak dapat jejak dia.. Maybe ni balasan untuk aku, aku yang suh dia hilang dan jangan muncul lagi kat depan aku.. Tapi aku tak sangka dia betul2 tunai kan.. Huhuhu.."

"Mawar.... Sakit sangat Mawar..."

Tangisan aku makin menjadi2.. Habis basah baju Mawar, jadi tempat untuk aku melepas kan semua rasa yang jelas2 aku tak mampu nak bendung lagi..
================================

**Syafia**

Hari telah pun berganti hari.. Minggu berganti minggu.. Bulan berganti bulan.. Tahun telah berganti tahun.. Aku masih berusaha untuk habis kan study di University College London dalam jurusan undang-undang.. Memang dah pekerjaan turun temurun dalam keluarga agaknya.. Cik Su peguam, mama aku pun peguam ni aku pulak on-the-way jadi peguam.. Tinggal beberapa bulan je lagi aku nak habis degree ni.. hahaha

Ermm.. Mama sihat tak agaknya.. Lama aku tak dengar khabar mama, rasa rindu pulak.. Amni pun apa khabar agaknya, aku je yang rindu dia.. Dia memang dah terang2 tak rindu kat aku ni, maklum laa orang yang bermasalah sampai kena halau keluar dari rumah.. hurm..

"Hai Syaf.."

"Hai Honey.. Honey buat apa kat sini??"

"Honey cari Syaf laa.. Rindu tau.. Syaf pulak buat apa kat sini sorang2??"

"Hahahaha.. Ada2 jelaa Honey ni.. Syaf tengah tengok orang2 dekat cafe tu je.. Haa.. Lupa nak tanya, mana buah hati Honey?? Selalunya berdua, ni sorang2 je??"

"Mana ada buah hati.. Kitorang kawan jelaa, mana ada pape pun.. Slalu usik Honey macam tu tau.. Honey tunggu Syaf sorang je.. hehe"

Alahaii manjanya kau ni.. Okay Honey ni bukan gf aku tau, kitorang kawan je tak lebih pun.. Dia ni je mengada lebih2, dia ni couple dengan kawan aku lagi sorang sebenarnya, Daniel Rafi nama bf dia.. Kitorang bertiga ni boleh katakan kawan baik laa, blajar sama course dan memang sah2 laa 1 kelas.. Aku panggil dia ni Honey sebab memang tu nama dia, Honey Zafirah.. Jangan salah faham..

"Ehem.. U kawan je dengan sape?? Tunggu Syaf sorang je buat apa??"

"Haa.. Aiyokk.. Daniel aku tak tau ek.. Aku tak terlibat.. hahaha.."

"Eh.. Baby... I dengan Syaf laa kawan je.. Mana ada i tunggu Syaf sorang je.."

"U jangan nak tipu i.. I dengar apa yang u cakap dari tadi tau.."

"Habis laa Honey.. Syaf tak tau.."

"Syaf ni, bukan nak tolong back up.. Buat Honey makin gelabah ada laa.. Aishh.."

"Hahaha.. Tau pun gelabah.. Tu laa, nak bergurau tak tengok kiri kanan lagi.. Sekarang sape susah?? Honey jugak.. hehe.."

"Baby... I gurau jelaa tadi.. I tak maksud kan pun, sebab i kan dah ada u baby.."

"Sampai hati u kan Honey.. I baru pergi toilet kejap, cepat je u nak mendua kan i.. huhu.. Sedihnya.."

"Alaa.. Baby, apa merajuk macam tu.. Macam perempuan je, i merajuk pun x macam tu tau.. Tengok tu muncung panjang pulak dah.."

"Hahaha.. Weyh, Daniel.. Buruk giler kau merajuk.. Sudah2 laa tu, apa laa lelaki merajuk macam perempuan.. Uishh, mimpi ngeri weyh.. Hahahaha.."

"Syaf.. Jangan laa kutuk bf Honey ni.. Kesian dia tau.."

"Eh? Dah mengaku bf pulak dah.. Tadi cakap kawan je.. Cakap Honey tunggu Syaf je.. hahaha.."

Lepas aku cakap macam tu, Daniel terus renung muka aku marah.. Hahaha.. Emotional betul kawan aku ni sorang, tu laa berkawan lagi dengan perempuan.. Kan sekarang dah cepat touching.. hahaha..

