ELEMENTOM ©️

By shahidayat

85.1K 9.2K 799

❤❤❤❤❤❤❤❤❤ Aku Pyro. Seorang remaja dan penjaga unsur api. Aku tak kenal bapaku sejak lahir lagi. Kata ibu , b... More

PROLOG
Memori Pyro
Perhimpunan
Lawan
Sebab
Penjaga unsur air
★PYRO★
Sejarah
Awal Pagi
Berjuang!
Tak Dijangka
★AQUA★
Kerjasama
Junior vs Senior
Cuti
Pengaruh
Bencana
★GEO★
Askar SOLID
Lari
Selamatkan Aqua I
Selamatkan Aqua II
Sarjan SOLID
★WINDY★
Kawan Baru
Halaman rumah
Lelaki misteri
Doktor Chrone
Hujan
★FLORA★
Terowong masa
Debaran
Spike
Fajar pagi
Throwback Spike
★SHINY★
Ditangkap
Strategi
Senja
Kejutan demi kejutan
Askar WISDOM
★ZACK★
Lidah berbilah
Tujuan
Sedar
Perpisahan
Tak mungkin
★DASH★
Bye bye Dr. Chrone!
Hutan
Ohm
Pemanipulasi Cuaca
Puting beliung
★IZZ★
Tiada pilihan
Selesai?
Kevin
Pengorbanan
Negara Kelam
★TONI★
Negara Sinar
Negara Pasifik
Negara Lahar
Negara Granit
Negara Voltan
★STELIX★
Negara Ozon
Negara Toksik
Negara Logam
Negara Toksik II
Negara Toksik III
★REO★
Bersama Kembali
Hapuskan Ohm dan Kevin!
Bebas dari Markas
Tebus
Flashback Ohm
Flashback Ohm II
Flashback Ohm III
Perwira
Bye Semua! :)
EPILOG

Hari Sukan Unsur

1.6K 188 9
By shahidayat

"Er... Shiny? Nama kau Shiny , bukan?,"teka Pyro.

"BINGO! Hahaha jawapan anda tepat!  Hebat lah kau ni ",jawab Shiny dengan ceria .

Perangainya tiba-tiba berubah secara drastik. Ianya sangat berlainan dengan perangainya sebentar tadi. Shiny membatalkan serangannya lalu tersenyum.

Pyro hairan dengan tingkah laku gadis ini . Dia melepaskan genggamannya . Matanya menular melihat perwatakan Shiny yang tiba-tiba bertukar ceria .

"Kenapa pandang aku macamtu?"

Shiny ketawa kecil melihat Pyro yang kebingungan . Pyro tidak berapa pasti dengan situasi yang berlaku sebentar tadi.

"Perkenalkan nama aku Shiny . Pelajar Tingkatan 3 Sinar . Aku jumpa kau dekat bilik disiplin semalam,"terang Shiny . Kata kata Shiny itu menghancurkan lamunan Pyro.

Oh! Pyro baru teringat . Rupanya Shiny inilah yang membantu Puan Yennie selama ini. Dia memang cukup dikenali kerana rajin membantu guru. Namanya selalu disebut dan menjadi bualan pelajar. Tetapi Pyro hanya mendengar dari bualan mulut rakannya sahaja sebelum ini.

Pyro menyinsingkan lengan bajunya setelah mendengar bunyi yang datang dari jamnya . Jarum jam telah menunjukkan pukul 7 .Tidak disangka, ada juga faedahnya dia berkelahi dengan Shiny tadi . Tak adalah dia berasa bosan sangat.

"Kau datang seorang sahaja kah?,"tanya Pyro memecahkan suasana yang sepi.

Shiny mengganggukkan kepala .

"Aah. Tapi nanti abang aku datang lah. Dia tak suka datang awal sangat,katanya mengantuk,"jawab Shiny.

"Abang? Siapa abang...", belum sempat Pyro menghabiskan ayatnya , mereka berdua terdengar seseorang melangkah ke arah mereka.

Pyro dan Shiny menoleh serentak ke arah pagar.

Kelihatan seorang perempuan berbaju hijau muda berjalan perlahan-lahan dengan langkah yang kecil. Flora mempercepatkan langkah ke arah mereka berdua.

"Eh cepatnya kau sampai Flora? Bukan kau selalunya datang dengan mak kau ke?,"soal Shiny.

"Er... tak. Flora datang sendiri je tadi,"jawab Flora.

"Shiny , siapa ni?", tanya Flora pula.

