Sebenarnya Aku Dah Cintakan K...

By Itsmeiyana

3.2K 86 1

Kisah Dayana dan kawannya iaitu Farah, Ida , Najah , Fatin, dan Sipah serta Badrul, Eddy dan Daren yang terla... More

part 1
(dayanathegirl)
part 2
part 3
part 4
(dayanathegirl)
part 5
part 6
part 7
part 8
part 9
part 11
part 12
part 13
part 14
part 15
part 16
part 17
part 18
part 19
part 20
part 21
part 22
part 23
part 23

part 10

105 4 0
By Itsmeiyana

2 minggu kemudian...

“Farah Naziera, masuk kejap” suara Eddy mengejutkan staff yang berkerja di situ.

Setelah Farah berada di dalam bilik itu, Eddy memandang ke arah Farah Naziera sambil tersenyum.

“I think I need a favour from you” jelas Eddy untuk memberitahu tujuannya memanggil Farah.

“so what is it?” cebik Farah dengan membuat muka yang tenang.

Hubungan Farah dan Eddy semakin baik selepas kejadian Farah deman. Sejak itu juga, Eddy selalu mengajak Farah keluar makan bersamanya. Eddy memandang lama terhadap Farah membuatkan Farah tidak selesa.

“susun semua jadual saya dan pada hari Dayana berkhawin nanti, tolong bagitahu kat kawan awak Ida, Sipah and Fatin yang diorang dapat cuti bergaji” jelas Eddy sambil membelek buku notanya di atas meja.

“Done” Farah telah mencatat catatan apa yang diperkatakan oleh Eddy.

“kejap, bila kami dapat cuti ni?”tanya Farah.

“kamu dapat cuti apabila kamu dapat tahu bila Dayana balik kampungnya” penjelasan Eddy membuatkan mata Farah terus bersinar.

“nampaknya aku dapatlah jumpa dengan parents aku juga nanti” omel Farah sambil mengelamun.

Eddy hanya memerhati reaksi Farah yang tersenyum sendiri.

Ketukan di pintu bilik Eddy tersebut mengejutkan Eddy dan Farah.

“come in” Eddy mengarahkan masuk.

Seorang lelaki memakai kot kelabu mengejutkan Eddy.

“Daren, bila balik Malaysia?” Eddy terus menyambut Daren dan bersalam dengannya kerana tidak percaya kawannya itu datang melawatnya.

“amboi kau, takkan la aku ni lupa jalan nak balik Malaysia. Padahal kau tahu kan yang Thailand dengan Malaysia tak jauh”cebik Daren.

“Daren ke tu? Orang yang suka usik Dayana yang selalu Dayana cerita dekat aku, boleh tahan jugak rupa dia ni” omel Farah dalam hati kerana inilah pertama kali dia melihat Daren.

Daren mengenyit mata kepada Farah setelah perasan Farah yang melihat dengan tidak mengerdip mata ke arahnya.
Eddy memerhati tingkah laku Daren terhadap pekerjanya,Farah. Eddy memberi isyarat tangan kepada Farah untuk beredar dari bilik tersebut dan setelah Farah beredar, Daren terus menjeling terhadap Eddy.
“kau ni tak bagi aku chance la habis terlepas awek tu” rungut Daren.

“sampai bila kau nak berdiri ni?” tanya Eddy yang sengaja membiarkan Daren dalam dunia ‘playboynya’. Daren mengambil tempat untuk melabuhkan punggungnya ke atas kerusi yang empuk milik ofis Eddy.

“aku nak kau tolong kawan kita,Dayana” beritahu Eddy.

Daren hanya tersenyum sinis melihat Eddy.

“memang Dayana kawan kita tapi dalam hati kau Dayana lebih daripada kawan kan?” tempelak Daren dengan riak wajahnya selamba.

“kita tak ada masa nak cakap hal itu dan yang penting sekarang ni ialah kau kene tolong Dayana, kau tahu kan yang Dayana tu terpaksa berkhawin dengan Badrul  disebabkan wasiat arwah atuk Bad” jelas Eddy sambil membelakangkan Daren.

“aku akan tolong kau kalau kau cerita semuanya dari A hingga Z, dan baru aku fikir apa yang patut aku buat” Daren meminta penerangan daripada Eddy yang betul-betul mengambil berat tentang Dayana.

Eddy memandang wajah Daren yang selamba dan terus Eddy menceritakan semuanya yang berlaku ke atas Dayana.

“seperti aku cakap, aku tahu apa aku nak buat” Daren terus menuju ke arah pintu untuk keluar kerana di dalam fikirannya ada sesuatu yang dia merancang untuk Dayana.

•••

Di cafe, Dayana sedang menunggu Badrul hampir setengah jam. Dayana mencapai fon di atas meja lalu mentaipkan text mesej untuk Badrul.

Monster, kau dekat mana ni? Aku penatlah tunggu kau, cepatlah. :/

Mesej dihantar.

