Laila Isabella

By popppyy_

232 6 5

Nama aku, Laila Isabella. Hidup aku tak mewah. Anak yatim juga anak kepada seorang pembantu rumah. Syukur kaw... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 5
Bab 6

Bab 4

35 1 2
By popppyy_

"Laila. Dah kemas barang barang nak bawa esok ke belum?" Soal Umi dari dapur.

"Dah. Tinggal nak pack umi sekali je masuk dalam beg. Hehehehe" balasku sambil mata tidak lekang dari menonton drama korea pada laptop dan tangan yang tidak berhenti daripada memasukkan jajan super ring ke dalam mulut.

"Entah kenapa umi rasa lawak Laila hambar kalini" kata kata umi membuatkan aku terus berhenti mengunyah. Butang pause aku tekan. Tajam mataku melirik ke arah umi.

Terus kaki melangkah ke arah umi. "Umiiiiiii!" Panggilku meleret. Pantang bila ada orang kata lawaknya hambar.

"Hehehe. Umi gurau saja. Dah lewat ni Laila. Lepas balik dari London nanti kan boleh tengok drama korea Laila tu. Apa si nama lelaki tu? Jin.. jin apa?" Kata kata umi kalini membuatkan aku terbahak bahak.

"Jin pakai toncit mi" balasku tanpa nada.

"Haaa suka lah tu nak kenakan umi" ujar umi apabila sedar yang aku mempermainkannya. Sekali lagi aku ketawa.

"Yoo Si Jin lah mi. Kalau Laila jumpa dia. Laila nak heret dia terus jumpa tok kadi mi" kata kataku mendapat tepukan di peha berhad 100km/j daripada umi.

"Sudah jangan nak merapu. Amik wudhu' lepastu tidur" arah umi tegas.

"Laila nak tidur dengan umi boleh?" pintaku sambil membuat suara comel.

Umi memandangku dengan pandangan tajam selepas itu terus dia meletakkan tangannya di atas bahuku dan menepuk perlahan "boleh. Pergi amik wudhu' dulu. Lambat lima minit umi kunci pintu" ujar umi. Terus aku berlari ke arah tandas. Umi sudah ketawa lucu.

///
KLIA

"Ad. Seat kau nombor berapa?" Soalku apabila kami selesai mendapat tiket penerbangan.

"14F. Kau?" Balas Adrian.

"14H. Alaaa tak duduk sebelah sebelah" ujarku perlahan.

"Gediknya kau. Nanti dah sampai sana nak berkepit dengan aku dua puluh empat jam pun boleh" ujar Adrian sambil mengeyitkan matanya kepadaku.

"Gatal!" Kataku serentak itu laju saja tangan menampar bahu Adrian.

"Students. Attention! Kita ada 2 jam lagi sebelum boarding. Siapa yang nak pergi makan. Boleh pergi makan or nak pergi mana mana tapi make sure ada dekat sini 30 minit awal. Faham?" Soal Cikgu Firdaus kepada kami. Semua hanya mengangguk tanda faham.

"Laila Majnun. Pergi Coffee Bean jom" ajak Adrian.

Aku menepuk kuat bahagian depan topi hitam yang dipakai oleh Adrian "correction. Laila Isabella okay. Yok" ujarku lalu terus berjalan meninggalkannya.

"Hey tunggulah!" Ujar Adrian sambil membetulkan kedudukan topinya lalu terus dia mengejarku.

///

"Aku nak caramel latte satu tau. Kau orderkan aku cari tempat duduk" kata Adrian. Aku hanya mengangguk tanda faham.

"Okay" balasku lalu terus menuju ke arah kaunter.

"One cookies and cream" pintaku.
"One cookies and cream"

Eh kejap. Siapa yang lagi sorang order air sama dengan aku ni. Aku rasa aku sampai dulu dan tak potong barisan.

Aku memandang ke arah kiriku. Kelihatan seorang lelaki yang memakai jaket kulit hitam memandang ke arahku.

"Err sorry. Tapi siapa nak order dulu ye? Sebab sama sama sampai ni macam jodoh pula" ujar pekerja lelaki The Coffee Bean dihadapanku ini. Amboi bang! Mulut tu mintak kena sumbat dengan krim banyak banyak!

"Saya"
"Saya"

Sekali lagi. Aku dan lelaki di sebelahku ini berkata serentak. Aku memandang dia dan dia memandang aku.

"Miss. Give me order dulu please. I am in rushed." Pintanya. Entah kenapa suaranya membuatkan aku berdebar. Macam pernah dengar suara ni. Takkanlah suara serupa dengan Yoo Si Jin kut. Aku menggigit perlahan bibir bawahku. Bukan gatal tetapi memang tabiat kalau sedang berfikir.

"Errr miss?" Soalnya sekali lagi membuatkan aku tersentak.

Aku hanya mengangguk tanda setuju. "Give this man order first" kataku kepada pekerja The Coffee Bean di hadapanku.

