Maid Maiden

By sweetpearly

737K 55K 4.7K

❝Walau apa cara sekalipun, aku tetap akan balas budi 'putera' aku tu suatu hari nanti.❞ Demi membalas budi si... More

PROLOGUE
💛M I N I T A L K💛
BAB 1
BAB 2
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
🌈 M I N I T A L K 2 🌈
BAB 9
BAB 10
TAGGED~
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
SPECIAL CHAPTER : ALL ABOUT US ✨
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
💘 M A I D M A I D E N G A L L E R Y 💘
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
NOTICE
BAB 69
BAB 70

BAB 3

14.9K 1.2K 123
By sweetpearly

Okay, Mia. Apa yang kau cuba buat ni?

Semasa aku sibuk bertanya pada diri sendiri, kaki aku dah pun berada atas dahan pokok.

Ya, aku tengah panjat pokok.

Sampai sahaja di dahan yang paling atas, aku terus memeluk salah satu dahan yang ada di situ. Aku harap dahan ni cukup kuat untuk menampung berat aku yang 45 kg ni.

Aku sedar perbuatan ni memang salah. Tapi niat aku cuma nak tengok sekejap je.

Aku memandang sekeliling. Memang tidak dinafikan sekolah ni memang cantik. Besar dia tak payah ceritalah. Dua kali ganda besarnya dari sekolah lama aku tu.

Sekolah ni dikelilingi dengan rumput hijau yang sangat luas. Dan di tengah-tengah bangunan sekolah pula ada sebuah kolam renang.

Macam mana aku tahu? Sebab aku pernah datang sini dengan mama dan papa masa umur aku tujuh tahun. Tapi masa tu aku belum berjumpa dengan putera aku tu jadi aku tak pernah ambil kisah sekolah ni wujud atau tak.

Mata aku melilau melihat sekeliling. Mana agaknya putera aku tu berada? Aku pun sebenarnya tak pasti sama ada putera aku tu masih bersekolah di sini atau tak. Umurnya pun aku tak tahu. Aku cuma berharap yang aku dapat berjumpa dengannya sekali lagi. Atau sekurang-kurangnya dapat petunjuk tentangnya pun dah cukup bagus.

Oh tuhanku.. berikanlah petunjuk untuk cari putera aku tu!

Sekali lagi satu hajat keluar dari hati sanubari aku. Agaknya kalau hajat-hajat aku ni dikumpul dalam satu bekas, mesti dah terlampau padat. Dah boleh kebabom meletup.

Tiba-tiba aku rasa pokok ni bergoyang. Tangan aku makin kuat memeluk dahan, takut-takut tergolek ke bawah. Oh jangan lah masin pulak mulut ni. Hati aku dah mula memaki diri sendiri. Tu lah buat lagi kerja gila panjat-panjat pokok. Siapa ajar? Kucing tadi lah siapa lagi.

Tengah-tengah kepala aku mengarut macam-macam, mata aku tertancap pada seekor lelaki.. eh salah. Seorang lelaki. Ni la padahnya dari tadi asyik mengarut sampai otak pun dah jadi mereng.

Okay back to the point, mata aku tak lepas memandang seorang lelaki yang sedang berjalan ke arah pokok yang aku panjat ni. Agak kacak pada pandangan aku. Rambutnya berwarna perang. Aku agak dia ni mesti pelajar dari luar negara. Muka pun macam orang putih sikit.

Tapi apa yang buat aku lebih teruja ialah baju yang dipakainya. Berbeza dengan pelajar-pelajar yang lain yang memakai uniform berwarna putih, dia pula memakai uniform berwarna hitam.

Leka aku menganugerahkan berbakul-bakul pujian kepada lelaki yang aku tak kenal pun siapa tu, tiba-tiba terdengar bunyi daun-daun bergerak di atas aku. Aku memandang ke atas. Dalam kepala aku dah muncul benda yang bukan-bukan. Macamana kalau ular? Aku dah kecut perut. Baru sekarang nak rasa menyesal sebab buat kerja gila ni.

Baru je aku nak mulakan misi turun dari pokok, tiba-tiba seekor tupai keluar dari celah-celah daun yang bergerak tadi. Aku mengeluh lega. Rupanya haiwan kecil ni yang buat bunyi tadi. Aku dah rasa selamat semula.

Tapi aku tersilap.

Silap kerana tiba-tiba tupai itu meluru ke arah dahan yang aku tengah peluk sekarang ni.

"Ehhhh jangan datang dekat!!"

Tangan aku yang tadinya tengah memeluk dahan, terus cuba menghalau tupai tu dari berlari ke arah aku.