"Rileks laa bro.. Jangan laa marah.. Aku gurau jelaa.. Sudah2 laa tu merajuk, kesian dekat madu kau ni.. hahaha.."

"Jahat laa Syaf ni.. Suka translate nama Honey jadi madu.. Tak nak laa kawan.."

"Alahaii.. Cukup2 laa tu sesi merajuk.. Daniel merajuk, Honey pun nak merajuk.."

"Biar laa.."

Amboii.. Serentak pulak pasangan kekasih ni jawab.. Pening laa kepala aku layan dorang ni.. Aduhh.. Sabar jelaa..

"Amboii.. Berpakat ke apa?? Dah laa, malas aku layan korang ni.. Aku nak masuk kelas dulu.. Bye!"

"Alaa.. Syaf!! Tunggu laa kitorang!! Masuk skali laa.."

Aku terus je berjalan.. Baru tau nak kejar aku.. hehehe.. Baru acah sikit dah gelabah 2 orang ni, apa laa.. Cepat sangat melatah.. Tapi sepanjang 3 tahun ni, diorang laa peneman aku dekat negara orang ni selain cik Su aku..

================================

"Assalamu'alaikum.."

"Waalaikumussalam.. Haa Syaf.. Dah habis kelas dah??"

"Ye cik Su.. Dah habis kelas dah.. Awal cik Su balik rumah hari ni??"

"Hehehe.. Hari ni takde kes berat.. So, cik Su bawak balik rumah je kerja ni.."

"Oh ye.. Syaf, mari duduk sini kejap.. Cik Su nak cakap sikit.."

Aku pun tak banyak soal, terus duduk sebelah cik Su.. Mana laa tau perkara penting ke nak cakap kan.. hehehe.. Tak pun cik Su nak bagi hadiah ke apa ke.. kan2?? hehehe

"Macam ni.. Esok cik Su nak balik Malaysia.. Cik Su dapat kes dekat sana, pastu cik Su nak lawat mama kamu skali.. Ermm.. Kamu tak nak ikut cik Su ke??"

"Oh.. Ermm.. Tak nak laa cik Su, lagi pun Syaf ada kelas.. Tak nak laa ponteng kelas.."

"Syaf... Kamu tak rindu kan mama kamu ke?? Amni tu pun, kamu tak rindu ke??"

"Rindu cik Su.. Tapi Syaf belum ready lagi nak balik Malaysia.. Nanti2 laa.."

"Yelaa.. Nanti cik Su balik Malaysia, kamu jaga diri elok2 ye.. Jangan nakal2 pulak.."

"Okayy cik Su.. Beress!! Syaf masuk bilik dulu ye cik Su.."

"Baiklah.. Kamu rehat2 laa.."

Hurm.. Bila laa agaknya hati aku ni nak terbukak untuk balik Malaysia, jenguk mama, tengok Amni.. Nanti laa aku pikir2 balik..

================================

**Amni**

"Assalamu'alaikum.."

"Waalaikumussalam.. Eh, Amni.. Masuk laa.."

"Mama sihat?? Mama dah makan??"

"Alhamdulillah sihat je.. Belum lagi Amni.."

Selama 3 tahun ni aku slalu datang jumpa Aunty Salina, sama mcm yg aku janji kan dulu.. Sejak 2 tahun lepas aku panggil Aunty Salina, mama.. Ni pun atas permintaan Aunty Salina jugak, sebab dia dah takde anak lain, selain Syaf.. Tapi sampai sekarang pun kitorang masih tak tau kat mana Syaf tinggal, buat apa, sihat ke tak apa semua.. Dia hilang macam tu je langsung tak tinggal jejak.. Aku betul2 rindukan Syaf.. Aku nak tatap muka hensem dia.. Aku nak tengok dia senyum.. Aku rindukan suara dia.. Tapi semua tu tinggal kenangan.. Sayang dan cinta aku masih untuk Syaf.. Aku tak kan putus asa macam tu je..

"Amni... Amni dengar tak mama cakap ni??"

"Ye mama.. Sorry.. Mama cakap apa ye??"

"Amni dari mana ni?? Knapa tak ajak family datang skali??"

"Oh.. Hehehe.. Amni dari universiti.. Terus datang sini.. Semua busy mama.. hehehe.."

"Yelaa.. Lain kali ajak laa ye.."

"Okayy mama.. Oh ye, lupa pulak.. Ni Amni ada beli kan lauk untuk mama.. Ikan keli goreng berlada, ikan patin masak tempoyak dan sayur campur.. Sedap tau mama.."

