BTS Kids | S2 & S3

By Sparkznle

371K 50.3K 10.1K

"argh!!!!" "apa dah jadi dengan aku?" "chim, aku mimpi je ke ni? Kenapa..." "buku tu dah hilang, ottoke?" "ki... More

001
002
003
004
005
006
007
008
009
0010
0011
0012
0013
0014
0015
notes
0016
0017
0018
0019
0020
0022
0023
0024
0025
0026
0027
0028
0029
0030
0031
0032
0033
0034
0035
0036
0037
0038
0039
0040
0041
0042
0043
0044
0045
0046
0047
0048
0049
0050
0051
0052
0053
0054
0055
0056
0057
0058
0059
0060
0061
0062
0063
Notes
-
001
002
003
004
005
006
comeback
007
008
009
0010
0011
0012
0013
0014
0015
0016
0017
0018
0019
0020
0021
0022
0023
0024
0025
0026
0027

0021

5.5K 720 167
By Sparkznle

Yun POV:

"Hah, bangun pun."

Aku meletakkan pinggan di atas meja. Pandanganku terarah pada figura Hoseok yang terpisat-pisat menghampiri aku. Dia mengambil tempat duduk dan hanya diam memandang meja.

"Tae dengan Chim mana? Tadi korang tidur sama-sama kan?"

Aku menyambut cawan yang dihulur Jin, kemudian menuangkan air ke dalamnya. Jin turut memandang Hoseok yang kelihatan resah.

"Er.. Dorang tak bangun lagi.. Hoseok turun dulu sebab lapar, hehehe."

Hoseok tersengih menampakkan giginya putih bersusun. Aku hanya mengganguk seraya membalas senyumannya.

"Noona! Tae lapar!"

Riuh-rendah suara kedengaran, kelihatan Taehyung berlari menghampiri aku dan terus memeluk kaki aku. Aku hanya ketawa seraya mengusap rambutnya.

"Lamanya Tae tidur.. Penat ya? Duduk, duduk. Noona masak spaghetti kegemaran korang."

Aku mengangkat Taehyung dan meletakkannya di atas kerusi bersebelahan Hoseok.

Entah perasaan aku atau memang Hoseok dan Taehyung berbisik-bisik.

Ah, biarlah. Hal budak-budak.

"Yun, ambil lah Haneul ni.. Berat pula dia bila Yoongi dukung."

Aku mengerutkan dahi melihat Yoongi yang dah berkerut-kerut muka mendukung Haenul.

"Yoongi?.."

Aku bertinggung, Haneul bertukar tangan daripada Yoongi, ke dalam dakapan aku.

"Em, ya?"

Yoongi memandang aku, pelik. Kejap, ni Yoongi oppa ke Yoongi budak ni?

"Oppa?"

Aku mencuba nasib. Sebab tadi dia panggil aku, Yun.. Bukan noona.

"Ya, kenapa ni Yun. Anything wrong?"

Aku melepaskan nafas lega seraya tersenyum. Tubuh kecil Yoongi dipeluk.

"Yun ingat oppa dah lupakan Yun.. Risau sangat-sangat tadi.."

Air mata yang ditahan mengalir perlahan.

"Tak adalah.. Mana ada, kenapa Yun cakap macam ni?"

Tangan kecil Yoongi mengusap belakang aku. Hm, nak tergelak pun ada..

"Sebab tadi oppa panggil Yun, noona. Terkejut tau."

"Oh, mian mian. Oppa baru bangun tidur, memang tak sedar sangat, hehehe. Lagi pun macam dah terbiasa sebab bergaul dengan budak-budak kecik ni."

Pelukkan dileraikan. Wajah Haneul yang masih lena tidur dipandang.

Nasib baik budak ni tak tersepit kat tengah-tengah. Yoongi ni pun nak ajak buat drama jejak kasih, letaklah Haneul kat tepi dulu.

"Bilalah semuanya nak kembali pada normal? Yun penat.."

Aku mengeluh. Wajah Yoongi yang comel dan kelihatan polos dipandang. Tangan aku tak boleh duduk diam, terus aku cubit pipi dia.

"Aip, Yun ni penat ke suka oppa jadi kecik? Hahaha."

Aku meletakkan jari telunjuk pada bibir. Gelak besar pula dia. Cuba kalau dia jadi aku, baru tahu sengsara.

"Ehem.. Boleh tak Chim nak tumpang lalu.."

Figura Jimin yang berdiri di belakang Yoongi aku pandang. Dia tersengih-sengih, pipinya merah.

Rupanya kitorang buat drama kat tengah-tengah jalan. Patutlah Jimin tak dapat lalu.

"Mian Chimminnie!"

Yoongi menepuk bahu Jimin. Terhenjut bahu dia, terkejut kot tiba-tiba Yoongi aktif semacam.

"Yoongi, okay tak?"

Jimin meletakkan tapak tangannya pada dahi Yoongi. Yoongi menepis.

"Aku okaylah. Kau ni kenapa pegang-pegang dahi aku, ish."

"Noona, Chim rasa Yoongi demam lah. Tengok, dia aktif je. Biasanya dia tidur.. Atau, ni kesan sebab dia banyak sangat tidur? Omo.. Kesiannya kau Yoongi.."

