MINE ✔ (In Editing)

By adranana

98.7K 1.3K 30

Arin Isabella X Adrian Ukasyah More

Hey
Prolog | Aksara vs Victorian
1 | Past is past
2 | Heart
3 | Bapak dan Anak
5 | Keputusan
6 | Gentleman
7 | Fav Student

4 | Siapa Dani?

3.9K 162 6
By adranana

Arin berjalan ke tempatnya bertugas. "Panas betul harini." Keluh gadis itu perlahan. Sepatutnya hari ini dia bertugas bersama Hilman tapi lelaki itu pula demam jadi terpaksa bertugas seorang diri. Demam sikit dah menggelabah, Arin mencebik mengenangkan Hilman yang mengada mahu ke bilik sakit.

"Masa-masa macam ni la kau nak demam. Hari lain tak boleh ke? Mengada. Yang mama dia pun satu, sedih sangat dengar anak dia demam. Kuat drama la family Hilman ni."

Bebel Arin sepanjang perjalanannya. Hilman jarang demam, tapi bila dah demam macam ni, mengada mahu pulang ke rumah.

Sekali lagi Arin mengeluh. Kalau bukan kerana tanggungjawab, tidak mahu dia ke bangunan lama ini. Sudahlah jauh daripada kelasnya.

Blok C.

Tempat yang digembar-gemburkan sebagai tempat berhantu. Ceh.. ini Arin okey, sedikit pun tak kisah. Jiwa kena kental kalau nak jadi pengawas.

Sedang dia memerhati kawasan sekitar, telinganya terdengar suara daripada bilik hujung tingkat 3 itu.

"HAHAHA! Pengawas yang bertugas semalam kau dah kasi habis kan? Semalam dia ingat dia siapa nak arah-arah kita?" Kata seorang lelaki, suaranya kedengaran menyampah dengan pengawas yang bertugas di situ.

"Dah bro. Memang lunyai dia aku kenakan. Aku fikir sado sangat budak tu, lahhh ciput je rupanya." kata yang seorang lagi.

Amboii! Sedap hati je nak kata budak-budak aku ciput.

Arin yang memasang telinga mula panas. Kepalanya mula ligat berfikir. Siapa yang jaga sini semalam? Dia juga terlepas pandang perkara ini, sementelah dia juga sedang sibuk dengan tugas lain yang memerlukan lebih perhatiannya.

Semalam Dani dengan Afham yang kena jaga sini. Budak sukan kesayangan Arin tu. Memang ada yang tempah maut ni karang.

Pintu bilik itu dibuka dari luar.

"Sedap kau mengumpat budak aku." tegur Arin bersahaja. Tangannya disilang sebelum melangkah lebih dekat dengan dua orang lelaki itu.

Terkejut. Setahu mereka, Tengku Arin tidak pernah bertugas di kawasan ini. Ahhh! Ini namanya cari nahas.

"Te..tengku.." tahu tergagap apa semua. Tadi bukan main suka lagi.

"Aik? Tadi gelak terbahak-bahak tak ingat dunia. Ni dah tergagap pula? Tsk tsk, cuba la share sikit cerita tadi. Nampak seronok je gosip pasal budak aku." senyuman sinis dilayangkan, cuba menahan diri daripada mengeluarkan kata-kata kesat kepada mereka.

"A..aa.."

Arin sudah menyinsing lengan bajunya. Kening kanannya terangkat. Menanti kata-kata daripada mereka.

"Kau fikir kau samseng sangat ke?! Kasi habis? Kau buat apa dekat budak aku?" jerkah Arin. Resah hati dua orang lelaki itu. Siapa tak kenal Arin yang merupakan juara taekwando kebangsaan.

Masak aku macam ni!

"Ini makan dia!!"

BUK!

BUK!

Ditumbuk perut mereka kuat. Tak cukup dengan itu, dipiat telinga mereka berdua. Ditarik telinga-telinga itu kuat. Padan muka!