"Amboii.. Banyaknya beli?? Sapa yang nak habis kan ni??"

"Alaa mama ni.. Kita makan sama2 laa.. Amni pun tak makan lagi ni.. hehehe.."

"Bertuah punya budak.. Ingatkan dah makan tadi.."

"Hehehe.. Amni nak makan dengan mama.. Baru sweet, kita dinner sama2.."

"Iye laa tu.. Mengada je lebih.. hehe.."

"Mama.. Malam ni Amni tidur sini boleh tak?? Dalam 1 minggu jugak laa.. Boleh tak mama?? Nak habiskan cuti 1 minggu ni dengan teman mama kat sini.. hehehe.. Amni dah bagitau dekat papa dan mama Amni.. Dorang pun bagi je, sebab diorang pun dah hari2 dapat jumpa Amni.. hehehe.."

"Seriously?? Kalau Amni nak macam tu, mama lagi laa suka.. hahaha.."

"Amboii mama.. Gelak tak ingat tu.. hehe.. Macam mana dengan business mama sekarang?? Okayy tak??"

"Alhamdulillah.. Setakat ni takde pape masalah pun.. Semua berjalan lancar je Amni.."

"Bagus laa kalau macam tu.. Pastu firma mama macam mana??"

"Mama ingat nak bersara dah jadi peguam.. Penat dah nak masuk court tu.. Mama ingat nak bagi firma tu dekat adik mama yang duduk U.K tu.. So, mama boleh focus on business je.. Takde laa stress sangat nanti.. hehe.."

"Oow.. Okayy2.. Mama... Amni nak tanya sikit boleh??"

"Nak tanya apa Amni?? Tanya jelaa.."

"Mama rindu kan Syaf tak?? Syaf takde contact mama ke??"

"Mesti laa mama rindukan dia Amni.. Dia satu2 nya anak mama, mama dah takde anak lain.. Sekarang Amni je yang slalu teman mama.. Uncle Razif tu langsung tak ingat kat mama, lepas dah jumpa istri baru.. Apa yang mama dapat sebagai hadiah sekarang hanya laa surat cerai.. hurm.."

"Amni mintak maaf mama.. Mama banyak kan bersabar ye.. Mama masih ada Amni sekarang.. Dan nasib baik rumah ni atas nama mama tau.. Ada jugak tempat untuk berteduh.."

"Tu laa.. Nasib baik tau.. Aishh, Amni.. Kita ni asyik sangat bersembang, nanti sejuk lauk tu karang tak sedap pulak.. Jom laa kita makan.."

"Hehehe.. Tu laa.. Jom2.. Terlupa pulak nak makan.. hehe.."

Aku tak tau nak cakap macam mana.. Tapi aku kesian tengok hidup Aunty Salina sekarang.. Dah laa hilang anak, pastu suami buat prangai kahwin lain.. Bila dah kawin, boleh pulak ceraikan Aunty Salina.. Dah settle isu perceraian dekat mahkamah, boleh pulak cakap lepas ni kita dah takde pape urusan lagi.. Kalau aku laa, memang sedih giler.. Tapi Aunty Salina tetap tabah dan kuat kan diri.. Aku tabik Aunty Salina dan aku hormat dia  sebagai mama angkat aku..

================================ 

"Wow, sedap betul lauk yang Amni beli ni.. Pandai betul orang tu masak, tak rasa hanyir ikan.. Sayur pun segar je.."

"Hehe.. Tengok laa sapa yang beli kan lauk ni.. Amni tau.. Terkejut jugak tengok mama makan sampai 2 kali tambah ni.."

"Macam mana mama tak bertambah makannya.. Sedap sangat tau.."

"Hehehe.. Bagus laa.. Sampai skali dengan Amni makan bertambah tau.. Hilang diet.."

"Hahahaha.. Diet laa sangat.. Tadi mama nampak chocolate penuh 1 plastik tu.. hehe.."

"Alaa.. Mama ni nampak pulak dah.. Tak boleh nak tipu dah.. hahaha.."

"Ada2 jelaa kamu ni Amni.."

"Mama pergi laa basuh tangan tu, pastu rehat.. Nanti pinggan dan bekas2 ni semua, biar Amni yang bersihkan.."

"Eh.. Mana boleh macam tu.."

"Alaa, mama ni.. Mama rehat jelaa, nanti semua ni biar Amni yang settle kan okayy.."