"Oh ni Pyro . Alah budak yang selalu datang lewat tu,"seloroh Shiny.

"Ouh"

Flora dan Shiny mentertawakan Pyro . Pyro mencebik. Sedikit sebanyak dia agak terasa walaupun dia tahu itu hanyalah gurauan.

Masa kian berlalu.Seorang demi seorang pelajar tiba dan memasuki perkarangan sekolah . Semakin lama semakin ramai yang berkumpul di padang.

Cikgu yang berpakaian putih datang ke tengah-tengah padang. Di lehernya terdapat satu wisel yang tergantung.

Kini tiba lah masa yang ditunggu- tunggu oleh semua pelajar Tingkatan 3.

"Semua murid Tingkatan 3, beratur di padang sekarang ,"arah Cikgu Vibe dengan lantang.

Suaranya dapat didengari semua murid yang bertaburan di padang . Tidak hairanlah kerana Cikgu Vibe memang seorang penjaga unsur bunyi. Murid Tingkatan 3 berpusu-pusu untuk beratur di padang . Hampir 10 minit, barisan akhirnya terbentuk dengan kemas.

"Baiklah hari ini saya nak fahamkan peraturan perlawanan sekali lagi . Perlawanan hari ini terpecah kepada beberapa acara contohnya acara perseorangan , bergu , bertiga dan kelompok ", jelas Cikgu Vibe.

"Jadi saya nak kamu semua beralih ke acara yang kamu nak masuk," sambung Cikgu Vibe sambil menunjukkan ke arah papan-papan tanda yang tertulis mengikut acara.

Murid-murid mula beredar ke acara masing masing . Pyro tidak faham dengan situasi yang berlaku dan ternganga keseorangan di tengah padang . Almaklumlah semalam dia tak sempat mendengar penerangan di dewan. Tiba tiba tangannya ditarik seseorang.

Pyro memandang pelajar itu. Rupanya Aqua yang menariknya. Di sebelah Aqua , berdirinya Geo juga.

"Kita masuk dalam acara bertiga tau", jelas Aqua kepada mereka berdua . Mereka hanya menggangguk tanda bersetuju .

Windy berjalan angkuh ke acara perseorangan dengan tangannya yang dimasukkan kedalam kocek.

Setelah selesai membuat persediaan , Cikgu Vibe mengisytiharkan acara pertama yang akan berlangsung .

"Perserta acara perseorangan. Sila berdiri dan bersedia di gelanggang"

Peserta berjalan ke atas gelanggang yang terdapat di tengah tengah padang sekolah.

Pritttt!!!!

Wisel ditiup lantang . Murid murid mula mengorak langkah untuk menyerang .

Danial mencampakkan gegelung api ke arah Juwita. Juwita mengelak dan menolak batu besar ke arahnya sehingga Danial terkeluar dari gelanggang. Secara automatiknya, Danial tersingkir.

Kirlia mengeluarkan akar gergasi di tengah tengah gelanggang dan melibas semua peserta ketepi. Beberapa peserta terkeluar dari gelanggang dan tersingkir . Hanya tinggal 5 orang sahaja yang masih bertahan di atas gelanggang.

Stelix menimbulkan tembok aluminium dari bawah tanah. Tembok itu menolak 4 peserta lain untuk terkeluar dari gelanggang.

Windy terbang ke udara dan berdiri di atas tembok dengan anggun . Kirlia melibas tembok itu sehingga mulai kemek.

Juwita menyaluti tangannya dengan batu dan terus melompat ke arah Stelix . Penumbuknya di arahkan ke muka Stelix yang leka mengawal temboknya.

Pyro yang duduk di tepi padang terkejut dan menjerit untuk memberi amaran .

"Stelix! Jaga jaga!"

_____________________________
to be continued.... :)

Continue Reading

You'll Also Like

316K 12.9K 19
"𝙎𝙤𝙪𝙡𝙢𝙖𝙩𝙚𝙨 𝙖𝙧𝙚𝙣'𝙩 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙡𝙤𝙫𝙚𝙧𝙨" (Book 2) Sila baca Tunang Paling Sweet telebih dahulu. "sayang,congrats" Sejambak bunga ros...
138K 15.6K 122
Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham...
193K 20.5K 53
ALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap...
12.4K 383 38
Putra Aqeed Qaayed. Seorang yang sangat misteri. Seolah-olah dia punya dua personaliti yang berbeza. Ibarat siang dia orang lain, malam dia orang lai...