"Ampun Tengku! Janji tak buat lagi. Tolong, lepaskan kitaorang. Tak tahan dah ni, sakit betul." rayu Sufian, salah seorang daripada mereka berdua.

"Kau jangan main-main dengan aku. Bilik disiplin! Now!"

Lepas sahaja dia melepaskan telinga, pecut terus Sufian dan Suhaimi pergi ke bilik disiplin.

TAKUT!!

"Dasar bebal. Geram aku dengan budak berdua tu. Tadi beria sangat kasi habis la apa la, kena piat telinga pun dah mengaduh. Kau tunggu aku nak buat apa lagi. Siap kau." Bebel Arin, lekas dia turun tangga mahu ke bilik disiplin. Memang hari ni hari bebel sedunia ke?

Langkahnya dilajukan ke bilik disiplin. Setiap hari ada saja masalah yang timbul. Masalah..masalah...

Kelihatan Sofian dan Aidil sudah tiba di bilik disiplin. Budak perempuan yang berjalan di depannya, dipanggil.

"Weh budak..kau F4 kan?" Kasar bahasanya tapi memang itu dirinya yang sebenar. Nak buat macam mana?

"Ye Tengku."

"Panggil Dani pergi bilik disiplin. Dia lambat kau aku cari. Faham?" Ugut Arin, selamba. Mentang-mentang sekolah itu umi dia yang punya.

"Faham Tengku."

"Hmm, you can go."

Arin memang dipanggil dengan gelaran Tengku. Bak kata Arin, kau junior buat cara junior. Batch aku je boleh panggil nama aku. Ha gituuu.

Dia terus bergerak ke bilik disiplin. Dijegil sedikit matanya ke arah dua lelaki itu.

"Ha masuk cepat! Nak aku tarik telinga tu lagi ke?" Bertolak-tolak mereka berdua ingin masuk ke dalam bilik itu.

Dalam 5 minit menunggu di luar bilik disiplin, kelibat lelaki berpakaian kemeja biru mendekatinya.

"Kak Arin."

"Ha,Dani. LAHHHHH.. Apa dah jadi dengan muka kau ni?" Selamba Arin memegang rahang Dani. Ditolak rahang itu kiri kanan, ingin melihat di mana lagi tempat yang bengkak.

"Sakitlah pipi orang." ditepis tangan gadis itu. Orang tengah sakit dia boleh pulak dia tekan kasar-kasar.

Disebabkan ketinggian Dani melebihi Arin terpaksalah gadis itu mendongak memandang lelaki itu. Bibirnya ternaik sedikit. Annoying!

Ditampar bahu lelaki itu laju.

"Eih..kau tu baru je keluar hospital pasal kes hoki hari tu. Ini dah bengkak lagi. Kalau aku tak bertugas harini, aku tak tahu tau yang kau kena pukul." Kata Arin, risau.

"Eih..dah orang bertugas kat situ nak buat macam mana?" bengang betul la aku dengan Arin ni. Dia yang tetapkan nama dengan tempat bertugas, aku pulak yang disalahkannya.

"Tak ada teman ke? Kan dua orang jaga situ."

"Afham tak ada,dia kan pergi Jepun. Tenis punya tournament."

Arin mencebik. Hatinya tetap risau. Kalau macam inilah perangai budak-budak Aksara, alamatnya memang jatuh lagi ranking mereka dari segi disiplin.

Yang nak menjawabnya siapa?

Aku dengan Hilman la!

"Dah..masuk! Settle dalam! Dengan kau-kau sekali aku tarbiah nanti."

Dani memuncung. Kerja nak menjerit je mak cik ni.

"Nak masuk la ni.." longlai sahaja langkah lelaki itu.

"Ha, menjawab. Menjawab kerja kau, aku cili mulut kau nanti." Sempat lelaki itu menjelir lidah.

"Dani Hazrael!"

Tanpa mereka sedari ada yang makan hati dengan aksi mereka itu.

