Sebenarnya Aku Dah Cintakan K...

By Itsmeiyana

3.2K 86 1

Kisah Dayana dan kawannya iaitu Farah, Ida , Najah , Fatin, dan Sipah serta Badrul, Eddy dan Daren yang terla... More

part 1
(dayanathegirl)
part 2
part 3
part 4
(dayanathegirl)
part 5
part 6
part 7
part 8
part 9
part 10
part 11
part 12
part 13
part 15
part 16
part 17
part 18
part 19
part 20
part 21
part 22
part 23
part 23

part 14

83 2 0
By Itsmeiyana

Seminggu kemudian...

Ida, Fatin dan Sipah keluar pergi shopping mall semasa hari hujung minggu.

Farah masih berada di kampung dan Najah mengambil kerja overtime serta Dayana berada di rumah Badrul tidak dapat mengikuti mereka untuk shopping bersama di Star Mall.

“Ida dan Sipah, jomlah makan dulu. Lapar ni” rungut Fatin sambil memandang ke arah restoran yang berada di situ.

“Fatin always hungry”  beritahu Sipah membuatkan mereka ketawa.

Setibanya di restoran tersebut, Ida terserempak dengan Izz Haikal dan terus mengajaknya makan bersama kerana Izz Haikal dan Ida sudah menjadi kawan baik.

“biar aku order makanan” jelas Fatin sambil menuju ke arah kuanter memesan makanan.

Semasa Fatin beratur untuk memesan makanan, seorang lelaki menegur Fatin.

“Nur Fatiah” lelaki tersebut menyapanya.

“hmm, Naim Azmi yang dari tweeter kan” tanya Fatin kepada lelaki tersebut untuk mendapat kepastian.

“tak sangka boleh berjumpa dekat sini kan” jelas Naim Azmi sambil tersenyum.

“saya pun tak sangka dapat jumpa kawan tweeter” jelas Fatin sambil tersenyum.

“biar saya pesan untuk awak” Naim Azmi menawarkan pertolongannya kepada Fatin.

“takpe biar saya order sendiri” Fatin menolak pertolongan dari Naim Azmi.

“datang dengan siapa, dengan husband eh” pertanyaan Naim Azmi membuatkan Fatin terketawa .

“tak, saya datang dengan diorang lagipun saya masih tak khawin lagi” jelas Fatin sambil menunjukkan ke arah meja yang diduduki oleh kawan-kawannya.

“oh I see” beritahu Naim Azmi sambil tersenyum.

“awak pula datang dengan siapa” tanya Fatin.

“seorang je sebab saya pun tak khawin juga lagi” jawab Naim Azmi dengan selamba.

“kalau macam tu marilah join kitaorang makan sekali” beritahu Fatin membuatkan mata Naim Azmi terus bersinar.

“kawan-kawan awak tak kisah ke saya makan sekali” tanya Naim Azmi.

“of course not” jelas Fatin membuatkan Naim Azmi tersenyum meleret hingga ke telinga.

Setelah selesai memesan makanan, Fatin terus membawa makanan tersebut ke arah kawan-kawannya dan Naim Azmi mengekori Fatin daripada belakang.

“guys, ni Naim Azmi kawan dari tweeter aku” jelas Fatin yang memperkenalkan Naim Azmi kepada kawannya.

“pandainya kau” usik Sipah membuatkan Fatin memukulnya dengan manja.

Apabila melihat kehadiran Naim Azmi, Izz Haikal terus berdiri dan bersalaman dengan Naim sambil memperkenalkan diri masing-mmasing.

“handsome juga boyfriend kau Fatin” bisik Ida membuatkan Fatin membulatkan matanya.

“such the nonsense” bebel Fatin.

“kau pun apa kurangnya Ida” usik Sipah membuatkan mereka ketawa.

Sewaktu Izz Haikal ingin menyuap makanan ke mulutnya, dia hampir tersedak akibat Ida menyebut perkataan GYM.

“tomorrow aku nak pergi gym, korang nak join tak?” tanya Ida sambil menyuap makanan ke mulutnya dengan selamba  tanpa memperdulikan reaksi wajah kawan-kawannya bagaikan terkejut apabila Ida mengajaknya pergi gym.

“awak ni memang gangster la,” Izz bersuara sambil memandang tepat ke wajah Ida yang bertudung shawl warna merah.

“okey lagipun aku takda kerja pada hari esok” jawab Sipah sambil mengerling ke arah Fatin.

“well, me too” jawab Fatin.

“baguslah kalau macamni sebab dah lama tak exercise kan” beritahu Ida dengan semangat.

“kalau saya ikut korang boleh sebab saya pun lama tak exercise” kata Naim sambil tersenyum.