Dan itu adalah satu kesilapan besar.

Tiga saat selepas aku melepaskan pelukan aku dari dahan, badan aku mula hilang keseimbangan dan

Buk!!

"Aduh..."

Aku menggosok-gosok kepala aku. Nasib baik pokok tu takdelah tinggi sangat. Tapi kenapa rasa macam lembut je eh?

Aku membuka mata. Perkara pertama yang aku nampak ialah sepasang mata berwarna hijau sedang merenung ke arah aku. Cantiknya mata dia.

"Who are you?"

Teguran dia buat lamunan aku terhenti. Baru aku sedar yang aku tengah tindih badan dia. Atau lebih tepat lagi, aku baru je jatuh atas dia. Cepat-cepat aku tolak dia dan cuba untuk bangun. Lelaki tu pula sedang menepuk-nepuk baju dia yang berkedut. Aku hanya memandang dia dengan hati kecut.

Siapa je yang tak takut bila kau baru je jadikan seseorang sebagai tempat landing kau. Kau tu dah lah berat Mia. Silap-silap patah riuk tulang orang tu macam mana?

Lebih kurang seminit keadaan menjadi awkward, tiba-tiba dia bersuara.

"So.. I think you owed me an explanation"

Mamat ni tak boleh cakap melayu ke? Ke memang betul dia ni mat saleh? Aku cuba kuatkan diri untuk memandang mata hijau dia yang cantik tu.

Menyempat Mia menyempat. Kau tak sedar ke mamat ni tengah bagi pandangan laser kat kau.

"Aku...."

Baru je mulut aku nak bagi penjelasan tiba-tiba terdengar suara jeritan nyaring.

"Firdaus!"

Aku dan mamat mata hijau terus memandang ke arah suara yang menjerit tu.

Seorang perempuan berambut panjang dengan fringe mendekati kami. Di belakangnya ada dua orang lagi perempuan yang masing-masing berambut pendek.

"You kat sini rupanya. Puas I cari you tau!" katanya. Dari gaya percakapannya pun aku dah nampak aura kegedikan terlebih dos dia.

Aku terdengar mamat mata hijau tu mengeluh perlahan. Aku pula cuma mendiamkan diri. Ye la takkan tiba-tiba aku nak menyampuk pulak kan.

Melihat tiada respon dari mamat mata hijau tu, perempuan rambut fringe tu sekali lagi bersuara.

"Kenapa you tak datang birthday party I semalam? You janji kata nak datang?"

Mamat mata hijau ni macam nak cakap sesuatu. Aku pulak dah bangun dan cuba untuk pergi dari situ. Rasanya tak perlu kot aku ada dalam drama diorang ni.

Baru je nak melangkah, tiba-tiba perempuan rambut fringe tu menghalakan jari telunjuknya ke arah aku.

"Perempuan ni siapa pulak? I tak pernah nampak pun dia sebelum ni?!"

Aku terdiam dengar perempuan tu menjerit. Dah kenapa dia ni? Cakap slow slow boleh kan? Macamlah aku ni jauh berbatu dari dia.

Baru je aku nak jawab soalan perempuan tu, tiba-tiba tangan aku ditarik kuat. Sedar-sedar je aku dah dipeluk oleh lelaki mata hijau tu.

Aku terkedu dengan apa yang baru berlaku.

"She is my girlfriend. Sorry sebab tak dapat datang birthday party kau tu. Aku dah janji dengan dia yang aku takkan rapat dengan perempuan lain lagi."

Soalan yang ditujukan kepada aku telah pun dijawab oleh lelaki mata hijau tu. Cuma bezanya, jawapan tu bukan jawapan yang sama yang aku cuba keluarkan dari mulut aku tadi.

Satu jeritan yang nyaring dikeluarkan oleh perempuan rambut fringe tu.

"Apa?! Girlfriend?!"

"Sorry..."

Aku memerhatikan muka mamat mata hijau yang betul-betul di depan aku sekarang ni. Mukanya macam meraih simpati, yang aku pasti hanya dibuat-buat.

"Tak. Ni bukan salah you, Firdaus. You tak payahlah minta maaf."

Suara perempuan tu mendatar. Mimik mukanya tak sama dengan apa yang dia cakapkan tadi. Aku betul-betul pasti yang dia sedang menahan geram. Perempuan tu dan dua orang kawannya pergi meninggalkan aku dan mamat mata hijau ni berdua.

Tapi dari jauh aku boleh dengar yang perempuan tiga orang tu baru je maki aku.