"Hmm..itu yang u nak tunggu sangat tu?Dah la tak setia. Kalau dia sayangkan u dia takkan ada hubungan dengan orang lain. I tengok bukan main mesra lagi, pegang sana sini."

Sampuk suara daripada belakang lelaki itu. Fasha Hafina, tidak habis-habis mahu menghasutnya agar membenci Arin Isabella.

Adrian memandang pintu bilik disiplin yang dibiar terbuka itu. Siapa lelaki tadi tu? Kenapa dia boleh rapat dengan Arin?

Banyak persoalan yang dia ingin tujukan. Beberapa tahun dia tidak berjumpa dengan Arin, banyak perkara yang berubah.

Tipulah kalau dia tak rasa tercabar. Lelaki itu mungkin cedera dengan lebam di wajah putih itu tapi masih nampak kacak.

Bad boy ke budak tu?

Adrian mencebik. Taste Arin memang jenis-jenis macam tu, aku ni bukan setakat bad boy, pandai pulak tu. Kacak apatah lagi, gentle jangan cakap la. Apalagi yang tak ada dekat dia sekarang ni?

Mendengar suara Fasha, membuatkan dia semakin marah.

"Stop it Fasha. If not because of you, Ell still be mine. She's mine and I'm hers. Kau fikir selama ni aku ikhlas ke dengan kau?

A big NO. Aku tak pernah declare apa-apa dengan kau. Aku selamatkan kau dulu, sebab aku rasa itu tanggungjawab aku as head of class. Dan kau tahu, itu keputusan yang paling bodoh aku buat. I regretted it. A lot.

I'm not happy at all. You're the one who needs to step back. Shame on you Fasha." kata Adrian lalu meninggalkan Fasha seorang diri.

Lantak engkau lah! Malas nak layan dah!

"Adrian! Tak guna! Kau tunggu..aku akan pastikan kau melutut dekat aku Adrian. Menyesal? Kau hak aku! Bukan perempuan sial tu." berang Fasha, marah apabila selama ini dia tidak mampu menghapuskan nama Arin daripada hidup Adrian.

Kalau aku tak dapat kau, perempuan tu pun takkan dapat kau la Adrian.

Tengku Arin Isabella.

Nama gadis itu sudah dipasakkan di dalam mindanya.

Apa-apa milik Arin, akan dirampasnya. Sejak mereka menjadi adik beradik tiri,dia sudah iri hati dengan gadis itu. Dia punya segalanya yang dia mahu.

Memang la hidupnya sudah lebih senang berbanding dengan kehidupannya yang dahulu,tetapi Arin masih lebih daripada dia.

Dari apa-apa segi pun.Itu yang Fasha tak boleh terima.

Dan dia akan pastikan,kekayaan yang Arin dan ibunya ada ketika ini akan menjadi miliknya pula.

Dia ingat lagi, pertama kali Tengku Ismail membawa dia dan ibu berjumpa Arin dan Tengku Afiah.



"Arin, ini adik kamu. Fasha Hafina." Kata Tengku Ismail. Anaknya itu masih kecil namun pintar, sudah pasti gadis itu boleh menerima keluarga barunya.

"Hai, kita Fasha."

Gadis 7 tahun itu menghulur tangannya ke arah Arin Isabella. Namun, dia hanya melihat sahaja, tanpa menyambutnya. Fasha memandang Tengku Ismail dan ibunya, seperti mahu menangis.

"Arin tak tahu Arin ada adik. Arin ingat Arin seorang je anak umi dengan abah." Polos namun menyentakkan hati kedua ibu bapanya.

Lily, melihat situasi itu mengetap bibir.

"Ibu isteri abah sekarang, jadi anak ibu, adik beradik Arin. Lagipun Fasha dengan Arin sama umur,  boleh jadi kawan." Jelas wanita itu lembut.

"Ouhh, maksudnya makcik yang buat umi Arin nangis ye? Tok babah kata makcik ni perampas suami orang. Betul ke?"