Kejamnya kau yang tak pernah nampak aku. Aku dah dekat dengan kau dan aku juga paling dekat dalam hati kau ;)

Mesej diterima

Cepatlah datang!! Tolong jangan merepek la. Aku bagi kau 5 minit dan kau masih tak muncul depan mata aku, aku terus balik and cancel our wedding.

Mesej dihantar.

Dayana mengeluh panjang.

“Monster mana kau?”Dayana bercakap dengan memandang henfonnya.

“Aku kan dah cakap yang aku dalam hati kau” usik Badrul sambil mengenyit matanya kepada Dayana dengan tiba-tiba muncul  dihadapannya dan menarik kerusi. Dayana mengalihkan pandangannya ke persekitaran sekeliling dengan pandangan kosong.

“kenapa kau lambat?” rungut Dayana.
“okey, tapi tak perlu la kau tarik muka depan aku, tak cantik” Badrul cuba memujuk bakal isterinya, Dayana.

Dayana terus menjeling ke arah Badrul.

“aku memang tak cantik pun and ramai orang cakap aku ni tak cantik langsung kedang-kadang orang tak pandang pun muka aku tapi, kenapa aku yang kau pilih sebagai isteri kau?” tempelak Dayana sambil tersenyum sinis.

Badrul mengeluh panjang

“aku nak khawin dengan kau sebab wasiat tu je lah lagipun even aku khawin dengan kau, aku still tak dapat apa-apa sebab I already have possition of CEO at my company and don't think yang aku desperate dengan kau pasal harta eh” sinis Badrul sehingga membuatkan riak wajah Dayana berubah.

Dayana hanya menundukkan wajahnya dan menahan air matanya daripada keluar di hadapan lelaki yang kejam baginya.

“patut ke aku cakap macam tu, Ya Allah sesungguhnya wasiat itu hanyalah alasan untuk aku berkhawin dengannya” ngomel Bad di dalam hati.

Dayana menarik nafas yang panjang

“esok aku nak balik kampung kat Terengganu” jelas Dayana dengan suara yang sayu.

“aku ikut kau dan aku ambik kau kat rumah esok, noktah!” tegas Badrul.

“what?!” Dayana membulatkan matanya sambil memandang tepat ke arah Badrul kerana dia sendiri tidak memahami tindakan mengejut Badrul walaupun dia mengenali Badrul dari kecil lagi.

•••

Selepas tamatnya waktu berkerja pada pukul 6 petang, Farah memandu kereta Myvi kuning dan ditemani oleh Ida, Fatin dan Sipah seperti kebiasaan.

“letihkan harini” Farah cuba memulakan perbualan dengan kawan-kawannya di dalam perut kereta.

“mesti kau ada apa-apa nak cakap kan” tempelak Fatin setelah melihat riak wajah Farah yang ceria.

“bagitahu la pada kami,cik kak oi” ngomel Ida sambil mencari henfonnya di dalam beg.

“okey lah aku cakap, kita semua cuti bergaji masa hari perkhawinan Dayana nanti” beritahu Farah dengan riang.

“betul ke? Macam tak percaya la tapi tak sabarnya nak cuti” sambung Sipah dengan ceria.

“tapi tu pun atas Dayana, kalau Dayana balik kampung maknanya kita pun dapat balik kampung” sambung Farah dengan ceria tetapi Ida tidak memberi reaksi apa-apa dan hanya menumpukan perhatiannya ke arah henfon.

Farah,Fatin dan Sipah memandang Ida yang khusuk melihat henfonnya sambil tersenyum.

Malam nanti kita keluar nak tak? Sebab aku ada something nak bagitau korang ni so jumpa dekat KFC, don’t worry sebab malam ni aku yang belanja korang. See u later.

Mesej daripada Dayana membuatkan Ida tersenyum lebar

“cik Ida chatting dengan boyfriend ke?” Farah mengusik Ida sambil tersenyum.

“betul lah tu sebab aku tengok lain macam aje senyum” tambah Fatin.

“bagitahu la kami siapa lelaki tu” ditambah lagi dengan Sipah.

Ida menjeling kawan-kawannya yang sengaja mengusiknya.

“amboi-amboi bukan main sedap mengata kat aku, nah tengok aku tengah chatting dengan siapa” Ida menunjukkan skrin henfonnya yang dipenuhi mesej daripada Dayana kepada mereka kecuali Farah yang sedang memandu.

“Farah cepat pergi KFC sebab malam ni Dayana belanja ayam goreng” suara riang Sipah memekikan telinga mereka menyebabkan Fatin memukul bahu Sipah sambil bergelak ketawa.

Ida, Fatin, Sipah dan Farah menunggu ketibaan Dayana dan Najah di Restoran KFC.

“lambatnya mereka datang” rungut Farah sambil menongkat mukanya dengan tangan.

“kejap lagi sampai lah tu” jelas Ida yang sama keadaannya dengan Farah iaitu menongkat mukanya.