"Yelaa.. Hati2 tau.. Dah siap semua ni, kamu pergi laa rehat ye.. Tu bilik Syaf tu, buat jelaa macam bilik kamu sendiri ye.."

"Okayy mama.. Yang tu kalau mama tak suruh pun, Amni tetap buat macam bilik sendiri.. Hahaha.."

"Hahaha.. Ada2 je laa kamu ni Amni.." 

Aunty Salina terus melangkah keluar dari dapur.. Aku memulakan kerja mengemas bekas2 di atas meja dan masukkan ke dalam sinki.. Sekarang mula laa sesi membasuh, aku ingat lagi kejadian dekat dapur ni 3 tahun lepas.. Time tu Syaf sorang2 kat rumah, Aunty Salina dan Uncle Razif kerja.. Syaf baru je keluar dari hospital time tu..

Flashback

"Amni.. Tak payah laa basuh.. Biarkan je kat dalam sinki tu.."

"Eh! Mana boleh macam tu.. Lepas makan, kena laa terus bersihkan.. Tak kan nak biarkan macam tu je.. Tak sopan tau.."

"Iye laa mak cik.. hahaha.."

"Sampai hati panggil saya mak cik.. Tak nak kawan ngan awak.. Tak nak datang sini dah.."

"Alaa.. Merajuk pulak dah si cantik manis ni.. Jangan laa merajuk Amni.."

Tiba2 aku di peluk dari blakang.. Terlalu kemas pelukan tu dan aku rasa sangat selesa berkeadaan macam tu.. Lagi pun aku tau sape yang peluk aku dan aku memang tak kesah, suka lagi ada laa.. Nampak tak betapa gatalnya aku.. hahaha.. Syaf pusingkan badan aku mengadap dia.. Dia makin rapatkan pelukan, perlahan2 aku mula hanyut di buai perasaan..

"Amni.. Nak tau something tak??"

"Apa dia Syaf??"

"Amni special dalam hidup Syaf.. hehe.."

Aku mula tersipu2 malu bila dengar luahan dari Syaf.. Yelaa, sape tak happy kan?? Sape yang tak rasa bunga2 cinta tu makin berkembang bila dengar kata2 macam tu.. Hahaha.. Lagi2 dari orang yang kita sayang dan cinta.. Wah... Angau betul aku ni.. Dalam aku melayan perasaan, Syaf tarik dagu aku dan serta merta aku mendongak pandang muka hensem Syaf.. Aduh!! Makin cair hati aku ni..

Syaf mula merapatkan muka dia dekat dengan muka aku, hanya tinggal 1 inci.. Aku tau apa yang akan berlaku, so aku pejam kan mata.. Baru ada feel tu.. hahaha.. Jantung aku ni tak payah cakap laa.. Asyik dup dap dup dap.. Laju pulak tu, dah lari tempo dah.. Dan... Bibir aku dan dia mula bertemu.. Syaf mencium bibir aku dengan perlahan dan aku mula mencengkam belakang Syaf.. Aku tak dapat mengawal gelora dan mula menggigit bibir Syaf.. Aksi tu berlanjutan selama 20 minit..

Flashback Off

Aku rindu kan saat2 mesra aku dengan Syaf.. Masih terasa bibir Syaf.. Kenangan tu masih segar dalam ingatan aku walaupun dah 3 tahun berlalu.. Aku rindu kan semua tu.. Aku tak sangka dari benci jadi sayang, cinta.. Dari tak nak jumpa jadi rindu.. "Syaf... Bila awak nak balik?? Saya rindu kan awak sangat2 Syaf... Balik laa.. Saya nak jumpa awak.."  Airmata aku mula menitis lagi.. Entah laa, setiap kali aku terkenang kan Syaf.. Airmata aku mesti mengalir sama.. huhuhu.. Aku terlalu rindukan Syaf.. 

================================ 

**Syafia**

Hurm.. Tak boleh nak tidur pulak dah aku malam ni.. Wahai mata, pejam laa engkau tak kesian ke dekat owner kau ni?? Dari pagi duk gunakan kau, kau tak penat ke?? Tak nak rehat?? Hahaha.. Apa laa masalah aku ni agaknya dengan mata pun boleh bercakap.. Aduhaii.. Turun laa kejap, pergi dapur minum air dulu ke..