Fasha terus memeluk ibunya. Perampas itu apa? Muka ibunya juga berubah, ibunya sedih? Marah?

"Ibu baik lah! Ibu tak buat orang nangis! Arin yang jahat!" Arin memandang Fasha yang menangis,dipeluk ibunya. Salah ke apa yang dia tanya? Lagipun dia cuma bertanya, kenapa nak kata dia jahat pulak?

"Abah dengan umi dah tak boleh tinggal sekali, abah dengan umi dah berpisah. Tapi Arin masih anak abah." Jelas Tengku Ismail.

"Is, please. Not now. Saya ingat awak cuma nak jumpa Arin, jadi saya ikut kehendak awak. Bukan jumpa perempuan ni." Balas Tengku Afiah, air matanya ditahan agar tidak jatuh.

"Kalau abah dengan umi dah berpisah, Arin pun tak nak jumpa abah. Budak ni pun Arin tak nak tengok." Mata Arin tajam memandang budak perempuan di depannya.

"Arin."

"Abah dengan keluarga makcik ni yang buat umi menangis. Arin memang tak tahu apa, tapi Arin tak buta!"

"Bukan macam tu.."

"TOK BABAH BETUL. ABAH CURANG DENGAN UMI! ARIN BENCI ABAH! KAU PUN AKU BENCI! IBU KAU TU JAHAT! KAU PUN JAHAT!" jerit Arin, kuat.

PANGG!

"ARIN ISABELLA! APA YANG BIADAP SANGAT NI!" Jerkah Tengku Ismail. Naik turun nafas lelaki itu setelah menampar anak perempuannya.

Arin yang masih kecil, terjatuh. Namun tidak menangis. Dia masih memandang keluarga kecil di hadapannya.

"ISMAIL! Ya Allah, Arin bangun sayang." Terkejut Tengku Afiah apabila anak yang ditatang penuh kasih, ditampar begitu sahaja.

"Balik Ismail, balik! Jangan dekat dengan anak saya lagi! Saya ulang, jangan dekat dengan anak saya. Saya rasa awak kenal saya siapa kan." Amaran diberi kepada Tengku Ismail.

Lelaki itu seperti tersedar dengan perbuatannya, lekas mendapatkan Arin. Namun, anak kecil itu menjauh.

"Abah pilih mereka. Nama kau Fasha kan? Aku takkan anggap kau keluarga, jangan harap kau dengan ibu kau boleh sakitkan umi lagi. Penjahat!"



Fasha membuka matanya perlahan. Dendamnya semakin membara terhadap gadis itu. Dia mahu Arin terseksa seluruh hidupnya.

Hanya kerana Arin tidak ingin mengakuinya sebagai keluarga. Arin tidak pernah lalui saat di mana bapanya mendera dia dan ibu.

Setiap malam akan dipukul, diludah. Kedatangan Tengku Ismail memberi sinar baru kepada mereka. Sinar untuk hidup yang aman, senang dan gembira.

Tapi gadis itu sombong dengan harta miliknya. Memanggil ibunya perampas. Saat itu, Fasha tanam dalam hati, apa sahaja yang dipunyai gadis itu akan dirampas.

Namun, mengapa? Mengapa susah benar dia mahu mengalah gadis itu?

Continue Reading

You'll Also Like

142K 5.4K 25
Drunk Jisoo sent her nudes to a random number. Wait till sober Jisoo finds out. (Cross-posted from AFF)
454K 24.9K 17
𝐒𝐡𝐢𝐯𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐑𝐚𝐣𝐩𝐮𝐭 𝐱 𝐑𝐮𝐝𝐫𝐚𝐤𝐬𝐡 𝐑𝐚𝐣𝐩𝐮𝐭 ~By 𝐊𝐚𝐣𝐮ꨄ︎...
3.2M 202K 90
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...
191M 4.5M 100
[COMPLETE][EDITING] Ace Hernandez, the Mafia King, known as the Devil. Sofia Diaz, known as an angel. The two are arranged to be married, forced by...