"Thank you." Ucapnya. Aku hanya mengangguk. Eh kau ni dah kenapa? Bisu pula tiba tiba ke?

///

"Kau ni dah kenapa? Diam je dari tadi" soal Adrian sambil mulutnya tidak lepas daripada mengunyah biskut oreo yang dibawanya. Pencinta biskut oreo tegar!

"Laila Isabella Mokhtar! Aku tanya ni jawablah" ujar Adrian sekali lagi. Geram betul. Orang tanya taknak jawab.

"Haa? Err. Err aku tengah menikmati air aku ni lah. Tak nampak ke?" Ujar Laila lalu menyedut air cookies and creamnya.

"Daripada dulu aku dah kata. Kalau tak reti nak menipu, jangan menipu. Kau dah jatuh cinta dengan mamat tadi tu eh?" Soal Adrian sambil kedepankan mukanya dan menatap mataku.

"Aishh. Mana ada!" Balasku lalu menolak dahi Adrian agar menjauhi mukaku.

"Ey. Aku yang kacak lagi macho ni kau tak tergoda ke?" Soalan Adrian berjaya membuatkan aku tersedak. Terus aku ambil sapu tangan coklat Adrian dan mengelap mulutku. Tergamam Adrian memerhati tingkah laku aku.

"Kau nak tahu satu benda tak?" Soal Adrian lagi.

"Sapu tangan ni kau punya. Aku dah tahu" kataku mendatar diselangi dengan batukkan kecil

"Yang tu sejak azali lagi kau dah tahu. Tapi yang ni kau memang betul betul tak tahu" ujar Adrian dengan riak muka yang serius.

"Apa dia? Kau jangan takutkan aku. Aku call mama nanti" ugutku.

"Sapu tangan tu. Aku dah buat lap peluh aku. Hahahahaha" sambung Adrian lalu terus dia ketawa terbahak bahak. Sudah tidak dihiraukan pelanggan lain yang memerhati.

"Adrian! Kenapa kau tak cakap awal awal! Puii! Puiii!" Ujarku lalu terus aku baling sapu tangan ke arahnya. Tepat pada muka. Rasakan!

///

Aku melihat Adrian sudah menutup mukanya menggunakan hoodiesnya. Lelaki ni memang. Pantang dapat kerusi selesa. Ada pendingin hawa. Tak sampai lima minit duduk, dah selamat masuk alam mimpi. Aku menggeleng perlahan.

Kemudian aku merasakan ada figura seseorang yang menghalang pemandangan aku daripada melihat Adrian. Aku mendongak dan ya. Lelaki berjaket hitam di kafe The Coffee Bean tadi sedang memandangku.

"What?" Soalku sepatah kepadanya.

"My seat is beside your seat and saya nak masuk tapi takkan saya nak langkah awak pula" Cermin mata hitamnya diturunkan. Umi! Anak umi dah jatuh cinta! Ya Allah. Handsomenya.

"Kalau umi tengok ni mesti umi kasi green light jadi suami aku ni" getusku dalam hati. Kemudian aku ketawa kecil.

"Tapi Laila! Kau kena ingat! Rupa tak menjamin apa apa. Mana tau dia ni tauke dadah ke. Haa tak ke naya kalau kau kahwin dengan dia" aku menggelengkan kepalaku perlahan.

"Eishhh. Tak baik tuduh orang. Mana tau dia ni suami orang ke tunang orang ke lepastu kau tiba tiba nak buat suami pula. Eh! Tapi muka macam sebaya dengan aku je. Muka nampak muda" aku tersenyum lebar.

///

"Miss" panggil Izmeer kuat. Berkali kali dia panggil perempuan di hadapannya ini. Tapi reaksi yang diterimanya hanyalah ketawa, anggukan kepala, gelengan kepala dan senyuman lebar.

"Ada kawan halimunan ke dia ni?" Monolog Izmeer dalam hati.

///

"Haa ye? Ouh sorry sorry" balas aku apabila tersedar yang dia sudah termenung jauh. Terus aku bangun dan memberi laluan kepada lelaki ini. Buat malu je Laila oi!

"Thank you" ucapnya apabila dia sudah duduk di tempatnya.

Aku hanya mengangguk. Habislah kau Laila nak duduk dengan lelaki ni untuk 14 jam ni.

///

Laila membuka matanya perlahan-lahan. Lena betul tidur. Masakan tidak, sudah hampir seminggu dia tidak tidur dengan secukupnya. Banyak hal yang perlu diselesaikan. Gaya sudah seperti perdana menteri pula. Hiks.

"Eh. Bilamasa aku tidur sebelah lelaki pula ni?" Aku cuba menyelaraskan otakku. Lama aku menatap lelaki yang memakai topi hitam di sebelahku ini. Alis matanya cantik. Bibirnya kemerahan. Hidungnya mancung. Nak kata macam Yoo Si Jin pun boleh. Tapi yang depan ni berganda ganda kacaknya daripada Yoo Si Jin mahupun Adrian Naufal!

