ELEMENTOM ©️

By shahidayat

85.1K 9.2K 799

❤❤❤❤❤❤❤❤❤ Aku Pyro. Seorang remaja dan penjaga unsur api. Aku tak kenal bapaku sejak lahir lagi. Kata ibu , b... More

PROLOG
Memori Pyro
Perhimpunan
Lawan
Penjaga unsur air
★PYRO★
Sejarah
Awal Pagi
Hari Sukan Unsur
Berjuang!
Tak Dijangka
★AQUA★
Kerjasama
Junior vs Senior
Cuti
Pengaruh
Bencana
★GEO★
Askar SOLID
Lari
Selamatkan Aqua I
Selamatkan Aqua II
Sarjan SOLID
★WINDY★
Kawan Baru
Halaman rumah
Lelaki misteri
Doktor Chrone
Hujan
★FLORA★
Terowong masa
Debaran
Spike
Fajar pagi
Throwback Spike
★SHINY★
Ditangkap
Strategi
Senja
Kejutan demi kejutan
Askar WISDOM
★ZACK★
Lidah berbilah
Tujuan
Sedar
Perpisahan
Tak mungkin
★DASH★
Bye bye Dr. Chrone!
Hutan
Ohm
Pemanipulasi Cuaca
Puting beliung
★IZZ★
Tiada pilihan
Selesai?
Kevin
Pengorbanan
Negara Kelam
★TONI★
Negara Sinar
Negara Pasifik
Negara Lahar
Negara Granit
Negara Voltan
★STELIX★
Negara Ozon
Negara Toksik
Negara Logam
Negara Toksik II
Negara Toksik III
★REO★
Bersama Kembali
Hapuskan Ohm dan Kevin!
Bebas dari Markas
Tebus
Flashback Ohm
Flashback Ohm II
Flashback Ohm III
Perwira
Bye Semua! :)
EPILOG

Sebab

2K 224 58
By shahidayat

"Reo, Puan Yennie mahu kau pergi ke bilik dia sekarang", jelas Shiny

Reo sudah mula berpeluh kerana dia rasa dia tahu atas sebab apa dia perlu ke sana. Dia berjalan menuruni tangga dengan diiringi Shiny dari belakang.

Beberapa kali Reo mencuba untuk melarikan diri, tetapi setiap kali itulah gagal. Shiny yang berada di belakangnya nampaknya takkan membiarkan dirinya terlepas.

"Kenapa cikgu?"soal Reo sebaik tiba di hadapan pintu bilik disiplin . Muka nya bertambah pucat apabila ternampak Zack dan Dash juga sudah berada di dalam. Nampaknya gerak hatinya betul.

"Hmm... masuk "ringkas Puan Yennie

Reo perlahan lahan membuka kasutnya lalu melangkah setapak ke dalam bilik itu.

"Kamu sebar fitnah apa pada mereka?", tanya Puan Yennie .

"Kamu api-apikan mereka sehingga membuatkan mereka bergaduh , betul tak?"

Reo tersentak dan terkejut. Dia tidak tahu apa yang mahu dijawab kerana apa yang ditanyakan Puan Yennie memang benar.

Bibir Reo terketar ketar hendak menjawab soalan yang dilontarkan itu . Kelihatan air mata mula bertakung pada tubir matanya.

"Aik nangis pula?" hairan Puan Yennie dibuatnya.

"Yelah, cikgu kata saya penyebar fitnah. Saya gurau gurau je . Tak ada niat nak buat fitnah pun", kata Reo dengan suara tersedu-sedu.

"Sekarang sudah jelas?".Puan Yennie mengalihkan semula pandangannya ke arah Zack dan Dssh.

" Janganlah nak bergaduh tanpa usul periksa .Jadi baik kamu semua keluarlah rehat . Nanti terlepas rehat pula ", ujar Puan Yennie kepada mereka .

Zack dan Dash menjeling ke arah Reo. Reo menelan kasar air liurnya. Pucat mukanya bila melihat wajah Dash dan Zack yang seperti hendak memakannya.

Reo berjalan seiringan dengan Shiny supaya dapat mengelakan sebarang serangan mengejut. Shiny ketawa kecil apabila melihat Reo yang lelaki berlindung padanya yang merupakan seorang perempuan.