Jimin memandang sayu wajah Yoongi. Yoongi dah menjulingkan matanya.

"Baik aku makan daripada layan budak tak cukup sifat macam kau ni."

Yoongi melangkah ke meja makan dan mengambil tempat bersebelahan Jin.

"Mesti lapar kan?"

Yoongi bertanya seraya memandang wajah Taehyung, Hoseok, Jungkook, Namjoon dan Jin yang memandang spaghetti yang masih berasap.

"Lapar.. Penat kitorang tunggu drama kau dengan noona habis."

Namjoon membentak geram. Dijelingnya Yoongi yang buat muka tak bersalah.

Aku menggeleng.

"Lah, kenapa tak makan dulu? Noona hidang tu nak suruh makan, bukan tenung."

Aku mendukung Jimin yang dah berair matanya. Sensitif betul budak ni. Yoongi pun satu, mulut tu bila nak ada insurans pun aku tak tahu.

Haneul pun aku dukung. Kiri kanan. Nampak tak betapa tabahnya jadi Yun ni?

"Mana boleh makan sebelum orang dewasa makan. Noona duduklah, makan."

Jin yang petah berkata-kata membuatkan aku terkunci untuk menjawab. Aku turut mengambil tempat.

"Makan!"

Semua mata bersinar-sinar dan pelbagai gaya makan dapat dilihat.

Lapar sangat tu?

***

"Yun, jumpa tak?"

Aku menggeleng.

Dahlah gelap. Lampu suluh aku halakan pada tanah. Uish, ni kalau salah suluh tak ke cari pasal?

"Oppa, kenapa kita kena cari malam-malam macam ni?"

Aku berhenti menyuluh dan bercekak pinggang. Yoongi yang dah terbongkok-bongkok seraya menyuluh jalan aku pandang.

"Sebab masa kita bakar buku tu kan malam."

"Tapi tak semestinya dia muncul mal je?"

Aku mengeluh. Dah penat. Dekat 1 jam aku dengan Yoongi kat luar ni cari buku magik yang dah menyusahkan hidup aku tu.

Jam di pergelangan tangan aku jeling. 3:05 pagi.

Aku berjalan malas dan duduk di atas tanah.

"Eh, Yun! Kotorlah baju nanti."

"Biarlah, kaki Yun sakit berdiri lama-lama."

Aku mencebik.

Yoongi mengeluh sebelum berjalan menghampiri aku. Dia mengambil tempat di sebelah aku.

"Okay, jom kita cuba cari klu. Macam mana semua ni boleh jadi."

Aku mengangguk. Bulan penuh yang memancarkan cahayanya dipandang. Cantik.

"Mula-mula kita datang sini, semuanya macam normal kan? Lepas tu kita bergaduh... Hm cakap pasal ni.."

Yoongi menunduk memandang rumput. Jarinya menguis-nguis tanah.

"Oppa nak minta maaf sebab suka cemburu tak bertempat. Dari hari tu oppa nak cakap pasal ni, tapi oppa nak tunggu oppa kembali normal.. Tapi tak tahulah, macam takkan dapat jadi normal balik je, haih."

Aku hanya diam, biarkan Yoongi meluahkan apa yang disimpan selama ni.

"Oppa tahu memang salah oppa. Tak patut oppa cemburu tak bertempat. Dengan adik-adik kita je pun.. Tapi tulah, oppa tak fikir panjang sebelum marah hari tu. Kalau kita tak bergaduh, mesti Kookie takkan buka buku tu dan semuanya takkan jadi macam ni. Dah lebih dua minggu kita macam ni.."

Yoongi mengeluh.

"Yun, marahkan oppa lagi ke?"

Aku memandang wajah Yoongi.

Comel, nak marah pun tak sanggup.

"Tak adalah, dah takdir nak jadi macam ni, kita boleh buat apa? Sekarang ni kita kena cari jalan penyelesaiannya.."

"Tapi, macam mana?"

Aku dan Yoongi bertanya serentak. Kemudian kitorang kembali mengeluh.

"Selagi tak jumpa buku hitam tu, selagi tu kita akan macam ni."

Yoongi mengutip batu dan mencampakkannya. Apa motif dia pun aku tak tahu.

"Tapi kan, oppa tak pelik ke? Kenapa Yun sorang je besar?"

Wajah Yoongi berkerut.

"Ya tak ya juga, kenapa eh?"

"Cuba oppa fikir, apa yang korang semua ada buat, yang Yun tak buat dalam rumah ni.. Sampai Yun je boleh jadi normal tanpa bakar buku tu?"

Aku memandang wajah Yoongi yang macam gigih berfikir.

Tiba-tiba, Yoongi memandang aku dengan mata yang dibesarkan.

"Omo.. Rasanya..."

Continue Reading

You'll Also Like

26.9K 747 48
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
44.1K 2.5K 47
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
263K 23.2K 62
Aleena Raudhah mendapat e-mel dari entah siapa setiap minggu. Isi Kandungan e-mel itu sentiasa membuatkan dia tertunggu-tunggu. Umpama membaca quotes...
1.4M 108K 60
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...