Haa.. Baru aku ingat, susu ada.. Baik aku buat air susu, mana tau kot2 lepas ni terus boleh tidur.. Hehehe.. Aku pun turun laa pergi dapur.. Baru je nak melangkah masuk dapur, tiba2 aku nampak bayang2 seseorang.. Rasa berdebar2 tu tak payah cakap laa, macam baru lepas berlari 1000 meter je..

Dalam aku tengah duk pikir2 tu.. Tiba2 muncul seseorang depan aku.. Rasa terkejut tu tak payah cakap, aku rasa macam jantung aku baru je slamat terjun keluar dari tempat dia.. Rasa macam terhenti sekejap nafas aku.. Bila aku tenung lama, rupa2 nya tu cik Su aku.. Yelaa, mana tak terkejutnya.. Muka ber'mask' warna putih, pastu di biarnya rambut panjang tu berserabai.. Dah tu gelak kan aku terbahak-bahak.. Gelak tak ingat dunia.. huh.. Degupan jantung aku pun tak stabil lagi..

"Syaf nak tau tak macam mana muka Syaf tadi??"

"Pucat sangat tau.. Agaknya kalau Cik Su torehkan dengan pisau, tak keluar darah pun.. hahahahahaha.."

"Amboii.. Seronok ye Cik Su gelakkan Syaf?? Terkejut Syaf tau tak, ingatkan apa laa tadi.. Ishh.."

"Hahaha.. Kelakar laa Syaf ni.. Brutal2, tapi penakut.. Tak malu.. hahaha.."

"Tak baik laa Cik Su kutuk anak saudara sendiri.. huhu.. Nasib baik takde sakit jantung tau.."

"Tu laa, kalau tak... Cik Su kena kejarkan kamu ke hospital laa.."

"Tau pun.. Dah laa, Syaf nak minum air.. Pastu nak tidur.."

"Yelaa.. Cik Su naik dulu ye.."

"Cik Su!! Kejap!!"

"Kamu dah knapa Syaf?? Menjerit tengah2 malam ni.."

"Ermm.. Cik Su... Temankan Syaf kejap boleh??"

"Hahaha.. Apa laa kamu ni Syaf.. Cik Su ingatkan knapa laa tadi.. Dah2.. Cepat sikit, Cik Su nak tidur dah ni.."

"Iye2.. Kejap laa Cik Su.. Nak siap dah ni.."

"Hehehe.. Syaf2.. Macam2 laa kamu ni.. Takut sangat.."

"Biar laa.. Nak buat macam mana, dah Syaf memang penakut dari kecik.."

"Eyh.. Yeke?? Tak prasan pulak Cik Su.. Maklum laa, jumpa kadang2 je.. huhuhu.."

"Iye Cik Su.. Betul.. hehehe.. Okayy, dah siap Cik Su.. Jom laa.."

"Okayy Syaf.. Goodnight Syaf.. Sweet dream tau.. Tidur elok2.."

"Okayy.. Goodnight n sweet dream too.. Cik Su pun sama tau, tidur elok2.."

"Hehehe.. Iye laa.."

Lepas Cik Su selamat masuk ke dalam biliknya, aku pun melangkah masuk ke dalam bilik dan terus kunci pintu bilik.. Mana laa tau kan.. Prepare awal2, sebagai langkah berjaga2.. hehehe.. Habis 1 gelas aku minum air susu, terus aku baring atas katil.. Sekejap je aku dah rasa mengantuk.. Kelopak mata aku pun dah makin berat dan aku tak sedar bila aku selamat masuk alam mimpi..

================================

Baru je msuk bab 6.. Sorry laa lmbt2 update.. Wan akan update bila ade masa free.. Thanks pada yg snggup tnggu Wan update tu.. Kalau ade pape comment tau.. Thanks guys for supporting..

Continue Reading

You'll Also Like

470K 23.1K 93
[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah deng...
6.2M 176K 96
Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan te...
350K 11.8K 49
[COMPLETE] > ** 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐀𝐊𝐈𝐅 𝐃𝐙𝐔𝐋𝐊𝐈𝐅𝐋𝐈 - Seorang jejaka yang tidak suka dengan mana-mana wanita yang cuba mendekatinya kerana sika...
624K 22.9K 77
[Complete] 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 : 𝐇𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐢𝐬𝐲 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝐀𝐝𝐡𝐚𝐦 | 𝐍𝐮𝐫𝐚𝐫𝐞𝐲𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐧𝐚 Dari satu pertemuan yang tidak dirancang. Tan...