“korang cuba tengok mamat yang berbaju warna kuning dekat meja hujung tu” Fatin menundingkan jarinya ke arah lelaki tersebut.

“mana?” jawab Farah dan Sipah serentak tetapi Ida masih tidak mahu melihat lelaki tersebut.

“handsomenya mamat tu” sambil Farah mengocang tubuh Fatin.

Fatin dan Sipah hanya mengangguk.

“untunglah siapa dapat husband handsome macam tu” omel Farah dengan suara manjanya.

“kau pun akan dapat juga husband handsome macam Encik Eddy” sinis Fatin.

Farah yang meminum air hampir tersebur setelah mendengar kata-kata Fatin.

Ida melihat wajah lelaki tersebut apabila dipaksa oleh Sipah.

“Ida tengok lah mamat handsome tu” rayu Sipah.

Ida menarik nafas yang panjang apabila terlihat wajah lelaki tersebut.

“bukankah itu Encik Izz Haikal dari Syarikat PERFECT Holding?” jelas Ida dengan mukanya yang agak pucat kerana fobia melihat lelaki seperti Izz Haikal yang bertindak sesuka hatinya terutama di peristiwa Izz merampas henfon Ida di tangannya.

“tu Encik Izz Haikal?” Sipah dan Fatin menjawab serentak dan bagaikan tidak percaya akan berjumpa dengan Encik Izz Haikal.

Farah hanya mendiamkan dirinya kerana dia tidak mengenali siapa Izz Haikal.

Ida terus mencapai henfonnya dan mentaip text untuk dihantar kepada Dayana.

Dayana kita makan kat Restoran lain ataupun kedai makan lah baru sedap nak makan. Kalau KFC hanya bau ayam goreng je.

Mesej dihantar.

Ida sengaja mencipta alasan untuk beredar daripada berjumpa dengan lelaki yang bagaikan musuhnya selepas kejadian lepas.

“jom blah la sebab Dayana mesej aku yang dia cancel nak makan kat sini” tercipta sebuah alasan Ida kepada kawannya.

“Dayana, maaf aku pinjam nama kau” ngomel Ida dalam hati

Dayana, Najah,Fatin,Farah,Sipah dan Ida sudah berada di restoran the rainbow menjamu makanan yang enak.

“aku nak balik kampung esok” beritahu Dayana secara perlahan-lahan.

“wow maknanya kami pun dapat ikut kau balik kampung juga la sebab nanti dapatlah aku jumpa dengan mak aku nanti, rindunya” Fatin menghentikan suapan makanannya kerana terlalu teruja.

“kenapa pulak” tanya Dayana kerana merasakan ada sesuatu yang aneh berlaku.

“sebab kawan baik kau Mr Chil tu bagi kami cuti kalau kau cuti” jelas Farah panjang lebar.

Najah dan Dayana berpandangan antara satu sama lain.

“takkan lah aku nak tinggal kat rumah tu sorang-sorang” Najah menggunakan nada merajuk.

Semua terdiam apabila kesian melihat Najah. Tiba-tiba Najah mengejutkan semua orang

“aku pun dapat cuti lah” riang Najah memberitahu kawannya.

Mereka ketawa sehingga tidak menghiraukan orang sekeliling di restoran tersebut.

“kejap, tapi aku balik dengan Bad. Esok dia datang ambik aku” jelas Dayana dengan nada kesal.

“untung la kau ada orang sayang,”sinis Farah dengan nada mengusik.

Semua kembali ketawa.

“Dayana, kau ingat tak masa kita semua tingkatan 6 semasa sekolah menengah dahulu. Kau pernah cakap yang kau takkan khawin selagi kami tak khawin kan” sambung Fatin.

Dayana menarik muka yang masam mencuka tanda protes apa yang dikatakan oleh Fatin.

“nak buat macam mana kalau jodoh aku ni tak sabar-sabar nak khawin dengan aku” cebik Dayana yang ingin membela dirinya.

Sekali lagi mereka ketawa dengan reaksi Dayana.

Continue Reading

You'll Also Like

172K 770 11
kesinambungan cerita Isteri solehah,siti fatimah sekali lagi diuji apabila Suaminya ariff telah hilang sewaktu memancing dilaut hanya bot sahaja diju...
6.7K 187 31
"Aisyah....tak layak untuk bahagia ke?" - AISYAH HUMAIRAH "Kau adalah segala-galanya bagi aku." - ALHANDI IRFAN "Kebahagiaan Aisyah adalah kebahagiaa...
6.2K 205 18
Siapa sangka seorang lelaki yang lemah lembut itu sebenarnya seorang pembunuh bersiri. Siapa sangka seorang lelaki yang menyayangi isterinya itu sebe...
27.3K 288 24
Dia perempuan paling licik, paling kejam dan paling jahat. Malangnya sekali, saya suami perempuan tersebut. Mungkin ini yang disebut neraka dunia.