“okey esok pukul 8 pagi” jelas Ida sambil tersenyum lebar.

“wait, saya pun nak ikut jugak” suara Izz yang agak terketar-ketar menyebabkan semua orang ketawa.

“okey bro” cebik Ida sanbil ketawa.

Fatin diam sejenak memikirkan sesuatu,

“apa kata kita ajak Najah dan Dayana sekali” tanya Fatin.

“Najah, aku rasa tak boleh ikut sebab dia always ambil kerja OT kat Hospital tapi Dayana pula, kau rasa husband dia bagi tak?” Dengan rasa ragu-ragu Ida membuatkan semua orang terdiam.

“why not kalau awak tanya dia dulu” Naim memberi cadangan kepada Ida.

“betul jugak, kejap aku try mesej Dayana” beritahu Ida sambil mengambil henfonnya di dalam beg tangannya.

Dayana, kitorang nak pergi gym besok kau nak join tak? Sebelum kau bagi keputusan kau, make sure kau tanya husband kau dulu yee. Salam sayang daripada Ida, hahaha.

Mesej dihantar kepada Dayana.

•••

Di hospital, Najah dan Arshad Daniel keluar makan bersama di cafe semasa waktu rehat,

“saya tengok awak selalu ada dekat sini, awak tak ambil cuti ke?” tanya Arshad Daniel.

“setakat ni saya masih tak ambil cuti dan selalu saya ambil OT” jelas Najah yang meneruskan suapannya.

“kenapa?, atau mungkin awak ambil OT sebab awak nak tengok saya selalu kan” usik Arshad Daniel sehinggakan mendapatkan jelingan tajam oleh Najah.

“perasannya awak” cebik Najah membuatkan Arshad Daniel terketawa.

“habistu kenapa” tanya Arshad.

“sebab saya boring lepastu saya nak kumpul duit untuk bagi mak ayah saya pergi mekah” jelas Najah sambil berangan.

“untung mak ayah awak dapat anak yang baik macam awak” puji Arshad membuatkan wajah Najah berubah menjadi kemerahan kerana malu.

“habis awak bukan anak yang baik bagi ummi awak?” sindir Najah membuatkan Arshad hampir tersedak semasa menyuap makanan ke dalam mulutnya.

“awak ada dengar saya cakap yang saya bukan anak yang baik ke?, untuk pengetahuan awak,saya ni jauh lebih baik dari awak tahu tak” sinis Arshad membuatkan dia sekali lagi mendapat jelingan maut daripada Najah.

Akhirnya, mereka sama-sama ketawa

Semasa mereka bergelak ketawa, seorang perempuan menghampiri mereka.

“Arshad Daniel” sapa perempuan tersebut.

“Izzan Haniyah” jawab Arshad dengan teruja kerana berjumpa dengan rakan seUniversiti di Jordan.

“join us” pelawa Arshad yang meminta Izzan turut serta mereka.

“tak, saya ada kerja lepasni lagipun tak sangka dapat jumpa awak dekat sini” jelas Izzan.

“kerja apa” tanya Arshad.

“saya ambil praktikal dekat sini” penjelasan Izzan membuatkan Arshad tersenyum.

“sekali lagi kita rakan sekerja” jelas Arshad.

“Are U sure?” nada suara Izzan yang teruja.

Arshad hanya mengangguk sambil tersenyum.

“okeylah, next time pula kita jumpa, I need to go now” jelas Izzan sambil mengerling jarum jam di tangannya.

“okey” beritahu Arshad dan Izzan terus meninggalkan mereka berdua

Najah hanya meneruskan suapannya tanpa menghiraukan perbualan antara Arshad dan kawannya, Izzan Haniyah sehingga Izzan meninggalkan mereka.

“kenapa awak diam je semasa kawan saya datang, awak jelous eh?” usik Arshad kepada Najah.

“kenapa saya nak jelous pulak dengan awak” cebik Najah sambil meneruskan suapannya.

“awak tak perlu jelous sebab saya dah jatuh hati pada awak sorang je” jelas Arshad.

“miang punya manusia” sindir Najah membuatkan mereka kembali ketawa.

•••

Di rumah banglo pada waktu pagi,

“Bad, kenapa kau tak pergi kerja harini” tanya Dayana semasa berada di ruang tamu bersama dengan Badrul.

“kenapa?” tanya Badrul pula sambil menonton siaran perlawanan bola sepak di sofa berhadapan dengan televisyen.

“aku rasa sunyi la duduk rumah kau ni” rungut Dayana yang berada di atas lantai sambil menulis pada kertas kerjanya.