Aku tersedar yang tangan mamat ni masih ada dekat pinggang aku. Lelaki miang yang suka hati je nak pegang anak dara orang. Dah pulak tu, suka-suka hati je nak cakap yang aku ni girlfriend dia. Tak pasal-pasal aku yang kena maki. Rasa macam ada satu letusan lava akan keluar dari kepala aku sekarang ni.

"Hei! Apasal kau tipu dia tadi?"

Sekali lagi mata hijau dia tu memandang aku tajam. Dan dengan sendirinya dia menolak aku dari pelukannya. Amboi. Dia yang peluk aku last-last aku jugak yang tergolek. Eh mamat ni memang nak kena.

"Kau ni murid baru ke? Mulai esok, aku nak kau jumpa aku setiap kali waktu rehat."

Aku memandangnya dingin. Dah tolak orang bukannya nak tolong aku bangun ke apa. Belum sempat aku membalas, dia menyambung katanya.

"Bagitahu aku kelas kau kat mana?"

Dia menghulurkan tangannya kepada aku. Macam tahu tahu je. Tapi tu tadi, sekarang ni disebabkan rasa geram yang amat, tangan yang dihulurkan tu aku tepis je.

"Jangan harap!"

Aku bangun dari duduk dan mengibas skirt aku yang dah berdebu. Baru je aku nak melangkah pergi, mamat tu bersuara.

"Kalau kau taknak bagi kerjasama, aku bagitahu diorang yang kau kiss aku tadi. Lepas tu hari-hari hidup kau dekat sekolah ni akan penuh dengan masalah."

Wait wait wait, dia baru ugut aku ke? Dan apa maksud dia "hari-hari hidup aku dekat sekolah ni akan penuh dengan masalah"? Aku pusing belakang dan nampak dia sedang tersenyum sinis.

Haha, aku tak peduli pun dia nak ugut ke apa, yang penting aku dapat keluar dari sini.

Aku menghadap mamat tu dan menjelirkan lidah.

"Dude, lantak kau lah! Kau takkan dapat ugut aku, sebab aku bukan pelajar sekolah ni!"

Terus senyumannya mati.
Dan sekali lagi aku melangkah pergi.

"Oi.. Oi!" Aku buat tak peduli dengan panggilan dia. Malas nak layan mamat pelik macam tu.

Baru beberapa langkah kaki aku bergerak, sekali lagi mamat tu bersuara. Tapi kali ni kata-kata mamat tu berjaya buat kaki aku terhenti.

"Oh... 'Orang normal' macam kau pun boleh masuk sekolah ni jugak?"

Apa yang mamat ni merepek? Aku menoleh ke belakang dan ternampak mamat tu memegang sehelai kertas dengan sampul berwarna merah.

Ah, surat tawaran aku!

"Permohonan dah diluluskan. Keluarga kau ada masalah kewangan ke?"

Kata-katanya itu buat aku berlari untuk mendapatkan surat tu semula.

"Pulangkan balik!"

Aku cuba merampas semula surat tu dari tangan dia. Tapi mamat tu mengangkat surat tu tinggi, menyebabkan aku susah untuk mencapainya. Sekarang aku mula rasa betapa pendeknya aku sebenarnya. Terima kasih 160 sentimeter.

"Sekolah ni bukannya untuk 'orang normal' macam kau. Apa tujuan sebenar kau masuk sekolah ni?"

Aku memandangnya tajam. Geram pulak dengar dia sebut 'orang normal'. Hello, aku masuk sekolah ni pun cuma satu sebab je.

Untuk cari putera aku.

"Tu langsung takde kena-mengena dengan kau. Budak sombong!!"

Tangan aku terus merampas surat dari tangan si bongkak itu. Dan untuk kedua kalinya aku cuba melangkah pergi.

"Aku boleh jadikan kau pelajar sekolah ni."

Sekali lagi kaki aku terhenti. Aku menolehkan kepala dan memandangnya dengan kening terangkat.

"Nama aku Tengku Firdaus Hayqal. Sekolah ni dibina oleh nenek moyang aku. Aku boleh tawarkan kau belajar dekat sekolah ni tanpa bayar satu sen pun."

Aku terdiam. Dia memandang aku sambil tersenyum. Mukanya penuh dengan maksud tersirat.

"Tapi.. mestilah ada syarat-syaratnya.."

Continue Reading

You'll Also Like

1.8K 28 7
*bl🔞* [sex18+] •Ziyan atau di panggil Zin adalah seorang pelajar baru di kolej Vokasional Twilight/VT. •Zin mempunyai kawan barunya iaitu Nazi dan M...
3K 275 21
Andalookaew x Noonpreawa
1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
238K 15.6K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...