Tiba-tiba mata lelaki di depanku ini terbuka. Mata kami bertentangan sebentar. Selepas otak dapat mencerna apa yang terjadi terus sahaja aku memandang ke hadapan. Begitu juga dengan lelaki itu. Aku berpura-pura mengemaskan rambutku yang disanggul. Perjalanan masih lagi berbaki satu jam. Ouh. Cepatlah masa berlalu!

"Pergi London nak bercuti ke?" Izmeer memulakan perbualan selepas situasi yang menjanggalkan tadi. Tipu jika dia tidak merasakan apa apa bila melihat mata bundar gadis itu.

Laila hanya menggeleng perlahan. "Archery Competition. You?" Soal Laila pula.

"Visiting my grandma. Ouh, archery competition peringkat kebangsaan tu ye? Goodluck and jangan lupa untuk menang" Ujar Izmeer panjang. Tidak sangka gadis itu dapat masuk hingga ke peringkat kebangsaan.Dalam diam. Izmeer memuji gadis itu. Beauty with a brain.

"Eh no. Yang peringkat kebangsaan tu I tak tau pula tapi I wakil sekolah I. Sekolah kitorang akan compete dengan sekolah sekolah dari negara lain" Laila menerangkan situasi yang sebenar. Jauh sangat tu jika dia dapat mewakili negara.

"Ouh. Sorry. Yang I tahu pasal peringkat kebangsaan tu je" ujar Izmeer.

"By the way. Izmeer Naufal. You?" Izmeer memperkenalkan namanya.

Laila yang hanya memandang skrin di hadapannya terus memalingkan mukanya menghadap Izmeer.

"Naufal?" Soal Laila.

Izmeer mengangguk dengan reaksi muka yang menunjukkan 'yes. Naufal'

Laila menundingkan jari telunjuknya ke arah Izmeer dan seterusnya menghala ke arah Adrian yang sedang nyenyak tidur dan seterusnya balik ke arah Izmeer.

"Why?" Soal Izmeer sepatah.

"Nawh. Nama you sama dengan lelaki tu" Laila menunjukkan ke arah Adrian. "I mean, nama 'Naufal' tu" sambung Laila.

"Ouh. Adrian Naufal. Ya. We shared the same name. I mean, nama 'Naufal' tu" Izmeer mengangguk-anggukkan kepalanya dan tersenyum nipis.

"You kenal dia?" Soal Laila dengan kerutan kening di mukanya.

"Of course. Siapa yang tak kenal Adrian Naufal. The hottest guy in Malaysia." Balas Izmeer.

"Hottest guy?" Laila ketawa kecil. "Lah sangat" sambungnya lagi.

"You rapat ke dengan dia?" Soal Izmeer ingin tahu.

"Rapat dan I kenal sangat dia tu. Perfect in many ways" ujar Laila. Tidak sedar yang Laila baru sahaja memuji Adrian.

"Ouh" Izmeer menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Eh sekejap. Nama you siapa?" Soal Izmeer. Bila dah seronok berbual takkan tak mahu kenal nama pula.

"Laila Is..."

Terasa seperti kami semua menjunam ke bawah. Ada penumpang yang sudah menjerit ketakutan. Para pramugari dan pramugara sedang membantu para penumpang yang ketakutan.

TING!

Isyarat memakai tali pinggang keselamatan sudah dipasangkan. Pilot dan Co-Pilot sedang berusaha mengimbangi pesawat yang sedang terumbang ambing ini. Kelihatan warna kelabu gelap di luar walhal di skrin hadapan Laila sedang menunjukkan jam pukul 5 petang.

"Ladies and gentlemen. I am your pilot. The weather is bad and for your safety, please sign your seat belt and wear the life jacket under your seat." Ujar kapten pesawat. Nada suaranya juga agak gementar.

Mulut Laila sudah terkumat kamit membaca apa yang patut. Tidak dilupakan juga untuk berdoa pada tuhan agar mengampuni dosa-dosanya.

Adrian yang tersedar apabila terdengar suara penumpang yang menjerit panik dan suara tangisan bayi terus memakai tali pinggang keselamatan dan menyarungkan jaket keselamatan berwarna oren di bawah tempat duduk pada badannya.

"Laila. Pakai life jacket!" Arah Adrian dengan tegas.

BOOM!

Continue Reading

You'll Also Like

95.1K 2.4K 35
A little AU where Lucifer and Alastor secretly loves eachother and doesn't tell anyone about it, and also Alastor has a secret identity no one else k...
17.7K 594 28
روايه اماراتيه تتكلم عن مثايل وحيده امها وابوها الي عانت من الم الانفصال الام : نوره الاب : محمد تاريخ الكتابه : 19/3/2023 تاريخ التنزيل : ..
32.2K 61 13
🤍 if u're not interested, don't report, just dont read!! 🤍
5.3M 46.3K 57
Welcome to The Wattpad HQ Community Happenings story! We are so glad you're part of our global community. This is the place for readers and writers...