“apa kaitan dengan aku tak  pergi kerja pada harini dan kesunyian kau dekat sini” tanya Badrul yang memandang tepat ke arah wajah Dayana.

“jangan-jangan kau nak cakap yang kau nak tinggal dengan kawan-kawan kau kan” teka Badrul selepas melihat wajah Dayana yang masam mencuka.

“bagilah aku tinggal kat sana. Kita boleh jumpa dekat ofis lagipun aku kan PA kau” dengan manja Dayana cuba memujuk suaminya. 

Badrul menghampiri Dayana dan terus memeluk Dayana daripada belakang.

“aku takkan lepaskan kau” bisik Badrul sehinggakan Dayana terpaksa mengigit tangan suaminya untuk melepaskan dirinya.

“aduh sakitlah” Badrul mengadu kesakitan selepas digigit oleh isterinya.

“padam muka, dasar monster” teriak Dayana membuatkan Badrul mengejar Dayana untuk membalas dendam.

“siap kau bila aku dapat kau, aku tumbuk kau buat sambal belacan” ugut Badrul sambil mengejar Dayana mengelilingi ruang tamu.

Dayana menjelirkan lidahnya

“monster hudoh” dia terus memanggil Badrul gelaran tersebut semasa Badrul mengejarnya.

Telefon Dayana berbunyi menandakan mesej daripada seseorang di atas meja berhadapan dengan tv.

Apabila Badrul mendapati henfon Dayana berbunyi, Badrul terus mencapai henfon tersebut kerana henfon itu betul-betul berada berdekatannya.

“apa password ni” tanya Badrul semasa membuka skrin telefon Dayana mempunyai kata laluan untuk membukanya.

“apa kata kau bagi dekat aku” Dayana menhulurkan tangannya dari jauh.

Tanpa dijangka, tangan Badrul terlebih panjang mampu menarik tangan Dayana sehinggakan Dayana ditarik oleh Badrul dengan kuat menyebabkan Dayana hilang kawalan dan terpeluk Badrul tanpa sengaja.

“tolong bagi aku password kau baru aku lepaskan kau” beritahu Badrul sambil memeluk Dayana dengan kuat supaya Dayana tidak dapat bergerak.

“kau nak password apa” usik Dayana sambil menggunakan nada suara manjanya untuk mengelak Badrul mengetahui kata laluan henfonnya.

“okey, kalau kau tak nak bagi aku password henfon kau, tapi dengan syarat kau kena bagi aku password hati kau” bisik Badrul sambil tersenyum sinis.

“cia cia cia” cebik Dayana dengan membuat muka menyampahnya.
Badrul masih tidak melepaskan Dayana dari pelukannya sehinggakan Dayana tertidur di pelukan Badrul.

  “aku takkan lepaskan kau dan kau jangan mimpi dapat melepaskan diri kau dari aku” omel Badrul sambil memandang wajah Dayana yang lena tidur di pelukannya.

Akhirnya Badrul juga turut terlena semasa memandang wajah Dayana.

•••

Keesokan paginya...

Di gym, Ida membuat senaman bersama Fatin dan Sipah.

“diorang cakap nak datang kan tapi batang hidung tak nampak” bebel Ida dengan tercungap-cungap di bangku kerusi setelah siap membuat senaman.

“Dayana, datang tak?” tanya Fatin yang mengibas tangannya yang dijadikan kipas.

“kita tunggu jelah diorang tapi kalau still diorang tak menampakkan bayang lagi, kita balik jelah eh” tambah Sipah.

“korang sebut nama aku eh?” Dayana cuba mengejutkan kawan-kawannya dengan kehadirannya dengan tiba-tiba.

“kau ni Dayana memang panjang umur lah” sinis Fatin sambil menjeling ke arah Dayana.

Dayana mengambil tempat duduk di sisi Fatin.

“sorry late sebab kau tahu-tahu jelah yang aku ni” belum sempat Dayana menghabiskan ayatnya lalu kawan-kawannya menyampuk secara serentak,

“sudah berkhawin” sampuk kawan-kawannya sambil ketawa.

“husband kau tak datang sekali ke dengan kau” tanya Sipah sambil memegang bahu Dayana.

“tak sebab aku suruh dia pergi kerja”beritahu Dayana dengan gaya gediknya.

“isteri jenis apa kau ni”tanya Fatin dengan gaya mak nenek ingin belebel kepada cucunya.

“isteri durjana” tambah Ida sambil ketawa.

Empat orang lelaki yang memakai singlet menghampiri mereka yang seronok berual dan bergelak ketawa.

“hai sayang” sapa Badrul yang mengeyitkan matanya ke arah Dayana membuatkan Dayana menjeling tajam ke arahnya.