Mereka berempat keluar dari bilik disiplin dan terus ke kantin memandangkan murid yang lain juga telah ke sana.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

"Aku tak sabar lah esok . Aku nak pastikan aku menang "kata Stelix dengan penuh semangat sehingga menghempas-hempaskan tangannya ke meja.

Tersedak Pyro yang sedang khusyuk mengunyah rotinya sehingga mulut penuh.

"Ada apa esok?"tanya Pyro setelah menghabiskan kunyahan terakhir.

"Kan waktu perhimpunan tadi cikgu dah cakap, esok ada Hari Sukan Unsur . Cikgu nak kumpulkan markah bagi setiap orang juga"jelas Stelix.

"Oh , markah untuk apa?" tanya Pyro lagi

"Markah untuk kokurikulum lah. Cikgu pun ada kata mungkin nak cari wakil sekali"balas Stelix

"Wakil? Wakil untuk?"tanya Pyro sekali lagi.

"Ish dahlah! Aku malas nak melayan kau", rungut Stelix.Dia terus berdiri membawa makanannya ke meja yang lain.

Pyro hanya memandang Stelix dengan matanya yang terkedip kedip beserta perasaan penuh kehairanan .

"Tak apa lah, kau kan lewat ke perhimpunan tadi . Tak silap aku , untuk mencari wakil sekolah acara Penentang Unsur" jelas Aqua yang tiba tiba sahaja mengambil tempat duduk di hadapannya.

Baru lah sekarang Pyro faham. Patutlah Stelix terlalu teruja tadi. Lagipun, Stelix memang suka untuk berlawan dan beradu tenaga.

Pyro masih berasa lapar dan berhasrat untuk membeli satu lagi roti sandwic. Pyro menyeluk saku seluarnya tetapi tiada sebarang wang pun yang dapat digapainya.

"Alamak! Aku lupa ambil duit belanja. Duit tadi tu pun nasib baik lebihan duit semalam", katanya dalam hati.

Tiba tiba seseorang menepuk bahunya dari belakang . Kelihatan seorang budak berkaca mata dan memakai sapu tangan di mulutnya berada tepat trpat berdiri di belakangnya.

"Kau Pyro , kan?"tanya remaja itu mendapatkan kepastian

Pyro teragak agak untuk menjawab, lalu dia membalas soalan itu hanya dengan menganggukkan kepala.

"Ha bagus. Nah, ni ibu kau bagi duit belanja dan suruh aku hantarkan kepada kau"jelas remaja yang bernama Toni itu.

"Oh , terima kasih . Bagaimana ibu aku sampai boleh beri pada kau?", soal Pyro lagi.

"Aku menaiki basikal melintasi hadapan rumah kau . Ibu kau ternampak dan dia meminta tolong"terang Toni.

Pyro mengira duit belanjanya dan cukup 8 ringgit seperti yang selalu ibunya berikan . Dia menoleh ke belakang untuk berterima kasih atas budi baiknya namun Toni tiba tiba hilang dan tidak lagi kelihatan.

Pyro membeli sandwic dan berhasrat untuk kembali ke tempat duduknya tadi.

"Api! Api!"

Tiba tiba satu jeritan kuat makcik kantin bergema di dalam kantin.

Jeritan itu didengari semua pelajar di kantin . Para pelajar serta merta menjadi panik dan bertempiaran lari menjauhi kantin. Asap dapat dilihat keluar dari tempat memasak . Petugas di kantin semua lari keluar menyelamatkan diri.

"Api?", Aqua bertanya sendirian. Dia segera ke sana dan berlari berlawanan daripada arah murid murid yang lain. Difikirannya kini hanyalah untuk membantu memadankan api memandangkan dia merupakan penjaga unsur air

______________________________
to be continued.... :)

Continue Reading

You'll Also Like

10.1K 1.8K 33
Farah Dahlia x Hanif Irfan x Putri Arni Nafisah x Faizz Daniel I didn't know one-sided love would hurt that much. Until me myself went through it...
12.4K 383 38
Putra Aqeed Qaayed. Seorang yang sangat misteri. Seolah-olah dia punya dua personaliti yang berbeza. Ibarat siang dia orang lain, malam dia orang lai...
74K 2.5K 55
written by sis4na ( not me !! ) kpvst ni dah lama complete tapi author sis4na ada buat pembaharuan (?) dlm jalan cerita dia / cut some parts ( im not...
1.5M 78K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...