“sorry saya lambat sebab saya ada urusan” jelas Izz Haikal yang melihat wajah Ida yang masam mencuka.

“Fatin, sudah lama ke tunggu, maaf sebab saya lambat” jelas Naim sambil melihat wajah Fatin yang menahan ketawanya menyebabkan mukanya merah pendam.

“nampaknya kita saja lah yang tiada pasangan” sindir Daren kepada kawan-kawannya sambil memandang Sipah yang tidak memperdulikan suasana sekeliling.

Sipah hanya tersenyum nipis sambil memandang wajah Daren,

“dasar lelaki miang” getus Sipah dalam hati.

Badrul memandang wajah Dayana dengan tenang,

“kau nak tak kalau aku cakap yang aku nak ajak diorang sekali pergi langkawi dengan kita, kalau kau tak setuju maknanya kita hanya pergi langkawi untuk honeymoon berdua je atas arahan mama kan” bisik Badrul sambil mengangkat keningnya.

Dayana terus berubah mukanya,

“korang nak ikut tak kami pergi langkawi pada lusa ni” Dayana terus membuat pengumuman kepada kawan-kawannya.

“tapi kan korang pergi langkawi untuk honeymoon, tak nak lah aku kacau kau pergi honeymoon nanti” cebik Daren sambil menyandar tubuhnya di dinding dengan gaya memeluk tubuh.

“kalau macamtu, kitaorang rasa macam tak patut kot kalau kami kacau korang” tambah Izz Haikal.

“korang ni, Bad pun ajak jugak korang bukan aku je” beritahu Dayana dengan gaya merajuk.

“betul ke Badrul?” pertanyaan Daren untuk kepastian mengejutkan Badrul yang memerhati wajah Dayana yang sedang merajuk.

Akhirnya badrul mengangguk tanda setuju,

“aku sponser pakej pelancongan korang ke langkawi pada lusa nanti” beritahu Badrul yang tidak mahu Dayana berterusan menarik mukanya tanda merajuk.

Apabila Dayana mendengar penjelasan Badrul, dia terus membuat reaksi wajahnya yang teruja.

“okey, lusa nanti kita pergi langkawi bersama” beritahu Naim Azmi dengan tenang.

“okey”secara serentak mereka setuju apa yang diperkatakan oleh Naim Azmi.

Di rumah apartment,

“Dayana kenapa kau ada kat sini, husband kau tak marah ke?” tanya Najah yang baru pulang dari kerja dan sebaik sahaja daun pintu dibuka, dia terus melihat Dayana dan kawan-kawannya kecuali Farah berada di ruang tamu sambil menonton cerita hindustan.

“tak, husband dia yang bagi dia tinggal dekat sini” jelas Sipah kepada Najah membuatkan Dayana tersenyum seperti kambing busuk ke arah Najah.

“Najah, lusa nanti kau nak ambil OT jugak ke?” tanya Fatin.

“sebenarnya lusa nanti aku cuti tapi aku nak ambil OT” jelas Najah sambil meletakkan beg sandangnya di atas meja makan.

“terpaksalah kita tinggalkan Najah kan Dayana” sengaja Ida menanyakan Dayana dengan kuat supaya Najah mendengarnya.

Dayana hanya memberi respond mengangguk sambil pandangannya menatap kaca televisyen yang ada hero Hriktik Roshan, hero hindustan kegemarannya.

“korang nak pergi mana” tanya Najah yang keliru.

“pergi langkawi” secara serentak mereka menjawab secara ketawa.

“nak ikut” Najah membatalkan niatnya untuk mengambil kerja lebih masa di hospital.

Dayana terus tersenyum dengan jawapan Najah yang mahu turut sertanya melancong ke Langkawi.

Continue Reading

You'll Also Like

172K 770 11
kesinambungan cerita Isteri solehah,siti fatimah sekali lagi diuji apabila Suaminya ariff telah hilang sewaktu memancing dilaut hanya bot sahaja diju...
102K 8.8K 29
"AKU TAU suara aku ni sexy. Sebab tu kau suruh aku senyap. Kau takut cair, kan?" - Hazree Okey, aku tak tau nak terangkan macam mana, tapi aku betul...
298K 6.9K 17
||||||||||||||||||||||| Ini bukan kisah wali Allah. Bukan juga kisah imam muhaddis. Hanya sekadar sebuah kisah tentang pemuda yang mendambakan syur...
6.7K 187 31
"Aisyah....tak layak untuk bahagia ke?" - AISYAH HUMAIRAH "Kau adalah segala-galanya bagi aku." - ALHANDI IRFAN "Kebahagiaan Aisyah adalah kebahagiaa...